CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: HangPC2

[2015] BRAVO 5 @ BRAVO LIMA

[Copy link]
Post time 12-9-2015 11:57 AM | Show all posts
ok la dari cite somiku sbelah rumah...somiku pegi golok kawin lain....menantu sepuloh belas ratus ribu....somiku somimu jua....hahaha yeop hitler sieg heil!!!!!!konsep mcm cite lone survivor, standard mcm crita Rambo atau Predators ( arnold sosabenoaknakeja) sebab ia lebih menonjolkan heroism watak teraju utama iaitu karim sebagai trooper ,berbanding keja2 "team work" dan konsep patriotism yang bukan hanya pada watak utama tetapi juga watak sampingan yg lain.dan lain kali...Effect tu kasi real...letup2 kasi nampak api and detail.... Scope latar tempat kasi luas lg bru la nak tgk... Ni kne bom terbang mcm pakai tali..ish ish.
Something cliché yg boleh nampak adalah bila hero walked out of scene heroically dgn explosion di belakang dia (typical action muvee scene) tanpa toleh belakang. Klu ikut sebenar, xde masanya nak buat mcm tu, cepat2 dah cabut.But, anyway gud try for the effort!!!
Rebiu untukBravo 5 ini, permulaan yang sangat baik dan teruja, mula berasa sedikit bosan pertengahan dan ending yang tidak memberi kesan mendalam memberikan aku tanggapan ianya belum cukup bagus untuk aku katakan bagus. Sebagai sebuah cerita perang berdasarkan sejarah, aku mahu ianya lebih memberi kesan kepada jiwa penonton. Kita faham, perang tak semestinya perlu aksi tembak menembak, namun skrip cerita yang kurang mantap memberikan rasa lemah kepada keseluruhan muvee ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2015 12:12 PM | Show all posts
Bravo Lima paparan kisah benar
Oleh Ramlah Zainal  ramlah@hmetro.com.my                    ramlah@hmetro.com.my

Bukan sekadar mengangkat kisah perjuangan wira negara menentang pengganas komunis, sebaliknya filem Bravo Lima turut membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda negara hari ini. Filem garapan pengarah M Hitler Zami ini turut mempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim, Remy Ishak (Leftenan Azri) dan Soffi Jikan (Ketua Parti Komunis Malaya) selaku teraju utamanya. Selain itu, ia dibantu barisan pelakon seperti Sa shi Tharan (Koperal Morgan), Xavier Fong (Koperal Ah Chia), Frank Peterson (Sarjan Unya), Normah Damanhuri, Siti Saleha,Tasha Shilla dan Allahyarham Kuswadinata.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Selaku pengarahnya, Hitler berkata, pihaknya berdepan cabaran besar untuk merealisasikan filem itu seperti dikehendaki skripnya. “Apa yang mencabar, saya perlu menonjolkan semangat kenegaraan dalam filem gentre patriotik ini. Maklumlah, saya mengambil alih mengarahkan naskhah ini daripada pengarah sebelumnya. “Filem yang membabitkan kos mencecah RM4.5 juta ini mengambil tempoh lebih tiga tahun untuk disiapkan kerana kami perlu merombak semula skrip untuk memastikan keaslian jalan ceritanya dan hasilnya juga berkualiti serta memuaskan hati semua pihak. “Namun, kami juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia berdasarkan kisah benar melalui skrip yang dihasilkan Mejar Zainal Hayat iaitu Diari Misi Komando,” katanya. Hitler ditemui pada majlis tayangan perdana filem Bravo Lima di Kuala Lumpur, kelmarin. Hadir sama, penerbit filem ini, Nik Nur Ashikin Nik Abdul Majid dan penulis skripnya, Mejar Zainal Hayat. Bercerita babak paling mencabar, kata Hitler, ia membabitkan babak peperangan antara lima komando terbabit ketika menentang pengganas komunis. “Ia bukan sesuatu yang mudah untuk memaparkan babak peperangan seperti dikehendaki skripnya. Pihak kami juga dibantu dengan penggunaan teknik CGI (Imej Janaan Komputer) sebanyak 40 peratus dalam filem ini. “Babak lain yang tidak kurang mencabarnya ialah babak isteri Leftenan Azri iaitu Bunga dirogol pengganas komunis di rumahnya. Penggambaran filem ini membabitkan lokasi sekitar Tapah, Cameron Highlands dan kawasan sekitar Perak, Pahang dan Tugu Negara,” katanya. Ditanya harapannya pada filem itu, kata Hitler, dia sangat berharap penggemar filem tempatan terutama generasi muda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem itu di pawagam berhampiran.  “Sebagai pengarah, saya memang tidak pernah puas dengan setiap karya dihasilkan kerana percaya boleh buat yang lebih baik lagi. Apapun, saya sudah berusaha buat yang terbaik seperti dikehendaki skrip filem Bravo Lima dan inilah hasilnya. “Pada masa sama, saya juga tidak bimbang de ngan sambutan penonton di pawagam kerana percaya filem patriotik sudah ada pengikutnya tersendiri. “Saya percaya ia pasti memenuhi cita rasa penonton yang dahagakan filem genre patriotik kerana sudah 10 tahun kita tidak ada filem genre sedemikian,” katanya.

Beto berjaya sentuh emosi penonton

Lakonan mantapnya sebagai Trooper Karim dalam filem ini berjaya mencuri perhatian penonton pada malam gala tayangan filem berkenaan, kelmarin. Bukan saja menyerlah sebagai anggota komando yang terselamat dalam misi rahsia, Beto juga berjaya menyentuh emosi penonton pada penghujung filem ini hingga ramai menitiskan air mata menghayati lakonannya. Hati siapa yang tidak terusik apabila melihat kesedihan Karim ketika berdepan  anggota keluarga komando yang terkorban di Tugu Negara dan dia juga satu-satunya anggota komando yang terselamat dalam operasi berkenaan.  Secara peribadi, Beto mengakui dia juga menimba pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang penggambaran filem berkenaan. “Kami juga berguru dengan komando ATM yang sebenar untuk menjiwai watak Trooper Karim di Kem Sungai Udang, Melaka selama seminggu.  Apa yang menarik, saya juga menimba pengalaman berharga ketika menjalani latihan asas ala komando apabila kami belajar mengenai formasi ala komando, mengenal pasti perangkap sebenar dan senjata digunakan dalam peperangan menentang pengganas komunis itu. “Selepas selesai latihan, perwatakan saya berubah sama sekali menjadi pendiam, tegas dan gila-gila seperti komando sebenar,” katanya. Beto berkata, dia juga melakonkan babak lagak ngeri sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri untuk merealisasikan wataknya dalam filem itu. “Semua pelakon utama memberikan komitmen terbaik dalam cerita ini. Bersandarkan pengalaman ketika menjadi pelakon lagak ngeri sebelum ini, saya berusaha menjayakan aksi lasak dalam filem Bravo Lima. “Apapun, saya memang tidak pernah puas dengan lakonan sedia ada kerana percaya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya. Filem terbitan Karya Prima Production Sdn Bhd dengan kerjasama ATM ini mula menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 10 September ini.

Sinopsis

  Bravo Lima berdasarkan kisah benar dan berlatarkan tahun 1989. Ia menceritakan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat Malaysia (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan pengganas komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya, perhubu ngan mereka terputus kerana mengalami kerosakan ‘set peralatan komunikasi’. Tanpa bantuan pasukan sahabat lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 pengganas komunis.              Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 5:02 AM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 12:23 PM | Show all posts
Pengarah Menangis Ketika Penggambaran 'Bravo Lima'
Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 1:52 PM



KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bravo Lima iaitu Yeop Hitler Zami menyifatkan karya filem yang dihasilkan itu benar-benar mencabar dan banyak memainkan emosinya sepanjang penggambaran dijalankan.

Yeop berkata, walaupun sekadar sebuah lakonan, namun dia dapat merasai perjuangan askar-askar negara yang sanggup berjuang menentang komunis demi menyelamatkan negara ketika itu.

"Ini adalah filem arahan saya yang paling mencabar kemampuan diri sebagai pengarah kerana ia mengenai perang menentang komunis di Malaysia di mana lebih 75 peratus daripada adegan-adegan yang dipaparkan menerusi Bravo Lima adalah aksi-aksi pertempuran di medan perang.

"Ia juga telah membuatkan emosi saya sedih dan sebak mengingati perjuangan askar-askar negara kita.



  



"Sehinggakan pada babak akhir, iaitu ketika Trooper Karim (lakonan Beto Kusyairy) memeluk keluarga rakan-rakan seperjuangannya, ia membuatkan hati saya sebak dan tidak sedar air mata sudah pun mengalir sampai ke dagu semasa penggambaran dijalankan," katanya kepada mStar Online.
Bravo Lima merupakan sebuah filem aksi perang yang dibintangi oleh Beto (Trooper Karim), Remy Ishak (Leftenan Azri), Sashi Tharan (Koporal Morgan), Xavier Fong (Koporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya).

Berlatarkan tahun 1989, filem ini mengisahkan lima anggota komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.

Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.

Filem bernilai RM4.5 juta itu turut mendapat sokongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Sementara itu, Yeop yang juga merupakan adik kepada pelawak Opie Zami itu berkata, dia berharap filem tersebut dapat memberi kesan buat penonton mengenang jasa dan pengorbanan parajurit negara.

"Saya harap penonton suka dengan Bravo Lima. Lagipun sudah lama industri kita tidak ada filem-filem genre seperti ini.

"Menonton filem ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan menghayati semangat perjuangan askar-askar kita pada waktu itu.

"Dalam pada itu, saya juga harus berterima kasih kepada para pelakon yang berjaya menghayati watak masing-masing dengan baik. Mereka menghidupkan lagi naskhah ini," ujarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:57 AM | Show all posts
anak2 xcited nak tgk bravo  coz minat Beto & Remy.. so bwk dorang g Jumaat mm lepas..
overall aku bagi 4 bintang.. memang mengalir air mata part last kat Tugu Negara tu..
cuma x prasan cite ni klasifikasi PL13.. ada beberapa adegan yg tak patut kanak2 tonton
sib baik2 budak2 tu xde perasaan sgt..
benci kat komunis!

tayangan 8.15mlm.. 10 orang je dlm panggung.. kami satu family 4 org.. 2 couple melayu kat couple seat & 2 chinese guys.. sedih.. org malaysia esp melayu memang x minat cite gini kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy dh tgk.sy x reti nk bg review mcm org filem.tp sy bg 5*. Kalau ade peluang sy nk tonton lg. Dh lama x gi panggung, dtg semula ke panggung utk bravo 5
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:16 PM | Show all posts
so far kutipan berapa...nak g tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 10:40 PM | Show all posts
aku pn bolum tgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:35 PM | Show all posts
Baru tgk..

Sorry klu tak berapa setuju dengan komen aku

Aku sangat kecewa sebab aku nak rasa elemen patriotik dalam filem ni
5 orang ni aku trak nampak peranan utama diorang selain dari masuk hutan nak selamatkan sorang lagi anggta
mungkin skrip lemah..

Scene dalam berjalan dalam hutan yang rasa aku drag instead of tunjuk patutnya macam mana diorang buat recon
Kemudian scene pembunuhan pertama oleh remi aku pun tak paham kenapa di buat sebegitu.. diorang komando kot
perlu ke tikam seratus kali..

Masa diaorang selamatkan tawanan diorang dah ade peluang utk bunuh watak sofi tapi tak dibunuh aku pun tak paham "Why"

Plot macam longgar dan tak de follow through misalnya mamat kampung yang jadi tali barut komunis apa jadi pada diroang dan pengarah macam desperate nak kasi orang sedih sampai bunuh isteri bapak mertua si remi..
aku dah tak paham cerita ni kisah komunis ker atau kisah si Bravo sebab watak sofi dan mamat cina ketua komunis tu lebih menonjol

Lagi satu scene tembak menembak kebanyakkan nye malam lansung tak nampak apa perincian perlu diteliti bukan setakat nampak komunis telentang bila kene tembak...

Rugi la rasa macam aku tonton  leftenan adnan
Suntingan pun cam nak cepat siap
Fight scene diorang patutmya collaborate la dengan skop ke sebab diorang pandai buat fight scene

Lagi satu kelemahan filem ni sepatutnya filen ni kategori cerita sejarah Extra kene bagus amek la budak Aswara klu nak compare extra dalam Bukit Kepong macam langit dengan bumi..

Yang aku boleh bangga lakonan Normah Damanhuri dan Arwah Kuswadinata walau sreen time sikit bagi impact..

Sorry aku membebel tapi ni yang aku rasa dan sorry klau ade spoiler
Banyak lagi tak dan nak taip....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 12:38 PM | Show all posts
buragazz replied at 16-9-2015 02:35 PM
Baru tgk..

Sorry klu tak berapa setuju dengan komen aku

bro, aku nak baca lagi tambahan2 review dari ko kalau ada yg nak taip lagi. kalau ada spoiler, kasi putih la tulisan tu. lagipun bagi aku kalau cerita action, spoiler jalan cerita tak terasa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 01:09 PM | Show all posts
anwarnuwa replied at 17-9-2015 12:38 PM
bro, aku nak baca lagi tambahan2 review dari ko kalau ada yg nak taip lagi. kalau ada spoiler, kas ...

Ok sambung sikit..  
Awas Spoiler giler...


Masa remi kene bom ade ke patut guna CGI perut terburai tu.. compare Arwah A.Rahim dalam bukit kepong yg guna prop utk nampak real...hadoii sama kes dengan last sekali before kredit dia tunjuk view penuh kampung yg diserang tu klu bukit kepong diorang bakar set balai tu marak menyala api.. Bravo 5 pakai CGI dah nampak cam api mancis..


Ending dia, masa pergaduhan antara Karim (Beto) dengan Sofi.. memang ada dia tunjuk masa kat kampung tu yang puak komunis bawak cerucuk jerangkap samar tu tapi tak pulak dia tunjuk kat mana dia pasang, tiba2 masa scene gaduh tu Sofi tak semene2 kene jerangkap tu yang terbang tiba2.. pastu edit dah menyimbah jer darah..


Sorry aku banyak compare dengan bukit kepong serta Embun sebab dua cerita ni berjaya menerbitkan esen kebencian terhadap musuh, Bukit Kepong - Komunis dan Embun - Jepun.. Dalam Embun misalnya cerita berkisar pasal perjuangan embun tu masih kita boleh rasa kejahatan jepun tu sendiri..


Dah tu jer... tapi klu ada yg tak setuju aku mintak maaf yer ini pendapat sahaja..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 10:06 AM | Show all posts
buragazz replied at 17-9-2015 05:09 AM
Ok sambung sikit..  
Awas Spoiler giler...

wah..dari review ko mmg nampak diorang tergesa2 habiskan filem ni. tapi tetap rasa nak tengok. thanks bro, nice review tp banyak spoiler hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 04:28 PM | Show all posts
ntah la aku rasa Embun far far better wpon embun tu ada unsur2 lovey dovey skit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 11:17 PM | Show all posts
dari review ko, nampak lg berbaloi tgk bukit kepong..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 09:34 AM | Show all posts
Memang betul... sangat mengecewakan...

Patutnya ada kolaborasi ngan kementerian pertahanan atleast jalan cerita tu ok...

Tapi gi la tgk mungkin pendapat korang lain kita boleh diskas..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 05:56 AM | Show all posts
pada me filem ni okay cuma plot longgar tang misi diorang.. klu mcm filem mat salleh tu leh nampak macam mana diorang punya kelam kabut diskas misi nak selamatkan tawanan..filem ni pihak atasan nampak relax jer... tp good effort laa untuk cerita cerita mcm ni.. mengalirkan air mata pun yer citer ni.. lakonan para pelakon bagus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 05:47 PM | Show all posts
Filem yang gagal... kecewa saya tonton filem ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:39 PM | Show all posts
aku bagi 0.5/5 bintang.. sangat mengecewakan.
Plot longgar.. jalan cerita tangkap muat..
Cerita ni macam nak cepat habis..terburu2 buat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 01:35 PM | Show all posts
baru je tgk, filem ni ok je tapi pendek sgt, sekitar 1 jam 20 minit je

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 03:07 PM | Show all posts
bravo 5???

banyak guna cgi...

jalan cerita lemah.. panggil the best komando yang malaysia ada utk selamatkan 2 askar.. hasilnya 6org mati.. hanya beto hidup.. mission failed...

filem yang nak tunjukkan kajahatan komunis secara fizikal.. menyerang org kampung..menyerang orang asli.. ideologi komunis tak ditunjukkan dalam filem ni.. yg ada pun cuma dialog sang songkok hitam yang jadi tali barut.. berdegar2 kata komunis ni jahanamm tapi jadi petualang. mungkin tak  sengaja ataupun mahu menyindir dengan senario politik kini..yg sibuk kata cina komunis cina komunis ni la yg jadi musuh dalam selimut..

pemilihan watak ntah apa-apa.. nak tunjukkan semangat satu malaysia.. melayu india cina iban blend utk satu misi..patut panggil lagi komando bangsa lain join misi tu.

kesimpulan..amat mendukacitakan..blhla join tanda putra tu dok dalam gerobok usang..

hebat lagi filem leftenan adnan, embun, bukit kepong
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075457 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list