View: 2176|Reply: 6
|
4 Etika Cinta Pejabat Yang Perlu Diketahui
[Copy link]
|
|
Percintaan di pejabat memang selalu berlaku tapi jangan sampai keterlaluan bermain cinta di pejabat nanti anda yang kecewa. Anda juga perlu tahu tentang etika percintaan pejabat, yela tak naklah bila anda berdua bergaduh satu pejabat kena tempiasnya, tak elok bukan. Nak bercinta boleh tapi biarlah berpada-pada. 4 etika cinta pejabat yang perlu anda ketahui:
1. Jangan date BOSS anda
Sesetengah syarikat sangat menitikberatkan hal sebegini, walau tegas atau tidak sesebuah syarikat. Semestinya jangan sesekali biarkan perkara ini berlaku kepada anda. Hal ini bukan saja menyusahkan diri anda malah silap hari bulan anda diberhentikan pula. Ianya bukan saja date dengan boss malah kalau boleh elakkan juga rakan sekerja.
2. Cuba jadi bijak
Ya, anda dilamun cinta! Dan anda seperti mahu menjerit memberitahu semua tentang perasaan indah dalam diri anda! Jika lelaki yang anda cinta berada dalam satu bangunan yang sama, cuba elakkan dari berjumpa satu sama lain. Dan juga jangan sesekali heboh bercerita dengan rakan sekerja anda, sekali anda bercerita, gosip merebak satu bangunan. Kesian anda nanti.
3. Tahu bahagikan masa antara kerja dan peribadi
Jangan sesekali hantar pesanan peribadi memberitahu perasaan rindu, sayang, cinta pada teman anda. Jangan okay! Bayangkan jika anda tersalah hantar ke orang lain, perit nak jawab pertanyaan orang. Anda kena tahu bahagikan masa antara kerja dengan perasaan cinta anda. Bila masa bekerja ‘be professional’.
4. Kekal produktif
Jangan ambil masa makan tengahari terlalu lama sehingga mengganggu kerja anda. Anda seperti melengah-lengahkan masa. Bila sedang bekerja, lakukan dengan produktif agar nanti anda punya masa yang panjang selepas waktu kerja.
Ada ke siap-siapa bercinta di pejabat? biasa zaman sekolah lagi dah bercinta
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin saya ada peluang cinta pejabat tk????zaman skolah tk de yang cun nk dibuat pasangan bercinta
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 31-7-2013 03:00 PM
mungkin saya ada peluang cinta pejabat tk????zaman skolah tk de yang cun nk dibuat pasangan bercinta ...
hehe ada ke cun2? try la
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang ni skandal pejabat byk la..ehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bercinta dgn boss barulah senang naik pangkat |
|
|
|
|
|
|
|
cinta pejabat interesting as long as there is no conflict of interest and as long as you can be professional |
|
|
|
|
|
|
|
cukup sekadar buat bacaan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|