CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: resah

Ras Adiba dah nikah (pic nikah pg7)

[Copy link]
Post time 26-7-2013 04:13 PM | Show all posts
aku tanya ni betul ke mamat tu?
mod kalau betul nak tacang wakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 04:14 PM | Show all posts
pilot posted on 26-7-2013 04:12 PM
rasa mcm dah penah kawin je? lumpuh lepas operate sebab jatuh dari kuda kot...

Bukan jatuh dari kuda, dia kena attack kat depan gate rumah dia or kakak dia and dia jatuh. Tak lama lepas tu dia lumpuh. Long before this dia penah accident superbike sampai affect tulang belakang and saraf tunjang dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:15 PM | Show all posts
caprut posted on 26-7-2013 04:13 PM
bukn die kna serang ke dgn pnjhat

rasanye memula dia jatuh motor..x lama lepas tu rumah depa kena rompak ke camtu la..perompak tu pukul dia kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:15 PM | Show all posts
jepp posted on 26-7-2013 04:12 PM
takda gambar yang senonoh ke uols...

ko tengok je dari pusat keatas
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:16 PM | Show all posts
mummy75 posted on 26-7-2013 04:15 PM
rasanye memula dia jatuh motor..x lama lepas tu rumah depa kena rompak ke camtu la..perompak tu pu ...

ak pnh tgok dokumentari OKU psal die kat rtm , die kna serang kat parking tu yg lumpuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:19 PM | Show all posts
caprut posted on 26-7-2013 04:16 PM
ak pnh tgok dokumentari OKU psal die kat rtm , die kna serang kat parking tu yg lumpuh

bukan kat parking
kat tepi jalan masa dia drive nak pegi buat liputan
ada orang pukul dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2013 04:21 PM | Show all posts
kukulangau posted on 26-7-2013 04:19 PM
bukan kat parking
kat tepi jalan masa dia drive nak pegi buat liputan
ada orang pukul dia

ouh. aku pon ingt2 lupe sbb da 2 3 thun documentary tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:23 PM | Show all posts
Congrats!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 04:25 PM | Show all posts

ARKIB : 23/03/2001 (Utusan Malaysia)
Ras Adiba cedera diserang lelaki

RAS Adiba Radzi terlantar di katil sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur setelah mengalami kecederaan di kepala dan bahu akibat dipukul oleh seorang daripada empat lelaki di Taman Maluri, Cheras, semalam. - Gambar YUSMAN YUNUS.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 22 Mac - Pembaca berita sukan sambilan TV3, Ras Adiba Radzi, 33, cedera diserang oleh salah seorang daripada empat lelaki di hadapan rumah ibunya di Taman Maluri, Cheras di sini awal pagi ini.

Dalam insiden yang berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Ras dipukul dengan topi keledar di bahagian belakang kepala dan bahunya.

Ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini tengah hari ini dia kelihatan masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Menurut Ras, beliau tidak tahu motif serangan secara tiba-tiba oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.

``Saya tidak tahu kenapa lelaki itu menyerang saya,'' kata beliau.

Ras memberitahu, semasa kejadian beliau menunggu makciknya membuka pintu pagar rumah ibunya di Jalan Wirawati 8. Beliau ke situ untuk melawat adik lelakinya yang demam.

Menurut beliau, tiba-tiba empat lelaki menunggang dua buah motosikal itu muncul dengan salah seorang daripada mereka menghampirinya dan terus memukulnya menggunakan topi keledar.

``Saya terjatuh selepas terkena pukulan yang amat kuat di bahagian kepala dan lelaki itu terus memukul saya di leher selepas saya terjatuh,'' ujarnya.

Menurut Ras, ketika itu dia menjerit sekuat hati meminta tolong kerana terlalu takut.

``Lelaki berusia kira-kira 18 tahun itu kelihatan sungguh marah. Pukulan pertama terkena belakang kepala saya. Yang kedua terkena bahu semasa saya rebah,'' jelas Ras.

Katanya, tindakan lelaki itu sungguh menghairankan kerana setahunya dia tiada musuh.

Lelaki yang memukulnya bersama tiga lagi rakannya yang menunggu melarikan diri selepas melihat orang ramai keluar dari rumah.

Ras memberitahu, pada mulanya beliau menyangka empat lelaki itu kawan adiknya.

Ditanya motif serangan itu, Ras memberitahu, beliau sendiri tidak dapat memikirkannya, tetapi ada kemungkinan untuk tujuan merompak.

Bagaimanapun, jelas beliau, semasa kejadian beliau tidak membawa beg tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussin Mahyuddin yang mengesahkan insiden itu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan sehingga ini belum ada tangkapan dibuat.

Menurut beliau, polis menolak kemungkinan serangan itu berkaitan dengan insiden pergaduhan di Jalan Klang Lama.

``Ini disebabkan cara serangan yang dilakukan terhadap Ras berbeza dengan kejadian pergaduhan di Jalan Klang Lama,'' katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Kata Meor Chek Hussin, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

Tambah Meor Chek Hussin, polis sedang mengambil kenyataan Ras bagi segera menyelesaikan kes ini.

Oleh: TEON EG



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:27 PM | Show all posts
Ni cerita pasal dia lumpuh:


ARKIB : 08/11/2009 (Utusan Malaysia)
Hidup lebih positif - Ras Adiba

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



RAS ADIBA bahagia bersama anaknya, Umar Ras Engel Abdullah

--------------------------------------------------------------------------------



TERTARIK dengan kata-kata semangat wanita ini. "Cintai diri sendiri," ringkas kata Ras Adiba Mohd Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dib.

Nama Ras Adiba bukan lagi asing pada kita. Nama ini cukup sinonim dalam dunia penyiaran suatu waktu dahulu.

Tapi selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menjadikannya lumpuh separuh badan, kehidupan Ras mula berubah.

Lumpuh separuh badan, dari pinggang ke hujung kaki sejak pertengahan 2002, harapan untuk dia kembali menjalani kehidupan normal hampir tidak ada.

Tidak banyak orang yang realistik menerima ujian takdir dengan tabah. Ras Adiba mampu melakukannya. Tuhan memilihnya dan sebagai manusia apa lagi yang mampu dilakukan kecuali menerima dengan syukur.

13 tahun lalu, Ras Adiba pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Akibat kemalangan itu, dia terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.

Pada Julai 2002 Ras Adiba disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia.

Selain sukan, Ras Adiba cukup aktif dalam bidang kesusasteraan dan pernah menulis dua novel dan sebuah antologi puisi. Malah pernah berlakon teater Jebat dalam bahasa Inggeris bersama Jalaluddin Hassan arahan Rahim Razali.

Dulu dia seorang yang sangat aktif, menunggang motor berkuasa besar dan beraktiviti lasak. Namun, Ras Adiba hari ini lebih optimis walaupun cacat kekal.

Jika biasanya kita melihat orang kurang upaya mengasingkan diri daripada masyarakat, Ras Adiba cuba keluar daripada kepompong itu, mencari kekuatan untuk terus menceriakan kehidupannya sendirian.

Menurutnya, walaupun dia kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun dengan latihan yang dilaluinya sejak beberapa tahun lalu, dia mampu menguruskan segala-galanya seperti orang normal.

"Bagi saya, untuk hidup seperti orang normal yang lain tidak sukar. Saya sentiasa optimis kerana saya mencintai diri sendiri. Apabila kita mencintai diri sendiri, kita akan menjaga diri kita sebaik mungkin. Kita tidak akan pernah lupa sembahyang dan tidur yang cukup untuk mencari kebahagiaan. Itu cara saya yakinkan diri saya dan kawan-kawan saya agar hidup lebih positif," katanya.

Kini, hidupnya gembira dengan kehadiran anaknya, Umar Ras Engel Abdullah. Si kecil ini menjadi penawar dukanya.

Dahulu, masa lapangnya banyak dipenuhi dengan mengenang nasib serta kehidupan sebagai OKU, kini duka hatinya kian sembuh malah, hidupnya kembali diwarnai oleh Umar.

"Sekarang saya duduk di rumah menjaga anak. Selain sibuk menguruskan anak, saya juga aktif bersama Yayasan Carrefour, " kata pembaca berita ntv7 ini.

Ras Adiba juga kian aktif dengan jemputan ceramah motivasi. Berkongsi rahsia kesihatan, Ras Adiba menitik beratkan cara pernafasan seperti melalui hidung dan mulut yang sering dibuatnya.

Baginya, pernafasan penting untuk bergerak aktif dan menjaga kesihatan badan. Seperti orang lain, Ras Adiba juga utamakan masa rehat. Mengisi masa lapang bersama anak dan kerja yayasan, Ras Adiba akan berehat dengan mendapatkan tidur yang berkualiti.

"Saya akan memastikan akan tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Tidur merupakan rehat yang penting.

Ia dapat menghilangkan lenguh dan kepenatan badan. Keesokan selepas bangun tidur, pasti kira boleh melakukan kerja lain. Hidup berkerusi roda tidak menghalang saya untuk aktif dan sekarang saya mula kembali berenang," katanya.

Walaupun aktiviti luar Ras Adiba agak terhad, dia masih berpeluang berenang bersama keluarga dan anak.

Sebagai orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan, Ras Adiba perlu menjaga pemakanan. Namun, dia tidak perlu terlalu berpantang untuk memastikan dirinya sentiasa sihat.

Katanya berseloroh, berat badannya juga sekarang semakin naik. "Pemakanan perlu dikawal dan biarlah seimbang. Selain itu, kita perlu minum banyak air suam. Penghidratan badan amat penting untuk sentiasa segar dan cergas. Kebiasaannya, saya akan memastikan saya makan malam sebelum pukul lapan malam," katanya.

0Share 37Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share  

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2a8dKzlHY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:28 PM | Show all posts
lor bukan dia jatuh kuda ker ?

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:28 PM | Show all posts
Ni latest news tahun ni pasal dia:


ARKIB : 24/02/2013 (Utusan Malaysia)
Kehidupan optimis Ras Adiba
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto Jeffri Iran

Ras Adiba juga kian aktif dengan jemputan ceramah motivasi.

TERTARIK dengan kata-kata semangat wanita ini. "Tuhan ambil yang lain, kurniakan keistimewaan lain," ringkas kata Ras Adiba Mohd. Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dib.

Nama Ras Adiba bukan asing terutama dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan suatu waktu dulu. Tapi selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menjadikannya lumpuh separuh badan, kehidupannya mula berubah.

Lumpuh separuh badan, dari pinggang ke hujung kaki sejak pertengahan 2002, harapan untuknya kembali menjalani kehidupan normal hampir tidak ada.

Tidak banyak orang yang realistik menerima ujian takdir dengan tabah. Ras Adiba mampu melakukannya. Tuhan memilihnya dan sebagai manusia, apa lagi yang mampu dilakukan wanita ini kecuali menerima dengan syukur.

Ras Adiba terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Akibat kemalangan itu, dia terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.

Pada Julai 2002, Ras Adiba disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia.

Kejadian malang 17 tahun lalu itu tidak mematahkan semangatnya. Ras Adiba yang aktif dalam bidang kesusasteraan dan pernah menulis dua novel dan sebuah antologi puisi meneruskan minatnya menyanyikan lagu-lagu puisi. Dia juga berlakon teater Jebat dalam bahasa Inggeris bersama Jalaluddin Hassan arahan Rahim Razali.

Mendekati Ras Adiba hari ini, dia dilihat lebih optimis .

Tidak seperti orang normal yang tiba-tiba hilang upaya, Ras Adiba tidak mengasingkan diri daripada masyarakat sebaliknya cuba keluar daripada kepompong itu, mencari kekuatan untuk terus menceriakan kehidupannya sendirian.

Menurutnya, walaupun dia kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun dengan latihan yang dilaluinya, dia mampu menguruskan segala-galanya seperti orang normal.

Kekuatan"Bagi saya, untuk hidup seperti orang normal yang lain tidak sukar. Saya sentiasa optimis kerana saya mencintai diri sendiri.

Hari ini Tuhan ambil kehidupan normal lain, tetapi Dia akan kurniakan satu keistimewaan buat kita. Itu cara saya yakinkan diri dan kawan-kawan saya agar hidup lebih positif," katanya yang mula aktif bersukan sejak bergelar OKU.

Pada 2003, Ras Adiba mula aktif menyertai maraton dan pernah mewakili negara dalam acara Paralimpik untuk sukan menembak.

Bukan itu sahaja, Ras Adiba mampu bermain badminton dan berenang menggunakan tangan.

Hakikatnya, dia kehilangan keupayaan kaki tetapi tangannya masih mampu melakukan segalanya.

Itulah keajaiban Tuhan yang memberi kekuatan hidup pada Ras Adiba.

Anak dan persatuanWalaupun aktiviti luar Ras Adiba agak terhad, dia masih berpeluang melakukan aktiviti bersama keluarga dan anak.

Hidupnya kini lebih sempurna dengan kehadiran anaknya, Umar Ras Engel Abdullah, 6.

Si kecil ini menjadi penawar dukanya.

Duka hatinya kian sembuh malah, hidupnya kembali diwarnai oleh Umar.

"Selain sibuk menguruskan anak, saya juga menemaninya melakukan pelbagai aktiviti. Saya merasakan hidup sempurna dengan kehadirannya. Jika orang lain mengatakan saya memberi kehidupan baru buat Umar tetapi sebaliknya. Bagi saya, dia tidak pernah menganggap saya OKU sehingga saya merasakan diri ibu yang normal seperti orang lain, " katanya yang kembali membaca berita di ntv7 pada 2008.

Ras Adiba juga kian aktif dengan jemputan ceramah motivasi.

Dia kini menjadi Penasihat Persatuan OKU Perwira K9 Malaysia. Katanya, penglibatan dalam komuniti OKU seperti ini dapat membantu golongan pesakit dan ibu bapa memahami kehidupan sebenar golongan ini.

"Dalam persatuan kami bukan sekadar memberi kata-kata semangat. Kami juga ada ceramah daripada pakar-pakar kesihatan dan pendidikan selain panduan bagaimana golongan ini membina kerjaya.

"Kami memahami ramai OKU terutamanya mereka yang dulunya normal sukar meneruskan kehidupan. Sebab itulah perlunya pendedahan melalui persatuan seperti ini untuk membantu," katanya yang masih bergantung pada ubat tahan sakit.

0Share 10Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share  

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Adiba#ixzz2a8deHJ46
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:31 PM | Show all posts
loh....kena belasah plak ke...ish2

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:31 PM | Show all posts
outcast posted on 26-7-2013 04:28 PM
lor bukan dia jatuh kuda ker ?

mana ko dpt cite jatuh kuda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:32 PM | Show all posts
tahniah utk Ras
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:35 PM | Show all posts
tak ingat lah sheols penah kawen ke tak sebelum ni

tapi sheols penah hampir kawen - tapi last minute tak jadi
sebab famili lelaki tu tak nak bermenantukan OKU....

Kata Ras Adiba, dia sedar bukan sesuatu yang mudah untuk lelaki normal berkahwin dan menjalani kehidupan dengan orang kurang upaya seperti dirinya.

Banyak yang kena berubah, untuk disesuaikan dengan keadaan pasangan. Sudah ada lelaki yang sudi, keluarganya pula sukar menerima. Dia sedar itu semua perlu dilalui tanpa perlu menyalahkan kepada takdir diri.

Justeru buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal perkahwinan atau lelaki idaman kerana tidak mahu hatinya diganggu dengan hal-hal yang mengecewakan.

Cukuplah bagaimana dia menanggung sendiri derita apabila majlis perkahwinan yang dirancang bersama seorang lelaki Perancis berkecai di tengah jalan.

Hanya seminggu sebelum naik pelamin, majlis terpaksa dibatalkan. Sedang kad jemputan, tempahan dewan dan persalinan sudah dibuat, keluarga lelaki muda itu mengambil jalan memutuskan perhubungan mereka kerana tidak mahu masa depan anaknya berhadapan dengan risiko kerana berkahwin dengan wanita OKU.

“Kalau dikenangnya, memang Dib serik. Tetapi itu adalah cabaran yang mematangkan. Sampai ke hari ini saya tidak pernah berdendam dan kami kekal sebagai kawan baik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 6.htm#ixzz2a8fH0Spw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 04:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:36 PM | Show all posts
apa2 pun - tahniah buat Ras Adiba
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:40 PM | Show all posts
epalgebuu posted on 26-7-2013 04:31 PM
mana ko dpt cite jatuh kuda ni?

isk seingat aku dia mmg aktif kuda
before this dia kan  mmg ada spinal cord injury
then jatuh kuda as pemangkin laa
one day dia x leh bgn tido ..

mcm tuh aa aku ingat2  lupa


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 pnh bos aku cita( tak tau la btul k tak) dia ni kuat menipu..da byk org dia tipu..smpaikan masa dia lumpuh mula2 dulu ex laki dia sndiri x caya..dia ckp ras ni reka2 cita je..kalo btul dia ni pnh menipo mgkin org yg pkul dia tu org yg pnh dia tipu..lps dh lumpuh dia berubah..dia ni kayoo korang..(org ckp la..aku x tau)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.078265 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list