CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 10

Tips Menangani Putus Cinta

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2013 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Tengok saja tajuk semua orang pernah mengalaminya tapi sama ada lambat atau cepat proses individu kendalikan atau menangani putus cinta yang dialaminya. Baiklah, saya pasti tiada sesiapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah lumrah dan asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta sememangnya tidak boleh lari dari dunia percintaan dan saya bersetuju 100% putus cinta adalah perit dan teramat perit.


Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya. Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih. Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang. Persoalan saya sampai bila mahu menangisi percintaan yang telah putus di tengah jalan. Buat apa menangis dan memikirkan orang yang sudah buang anda daripada hidupnya. Anda harus bangkit dan bersedia menjalani hari mendatang kerana kita tidak tahu apa yang bakal menyusul dan menanti nanti.


1. Be positive

Jangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia. Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.


2. Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama. Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.


3. Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi. Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu. Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.


4. Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.


5. Stay single!

Jangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan. Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah. (Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)


6. Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun laman sosial si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun laman sosialnya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya. Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan. Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!


7. Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri. Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.


8. Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata. Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 03:36 PM | Show all posts
saya yang putus cinta...umur dalam 20-23...jom la kenalan ngn abang...tk yah sibuk doa2 mintak jodoh..kenal2 je dulu..kenal hati budi bak kata artis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:12 AM | Show all posts
baru malam semalam putus cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:17 AM | Show all posts
baru td putus tunang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:38 AM | Show all posts
num 6 tu paaaaling aku setuju!!!

x stalk ex anda!!


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:39 AM | Show all posts
fiezameysekali posted on 1-8-2013 11:17 AM
baru td putus tunang

takziah... awat wey?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 11:43 AM | Show all posts
biozipstar posted on 1-8-2013 11:39 AM
takziah... awat wey?

die da xnk.. masalah fmly die
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:14 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 1-8-2013 11:43 AM
die da xnk.. masalah fmly die

oooooooooo yeke..... tumpang sdey...............

muge jumpe jodoh lebey baek ye............. take care taw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 12:15 PM | Show all posts
biozipstar posted on 1-8-2013 12:14 PM
oooooooooo yeke..... tumpang sdey...............  

muge jumpe jodoh lebey baek ye............ ...

xtahu la nk take care ke nak ape dah yu..

ehh dah ter ot??? Last edited by fiezameysekali on 1-8-2013 12:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:32 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 1-8-2013 12:15 PM
xtahu la nk take care ke nak ape dah yu..

ehh dah ter ot???

xpe... skali skala...

oh ye... tips drp kawan ku.... bakar sume barang2 drp ex tunang... sume... sume... insha Allah leh lupe.. tapi xtaw keberkesanannye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 10:33 PM | Show all posts
cukuplah buat baca baca saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041731 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list