View: 5954|Reply: 56
|
[Tempatan]
Mohd. Noor tunai nazar jalan kaki ke Putrajaya 18 Ogos
[Copy link]
|
|
Mohd. Noor tunai nazar jalan kaki ke Putrajaya 18 Ogos
BESUT 27 Julai - Seorang bekas anggota tentera yang bernazar mahu berjalan kaki dari Besut ke Putrajaya jika Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai lalu, akan menunaikan nazarnya pada 18 Ogos ini.
Mohd. Noor Mat, 47, yang kini merupakan kakitangan Pejabat Yayasan Islam Terengganu (YIT) Cawangan Besut, telah memulakan latihan sejak dua minggu lalu dengan berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari di kawasan Pantai Bukit Keluang dan Pantai Air Tawar dekat sini.
Menurutnya, latihan itu sebagai persiapan untuk menempuh perjalanan sejauh kira-kira 600 kilometer ke Putrajaya yang dijangka berakhir pada 31 Ogos depan.
"Saya tiada masalah untuk menempuh perjalanan sejauh kira-kira 600 kilometer kerana telah melakukan persediaan untuk acara ini. Tidak lama lagi saya akan mula berlatih berjalan di jalan raya bagi membiasakan diri dengan laluan sebenar.
"Justeru, saya harap orang ramai dapat memberi kerjasama terutama pengguna jalan raya agar sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran saya sepanjang perjalanan ke sana nanti," katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Pantai Air Tawar, dekat sini semalam.
Menurutnya, menjalani ibadat puasa tidak sedikit pun merencatkan usahanya itu, malah menambahkan semangatnya untuk membuktikan dia mampu melakukan sesuatu yang terbaik dan dapat menaikkan imej sebagai seorang ahli UMNO.
"Apa yang ingin saya lakukan ini adalah sebagai membuktikan semangat bahawa UMNO dan BN masih gagah dan terus menerajui pemerintahan Terengganu dan negara biarpun banyak halangan," ujarnya.
Pada hari penamaan calon yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Kuala Besut dekat sini pada 5 Julai lalu, Mohd. Noor melafazkan nazar untuk berjalan kaki dari Besut ke Putrajaya jika BN berjaya mengekalkan kemenangan di kawasan itu.
Mohd. Noor yang mempunyai tujuh anak berumur antara empat hingga 22 tahun itu sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di mana pemimpin itu turut bersetuju menyambut ketibaannya di Putrajaya sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-56.
Ditanya adakah dia mendapat mana-mana tajaan untuk acara itu, Mohd. Nor memberitahu, dia bertekad menunaikan hasrat tersebut tanpa atau dengan penaja.
Pada 2007, Mohd. Nor pernah mencatatkan sejarah bagi daerah Besut apabila menyahut cabaran Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh untuk berjalan kaki dari Kemaman hingga Besut.
Cabaran itu disahut Mohd. Nor bagi merealisasikan slogan yang cukup sinonim dan popular dengan kerajaan negeri ketika itu iaitu 'Tiada Halangan Hanya Peluang' dan 'Memahat Sejarah Mencipta Tamadun'.
Hasratnya itu turut mendapat reaksi dan sokongan ramai apabila seramai 35 peserta yang mewakili pelbagai jabatan kerajaan bersetuju menyertai Program Berjalan Kaki Sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan negara ketika itu.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130728/dn_11/Mohd-Noor-tunai-nazar-jalan-kaki-ke-Putrajaya-18-Ogos#ixzz2aJQuru4W
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s:- Ok...Mohd Noor bakal menunaikan nazarnya...lobai malang PAS tu bila lak nak bogel di K.Besut plak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tahan teksi tgh2 jln nanti dah le.... |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampoon.....tak de keje cari keje...
lepas ni buleh dapat title dato tak? |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 28-7-2013 12:50 PM
jgn tahan teksi tgh2 jln nanti dah le....
kompom ada kamera yg akan ikut... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 28-7-2013 12:51 PM
ya ampoon.....tak de keje cari keje...
nazar macam tu tak hairan ditunaikan noor.
Nazar lobai malang muslimah PAS yg nak bogel di K Besut tu...tak tahu lah dia sanggup bayar nazar ke tidak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 12:53 PM
nazar macam tu tak hairan ditunaikan noor.
Nazar lobai malang muslimah PAS yg nak bogel di K Be ...
mengarutja semua jenis nazar yang disebut tu....baik sedekah kat masjid untuk anak yatim ke..pahala dapat....ni penat ja dapat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg nak bogel tu bila lak.....
Lepas raya nanti bdn dah tembun, baik buat bln posa ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 28-7-2013 12:55 PM
mengarutja semua jenis nazar yang disebut tu....baik sedekah kat masjid untuk anak yatim ke..pahal ...
Dah individu tu nak nazar caranya Noor..kita tak boleh halang..cuma nazar ni kena tunaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 28-7-2013 12:55 PM
Yg nak bogel tu bila lak.....
Lepas raya nanti bdn dah tembun, baik buat bln posa ni.....
harap dia masuk FB beritahu tarikhnya dia nak bogel..ramai yg sedang tertunggu nak tengok ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 12:58 PM
Dah individu tu nak nazar caranya Noor..kita tak boleh halang..cuma nazar ni kena tunaikan..
yang bogel tu pun pakcik nak tunggu tgk ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti klu jalan kat highway LPT bermalam dlm khemah ke? Kalau R&R jauh lagi.
Cam takut jer |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun nak gi sana tgok gak.....
Mesti penuh hotel kat sana.....nasib baik cun....klu berkerak, memang kena kutuk rapat lah.....
Aku nak jdikan model utk produk putihkan celah mana yg tak putih....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
@zorrro_03 ....ur pakcik nk mulakn pjalanan 18 ogos ni..
bleh la amek cuti klu nk bg sokongan |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 28-7-2013 12:58 PM
yang bogel tu pun pakcik nak tunggu tgk ke?
Memang..nak pastikan betul ke dia bayar nazarnya..bogel bermaksud tak pakai even seutas benang pun..berlari2 di Pekan K.Besut tu....pakcik dah sediakan handycam dah ni..just dia kasi tarikhnya dan waktunya sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
mybluegetz posted on 28-7-2013 12:59 PM
Nanti klu jalan kat highway LPT bermalam dlm khemah ke? Kalau R&R jauh lagi.
Cam takut ...
adalah nanti yg sukarela sama pakcik tu berjalan atau bermalam..sama juga adalah juga yg sukarela bersama jalan dgn muslimah PAS yg nak lari bogel di K.Besut tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 28-7-2013 01:02 PM
Aku pun nak gi sana tgok gak.....
Mesti penuh hotel kat sana.....nasib baik cun....klu berkerak, me ...
Yelah....sapa tak nak pi tengok..kalau Mad Sabu tahu tarikhnya masanya..terangkat jugak sarban dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus pahala posa AN...... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 28-7-2013 01:11 PM
Kurus pahala posa AN......
Hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
ulat bulu naik daun. dah tua2 ada bini dah pencen buat lah cara dah tua.. aduhai.. nasib baik bini kat rumah tak kantoi skandal dalam internet gambar dah ada.. bila lah nak upload ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|