CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4338|Reply: 19

mohon baca dan undi...

[Copy link]
Post time 2-8-2013 11:14 AM | Show all posts |Read mode
copy

APA SALAH PROTON?

***lu orang baca sampai abis kalau lu orang terror**

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi.
So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah.

Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka.
Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.
So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat.

Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai.”


Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas
Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”
Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka

akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau. Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?
sekian terima kasih

Last edited by chenta_dewi on 2-8-2013 11:23 AM

Single Polls, Total 23 Users voted
39.13% (9)
26.09% (6)
34.78% (8)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 03:22 PM | Show all posts
panjang na...den tak larat nak baco
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 01:42 AM | Show all posts
den dh undi.
den ponah gune kete wira
tp skrg den dh gune honda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:30 AM | Show all posts
ni hasil tulisan sendiri atau copy paste dr tempat lain...?? mohon sertakan sumbernya. TQ.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:47 AM | Show all posts
artikel ni da berkurun dekat internet. aku pernah baca zaman dolu2.

pd penilaian akn betul jgk apa yg penulis artikel ni cuba sampaikan..

kalo kita x sokong kereta buatan negara kita, sp lg nak sokong?

yg produa, naza ni semua syarikat boneka jer... just rebadge, teknologi 0.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2013 09:45 AM | Show all posts
zulka posted on 2-8-2013 03:22 PM
panjang na...den tak larat nak baco

sbb tu den highligt...den pon xlarat bace..



idea ni copy..bukan originally from me

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2013 03:36 PM | Show all posts
Aku still sokong Proton, sbb my father pakai Proton berbelas tahun NO PROBLEM (major) & still tip top sampai skrg...malah Proton bleh dibanggakan kpd warga negara luar sbb ia milik Malaysia....so proud to have Proton as our national car. Cousin aku antara org terkuat Proton...tak perlu sebut nama, tp antara org atas Proton....dlm keluarga aku ade bebrapa akak2 aku yg still pakai Proton....so Proton is not that bad, cuma ade kalau nak kritik or komplen ttg sikap dalaman Proton sbb adik kwn baik aku penah kejer jd engineer Proton bbrapa ketika sblm berhenti sbb tak tahan sikap 'complacent' org2 dalam Proton......



Cuma ade gak terkilan dgn ramai owner Proton yg tak sedar diri atas jalanraya kerana sikap owner kkdg bleh mencemar nama baik keter yg diorg pkai...ye lah sbb mostly mampu milik...so of course paling ramai users..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 04:28 PM | Show all posts
tak salah protect industri kereta tempatan tapi kenale with good quality products..dan kena ada kesinambungan dari segi inovasi dah kualiti engine..rekabentuk luaran dan dalaman...juga after sales service yg   boleh dipercayai..germany, korea and japan pun very protective with their industry tapi tgk pulak quality diorang cam mana kan..
proton starting in 1983..now 2013...dah 30 thn berlalu..is it getting better?...rasa lagi ramai org beralih arah beli kereta toyota, honda, imported recond..and in trend skrg vw..sbb these cars are better in term of quality..maybe mahal sikit..tapi puas hati memakai....jgnle gunakan mentaliti tukar kosmetik luaran tu mcm menipu pengguna je..skrg kereta luar dalam semakin canggih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2013 01:32 PM | Show all posts
rakyat sokong quality bukan sokong quantiti walaupun saper kiter dan saper ngko dan saper proton...
Kalau quality dah mantap...tak payah nak protect...rakyat akan tetap yg paling quality seperti mana dari negara maju...yg protect sgt harga keta luar adalah dari negara iran jer...sebab wajib sokong barangan tempatan...keta honda pun susah nak masuk kat negara tuh...

Satu lagi, harga proton lagi murah dari luar negara...better beli keta import

Baca statistik dari polis laaa model mana yg paling banyak eksiden...

Pastu baca statistik dari bengkel model mana yg kerap datang walaupun tekonologi secanggih tahap melampau2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lg taun 2010. Masa tu first time nak beli kereta sendiri. yg harga below 80k. Antara pilihannya myvi s.e, neo cps, viva elite, saga s.e, gen2 cps, fiesta, swift , vios. Semua model ni aku dah pnah drive utk tempoh dan jarak lebih 300km dan 2hari. Smpi sggup aku sewa myvi dan viva utk rasa. Punya la memilih.

Akhirnya.. proton juga pilihan aku. Neo cps xpenah kecewakan aku. Baik dr segi pemanduan, kosmetik, maintenance dan lain2. so aku xleh vote sebab aku xpenah anti proton. Cume anti kereta torsion beam je. Haha. Syukur sgt sebab xtersalah pilih. Jadi memilih sikit pada mulanya sebab pertama kali nak beli sendiri. Sebelum tu time study drive kancil 850 je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2013 07:24 AM | Show all posts
ak pon pakai gen 2 gak..
sorry..say no more to proton..
asek2 rosak san sni jer..
kualiti out..
bnda minor2 laa..bunyi manifold laa..tukau seketol..phuii..n so on..
fyi, ak pnya alarm xbley pakai untill now..juz lock manual jer..
sbb klu lock alarm..nti dia bunyik..sbb sensor ke apa jadah ntah..
phuiii sekali lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 03:28 PM | Show all posts
aku nak menyibuk gakk
kenapa aku tak beli proton..
sebab service after sales di proton - sangat MENCEKIK hokey
kalo target customer die rakyat marhaen macam haku ni kaaann
mohon la kaji balik service after sales tuh
kereta ni bukan nye sekali beli tadek mintak duit lagi dahhh
so bajet mentenen kene pikir jugek.
pastu nak kene menten servis kat die atleast 2taun baru la ade warranty
dlm masa 2 taun tuh dah berapa byk melabur kat sana dah
ni anak sedara aku yg advice la psl die pakai persona

kete pertama aku perodua, laki aku gen-2
gen-2 mmg sangat power n jimat minyak kalo long distance (memana kete on jimat kalo long distance khenn)
kalo gen-2 vs almera (aku beli almera) almera sgt2 lembappp..selow tadek power

aku gi teman laki servis gen-2 die, tukar minyak saje RM60 service cas..
aku terus heret laki haku servis bawah pokok jah baru RM15.
kalo perodua haku service cas tuk tukar minyak baru RM20.
ni baru cerite tukar minyak enjin..tukar2 parts lain tatau laa kannn
walhal tukar minyak basic saje.





Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 05:15 PM | Show all posts
Ai penah drive & naik almost semua model kereta proton.. tp ai x berkenan nk membeli sbb rendah nau mcm ferrari. Even Kancil pun lagi tinggi, mampu meredah banjir yg sederhana (ai penah beberapa kali buat).

Lgpun ai suka design kereta2 perodua walopun org kutuk2 rebadge la, tin milo la.. tp ai x peduli sbb ai yg memakai, ai puas hati jah. Masa first time Kancil launch dulu pun ai dh tergoda dgn kecomellannya.

So ai prefer perodua... Jiwa ai sesuai dgn kereta2 keluaran Perodua. Family ai, saudara mara sepupu-sepatat ai semua majority beli perodua. Kat umah ai je total ada 5 buah keta perodua pelbagai model kat garaj. Time2 raya ni lagi la area umah ai dh jadik mcm pusat pameran kereta Perodua plak!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 05:23 PM | Show all posts
Bang nak tanya, putra tu product gagal ke? Atau limited product?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 07:56 AM | Show all posts
tepuk dada tanya selera

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:05 PM | Show all posts
proton proton proton, cukup la dah pernah pakai proton tak mau dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 04:29 PM | Show all posts
kete pertama aku Proton saga seken hand...
dgn enjin Megavalve 1.3 Manual...masa tu punya la bangga dpt pakai kete proton..
tukar pula satria, pastu dh kawen...pakai wira...kete wira ni lah yg membawa aku menjadi AJK Protonclub,
lepas tu teringin nak upgrade lagi...tapi sayang nk tinggalkan kelab proton tu...(salah 1 syarat wajib utk jadi ahli, ada kereta Proton..) sebab sayangkan kelab tu...aku sanggup pakai Perdana V6....walapun byk feedback negatif pasal V6 masa tu....
akhirnya...selepas 2 taun, aku dah tak larat nak membela......kena gak tukar ke Jenama lain...

so selama memandu kete jenama proton ni apa yg aku nak katakan.... quality sangat2 mengecewakan....
bulan ni rosak part ni, bulan depan rosak part lain pula....walapun tukar dgn original part...tetap sama 2,3 bulan rosak lagi......
dan utk info 3 daripada kete proton yg aku pakai tu semua aku tukar enjin lain, kalau duk harapkan enjin asal asyik rosak manjang baik tukar kan ... saga - tukar enjin mirage, wira - tukar enjin 4g93T, Perdana V6-tukar enjin Mitsu TwinTurbo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku tau bentuk tu sama
perdana = eterna
inspira = lancer
wira = lancer lama

perodua satu je 99% sama
nautica = toyota rush

yg lain taktau
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 01:20 AM | Show all posts
aku ttp sokong Proton....wlupun jarang drive proton sbb uzur.....bukan aku uzur,tp keta tu yg uzur...

panjang betul,berpinau aku baca....

boleh x bg link ori tulisannya?aku kagum dgn penulisnya...amat patriotik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 04:54 AM | Show all posts
Proton...Quality not equal to the price

Lately some improvement done by proton bile majority of malaysian nak "TUKAR"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058816 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list