CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21383|Reply: 37

Sejarah Ulek Mayang

[Copy link]
Post time 2-8-2013 01:53 AM | Show all posts |Read mode

n Sejarah Lagu Ulek Mayang






Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.
Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.


Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Sejarah Ulek Mayang
Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.
Lagu Ulek Mayang
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2013 03:29 AM | Show all posts
ye ke...bukan ni sekadar lagu je?
lirik pun mcm x betul
patut puteri satu...empat dgn tujuh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:25 PM | Show all posts
rasanya kat atas ni mentera sebenar..lagu yg kita nyanyi sbnanya dah diubahsuai supaya x jadi mentera..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 12:37 AM | Show all posts
Konpius aku
Dulu pernah baca kata ni buka mantera....
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 02:06 PM | Show all posts
Kepercayaan karut marut orang silam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 03:13 PM | Show all posts
tgk lirik dia pun da mcm mentera ..
seram gak bila dgr sensorg lagu ni..
penah dgr kata lagu ni xbleh di nyanyikan di laut,
di hutan dan di kawasan lapang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2013 04:36 PM | Show all posts
nice info...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 07:07 PM | Show all posts
gud info....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2013 11:46 PM | Show all posts
anniez08 posted on 4-8-2013 03:13 PM
tgk lirik dia pun da mcm mentera ..
seram gak bila dgr sensorg lagu ni..
penah dgr kata lagu ni xb ...

Pernah dgr da pernah buat praktikal
masa camping pengakap kat bagan lalang
malam camp fire kami nyanyi lagu ni

hasilnya ohemah semua terbang sbab tetiba ada ribut
may e kebetulan shj


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 12:00 AM | Show all posts
leenaz posted on 4-8-2013 11:46 PM
Pernah dgr da pernah buat praktikal
masa camping pengakap kat bagan lalang
malam camp fire kami  ...

mungkin kebetulan.. tp ramai yg penah cite benda tu terjadi kat dorg..
penah cikgu kitorg cite dulu, dia wat camping tengah2 malam
dorg nyanyi lagu tu, tetiba pokok2 dalam hutan tu pun turut sama
nyanyi lagu tu..

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:36 AM | Show all posts
Kadang2 org melayu ni taksub sgt...
Pun blh jadi isu juga
Hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 12:05 PM | Show all posts
anniez08: mungkin kebetulan.. tp ramai yg penah cite benda tu terjadi kat dorg..penah cikgu kitorg cite dulu, dia wat camping tengah2 malamdorg nyanyi lagu tu,  ...


Nama pun mentera menyeru yang bukan2 kan... Puteri2 nie jin ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 12:31 PM | Show all posts
dulu kat terengganu, ada org panggil pesta laut/pantai. zaman 60an-80an masih ada. kemudian diharamkan bila ada mufti tegur. tahun 2008 tak silap aku dah ada balik tapi takde mcm dulu.

zaman dulu kire mcm kenduri woo kat tepi pantai nih, pulut kuning, kepala kerbau dihanyutkan ke laut persembahan untuk semangat laut. budak2 nak makan nasi free mmg ramai la mai.

lagu tuh pulak mmg mentera memanggil...tapi takde la alunan muzik gitu...yg jadi masalahnya...mentera penutup takde. kalau korang nak merasa kena sampuk, try la nyanyi lagu nih tepi laut ( laut selat melaka pun boleh), tak kena sampuk dek semangat laut pun paling koman kena kejar dgn pakcik2 nelayan yg bawak parang, cangkul bagai.

sama mcm kuda kepang, tarian lilin, mak yong...cer dgr lagu dia ( ada lagu khas bukan versi Ella). pastu cer nyanyi mlm2. Last edited by lompatikam on 5-8-2013 12:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 10:41 AM | Show all posts
baru tau...no wonderlah masa camping zaman belajar dulu, renjer marah bila kitaorang nak buat persembahan dengan lagu ni....masa kat hutan, di kaki bukit.
Ada kemistikan rupanya...
Good info, thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:59 AM | Show all posts
lompatikam posted on 5-8-2013 12:31 PM
dulu kat terengganu, ada org panggil pesta laut/pantai. zaman 60an-80an masih ada. kemudian diharamk ...

Dulu masa sekolah, cikgu Berry ada citer..dia n kekawan buat persembahan ni kat tepi pantai..memang 'kena' la..

Kite kena faham wujudnya makhluk2 lain selain kite kat dunia nih..sapa nak percaya..percaya..x nak percaya..dok dediam..selagi x kena pada diri sendiri @ keluarga sendiri memang tak percaya..dah kena sekali baru tau  
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 02:47 PM | Show all posts
berrygurl posted on 6-8-2013 11:59 AM
Dulu masa sekolah, cikgu Berry ada citer..dia n kekawan buat persembahan ni kat tepi pantai..meman ...

mentera nih utk panggil jin laut/ hantu air mai makan, berhibur dan bercanda... kire bayar rasuah la...mcm sekarang nak rasuah kita bawak pi karaoke, belanja makan kat hotel, pi urut kat tanjung balai. serupa la nih...

so bila dah makan...jgn kacau nelayan2 nak tangkap ikan. tapi depa tak panggil nama hantu...panggil la dgn nama puteri...sedap sikit. cer kalau dia sebut nama hantu air dlm mentera time pesta pantai tuh. mau sunyi sepi...

kita pulak sebab mentera nih dah berlagu...sedap pulak tuh...terus je jadi siulan...menari2 ala2 kebudayaan...yg menari pulak awek2 pakai kebaya ketat bergetah...dia punya gelek...naik shahwat la si jin2 nih...itu yg kena sampuk tuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 04:26 PM | Show all posts
nak bgth..ni cerita dari kakak twin..time tu dia study kat US (dlm thn 80an). Kebetulan kat sana dia org buat hari kebudayaan dari student Malaysia. Salah satu tarian tu buat tarian Ulek Mayang ni. Akak twin tak nari lah tapi kawan2 dia yg nari tarian ni. Nak jadi cerita, salah sorang penari memang tak sihat. So kawan2 lain kata tak per lah tak cukup 7 org..mat salleh tu semua bukan tahu pun.  Tapi masa menari..semua kawan2 yg menonton kat depan pentas tu kata ada 7 org penari.

Kesimpulannya...nak seru2 tu tak payah tunggu kena nyanyi depan laut ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 05:47 PM | Show all posts
lompatikam posted on 6-8-2013 02:47 PM
mentera nih utk panggil jin laut/ hantu air mai makan, berhibur dan bercanda... kire bayar rasuah  ...

yang naik syahwat jin
yg merana...si muka yg kena libas dgn mayang pinang

sebab malam yg kami buat camp fire tu
aku laa jd dukun dan melibas muka kawan aku dgn tali rapia....seb baik xde mayang pinang
hahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 05:34 AM | Show all posts
lompatikam posted on 5-8-2013 12:31 PM
dulu kat terengganu, ada org panggil pesta laut/pantai. zaman 60an-80an masih ada. kemudian diharamk ...

org2 kita dulu ni ramai jahiliah puak2 bali. tgk bali asal usul darimana? hindu?

kita ni tanah melayu ada bau2 ketiak hindu sikit budaya kita. lepas dtg islam baru lah di melayukan. budaya2 kita banyak di arabkan.. sebab tu tak pelik dalam umno banyak muka2 belah2 bali bollywood sana.

mmg betul sejarah tanah melayu ada hubung kait dengan hindustan bollywood. sebab dulu dagang rempah ratus ke melaka siapa? yang datang ke tanah melaka untuk urusan jual beli dagang dari china?  dulu rempah ratus di anggap emas ataupun satu keperluan dalam masakan. sebab tu pelabuhan melaka berjaya jd economic centre cm pavillion kt KL tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 12:31 PM | Show all posts
dgr sorg2 time siang2 pn seram huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074008 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list