CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14248|Reply: 64

Tulis buku pun boleh jadi JUTAWAN

[Copy link]
Post time 31-7-2013 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Siapa yang nodai dunia perbukuan
Saya ada beberapa orang kenalan yang berjaya sebagai penulis buku. Ada yang berhenti kerja dan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjayanya. Jika dahulu, seseorang tidak boleh cari makan dengan menulis buku, kini keadaan sudah berbeza. Mereka bukan setakat boleh cari makan, malah mereka boleh selalu makan-makan.

Pada hari ini, penulis buku boleh hidup senang. Jika sebuah judul buku yang terbit itu dicetak hingga 50 ribu naskhah, royalti bagi buku itu cukup untuk hidupnya sendiri buat setahun. Andaikata bukunya berharga RM10 senaskhah, royalti yang diperoleh, biasanya 10 peratus daripada harga pasaran buku membolehkan dia mendapat RM50,000.

Menulis sebuah buku setahun, dengan anggaran cetak sebanyak 50,000 naskhah, bila didharab dengan jumlah tahun dia menulis, misalnya 10 tahun, membolehkan seseorang penulis itu memperoleh RM500,000. Ini belum termasuk dengan jumlah ulangcetak. Andainya bukunya laris, penulis itu boleh mendapat dua kali ganda daripada jumlah itu. Diam tak diam, ramai penulis buku sudah jadi jutawan.

Ada banyak faktor yang membolehkan seseorang menjadikan menulis buku sebagai kerjaya yang berjaya lagi mengayakan. Yang pertama ialah kerana minat membaca rakyat Malaysia sudah meningkat. Jika kajian dibuat, rakyat Malaysia sudah tidak lagi membaca dua halaman setahun. Mungkin mereka sudah membaca dua buah buku setahun.

Kemunculan rangkaian kedai-kedai buku yang cantik seperti MPH Bookstores dan Kedai Buku Popular menjadikan tabiat berkunjung ke kedai buku adalah satu aktiviti yang bergaya.

Kalau dahulu, kedai-kedai buku hanya dipenuhi dengan buku-buku teks dan panduan menjawab soalan peperiksaan, kini kedai-kedai buku sarat dengan pelbagai buku novel, motivasi, buku agama, panduan perniagaan, psikologi, memasak dan banyak lagi yang memenuhi citarasa golongan yang ingin membaca.

Sudah tiada lagi kedai-kedai buku yang menyimpan buku-buku yang berhabuk dan berlapuk. Rangkaian kedai-kedai buku yang lebih kecil seperti Syarikat Muda Osman dan Kedai Buku Intan yang bersaing di pasaran di Pantai Timur, Kedai Buku Hasani di Utara dan Kedai Buku Thai Kwang di Selatan serta Pustaka Rakyat di Lembah Kelang sudah berani menggajikan petugas-petugas untuk mempromosi buku, menghias rak-rak buku dengan poster, memberi diskaun dan kad keahlian kepada para pelanggannya. Ini merancakkan jualan dan meningkatkan juga pendapatan penulis.

Dunia penerbitan buku di Malaysia sendiri sudah berubah. Jika dahulu, penerbit buku banyak bergantung hidup dengan menerbitkan buku-buku teks, yang mana pusingan modalnya lambat, kini bila penerbit-penerbit buku beralih kepada penerbitan buku-buku novel dan umum, mereka memperoleh pulangan terus daripada pelanggan.

Tambahan pula, bila penerbitan buku bukanlah sesuatu yang eksklusif dan golongan penulis pula celik penerbitan, celik niaga dan undang-undang, penerbit-penerbit putar alam terpaksa gulung tikar.

Bila golongan penulis kian bertambah dan rangkaian sosial mereka lebih terbuka dan telus, penerbit-penerbit yang menipu penulis tidak dapat bertahan lama. Si penipu kini mudah didedah dan dihebah hingga terus diboikot. Beberapa tahun lalu, sebuah penerbit dari selatan tanahair terpaksa tutup kedai akibat diboikot oleh golongan penulis kerana menipu royalti.

Kini, gergasi-gergasi penerbitan seperti Grup Buku Karangkraf, PTS dan Telaga Biru adalah di antara penerbit yang memberikan ruang, peluang dan masa depan yang cerah kepada golongan penulis kerana mereka jujur dalam pembayaran royalti serta menjaga hubungan baik dengan mereka.

Kejujuran penerbit-penerbit ini menghasilkan suasana menang-menang bila penulis yang ada nama mula memberi keuntungan kepada syarikat. Walhal, di peringkat awal penulis itu, dialah yang bergantung kepada penerbit.

Bagaimana pun, dalam keadaan yang cerah dan meriah dunia penerbitan di mana pasarannya semakin berkembang, penerbit semakin bertanggungjawab dan penjual semakin agresif mengedar buku, terdapat pula pihak yang mengeruhkan keadaan. Pihak manakah itu?

Pihak penulis. Jika dahulu, kisah penulis yang dipinggirkan, diperguna dan akhirnya ditipu menjadi cerita sedih dunia penerbitan buku, kini keadaan menjadi sebaliknya. Kini ada pula penulis yang menyertai bidang ini untuk mengambil kesempatan. Mereka menghantar karya yang sama kepada lebih daripada satu penerbit.

Penerbit mana yang memberi harga yang tinggi, maka ke sanalah karyanya dihantar. Karya yang diletak ke penerbit yang satu lagi diambil kembali walaupun proses editing mahupun rekaletak sudah dilaksanakan. Modal yang telah dikeluarkan oleh penerbit tidak dipedulikan.

Terdapat juga penulis yang menggunakan nama lain untuk penerbitan yang lain walaupun perjanjian persefahaman kerjasama dengan penerbit asal telah dimaterai. Itu belum termasuk segelintir penulis yang menjaja keburukan penerbitnya yang asal setelah dia berhijrah ke penerbitan baru.

Seseorang penulis yang seharusnya berperibadi tenang, seorang pemikir dan bertindak secara berwawasan. Penulis yang tidak berjiwa penulis telah merosakkan dunia penerbitan buku yang seharusnya tenteram kerana dihuni oleh mereka yang tinggi daya fikirnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 01:24 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:25 AM | Show all posts
memang. kalau laris memang leh dapat banyak duit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:48 AM | Show all posts
ya, boleh jd jutawan dgn syarat penulis tak perlu byr makan, minum, loan kereta & rumah. 50k tu dia simpan jgn beli apa. zaman ni gaji 150k ++ setahun pun mcm air jer keluar.  hehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:32 AM | Show all posts
patut laa ada sorang macai UMNO dari melaka nih meniaga berkali2 apa pun tak menjadi.. last2 kerja tulis buku camna cara nak meniaga dan jadi jutawan.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:33 AM | Show all posts
kalau lukis komik boleh jadi kaya tak kat Malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 02:35 AM | Show all posts
tobby posted on 1-8-2013 01:48 AM
ya, boleh jd jutawan dgn syarat penulis tak perlu byr makan, minum, loan kereta & rumah. 50k tu dia  ...

ataupun yang hidup membujang tiada tanggungan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:51 AM | Show all posts
roblucci posted on 1-8-2013 02:35 AM
ataupun yang hidup membujang tiada tanggungan

moderate punya calculation mcm di bwh ni pun belum tentu dia boleh simpan 50k tu ... melainkan jenis forever alone.

kereta 800
rumah 1000
kos belanja anak2, tuition, buku, belanja sekolah etc  1000
insurans kesihatan utk diri & family dll 600
bagi duit belanja utk mak ayah, kos belanja ulang alik jenguk org tua di kampung 600
makan minum di office, parking keta 300
bil letrik  100
bil h/phone 150
broad band or unify or streamyx  130
astro with sport/HBO  100
entertainment/makan luar/bw family jalan2/holiday/vacation 350
belanja nak raya etc etc  200




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 02:57 AM | Show all posts
totokreturn posted on 1-8-2013 02:32 AM
patut laa ada sorang macai UMNO dari melaka nih meniaga berkali2 apa pun tak menjadi.. last2 kerja t ...

skrg ni pun musim pelabur forex, pelabur saham, pelabur hartanah buat duit dgn seminar. berniaga seminar lagi cepat kaya dari invest rupanya.    satu kepala caj rm300, buka kelas utk 20 org, kelas 2 minggu sekali, tiap bulan 12k masyuk.  untung beb. masing2 berebut2 menaku pakar forex, pakar saham, pakar emas, pakar hartanah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:58 AM | Show all posts
totokreturn posted on 1-8-2013 02:32 AM
patut laa ada sorang macai UMNO dari melaka nih meniaga berkali2 apa pun tak menjadi.. last2 kerja t ...

nama pengarang tu????
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:00 AM | Show all posts
zaharul_asriq94 posted on 1-8-2013 02:58 AM
nama pengarang tu????

alamak.. lupa lak nama pengarang tuh... prrfghh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:06 AM | Show all posts
tobby posted on 1-8-2013 02:57 AM
skrg ni pun musim pelabur forex, pelabur saham, pelabur hartanah buat duit dgn seminar. berniaga s ...

kalu sesapa yg tahu sejarah penceramah2 yg kutip 3-4 ratus satu seminar nak jadi kaya, nak jadi jutawan, nak jadi jutawan senyap.. mereka sebenarnya dari golongan yg gagal dalam perniagaan sebenar rata2nya....

mereka yg berjaya dalam perniagaan sebenar ramainya adalah jutawan senyap.... takder masa nak bagi talk2 nih....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:09 AM | Show all posts
"enulis cerita masyarakat tetapi hanya terhad kepada yang berumur 18 tahun ke atas sahaja" harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:22 AM | Show all posts
mcm mna  pula ngan  azizi  ali?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:33 AM | Show all posts
totokreturn posted on 1-8-2013 03:06 AM
kalu sesapa yg tahu sejarah penceramah2 yg kutip 3-4 ratus satu seminar nak jadi kaya, nak jadi ju ...

jutawan senyap lebih sibuk enjoy life, holiday merata alam, dan layan forum (hehe) utk isi masa lapang dari sibuk ke sana ke mari buat seminar utk kutip duit. ada yg menaku pakar sehingga gamak tawarkan diri utk personal coaching bagai...  ditegur karang kecik hati pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:34 AM | Show all posts
banyak2 buku buku utusan je jadi bangkrup sebab bayar saman tiap2 hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 03:34 AM | Show all posts
buku2 novel ala2 harlequin dan mills and boon mmg melambak...... hakikatnyer balik2 kawin paksa, elemen rogol pastu redha, pusing2 gitu jugak ...

rerajin baca novel harlequin dan mills and boon... baru tau apa aku cakap nih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:40 AM | Show all posts
d-7-0ne posted on 1-8-2013 03:22 AM
mcm mna  pula ngan  azizi  ali?

brader azizi ni pioneer. dah lama dlm bidang hartanah. buat juta2 dlm hartanah sebelum fokus bisnes seminar. yg lain2 tu sendiri menaku pakar. self claimed expert kunun. baru beli 4-5 biji rmh yg positif cash flow dah menaku pakar, gamak offer personal coaching kpd org lain hehe ... dia pun tahu +CF yg dia dpt tu tak menjadikan dia kaya. so tpaksa la bisnes seminar or jd broker tanah/rumah. buku2 & seminar azizi ali tu bagus. btw personal coaching azizi ali is waste of time. sbb semua ada dlm buku dia, or info blh jumpa free di internet or thru social networking.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:07 AM | Show all posts
roblucci posted on 1-8-2013 02:33 AM
kalau lukis komik boleh jadi kaya tak kat Malaysia ni?

dulu masa tahun 80an, 90an boleh tapi sekarang tak lagi........

lebih2 lagi dengan saingan bahan hiburan yg lagi murah melalui internet

kat US, HK dan jepun je buleh jadi kaya lukis komik sebab kat sana penduduknya ramai dan bertaraf negara maju pulak tu

kat malaysia ni, hakikatnya tak ramai pun yg kaya dengan menulis ni, yg kaya dan berjaya dgn menulis ni beberapa kerat je

kebanyakan penulis kat malaysia ni menulis secara part time.

nak masuk bidang menulis ni pun susah, aku penah try, kena rejek kaw2 punya padahal nak siapkan manuskrip novel tu punyalah hazab lebih kurang 4 hingga 5 bulan buang masa. nak tunggu keputusan dari penerbit pun lama, lebih kurang 2 hingga 6 bulan bergantung kepada penerbit

kalau ada kenalan atau sedara mara kat syarikat penerbitan insya allah jalan korang nak jadi penulis tu lebih mudah dan senang




Last edited by RED 666 on 1-8-2013 09:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:08 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 1-8-2013 03:34 AM
buku2 novel ala2 harlequin dan mills and boon mmg melambak...... hakikatnyer balik2 kawin paksa, ele ...

nak buek camna, jenis kawin paksa ni yg senang nak jual

dah tulis teruk2 sampai pecah otak dan byk masa terbuang mestilah nak dapat pulangan yg bagus kan.....




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.077705 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list