intan_smsb posted on 17-10-2013 01:59 PM
lu memang bagus kan.. untung wa dapat kawan camlu
wa sedey
Tips Mengubati Perasaan Putus Cinta
(dari blog cik tom)
1. Setiap malam sebelum tidur baca Surah Yassin Cik tom bukanlah seorang perempuan yang rajin mengaji setiap malam dan baca Surah Yassin biasa hanya pada malam Jumaat. Penangan putus cinta cik tom baca Surah Yassin setiap malam dan setiap kali itu cik tom akan niat dalam hati supaya Allah lupakan bekas kekasih dalam hati cik tom. Rasa diri ini sangat dekat dengan-NYA dan kepada-DIA jua tempat memohon ketenangan hati kerana itulah yang sebaiknya.
2. Solat Hajat minta dilupakan segala kenangan Hikmahnya putus cinta, cik tom jadi rajin solat hajat lepas putus cinta. Dulu rajin solat hajat time nak final exam atau test je. Tapi sejak putus cinta, cik tom rajin solat hajat mohon dilupakan segala kenangan bersama, jauhkan dari terjumpa dengan si dia dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Allah perkenankan doa cik tom berjaya lupakannya dan setelah beberapa tahun berpisah sehingga sekarang memang langsung tak pernah terjumpa.
3. Menangis sepuasnya Ada yang cakap buat apa menangis buang air mata dan sebagainya tapi bagi cik tom menangis ni salah satu cara untuk lepaskan stress atau segala bebanan dibahu. Cik tom ada juga nangis depan kawan yang rapat ketika tue. Tapi cik tom ni jenis tak suka orang lain tahu cik tom menangis. Cik tom lagi suka menangis time tidur atau mandi jadi takde yang tahu cik tom menangis. Bila dah menangis sepuas-puasnya memang rasa lega sangat hati.
4. Menyendiri cari ketenangan diri Maybe sesetengah orang akan keluar dengan kawan-kawan untuk lupakan perasaan sedih tapi cik tom lebih suka menyendiri untuk tenangkan perasaan. Tasik Shah Alam Seksyen 2 la ketika tue yang jadi saksi peneman setia cik tom saat berduka. Yang kelakarnya keesokkan hari putus cinta tue sempat lagi pergi tenangkan diri kat tasik sambil study bahasa mandarin. hehe..
5. Jual dan bagi hadiah segala barangan kenangan Biasanya cik tom dengar kalau kawan-kawan putus cinta, segala barang kenangan bekas kekasih akan dibuang atau disimpan dalam stor. Perangai cik tom memang pelik sikit sebab cik tom pergi suruh adik cik tom jualkan dan bagi hadiah semua barang-barang kenangan tue kat kawan-kawan dia. Membazir je pergi buang baik jual dan hadiahkan.
6. Terapi makan-makan Cik tom memang suka makan aiskrim. Masa inilah paling kuat sangat makan aiskrim sebab bila makan aiskrim rasa diri lebih tenang. Cuma agak bahaya terapi putus cinta makan-makan ni boleh akibatkan jadi gemuk pada yang mudah naik badan macam cik tom.
7. Dengar lagu-lagu penaik semangat Cik tom siap pergi google dan download lagi semua lagu-lagu penaik semangat lepas putus cinta. Yang cik tom paling suka dengan lagu The Climb- Miles Cyrus. Bila dengar lagu tue memang rasa satu aura dalam diri yang menaikkan semangat untuk belajar rajin-rajin.
8. Luahkan pada keluarga dan teman rapat Hubungan cik tom dengan keluarga memang rapat. Susah nak rahsia apa-apa. So, dioranglah orang pertama yang tahu dan jadi tempat cik tom luahkan segala kesedihan masa tue. Selain itu, kawan-kawan cik tom pun ramai yang setia jadi peneman dan bagi semangat untuk cik tom bangkit terus dari kekecewaan. Alhamdulillah dikurniakan keluarga dan kawan-kawan yang memahami dan sentiasa menyokong. Ingatlah walau apa pun terjadi keluarga adalah nombor satu!
9. Ini cara psycho- bakar atau koyakkan semua gambar bekas kekasih. ;p Cik tom tak bakar sebab kat kolej uitm xboleh bakar2 nanti bunyi alarm so cik tom pergi koyakkan semua gambar satu persatu kononnya macam itu lah kenangan yang dah cik tom buang dan takkan kutip balik. Perghh dahsyat juga cik tom ni bila ingat2 balik. haha ;p
10. Pergi shopping Cik tom pergi shopping beli macam-macam barang, pergi makan semua tempat yang cik tom teringin nak makan dan beli 2 buah buku iaitu “La Tahzan Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” dan juga komik “Lawak Kampus”. 2-2 buku tue memang sesuai sangat dijadikan pengubat kesedihan putus cinta. Memang best sangat cik tom rekemenkan pada korang.
Sebenarnya banyak lagi cara-cara atau tips mengubati putus cinta yang cik tom buat tapi dah letih menaip. Nanti kalau rajin-rajin boleh share versi kedua pulak. Haha.. Bunyi macam banyak sangat pengalaman putus cinta je. Pada yang tengah putus cinta tue, bangkitlah diri korang ye. Jangan sedih-sedih. Tak mungkin kita akan dapat lupakannya dalam sekelip mata but time will heal everthing. Yang penting korang kena ada usaha untuk lupakan bekas kekasih dan mengubati perasaan putus cinta.
Simpan dan berilah cinta pada seseorang yang tahu menghargai ketika sampai waktunya iaitu bakal suami ataupun isteri. Setiap manusia telah Allah tentukan pasangannya di Loh Mahfuz. InsyaAllah pasti satu hari nanti akan sampai jodohnya dan ingatlah yang Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita. Marilah sama-sama kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik dengan jadikan ini semua sebagai pengajaran hidup. Mungkin ini semua terjadi kerana kesilapan diri kita sendiri juga. Marilah kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang sentiasa tahu menghargai penciptanya. InsyaAllah. amin…
|