CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: resah

Ras Adiba dah nikah (pic nikah pg7)

[Copy link]
Post time 26-7-2013 04:40 PM | Show all posts
chekshu posted on 26-7-2013 04:35 PM
tak ingat lah sheols penah kawen ke tak sebelum ni

tapi sheols penah hampir kawen - tapi last min ...

Pernah.. dengan Amri Ginang...

ARKIB : 05/09/2010


Realiti bahagia bergelar OKUOleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Foto IZHAM JAAFAR


NALURI kewanitaan Ras Adiba tetap sama seperti wanita normal lain yang cintakan kanak-kanak dan hidup berkeluarga.



LELAKI ini adalah kurniaan paling istimewa Allah. S.W.T buat saya."
Demikian antara luahan perasaan
Ras Adiba Mohd. Radzi dalam wajah bersinar-sinar, lewat pertemuan kami baru-baru ini.
Lelaki yang dimaksudkan itu ialah Umar Ras Engel Abdullah yang dipeliharanya sejak berusia tiga hari. Hari ini, Umar sudah berusia tiga tahun.
Saya agak terleka memerhatikan kemanjaan dua beranak ini biarpun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
Umar begitu membahagiakan wanita berusia 42 tahun yang mesra dipanggil Dib.
Pernah bergelar selebriti popular, hakikatnya Dib tidak pernah terlepas berdepan ujian getir dan kesepian dalam hidup.
Rumahtangganya bersama lelaki bernama seniman Amri Ginang hancur di tengah jalan pada 1999 sebelum ujian lebih besar datang bertimpa-timpa. Keseluruhan hidupnya berubah secara total selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, khidmatnya di TV3 tidak disambung lagi sebaik dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Bagaimanapun rezeki Allah tidak pernah kurang, hari ini, gaya penyampaian bersahajanya dapat ditonton menerusi Berita Edisi 7 pukul 1 petang dan 7 malam selain rancangan Seven Asia pukul 8 malam di ntv7.
Melewati episod sedih yang memedihkan, hidupnya sama sekali berubah dengan kehadiran Umar, si kecil yang memanggilnya 'mummy'.
Umar pengusir segala sepi, selain membangkit semangat untuk dia kuat berdepan hari-hari mendatang.
"Umar seorang kanak-kanak yang sangat kelakar, saya suka melihat dia tersenyum. Bila saya sedih, tengok wajah Umar, segala-galanya hilang bagaikan kilat.
"Dia jantung hati dan menjadi pengubat rindu saya hari ke hari. Macam persiapan Hari Raya ini, semuanya demi Umar. Bila sudah anak kecil ini, yang seronoknya apabila dapat juga saya pasang lampu warna-warni di rumah," katanya Ras Adiba panjang lebar.
Kriteria bakal suami
Semasa kami berbual pada petang yang disirami hujan lebat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, saya menyakat Ras Adiba apakah dia tidak mahu menambah lagi ruang-ruang kebahagiaan tatkala usianya semakin berlabuh senja.
Dia langsung tidak mengelak menjawab soalan itu, malah memberi senyuman manis yang kekal indah.
"Saya tidak menafikan ada yang cuba memikat,sampai sekarang masih meminati saya. Siapa kata golongan OKU tidak ada peminat?
"Begitu pun, keutamaan sekarang untuk Umar dan saya bekerja mencari duit untuk membesarkannya, beri dia pendidikan sempurna.
"Mungkin belum sampai seru atau mungkin jodoh saya dengan lelaki pilihan itu tidak bertemu lagi," jawabnya sambil sesekali menegur keletah Umar yang agak nakal.
Apa yang paling penting, lelaki yang bakal menghuni kamar hatinya perlu memahami keadaannya sebagai OKU, kelakar dan matang.
"Ini kerana hendak menjaga golongan OKU bukan senang. Saya pun tidak pasti ada ke lagi golongan lelaki yang bersikap terbuka dengan orang macam saya ini.
"Di Malaysia ini, golongan OKU sudah biasa menerima 'kekurangan' berbanding di negara Barat yang dilayan seperti orang normal dan mendapat hak yang sama rata," katanya sedikit serius.
Namun, Ras Adiba tetap kelihatan berkeyakinan tinggi walaupun dia kini bukan lagi sempurna seperti asal kejadian kehidupannya.
Tahun pertama bergelar golongan OKU, wanita ini mengakui amat terseksa menanggung penderitaan untuk menjalani hari-hari dilalui yang dianggap terlalu sukar.
Namun dengan kuasa Allah, dia kini memperolehi nikmat luar biasa apabila terasa begitu tenang sekali, satu perasaan yang tidak pernah muncul ketika menjadi manusia normal.
Jelasnya, apa yang penting tuan punya badan itu perlu berfikiran positif dan sentiasa melawan perasaan negatif dalam diri.
Ras Adiba juga tidak menang tangan menerima jemputan ceramah motivasi untuk berkongsi rahsia kesihatan. Sempat juga dia bercerita keseronokan mengenai aktiviti masa lapangnya seperti berenang dan bermain badminton.
Membuktikan kebahagiaan menjadi golongan OKU, personaliti ini telah mewakili Malaysia sebagai atlet paralimpik yang membawa obor pada Sukan Olimpik Remaja di Singapura, bulan lalu.
Ras Adiba bersama empat lagi rakyat Malaysia berpeluang merasai suasana gemilang, dengan masing-masing menamatkan larian sejauh 100 meter, sambil memegang obor dengan bangga.
Wanita ini dikatakan menjadi perhatian utama apabila dia menyusur jalan dengan menolak kerusi rodanya di sepanjang Tanglin Road, sebelum memasuki kawasan membeli-belah dan hiburan tersohor di Orchard Road.
"Jemputan menyertai Larian Obor itu merupakan satu penghormatan," katanya dalam nada terharu.
Sambung Ras Adiba, semangatnya tidak boleh berhenti setakat ini sahaja sebaliknya dia perlu meneruskan usaha untuk membantu ramai lagi golongan OKU di luar sana.
"Harapan besar saya agar golongan OKU diberi peluang yang sama seperti individu normal lain.
"Sempena Syawal yang mulia ini, jangan kita melupai golongan OKU kerana masih ramai di antara mereka yang memerlukan bantuan daripada masyarakat," serunya bersungguh-sungguh sebelum mengakhiri perbualan.

  • 0Share
  • 0Share
  • 0Share
  • 0Share
  • 0Share
  • 0Share
  • 0Share






Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2a8gEMPN0
© Utusan Melayu (M) Bhd





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 04:41 PM | Show all posts
Congratssss kak Ras......
tak sabo tunggu gambar wedding publish kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
contactlens posted on 26-7-2013 04:40 PM
dulu2 pnh bos aku cita( tak tau la btul k tak) dia ni kuat menipu..da byk org dia tipu..smpaikan mas ...

Dia tipu ape? Tp ms dia mule lumpuh mmg heboh org x caya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:44 PM | Show all posts
duquesne posted on 26-7-2013 04:40 PM
Pernah.. dengan Amri Ginang...

ARKIB : 05/09/2010

ohh... penah ye...

silap lah wartawan yg publish citer pasal sheols nak kawen tu...
konpen tak selidik betul2....

thanks nok!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:46 PM | Show all posts
duquesne posted on 26-7-2013 04:14 PM
Bukan jatuh dari kuda, dia kena attack kat depan gate rumah dia or kakak dia and dia jatuh. Tak la ...

masa aku sekolah ras adiba ada buat marathon naik kerusi roda pusing satu malaysia..

setahu aku ras adiba jatuh masa turun tangga di media prima. harap sesiapa nk pg media prima pastikan naik lif jangan naik tangga ok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:48 PM | Show all posts
siyannye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2013 04:49 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-7-2013 04:46 PM
masa aku sekolah ras adiba ada buat marathon naik kerusi roda pusing satu malaysia..

setahu aku ...

lor.. cerita baru pulak.. dah terang2 dia accident masa buat liputan... then lama lepas tu dia kena belasah depan rumah mak dia.. tetiba keluar dia jatuh tangga apsal?

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:50 PM | Show all posts
chekshu posted on 26-7-2013 04:44 PM
ohh... penah ye...

silap lah wartawan yg publish citer pasal sheols nak kawen tu...

No problem.. Pakcik google banyak membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 04:51 PM | Show all posts
dia kena serang kat depan rumah..ni yang aku ingat la masa interview d rtm....

sebab tu dia kata and tertanya ..kenapa penyerang tu tak datang jumpa dia, luah apa yg dia tak puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
@noraidil_06 igt2 lupa la cita dia..sbb dh lama..kalo x silap mlbtkn duit la..nth la..tp dia dh berubh dh..mbr aku pnh keje dgn dia ckp ras ni baik x kdkut n byr gaji on time..jd aku anggp dh berubh la tuu..kira ada hikmah la dia kena pukul n jd lumpuh tu..org yg kena tipu tu pulak aku kenal jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca kat satu thread, satu Forumer ni di serang oleh sekumpulan mat motor bila dia tak bagi signal untuk membelok dan hampir melanggar salah satu mat motor...Pas dia melulu pandu tanpa mintak maaf, mat-mat motor tu serang dengan menendang kereta forumer tu...Adakah kes Ras juga sama?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:59 PM | Show all posts
duquesne posted on 26-7-2013 04:49 PM
lor.. cerita baru pulak.. dah terang2 dia accident masa buat liputan... then lama lepas tu dia ken ...

mmg dia ada buat marathon dulu. naik kerusi roda.. cuba google.. pasal punca dia jatuh tu adam salah.. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:01 PM | Show all posts
jepp posted on 26-7-2013 04:05 PM
boleh tak sapa2 cter cmna dia blh lumpuh...

dia eksiden kereta masa buat liputan piala malaysia tahun 90a n dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:05 PM | Show all posts
contactlens posted on 26-7-2013 04:40 PM
dulu2 pnh bos aku cita( tak tau la btul k tak) dia ni kuat menipu..da byk org dia tipu..smpaikan mas ...

kayooo ke?? laki dia skrg nak kwen dgn dia nie nak duit je ke?? ape keje ilyas nie ??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:09 PM | Show all posts
EX Hubby dia bukan ke yg nama AMRI GINANG tuh????

kalau mamat Ilyas tu laki baru dia kira dia nih x memilih rupa..Amri pon hazab jugak..janji poket tebal ye tak? Last edited by ALDRIN on 26-7-2013 05:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:10 PM | Show all posts
amboi segak aih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 05:23 PM | Show all posts
Tahniah ras
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:28 PM | Show all posts
rasanya pernah kawin kan dulu
sebab aku teringat gambar dia kawin dulu, pakai gaun putih, kat kepala ada bunga2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkiralah apa pun masa silamnya, congrats ras
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:22 PM | Show all posts
angel=engel?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.069064 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list