CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Tajwid dan Bacaan Al-Quran

  [Copy link]
 Author| Post time 19-8-2013 12:49 PM | Show all posts
Sambung sikit....

Dalam mushaf Uthmani, kita akan biasa lihat tanda bulat Huruf Ha ه  (atau Ha dhamir) pada atas huruf Madd (Alif, Wau, Ya)
Kadangkala kita jumpa juga tanda macam digit sifar 0 atas Huruf Alif, lonjong sikit bukannya tanda bulat Huruf Ha ه

Perasan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2013 10:47 AM | Show all posts
Semalam bila saya lihat balik video yang Uncle Owl letak pada post#51, pasal tanda 0 dan o (atau ه) dalam mushaf Uthmani juga disentuh sedikit pada minit ke-17

Tanda o: ada pada tulisan tiada pada bacaan

Tanda 0: ketika berhenti ada, ketika sambung tiada pada bacaan

Macamana yang dimaksudkan dengan ada pada tulisan tiada pada bacaan?
Macamana pula yang dimaksudkan dengan ketika berhenti ada, ketika sambung tiada pada bacaan?

Mari kita lihat melalui contoh:

1. Tanda o ada pada tulisan tiada pada bacaan

Al-Baqarah ayat 5:


Lihat pada Huruf Waw pada kalimah permulaan ayat di atas, ada tanda bulat kecil di atasnya

Tanda tersebut menunjukkan Huruf Waw tu ada pada tulisan, tapi TIDAK DIBACAKAN pun, seolah-olah tiada. Bila Huruf Waw itu tidak dibacakan, maka di sini tiada Madd Asli, tidak dibacakan panjang pada Hamzah Qoto' yang berbaris dhammah di permulaan ayat di atas.

Nota:
Dalam mushaf Uthmani, kerap kali boleh kita jumpa tanda bulat tersebut atas Huruf Alif yang sebelumnya ada huruf Waw yang berhukum Madd Asli.


(Al-Baqarah ayat 6)

Lihat tanda bulat o (atau ه ) pada huruf alif penghujung kalimah 'Kafaru' di atas. Alif itu tidak dibacakan, seolah-olah tiada. Kalimah 'Kafaru' itu, Waw di situ Madd Asli (sebelumnya ada baris dhammah) maka dibacakan dengan kadar Madd Asli: Kafaruu (dua harakat), dan huruf Alif selepas tu tiada dalam bacaan.
Last edited by mnm77 on 20-8-2013 01:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 11:10 AM | Show all posts
2. Tanda 0 ketika berhenti ada, ketika sambung tiada pada bacaan (unik)

Tanda seperti digit sifar 0 ni kurang kekerapan berbanding dengan tanda bulat o dalam mushaf Uthmani.

Contoh Ayat 10 Surah Al-Ahzab:


Di penghujung ayat, kalimah terakhir tu di hujungnya ada Huruf Alif bertanda 0 di atasnya.

Cara bacaannya untuk tanda lonjong 0 ni agak unik, bila berhenti dibaca panjang (Madd - 2 harakat), TAPI bila sambung dibaca pendek.

Untuk dengar bacaannya bila berhenti boleh rujuk di sini:
http://corpus.quran.com/wordmorp ... tion=%2833:10:16%29

Untuk bacaan secara bersambung pada huruf Alif yang ada tanda 0:

(Al-Mulk, 26)

Kalimah 'Ana' (أَنَا) tu dibaca pendek seolah-olah tiada huruf Alif di situ. Dengar bacaan di sini:
http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%2867:26:7%29


Ringkasan:
1. Untuk tanda bulat o di atas huruf, dibaca dengan mengabaikan huruf yang ada tanda tersebut (seolah-olah tiada)
2. Untuk tanda sifar yang lonjong 0 di atas huruf,
   - bila dibaca secara sambung huruf itu diabaikan seolah-olah tiada
   - bila dibaca dengan berhenti pada huruf itu (contoh huruf Alif), maka huruf Alif itu tidak diabaikan sifat bacaannya
     (maka huruf sebelumnya yang berbaris atas dibaca dengan kadar Madd asli 2 harakat)

WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 20-8-2013 05:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 07:01 PM | Show all posts
mnm77 posted on 20-8-2013 11:10 AM
2. Tanda 0 ketika berhenti ada, ketika sambung tiada pada bacaan (unik)

Tanda seperti digit sifar ...

Tanda 'mati' tu kn? Biasanya yg hidup x mati le kn.
- mgkin lbh mudah dibaca bila byk tempat berhenti/sambung (selain sekatan/no. ayat)
- mgkin juga mengekalkan makna (huruf²) asal perkataan (literally) yg pendek/panjang sebutannya
Betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 08:39 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 20-8-2013 07:01 PM
Tanda 'mati' tu kn? Biasanya yg hidup x mati le kn.
- mgkin lbh mudah dibaca bila byk tempat berhenti/sambung (selain sekatan/no. ayat)
- mgkin juga mengekalkan makna (huruf²) asal perkataan (literally) yg pendek/panjang sebutannya
Betul ke?

Secara ringkasnya mungkin boleh dikatakan demikian untuk pendekatan mudah.

Yang umumnya, tanda mati tu disebut 'sukun'. Tapi, sebab ada cara bacaan yang tak sama bila berhenti atau sambung mengikut gaya bahasa Arab, maka tanda-tanda tambahan diperkenalkan untuk membezakan cara bacaan, bagi memudahkan baca Al-Quran dengan bacaan yang betul berdasarkan panduan dari mushaf.

Sukun (tanda mati) yang lazim bertanda macam bulan sabit:


Ikut kaedah penulisan mushaf uthmani, sukun macam ni untuk huruf-huruf Izhar yang bertanda mati, dan bunyinya jelas kedengaran dari bacaan. Bunyi Huruf Seen itu jelas.

Nota:
Mushaf tertentu yang lain ada juga meletakkan sukun dengan tanda o, namun bacaannya sama seperti tanda mati bulan sabit, bacaannya TAK sama seperti tanda o dalam mushaf Uthmani. Harap ambil perhatian.

Dalam mushaf Uthmani, bagi huruf-huruf yang menyebabkan berlakunya Ikhfak dan Idgham, TIDAK diletakkan tanda di atas huruf-huruf tersebut sekalipun huruf tersebut sebenarnya 'mati', kerana bunyi huruf tersebut dimasukkan sedikit (contoh Ikhfak) ke dalam huruf berikutnya, atau dimasukkan secara penuh (contoh Idgham) ke dalam huruf berikutnya.

Bagi huruf madd yang 'mati', dalam mushaf uthmani, juga tidak diletakkan apa-apa tanda kerana ia berbentuk vowel yang dibaca dengan lebih panjang. Jika huruf sebelum Alif berbaris atas dan Alif tersebut 'mati' (tidak diletakkan sebarang tanda pada Alif) maka hukumnya Madd Asli. Begitu juga sebelum Waw ada huruf bertanda dhammah, sebelum Ya ada huruf berbaris kasrah.

Lihat Ayat Bismillah di atas, Mad Asli (huruf Ya sebelumnya ada baris kasrah) yang bertemu huruf Mim (Mim mati bila berhenti) dalam satu kalimah yang diwaqafkan (berhenti) di akhir ayat, lihat huruf Ya itu tidak diletakkan tanda - menunjukkan Madd (panjang). Sekadar tambahan: Di sini ia menjadi Madd 'Aridh lil sukun. Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang (Mim mati) selepas huruf Madd ketika waqaf.

Untuk tanda kecil o di atas huruf tertentu, ia tidak bermaksud tanda mati seperti sukun bulan sabit, tidak juga bermaksud mati seperti Ikhfak atau  Idgham, tidak juga seperti Madd. Tanda o tu menunjukkan ia hanya kaedah tulisan (ada sebab), TETAPI tidak dibaca langsung dan tidak mengikut aturan mana-mana huruf yang 'mati' seperti yang dijelaskan dengan beberapa contoh di atas.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 21-8-2013 07:05 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 08:49 AM | Show all posts
Nota:

Mushaf tertentu yang lain termasuk lah yang saya beri contoh pada post#5 ada juga meletakkan sukun dengan tanda o, namun bacaannya sama seperti tanda mati bulan sabit dalam mushaf Uthmani.

Peringatan
Untuk tanda o dalam mushaf yang betul-betul ikut resam Uthmani, cara bacaannya bukan seperti tanda mati bulan sabit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2013 11:12 AM | Show all posts
mnm77 posted on 21-8-2013 08:39 AM
Secara ringkasnya mungkin boleh dikatakan demikian untuk pendekatan mudah.

Yang umumnya, tanda  ...

Terima kasih. Sila teruskan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 11:34 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 21-8-2013 11:12 AM
Terima kasih. Sila teruskan...

Sama-sama...

Ok kita teruskan pula dengan tajwid yang biasa-biasa... sebelum-sebelum ni kita tumpukan yang nampak special/khas.

Idgham

Sebab kalini yang biasa, kalau saya taip panjang-panjang akan ambil banyak masa, lagipun kat internet dah ada banyak blog pasal tajwid, jadi saya kongsi sikit sumber dari blog yang saya dah baca (penafian: bukan blog saya) dan edit sikit untuk tujuan penyampaian di sini, sumber linknya:
http://tajwidsensei.blogspot.com/2012/08/hukum-nun-mati-dan-tanwin-part-2-idgham.html

Apa maksud Idham ni? Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan.
Apa yang nak dimasukkan dan digabungkan? Maksudnya, kita perlu menggabungkan atau memasukkan bunyi/suara huruf yang sukun/tanwin ke dalam huruf yang berbaris..

Huruf-Huruf Idgham:

Idgham mempunyai 6 huruf semuanya iaitu : Ya, wau, mim, nun, lam dan ra'

6 Huruf Idgham

(Untuk pengetahuan, idham juga terdapat dalam bab lain selain nun mati dan tanwin)


Pembahagian Idgham :  

Idgham terbahagi kepada 2 Iaitu:

1) Idgham Ma'al Ghunnah
  (memasukkan berserta ghunnah/dengung)

2) Idgham BiLa Ghunnah
   (memasukkan dengan tiada dengung)


Idgham Maal Ghunnah:
Pengertian - Idgham Maal ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin ke dalam huruf Idgham Maal Ghunnah BESERTA dengung.

Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ada 4 iaitu: Mim (م), Nun (ن), Wau (و), dan Ya' (ي)

Contoh-contoh Idgham Maal Ghunnah:


Tempat yang dimerahkan tu menunjukkan berlakunya Idgham Maal Ghunnah.
Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah beserta dengung.

Seperti dalam contoh yg pertama tu "Hisaaban yasiran" dibaca seakan-akan "Hisaabay-Yasiran"
Dalam contoh terakhir "Khairun wa abqa" dibaca "Khairuw-Wa abqa"
(Tolong rujuk guru untuk bacaan yang tepat!)


Idgham Bila Ghunnah:

Pengertian - Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin ke dalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung.

Huruf-huruf Idgham Bila Ghunnah ada 2 iaitu: Lam (ل) dan Ra' (ر)

Contoh-contoh Idgham Bila Ghunnah:



Suara Nun mati/Tanwin mestilah dimasukkan ke dalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung dengan cara melenyapkan bunyi Nun mati/Tanwin

Contoh pertama "Tawwaaban Rahiiman" dibaca "Tawwaabar-Rahiiman"
Contoh kedua "BiMukminin Lanaa" dibaca "Bimukminil-Lanaa"


Kesimpulan

Kedua-dua jenis Idgham di atas menggunakan konsep yg sama iaitu memasuk/menggabungkan suara Nun mati/Tanwin ke dalam huruf-huruf Idgham.Perbezaan bacaan di antara dua Idgham ini ialah Idgham Maal Ghunnah dibaca BERSERTA dengung dan Idgham Bila Ghunnah pula dibaca dengan Idgham TANPA dengung.

P/S : Idgham Maal Ghunnah juga dikenali sebagai Idgham Bi Ghunnah.Hukum yang sama cuma nama berbeza.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 24-8-2013 12:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 01:03 PM | Show all posts
Alhamdullillah..

I polooo   
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:06 PM | Show all posts
selain tajwid ramai yang bermasalah dengan makhraj, lain jadi maksud nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2013 02:26 AM | Show all posts
turboturtle posted on 24-8-2013 09:06 PM
selain tajwid ramai yang bermasalah dengan makhraj, lain jadi maksud nya...


Betul juga tu.... kalau sesiapa yang rajin nak bincangkan pasal makhraj pun boleh... silakan...


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 02:30 AM | Show all posts
makhraj susah skit pasal nak kena mendengar , klu yg ditepek tu boleh jugak melihatnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 08:21 AM | Show all posts
turboturtle posted on 25-8-2013 02:30 AM
makhraj susah skit pasal nak kena mendengar , klu yg ditepek tu boleh jugak melihatnya...

Ye, susah sikit nak bincang dalam forum, sebaiknya secara berdepan.

Setakat maklumat, saya jumpa gambarajah yang saya rasa mudah menjelaskan tentang makhraj (tempat keluar) huruf.



Namun macamana bunyi yang sebenar tu kena rujuk maklumat bersuara (yang terbaik berguru)

Tentang makhraj, sebagai pengenalan , saya rasa tiga huruf berikut amat menarik untuk kita bincang:   ظ - ذ - ث

Makhraj 3 huruf tersebut sama (tempat keluar sama), cuma sifat huruf tersebut menyebabkan ada perbezaan.

Saya dapati di kalangan orang Melayu, huruf ذ ramai yang baca seperti bunyi huruf 'Z' dan dibunyikan sama seperti ز. Makhraj huruf ذ yang sebenarnya di hujung lidah di antara 2 rahang gigi atas dan bawah

Huruf ظ juga ramai yang bunyikan dengan makhraj huruf ز, tapi yang sebenarnya huruf ظ sifatnya lebih hampir bunyinya dengan huruf ذ dengan makhraj yang sama tetapi dibunyikan dengan lebih TEBAL atau bunyi 'berat'. Huruf ذ sifat bunyinya 'ringan', dalam English bunyinya hampir seperti 'this' atau 'these'.

Youtube berikut (in English) menjelaskan perbezaan bunyi antara huruf-huruf tersebut.





Last edited by mnm77 on 26-8-2013 12:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 08:39 AM | Show all posts
sham159 posted on 27-8-2013 04:20 PM
Boleh Sham tanya kemusykilan dibawah?

Panjang ke pendek sebutan ZI untuk subhanarobbial aZImi wabihamdih?
Sham baca aZiiiiiimi wabihamdih.. Sham panjangkannya..tapi Sham ragu-ragu lak..

Jika ragu-ragu elok kita rujuk sebutan dalam teks Arab

Hadith berkaitan ucapan tasbih ketika ruku' dan sujud

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ ص فَكَانَ يَقُوْلُ فِي رُكُوْعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَفِيْ سُجُوْدِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَمَا مَرَّتْ اَيَةُ رَحْمَةٍ اِلاَّ وَقَفَ عِنْدَهَا يَسْأَلُ وَلاَ اَيَةُ عَذَابٍ اِلاَّ تَعَوَّذَ مِنْهَا
Daripada Huzaifah bin al-Yaman ia berkata: Aku solat bersama Nabi saw maka adalah baginda SAW membaca dalam ruku'nya Subhaana robbiyal 'adzim (bermaksud: Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar) dan dalam sujudnya Subhaana robbiyal a'la (bermaksud: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi) dan tidaklah baginda melalui ayat rahmat melainkan baginda berhenti (sejenak) padanya dan meminta (rahmat) dan tiadalah ayat azab melainkan baginda memohon perlindungan darinya.
(HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaie dan Ibnu Majah)

Tasbih ketika ruku'
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ
Subhana rabbi al-'aziimi

Dalam kalimah الْعَظِيْمِ (Al-'aziimi), sebelum huruf Ya (bersukun/mati) ada huruf berbaris Kasrah (ظِ), bermakna Madd Asli di sini, dibaca dengan kadar Madd, panjang 2 harakat pada bunyi  ظِ

Nota:
-ucapan tasbih ketika ruku' dan sujud itu bukannya ayat Al-Quran, dan sebutan bertajwid pada bacaan tasbih merupakan sebutan terbaik yang tidak merubah makna dalam bahasa Arab, cuma cara membaca tasbih tidak bacakan dengan kaedah qira'at Al-Quran
-qiraat hanya dibacakan khusus ketika membaca Al-Quran, qiraat Al-Quran tidak dibacakan pada hadith, doa atau tasbih

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 28-8-2013 09:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:54 PM | Show all posts
Kalao simbol ∴ mcm ayat 7:172 tu utk ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 08:32 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 28-8-2013 04:54 PM
Kalao simbol ∴ mcm ayat 7:172 tu utk ape?


Simbol tu juga kita jumpa di permulaan Surah Al-Baqarah, ayat ke-2:



Simbol dua kali ∴ dalam satu ayat tu menandakan boleh berhenti pada salah satu tempat bertanda ∴ tu, tapi tak boleh berhenti pada kedua-dua tempat.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2013 05:44 PM | Show all posts
Kalau sesiapa ada soalan-soalan yang tak sempat untuk tanya kepada ustaz-ustaz yang mahir tajwid, tak kisah la soalan senang ke susah ke boleh bincang/tanya/kongsi di sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 02:34 PM | Show all posts
Uncle teringat juga..dalam thread Tuan @mnm77 Thread Tajwid Al Quraan...pelajaran pertama kita dulu..."Hamzah Wasal"....dan kalau kita perhati...selepas huruf NUN kalimah Ar Rahman...NUN KASROH...dia terus pergi ke RO SYADDAH FATHAH...dan antara NUN dan RO tu....ada ALIF LAM...alif lam ni kita TAK BACA pun... sebab dia ALIF LAM SYAMSIAH.....


Sambungan di sini merupakan perbincangan lanjutan dari thread:
http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

Terima kasih Uncle Owl

minta Tuan mnm77 sambunglah...


Uncle pun boleh teruskan..... nak kongsi atau buka pertanyaan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 04:50 PM | Show all posts
Salam Ramadhan....

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan Al-Huda (petunjuk itu) dan Al-Furqan (pembeda antara yang hak dan yang batil). Maka barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah, 185)

*****************

Sekadar untuk perkongsian.... dalam bentuk pertanyaan:

Ayat dari Surah Al-A'raf ayat 69 dan Surah Yaa-Seen ayat 52:


Bahagian yang dibulatkan ada tanda huruf س kecil. Apa maksudnya? Dan bagaimana cara bacaan pada kedua-dua ayat di atas pada bahagian yang dibulatkan? Last edited by mnm77 on 8-7-2014 06:03 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:15 AM | Show all posts

Salam untuk semua....

Seronok jumpa thread ni..banyak penambahan ilmu utk org mcm saya ni.

Boleh terangkan tentang nun iwad?

Terima kasih.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.115054 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list