CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marquez

Apakah teknologi itu neutral?

[Copy link]
Post time 10-11-2003 11:40 PM | Show all posts

salam..

kalau  thread ini memperkatakan teknologi adalah terlalu vulnerable/ buruk dan boleh dijadikan instrumen pihak tertentu utk menjaga  dan mengekalkan kepentingan / kuasa mereka then , apakah kita boleh memperkatakan halnya yg sama apabila sessuatu kerajaan itu menghapuskan  ilmu ini utk tujuan yg sama.
ambil cth

hal yg berlaku masa zaman yg pre- Renaissance? may be :-

antara GAlileo dan pemerintah  - yg mana penemuan beliau yg bulan dan solar system bercanggah dgn pemahan tradisional ketika itu.

dan juga

? Copernicus ( Nikolaus)  yg dihukum oleh  pihak pentadbir setelah mengetahui yg  bumi mengelilingi matahari dan semua planets move around the sun?

bagaimana tu?
adakah keadaan ini memungkinkan suatu masyarakat yg dinamik sekiranya berlaku???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2003 04:27 AM | Show all posts
erm... persoalan yg agak kompleks... :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2003 09:10 AM | Show all posts
Salam semua,

Secara peribadi Anis tidak mengangap bahawa sains itu selalunya cenderung pada keburukan, malah ianya bergantung pada keadaan dimana sains itu sendiri ditemui.

Zaman pre-pemodenan or the period of European history at the close of the Middle Ages and the rise of the modern world; berlaku apa yang dikenali sebagai cultural rebirth from the 14th through the middle of the 17th centuries. Bila berlaku satu perubahan calture yang dipegang berkurun lamanya maka berlaku satu yang di kenali sebagai pertembungan idea. Yang baru akan menidakkan teory yang terdahulu dan sudah pasti yang terkini juga akan menghadapi resiko yang sama. Kekuasaan membutakan kita pada kebenaran

Seperti kata Bacon, Descartes sekitar (1596-1650)

Petikan:

From my childhood I lived in a world of books [Aristotle and other sources of Scholastic authority], and since I was taught that by their help I could gain a clear and assured knowledge of everything useful in life, I was eager to learn from them. But as soon as I had finished the course of studies which usually admits one to the ranks of the learned, I changed my opinion completely. For I found myself saddled with so many doubts and errors that I seemed to have gained nothing in trying to educate myself unless it was to discover more and more fully how ignorant I was....

===============================

Begitu juga dengan Galileo yang terkenal dengan law of inertia dan menemui telescope tapi yang terpenting teory beliau bercanggah dengan pendapat medieval bahawa celestial objects were composed of a "divine" substance not found on earth. Maka sekali lagi berlakunya pertembungan idea diantara pemahaman lama dan yang baru .

Maka Galileo, menerima akibat yang obvious. Pembuktian bahawa medieval cosmology based on Ptolemy's astronomy simply did not work. Copernicus had been correct. Pada pandangan Galileo "truth" Kebenaran dapat diterima oleh semua pihak.Pemahaman ini ternyata ditentang oleh Catholic Church were not as concerned with who was correct as they were with who was to make that determination. For them, it was a question of authority. The Catholic Church's authority had been badly shaken by the Protestant Reformation, and they would not tolerate this Italian scientist's questioning of the Roman Church's interpretation of the cosmos.

============================

Maka itu lah sebabnya mengapa saintis kadangkala menjadi bahan serangan orang yang cuba menegakkan sesuatu yang telah lama dipegang seperti yang Anis katakana jika teory Galileo itu ditemui oleh The Catholic Church's maka ia akan menjadi senjata buat mereka tapi jika sebaliknya ia menjadi senjata buat orang lain….

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2003 10:02 AM | Show all posts

salam Akak

saya suka pada kesimpulan anda.
Reply

Use magic Report

Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 12-11-2003 04:05 PM | Show all posts
Hemm… Is science value natural? It will now be apparent that a "yes or no" answer would be misleading.. Here is my conclusion: Neutrality is susceptible of fuller embodiment in the practices of science (systematic empirical inquiry), but their current mainstream trajectories do not promise to bring about that fuller embodiment, so much so that one may query whether mainstream scientific practices are committed to the furtherance of neutrality. But impartiality remains a key value of all research practices conducted under any strategy.

So ,
the most important topic in the philosophy of science, the relation of science to human values. What contributions can or should science make to human well-being? … … If there is one conclusion of overriding importance to be drawn from the increasing realization in recent times that science is a human product, it is that, like other human products, the only way it can ultimately be evaluated is in terms of whether it contributes to the thriving of sentient beings in the universe.

It can be natural depending how you want to defined it????  


Apa yang aku merapu nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 12:21 PM | Show all posts

salam..

Yes Professor Saber Rider , may i know  in short what are you trying to say here? tapi ade ler point tu , secara serius apa pendapat you , professional of course ! ttg ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2003 01:15 PM | Show all posts
betul lah DA anis pun tumpang tak faham...yang yang Prof Ranger tulis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 06:08 PM | Show all posts
Teknologi ni pada pendapat aku adalah manifestasi dan eksploitasi nature. Nature yang berasaskan hukum-hukum tertentu yang ditetapkan oleh Tuhan ke atas ciptaan-ciptaannya atau dengan satu patah perkataan, Universe ni...

Teknologi tidak akan menjadi jika ia dibina atau dimajukan berdasarkan ilmu atau hukum yang salah. Sains hanyalah suatu kaedah untuk mempelajari ilmu berkenaan hukum-hukum nature yang sedia ada. Sains tidak mencipta hukum baru tetapi ia hanya boleh mendalami tentang sesuatu hukum itu supaya kita menjadi serba tahu mengenai sesuatu tentang perkara.

Misalnya kita tahu air mempunyai unsur hidrogen dan oksigen di dalamnya. Daripada ilmu berkenaan kita dapat memahami banyak perkara lain mengenai hidrogen, oksigen dan air itu sendiri sesuai dengan apa-apa yang kita mahu manfaatkan dari apa-apa yang datang dari mereka. Bagaimanapun kita tidak akan boleh membuat air dari unsur-unsur lain. Misalnya, nitrogen dengan helium tidak akan membentuk air walau apapun yang kita lakukan.

Oleh yang demikian, jelas bahawa teknologi adalah bersumberkan kepada sesuatu yang natural. JIka teknologi tidak berasaskan kepada sesuatu yang natural ia tidak akan berjaya..

Kesimpulannya aku, teknologi adalah natural...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2003 08:19 PM | Show all posts
Neutral Papa, bukan Natural....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 08:54 PM | Show all posts

eh salam Papa...happy ramadhan..

okay  saya rasa kalau pendapat Papa di atas mmg konsisten dgn konteks topik awak. saya may be tak namapak kot apa yg  discrepant nya.
Tapi dah diterangkan kan secara  padat dan ringkas yg sains & tech tu tak memihak. betulkah pandangan saya ?

walau apapun saya menunggu jawapan  Prof. Rider. hurry Prof hurry.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by zuas at 2003-11-6 04:55 PM:
mane ade teknologi yang neutral..yang ade cume positive ngan negative je..
kalolah teknologi neutral, amanlah dunia ni..
aku bagi contoh, amerika pi bom nuke kat iraq..
tetiba je , bom tu kate" aku tak nak meletop lah ,aku neutral"

Nampaknya kena mula dengan definition juga...

Technology: Industrial science; the science of systematic knowledge of the industrial arts, especially of the more important manufactures, as spinning, weaving, metallurgy, etc. (Webster's Revised Unabridged Dictionary)

Technology: the practical application of science to commerce or industry [syn: engineering] 2: the discipline dealing with the art or science of applying scientific knowledge to practical problems (Worldnet)

Technology:
1.
a. The application of science, especially to industrial or commercial objectives.
b. The scientific method and material used to achieve a commercial or industrial objective.

2. Electronic or digital products and systems considered as a group: a store specializing in office technology.

3. Anthropology. The body of knowledge available to a society that is of use in fashioning implements, practicing manual arts and skills, and extracting or collecting materials.
(American Heritage Dictionary)

Saya rasa, based on the above, technology itself is neutral. It can be used to produce good or bad.

Contoh Amerika menjatuhkan bom ke Iraq tu bukan soal technology - itu penggunaan hasil penemuan teknologi. Designing and making the bomb is part of technology but choosing who to drop the bomb on is not!

To design the sophisticated satellites that orbit the earth requires advanced technology, but using the satellites to spy on others is a usage of technology, not technology itself.

Designing and producing a pen is technology, but what you write with the pen is not.

Macam tu lah lebih kurang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 09:57 PM | Show all posts

hmm..

it is not the question whether the tech is neutral or not kan it is more to the act of "manipulating" the tech...
so penulis tu emphasizedapa kat buku dia Marquez . boleh cuba jelaskan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 12:16 AM | Show all posts
Sambil saya minum-minum lagi (tak serik-serik lagi) , dengan rambut mengerbang-ngerbang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas restoren Mahbub di Bangsar,  saya fikir sekali lagi kenapa Zerzan mengutarakan fatwa anti-teknologinya....  Sebenarnya detail teknologi ini tak penting, yakni kewujudan mekanikal teknologi bukanlah apa yang Zerzan tolak sebenarnya (walaupun memang dia tolak), tetapi segala yang terhasil melalui sistem teknologi dalam erti kata yang paling luas. Yang cuba dikritk Zerzan agak saya ialah pemikiran manusia sendiri, jadi secara langsung baginya teknologi tidak boleh neutral, ia terikat dengan sistem pemikiran manusia, dan sistem pemikiran manusia secara total tidak neutral (malah tidak baik baginya)...

M-
Reply

Use magic Report

Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 15-11-2003 12:16 AM | Show all posts
:agr: Cewah-cewah DA dengan Anis gelak sakan nampak….bergabung nampak........... kena lock Jaw baru tau

Ok le aku tulih dalam bahasa melayu pulaklah..kalau korang gelakkan aku lagi aku tak ampunkan korang raya ni…

Apa yang cuba aku sampaikan begini:

1. Apakah sebenarnya definasi Neutral
mengikut kamus Longman muka surat 1333 baris ke 23 ianya bermakna = Neither moral nor immoral; neither good nor evil, right nor wrong.

Dari segi istilah Neutral itu bermakna adalah sesuatu yang balance dan tidak ada memihak kepada mana mana . Maka kalau sains itu membawa keburukan misalnya penciptaan kerete telah mencemarkan udara, penciptaan senjata membunuh apakah sains itu bertepatan dengan istilah di atas…aku rasa sekali imbas kita tentu kata sains itu tidak neutral…macam kata Anis. Tapi aku tak 100% setuju dengan pendapat itu sebab Anis melihat perkara itu dari satu sudut. Bagaimana pulak kalau science membawa kebaikan so ia tetap tidak neutral setuju tak? Maka sains itu apa statik???

2. Sekarang kita lihat dari segi segi philosophy of science . Science itu didukung oleh Scientists. Kita kena faham bahawa Scientists are unbiased observers who use the scientific method to conclusively confirm and conclusively falsify various theories. Macam kata Papa Rock bahawa air itu adalah H2O that the fact… sama jugak macam kata Amorist..so These experts have no preconceptions in gathering the data and logically derive theories from these objective observations. Science is a project whose goal is to obtain knowledge of the natural world. The philosophy of science is a discipline that deals with the system of science itself. It examines science’s structure, components, techniques, assumptions, limitations, and so forth.

Kerana itu Ranger katakana bahawa jawapan kepada forum ini boleh jadi Yes or No. Sebab kalau kita berfikir secara istilah memanglah sains itu tak dapat lari dari keburukan atau kebaikan ,tapi dari segi philosophy sains itu adalah neutral . Sebagai pencinta science kesimpulan aku adalah mudah

Whether or not we are on the right track, it seems clear that science is conducive for useful technology. Various aspects of science can be used for the needs of people, understanding ourselves and even our place in the universe. Although there is a very real possibility of being wrong, we can increase our chances of being right through further accumulation of data. Despite all its imperfections and limitations, science may very well be the best tool we have for discovering nature.

Adoi penat jari aku menaip baik aku masak maggi nak sahur...selamat berpuasa semua..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2003 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 14-11-2003 08:19 PM:
Neutral Papa, bukan Natural....


Oyeke... Sorry la marq, dah lama tak masuk forum ni mata pun kurang teliti... :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2003 11:45 AM | Show all posts

salam and blessyou

[quote]Originally posted by Lone_Ranger at 2003-11-15 00:16:
:agr: Cewah-cewah DA dengan Anis gelak sakan nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2003 04:14 PM | Show all posts
Biasalah tu Papa, bulan posa   tapi kalau neutral, does your opinion change?

M-
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2003 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 2003-11-15 04:14 PM:
Biasalah tu Papa, bulan posa   tapi kalau neutral, does your opinion change?

M-


Tak, aku sentiasa berpandangan bahawa teknologi itu suatu yang natural, fitrah. Dan ia jugak neutral jika diapply dengan memadai atau bersederhana atau tidak disalahguna. Apapun yang berlebihan atau disalahguna akan memudaratkan... Itu asas pandangan aku...

[ Last edited by paparock on 17-11-2003 at 07:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2003 11:38 PM | Show all posts
Neutral, walaupun diapply dengan sederhana? Tak berapa pahama la Papa.... Sebab, bukankah, sebaik sahaja sesuatu itu berada dalam ruang sedar manusia (consciousness) serta merta akan wujud nilai tertentu (tidak kiralah positif atau negatif kerana nilai-nilai itu relatif)...

Kita ambil contoh, say, tenaga elektrik, manusia tidak boleh lari dari mempunyai pandangan terhadap tenaga elektrik, ia mungkin berguna bagi sesetengah manusia, dan ia mungkin memudaratkan bagi manusia lain (juga bergantung kepada konteks)... tetapi kita tidak boleh melihatnya secara objektif (atau pure neutral -  as-it-is)  kerana kita dikurung oleh persepsi kita sebagai manusia...setiap saat kita berada di dalam ruang, masa dan konteks tertentu yang secara otomatik memaksa kita untuk menilai sesuatu...

Saya masih lagi memikirkan persoalan ni, kalau salah tunjukkan, kalau mengarut kata mengarut, kalau malas nak baca pun tak pe....

M-
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 17-11-2003 11:38 PM:
Neutral, walaupun diapply dengan sederhana? Tak berapa pahama la Papa.... Sebab, bukankah, sebaik sahaja sesuatu itu berada dalam ruang sedar manusia (consciousness) serta merta akan wujud nilai te ...


Entah la marq, aku pun tak pasti samada perbincangan dalam thread ni bersifat falsafah yang luas atau bersifat teknikal yang sempit.

Apapun, kalau kita tengok dari sudut manfaat sesuatu teknologi kepada tamadun manusia, pada aku ia boleh dianggap bersifat neutral. Sebab aku faham begini, neutral bermakna balance, seimbang di antara unsur positif dan unsur negatifnya, boleh jugak kita terjemahkan sebagai seimbang di antara unsur baik dan unsur buruknya. Misalnya penggunaan kenderaan. Ada baik ada buruknya. Cuma macam yang aku kata tadi, kalau sesuatu itu kita buat berlebih-lebihan atau terlampau kekurangan atau disalahgunakan sifat neutral pada aplikasi berkenaan akan bertukar tidak neutral dan menjadi masalah. Misalnya terlalu banyak kenderaan yang tidak kita kawal tahap pencemaran, atau bilangan atau aspek keselamatannya boleh mengancam manusia dan dunia secara keseluruhannya.

Kemudian, kita juga nampak teknologi mampu mengambilkira dan mencari jalan untuk mengatasi segala cabaran masa kini dan masa depan di samping belajar dari sejarah. Dengan kata lain, teknologi melalui proses evolusi sebagaimana organisma hidup. Teknologi sentiasa bergerak untuk membaiki keadaan sedia ada. Ia menyelaraskan kewujudannya dengan persekitaran dan keperluan manusia semasa dan akan datang. Misalnya kerana ia tahu kenderaan yang banyak akan merosakkan alam maka teknologi bergerak ke arah penciptaan kenderaan yang lebih cekap, kurang mencemar dan sebagainya. Jika evolusi dalam alam semulajadi ditentukan sepenuhnya oleh Tuhan, evolusi teknologi diusahakan oleh akal manusia. Bagaimanapun oleh kerana manusia dan semua ciptaannya jugak tertakluk dengan hukum Tuhan, maka bolehlah kita katakan bahawa teknologi itu jugak sesuatu adalah bersifat natural atau semulajadi.   

Beritahu aku kalau perbincangan aku masih jugak gagal menjadi relevan dengan topik....Ha ha ha..:bg:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.092249 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list