CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Geng Kembara Seksyen 9

[Copy link]
 Author| Post time 26-7-2013 04:14 PM | Show all posts
#2

Aku dengan Bobo keluar dari pagar, terus ke arah jalan. Cuaca agak cerah pagi ni.

“Hai Bobo” aku dengar ada suara menegur beramai-ramai. Mengada-ngada betul bunyinya.

“Oh…hai…” Bobo balas. Aku julingkan biji mata.

Yang menegur tadi adalah Sally, Tina dengan Lola. Ini semua jiran aku sebelah rumah. Walaupun jiran, aku jarang bertegur sapa. Sally, Tina dengan Lola jarang keluar rumah. Kalau keluar pun, mesti dengan Mimi, tuan dia orang. Almaklumlah, Sally, Tina dengan Lola ni bulu panjang-panjang. Harga mahal pulak tu.

“Hello Ladies!” Bobo dah mula buat aksi kucing miang.

“Hik hik hik…” Lola gelak.

“You nak pergi mana?” Sally tanya Bobo.

“Makan angin” Jawab Bobo.

“You all taknak ikut ke?’

“Eeee…taknaklah. Kat luar tu banyak habuk. Habis bulu-bulu I nanti…” Tina pulak yang jawab.

Eee…gedik! Perasaan aku-tak-jealous- tapi-aku-menyampah mula menyerang diri.

“Okay…kalau macam tu…see you all later lah…” Bobo balas. Aku rasa lega Bobo tak tunggu lama berbual dengan tiga diva tu. Lagipun aku tak berapa suka. Terasa kewujudan aku telah di nafikan…

“Bye…hik..hik..hik..” Bobo senyum miang.

“Cepatlah Bobo…” Geram pulak aku. Dari tadi duk babai tapi tak gerak-gerak. Bobo sengih tapi dia ikut aku gerak. Last edited by Nicki_Meow on 26-7-2013 04:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2013 04:17 PM | Show all posts
“Hi Coke” Bobo tegur.

“Isk…janganlah tegur dia” Aku marah Bobo. Bobo sengih.

“Ala…Coke tak boleh keluar pun. Tu nampak tu…dengan rantai besi…dengan mangga besar penumbuk semua ada..” Bobo jawab.

Aku tengok Coke yang tengah duduk tegak. Mata dia tajam pandang Bobo. Coke anjing Mr. Liew, jiran seberang jalan, selang dua rumah dari rumah Suri. Aku takut dengan Coke. Badan dia besar, muka dia garang. Coke baka German Sheppard. Nampak ganas! Sebab tu Mr. Liew tak pernah lepaskan Coke keluar.

“Coke…Coke! Jomlah keluar. Kau tak boring ke duduk aje dalam rumah?” Selamba je Bobo usik Coke. Aku dah cuak. Di buatnya Coke naik angin…macam mana?

“Blah lah lu…” Coke balas. Aku rasa dia memang malas nak layan Bobo.

Aku dengan Bobo lari-lari anak sampai hujung jalan. Apartment Sri Bulan terletak dua kilometer kat sebelah kiri. Masa aku nak belok kea rah kiri, Bobo tahan.

“Kau tengok tu…”

“Mana?”

“Tu…kat padang tu…” Aku tengok arah yang Bobo tunjuk.

“Kita pergi sana dulu…jom” Tak tunggu jawapan aku, Bobo terus lari. Nak tak nak, aku pun ikut.

Di tepi padang, ada sekumpulan kucing sedang bermesyuarat. Nampak macam serius. Aku tengok muka Podin, AJK Persatuan Penduduk (Kucingan) Seksyen 9 macam stress gila.

“Kita kena bertindak Podin” Kucing belang hitam putih yang aku tak tahu nama dia sedang bersuara.

“Masalahnya, kita tak tahu apa yang terjadi. Kita kena siasat dulu….” Balas Podin.

“Apa kes?” Aku bisik pada Bobo.

“Kau tak tahu?” Aku geleng.

“Takkan kau tak dengar, kes misteri kehilangan kucing sejak dua menjak ni?”

“Oh…” Aku angguk.

Baru aku teringat, sejak dua minggu lepas, Seksyen 9 kecoh dengan kehilangan kucing-kucing secara misteri. Kucing-kucing tu semua tak dapat di kesan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 04:21 PM | Show all posts
“Podin, kau kena tolong aku. Pasah dah hilang Podin. Pasah pun dah hilang…” Mantaro, kucing tompok-tompok merayu pada Podin. Sedih betul dia.

“Pasah dah hilang? Kau biar betul. Bukan ke awek kau tu dah lari tinggalkan kau, ikut jantan lain?” Tempelak Podin. Mantaro tunduk sambil sengih malu.

Suasana jadi hingar-bingar. Semua harapkan Podin supaya bertindak. Tapi, nak bertindak macam mana? Semua mangsa langsung tak dapat di jumpai…sampailah sekarang.

“Kat..jomlah” Ajak Bobo. Aku angguk. Perlahan-lahan, aku dengan Bobo pergi dari situ.

“Kat! Bobo!” Aku toleh. Kenit rupanya.

“Kenit…kau dari mana?” Kenit tak jawab , cuma kepala dia aje di gerakkan ke arah kanan. Entah dari mana dia datang pun aku tak tahu.

“Korang nak gi mana?” Soal Kenit.

“Nak pergi jumpa Maman. Kau nak ikut?” Bobo pula tanya.

“Nak…” Kenit angguk setuju.

“Aku pun nak ikut…” Satu lagi suara menyahut.

“Alamak…Sinchan…” Aku kerut kening.

“Aku pun nak ikut…” Kata Sinchan lagi.

Aku pandang Bobo, Bobo tengok Kenit, Kenit pandang aku balik.

“Err…Sinchan…” Aku cuba nak berdiplomasi dengan Sinchan.

“Kitaorang nak pergi Sri Bulan ni…kau tak boleh ikut” Kenit pulak bercakap.

“Kenapa aku tak boleh ikut?” Sinchan buat muka kesian dengan kitaorang.

“Pasal kau najis mughallazah” Selamba je Bobo jawab. Mulut Bobo memang celupar.

“Kitaorang pergi dulu. Nanti kita jumpa kau lagi kat sini…” Sambung Bobo. Dia terus berjalan. Aku dengan Kenit ikut sama.

“Bo..kau tak kesian ke dengan Sinchan?” Kenit tanya sambil kepala dia tertoleh-toleh beberapa kali pada Sinchan.

“Aku pun kesian kat Sinchan. Macam kena pulau…” Bobo tarik nafas tengok aku dengan Kenit.

“Nak buat macam mana…kat Sri Bulan ramai orang melayu…”

Aku pandang Kenit, Kenit angkat bahu. Kita orang pun jalan lagi, nak pergi jumpa Maman.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:13 PM | Show all posts
oh nooooooo!! pasah usu pongmasuk dlm ini cerita??
tiba2 terbayang2 doremon jadi kepala miting kucing2 itu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 11:38 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2013 04:08 PM
Saja je test guna tema berlainan...(tapi rasanya tak menepati citarasa pembaca kat sini )

ka ...

Liana x decide2 lg nk pilih Sapa...
Abaikan!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 11:44 AM | Show all posts
Pasah?
Hikhik...

Siap tau hukum hakam tu

Next!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2013 03:55 PM | Show all posts
#3

Kami berjalan lagi menuju ke destinasi. Mentari semakin terik tetapi bagi kami, itu perkara biasa. Lebih kurang sepuluh minit, kami pun tiba. Baru saja kami mahu memasuki pintu gerbang Apartment Sri Bulan, telinga kami di kejutkan dengan bunyi rauman dari motorsikal.

PRENG….PREEENGG

Aku, Bobo dan Kenit menoleh. Sekumpulan remaja, mungkin sedang menunggu keputusan SPM sedang bergelak sakan. Tiga lelaki dan dua perempuan. Seorang darinya sedang memulaskan ‘handle’ motorsikal, punca bunyi bising yang kami dengari tadi.
Bobo memerhatikan dengan penuh minat. Aku pula tengok Bobo yang memerhatikan kumpulan remaja itu dengan penuh minat.

“Bo..kenapa?” Aku tanya.

“Kau tengoklah tu…” Aku pandang kumpulan remaja tadi.

“Siapa dia orang tu?” Aku tanya lagi.

“Itulah…bakal pemimpin negara…”

“Bakal pemimpin negara?” Aku telan air liur.

“Kau biar betul Bo?” Bobo sengih.

“Ala…lepas balik dari PLKN, okaylah tu” Kenit menyampuk. Aku geleng kepala dengan harapan, kata-kata Bobo tak menjadi realiti.

Kami melalui pintu gerbang, di mana di sebelah kirinya, terdapat pondok penjaga keselamatan. Bobo suruh kami jalan senyap-senyap supaya tidak mengganggu perbualan kedua orang penjaga keselamatan yang berada di dalam pondok.
“Ini amoi…chanteeek” Aku tengok penjaga keselamatan yang ada iras-iras Shah Rukh Khan  itu bersuara sambil menunjukkan telefon bimbit berjenama Samsung 4S kepada rakan sejawatannya.

“Ini macam..chantek ka? Saya punya…lagi chanteek” Rakan sejawatannya yang ada iras-iras Kim Hyung Joong  tetapi lebih gelap warna kulitnya membalas.

Aku berhenti sekejap sambil garu kepala dengan kaki belakang. Lega rasanya…

Aku terdengar Kenit tergelak-gelak lalu aku pun buat muka tanda soal.

“Kau tengoklah tu…Bangla dengan Myanmar pun cakap Bahasa Melayu tau…Bangga tak? Bangga tak?” Kata Bobo.

“Bangga. Ini baru 1 Malaysia” Kenit balas, tergelak lagi. Aku geleng kepala. Entah apa yang lawak, tak tahulah aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 04:10 PM | Show all posts
Kami berjalan lagi, melintasi sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sesama mereka. Aku pandang sekeliling, mencari-cari manalah agaknya mak dengan bapa dia orang tapi tak ada. Semuanya di biarkan main tanpa pengawasan.

“Mana mak bapak dia orang?” Aku tanya Bobo tapi Bobo jawab dengan mengangkat bahu.

“Itu…bakal pemimpin negara juga ke?” Kenit pula tanya.

“Kalau tak kena culik, mungkin ada harapan…” Jawab Bobo. Aku geleng kepala lagi.

“Jomlah…” Ajak Bobo. Kami berjalan lagi menuju kea rah tangga, nun hujung di sebelah kanan. Rumah Maman tingkat tiga je, tak payah nak naik lif.
Bila sampai depan rumah Maman, kami menyusup masuk ikut tingkap depan rumah.

“Tulah Man, mak dah kata, jangan lawan abah kau. Tengok, apa dah jadi?” Aku dengar mak Maman bercakap. Orang kat sini panggil mak Maman, Makcik Eton. Zaiton rasanya nama betul dia.

“Takkan Man nak biarkan aje?” Maman balas.

“Biarkanlah Man. Nanti kamu juga yang susah” Makcik Eton lap muka Maman dengan kain. Ada semangkuk air kat tepi. Macam air panas sebab berasap.

“Man tak sanggup tengok abah buat mak macam tu. Kalau balik rumah je, mintak duit. Man bukan tak tahu, abah pergi berjudi kan?” Aku tengok Makcik Eton diam je.

“Kenapa mak tak mintak cerai je dengan abah? Takdelah menyusahkan hidup kita ni…”

“Tak baik kamu cakap macam tu Man”

“Man cakap benda betul, mak. Man tak faham kenapa mak boleh tahan dengan perangai abah tu sampai sekarang. Nafkah memang jangan haraplah nak bagi. Balik rumah Cuma tahu mintak duit. Kalau tak bagi, sepak terajang semua naik”

“Buruk-buruk pun, dia abah kamu” Aku tengok Maman merengus. Bila aku perhati betul-betul, baru aku nampak mata dengan bibir dia lebam.

“Semalam abah Maman balik, dia mintak duit tapi Maman melawan. Last-last bergaduh” Bobo cakap pada aku dengan Kenit. Aku mula terbayangkan Pak Maun, abah Maman. Botak dan berbadan rendang. Perut buncit. Kerja apa, tak tahulah pulak. Muka Pak Maun memang garang. Bobo cakap, Pak Maun suka main judilah…nombor ekor lah. Sebab tu Maman selalu bergaduh dengan Pak Maun.

“Mak nak pergi kerja. Harap-harap petang ni bengkak kau dah surut. Esok boleh pergi sekolah” Kata Makcik Eton.

“Man taknak pergi sekolah lah mak. Baik Man kerja, boleh tolong mak cari duit”

“Kamu jangan nak mengada-ngada. Mak ni mampu nak tanggung kau lagi. Janji kamu belajar rajin-rajin.  Dah besar panjang, boleh hidup senang” Makcik Eton balas. Lepas tu dia tak cakap apa-apa lagi. Aku tengok Makcik Eton bersiap-siap nak pergi kerja. Lepas dia keluar, Bobo datang dekat pada Maman.

“Bobo…” Maman panggil.

“Sorrylah Bobo…hari ni aku tak larat nak rebus ikan untuk kau”

“Meow ..Meow…(Tak apa, dah kenyang makan friskies)”

Maman usap kepala Bobo.

“Meow (Lain kali, kalau abah pukul, kau report polis je…)”

Aku pandang Bobo dengan Maman bergilir-gilir. Aku tahu, Bobo sayang pada Maman sebab Maman pernah selamatkan Bobo dari lemas dalam longkang.

Hhhmm…Berapa lama agaknya Maman boleh tahan dengan Pak Maun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 02:01 PM | Show all posts
Memang tak berperikebinatangan betul bapa maman!


errr.... nak bubuh tak ke tak dlm ayat di atas ni?




Makcik Eton! Jgn jadik tipikal isteri2 yg dok ada. Pi minta ceraiii!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 03:03 PM | Show all posts
adakah miaow miaow itu sume akan pi serbu tempat bapak maman berjudi..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 04:43 PM | Show all posts
nice story.. suka .. baru lain dai yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:32 PM | Show all posts
suker1000x

saya akan berkuntum di thread ni

next............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 09:42 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 23-8-2013 02:01 PM
Memang tak berperikebinatangan betul bapa maman!

Perikebinatangan ek? ...

Eh, kalau camtu, patutkah iols tukar dari perkataan 'diaorang' jadi 'diakucing' atau 'diahaiwan'?

@cmf_conan   Tak kose le Conan! Baik gi makan Frieskies - Kata Bobo

@redsentra    @lowgil   Thanks la sebab sudi baca cerita karut-marut ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 09:45 AM | Show all posts
# 4

Sejam lepas Mak Eton keluar pergi kerja, Maman dah tertidur di ruang tamu. Memang kesianlah! Nak makan pun susah. Kunyah roti pun pelan-pelan je. Hhhmmm…

Aku pandang keliling, nampak kelibat Bobo ke dapur, cari makanan lagi kot? Aku tak tahulah si Bobo ni sebenarnya apa. Kucing ke Lembu? Nak mengunyah 24 jam…

Kenit pulak dah keluar. Aku tau, tujuan dia ikut aku dengan Bobo datang sini bukan nak tengok Maman pun. Dia nak pergi tingkat empat, nak usha si Kintan, kucing peliharaan keluarga Abang Sufian.

Bosan pulak! Aku pandang Maman balik. Nyenyak betul tidur dengan TV terbukak…

TV?



Aku sengih dengan cerianya. Maman dah tidur, tv terbukak. Aku pun dengan langkah Catwalk, berjalan ke arah Maman. Remote Astro terletak cantik kat sebelah dia. Jangan tak tau, walaupun Makcik Eton cuma kerja kilang, dia mampu bayar bil Astro tau…

“Kat! Jangan kau berani!” Tiba-tiba Bobo bagi amaran.

Bila pulak dia keluar dari dapur?

Aku tengok Bobo dengan kening terjungkit, lepas tu aku tengok balik remote Astro. Tak boleh jadi ni! Aku nak tengok National Geographic…best wooo. Kalau remote Astro ni jatuh kat tangan Bobo, habislah! Mesti dia bukak Astro Ceria. Dah tua-tua pun nak tengok Detective Conan....

“Kattttt….” Bobo panggil lagi bila tengok aku dah bergerak selangkah. Kaki dia pun dah gerak selangkah. Tidak..tidak! Aku mesti dapatkan remote tu.

Jarak Bobo dengan remote Astro cuma dua meter. Aku pulak, tiga meter. Kalau berlari memang tak sempat. Tapi, kalau aku panjat meja makan dan lompat terus ke arah remote, mesti aku sampai dulu.

Tak berlengah lagi, aku pun teruskan dengan rancangan. Bobo pulak dah menyeringai garang. Sepantas Usain Bolt dia berlari dan aku pulak, sepantas kilat melompat ke atas meja dan terus terjun ke arah remote.


Yessssss! Yesssss! Analisis aku tepat. Aku sampai dulu….yeeehaaaaaaaaa! Last edited by Nicki_Meow on 28-8-2013 12:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 09:49 AM | Show all posts
“Arrrggghhhhh!!!!!”   Terdengar jeritan. Aku terkejut lantas terbongkang atas lantai ruang tamu. Bobo pulak, dia cuba tarik ‘break’ tapi tak sempat. Terus terlanggar Maman.

Sembilan, sepuluh saat lepas tu, aku bangun dan pandang keliling. Maman dah terduduk kesakitan…

“Aduuhhhhhhh”

Laaa….aku landing atas Maman rupanya….

Aku sengih dengan rasa bersalah. Bobo geleng kepala tengok aku sambil buat bunyi isk…isk…isk…

Eleh! Saja le tu nak buat aku rasa lebih bersalah…

‘‘Kat…lagi sepuluh kali kau buat macam ni…mati pucuk aku tau !’’ Kata Maman. Muka dia berkerut tahan sakit.

‘‘Meow…auuuu…(Sorrylah Maman. Tak sengaja…)’’ Terpaksalah aku minta maaf.

Errr…aku sebenarnya nak tanya, mati pucuk tu apa tapi tak sampai hati pulak nak tanya bila pandang muka Maman. Last edited by Nicki_Meow on 28-8-2013 09:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 10:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2013 09:42 AM
Perikebinatangan ek? ...

Eh, kalau camtu, patutkah iols tukar dari perkataan 'diaorang' jadi  ...

Kalau mahukan kelainan di samping mencipta istilah2 baru, boleh saja.... Tapi bersiap sedialah kemungkinan dilahar oleh DBP.

Nicki, tak kan setepek suku saja? Post kedua tu iols anggap suku saja. Ciput bebenor.



psst... iols masih menanti naskah YM. Dua kali dah contact penerbit. Kata nak pos secepat mungkin. Harammm! Hingga ke hari ini iols belum berpeluang memeluk Maulana. Eh, eh.. novel Ya Maulana.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 11:04 AM | Show all posts
Kattttt... landing tak tengok tempat ka??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:11 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-8-2013 11:04 AM
Kattttt... landing tak tengok tempat ka??

Itu laaa... Nasib baik hukum hakam agama tak diguna pakai ke atas mereka. Jadik, belasah jek lah!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 11:42 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-8-2013 11:04 AM
Kattttt... landing tak tengok tempat ka??

"TAK"



@ladyFinger12  Kannnsss...takyah pakai hukum-hakam - kelebihan buat cerita pasal haiwan . Iols baru masuk opis le. keje berlambak ni. Lagipun cerita ni kan kategori suka-suka...bila idea mari baru hapdet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 11:45 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-8-2013 10:42 AM
Kalau mahukan kelainan di samping mencipta istilah2 baru, boleh saja.... Tapi bersiap sedialah kem ...

Takpe....iols tetap setia tunggu Maulana...

Wey...iols dah dpt beli buku RAM - Igauan Maut (saja nak canang....)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057417 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list