CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6107|Reply: 2

[Edisi Kejuruteraan] Pembinaan Terowong Pulau Pinang Dari Sudut Teknikal

[Copy link]
Post time 25-8-2013 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Pembinaan terowong dasar laut untuk kegunaan pengangkutan yang paling terkenal ialah terowong Eurotunnel yang menghubungkan Perancis dan England di mana terowong tersebut sejauh 50.5KM dibina di bawah dasar  laut Selat Inggeris. Terowong tersebut yang siap pembinaannya dalam tahun 1994 telah mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.  Bagaimanapun terowong terpanjang di dunia merentasi laut ialah terowong Seikan di Jepun sejauh 53.85 KM.


Di Malaysia, penyertaan anak-anak tempatan dalam pembinaan terowong yang diterajui oleh firma-firma pembinaan antarabangsa ialah semasa pembinaan terowong Menora di Lebuhraya Ipoh - Kuala Kangsar, di mana ia di bina oleh firma dari Korea Selatan. Kepakaran yang diperolehi mereka dalam bidang letupan dinamit ke atas batu-batan dalam projek ini telah digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya utara-selatan (PLUS) kemudiannya.


Namun demikian, penyertaan yang begitu signifikan oleh para jurutera, geologist dan juruteknik tempatan ialah semasa projek Hidro Elektik Sungai Piah, Sungai Siput. Projek ini diterajui oleh firma dari Taiwan untuk membina terowong lebih 20 Km bagi mengalirkan air dari kawasan pergunungan untuk disalirkan ke janakuasa elektik. Saya adalah salah seorang daripada jurutera batch ini yang kemudiannya telah terlibat sama dalam projek-projek yang lain pula. Sebahagian daripada rakan-rakan saya kemudiannya telah berkhidmatan untuk projek Pergau Hidro Elektrik Projek, di Kelantan. Selebihnya telah menurunkan skill masing-masing dalam projek pembinaan terowong KLCC.

Kemuncak penyertaan anak-anak tempatan ialah dalam pembinaan terowong bagi projek-projek LRT dan SMART Tunnel yang merupakan terowong pertama di dunia bagi menggabungkan dua fungsi iaitu sebagai laluan kenderaan dan sistem pencegahan banjir di Kuala Lumpur.  Inilah pertama kali kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan Tunnel Boring Machine (TBM). Kini kita memasuki fasa terbaru dengan pembinaan terowong untuk projek MRT dari Sungai Buluh Ke Kajang.


Pembinaan terowong bagi mengalirkan air dari Sungai Semantan, anak Sungai Pahang ke Logi Rawatan Air Langat 2 adalah hampir menyerupai projek terowong Sg. Piah.


Maka kini Malaysia tidak ketandusan pakar-pakar dalam pembinaan terowong di daratan malah telah mengeksport kepakaran kita ke luar negara. Namun demikian, pembinaan terowong di bawah air di Pulau Pinang adalah yang pertama. Walaupun dari segi teknikalnya hampir sama, tetapi risikonya lebih tinggi.

Ikutilah tulisan seterusnya dalam blog saya mengenai pembinaan terowong Pulau Pinang dari sudut teknikal. Ianya ditulis lama dah, iaitu ketika isu terowong Pulau Pinang sedang memuncak. Bagaimanapun saya buat posting di sini agar ia memberi manfaat kepada anda di mana saya menulisnya dari kacamata seorang Jurutera Awam.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/03/pembinaan-terowong-pulau-pinang-dari.html

http://3.bp.blogspot.com/-Uis7yo ... OM/s320/tunnel1.tif


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 06:17 PM | Show all posts
tajuk menarik hemmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:32 AM | Show all posts
teringat terowong dekat sweeden tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048802 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list