CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 0

Mohd Zamri harap tuah tayar baru

[Copy link]
Post time 26-8-2013 03:53 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Pelumba sensasi negara Mohd Zamri Baba yakin penggunaan tayar baharu Dunlop Unbeaten-03 mampu melonjakkan peluang menaiki podium pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hujung minggu depan.

Pelumba Petronas Hong Leong Yamaha berkata sekirnya dapat menyesuaikan diri dengan tayar baharu itu maka beliau yakin mampu bersaing merebut kedudukan podium.

"Jika dipandang dari sudut teknikal, Suzuka merupakan litar baharu kepada kami semua (pelumba). Mungkin ada yang pernah beraksi di situ namun kebanyakan pasukan tidak mempunyai data yang secukupnya sehinggalah kami keluar untuk sesi latihan pada Jumaat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya beliau tidak gentar untuk menghadapi perlumbaan dari 30 Ogos hingga 1 Sept itu biarpun pelumba Honda memiliki kelebihan dengan keadaan litar itu. -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list