Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
3055
View
23
Reply

SYRIA DI AMBANG PEPERANGAN - Apa Pandangan Kalian...?

[Copy link]

Author: tempur       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-8-2013 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Dijangkakan peperangan akan berlaku diantara kuasa besar dunia dan Syria atas alasan menggunakan senjata kimia...persoalannya betul ke...alasan sama juga pernah dibunakan barat ketika menyerang iraq.... U.S sendiri pernah mengarahkan Iraq dibawah sadam hussin sauatu amsa dahulu untuk menyerang Iran menggunakan senjata kimia..tetapi dunia tidak menghukum U.S.

Apa yang Syria perlu lakukan untuk menangkis penjajahan U.S ini...
Adakah rakyat Syria akan aman dan selamat selepas serangan ini..kita nantikan...
(apapun diharapkan perang tidak akan berlaku...)

kapal bantuan russsia


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 08:18 AM | Show all posts


dgn masalah ekonomi melanda amerikano mereka perlukan perang baru untuk menjana ekonomi dan mencuri harta negara lain so dah boleh agaklaaa kan, plus keluarga Basyar kan memang billionaire lagilaaa best nk buat projek perang ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:39 PM | Show all posts
Dijangkakan peperangan akan berlaku diantara kuasa besar dunia dan Syria atas alasan menggunakan senjata kimia...
Sebenarnya peperangan saudara di Syria telahpun melibatkan campurtangan NATO secara tak langsung seperti Turki, US, Britain & Perancis yang menyalurkan dana, senjata kepada pejuang FSA yang menentang rejim Bashar Al Assad.

Bila Bashar mula menggunakan senjata kimia dalam perang saudara ini, baru US & NATO ada alasan kukuh untuk campurtangan secara langsung.

persoalannya betul ke...alasan sama juga pernah dibunakan barat ketika menyerang iraq....
Serangan ke atas Iraq pada perang Teluk yang pertama (1991) disebabkan penaklukan Kuwait oleh Iraq. Serangan kedua penaklukan Iraq pada 2003 adalah atas alasan Iraq memiliki senjata pemusnah besar2an (WMDs) samada kimia dll. Tapi, walaupun masa penaklukan tentera bersekutu ke atas Iraq gagal menemui bukti WMDs, Saddam Hussein memang pernah menggunakan senjata kimia ke atas tentera Iran masa perang Iraq-Iran (1980an), pejuang Kurdish (peshmerga) & penduduk awam Kurdish (1990an) serta pemberontak Syiah di Basra (selatan Iraq).

U.S sendiri pernah mengarahkan Iraq dibawah sadam hussin sauatu amsa dahulu untuk menyerang Iran menggunakan senjata kimia..tetapi dunia tidak menghukum U.S.
Ada sedikit kekeliruan di sini. US & Perancis membekalkan kepakaran & 'technical know-how' berkenaan penyediaan senjata kimia kepada Saddam Hussein selain bantuan perisikan mengenai lokasi2 ketenteraan Iran pada Saddam. Saddam sendiri membuat keputusan menggunakan senjata kimia berkenaan kepada musuhnya Iran tanpa pengaruh US, tapi US tahu tindakan Saddam & mengambil keputusan berdiam diri. US mula mengecam penggunaan senjata kimia Iraq bila Saddam menggunakannya untuk membunuh ratusan / ribuan etnik Kurdish di utara Iraq.

Apa yang Syria perlu lakukan untuk menangkis penjajahan U.S ini...
Rejim Bashar Al-Assad didokong kuat Kerajaan Iran (persenjataan, pasukan militia Iran - Basij, pasukan khas Iran, penasihat ketenteraan Iran & ideologi Syiah), secara proksi kerajaan Iraq (drp sudut ideologi Syiah & bantuan pejuang Syiah) dan Hezbollah dari Lubnan (ideologi syiah, sekutu Bashar & membekalkan pejuang Hezbollah).

Syria di bawah Bashar bukannya lemah seperti Iraq di bawah Saddam pasca perang Teluk yang menyaksikan kekuatan Iraq menyusut mendadak akibat sekatan senjata & ekonomi. Pengunduran tentera bersekutu dari Iraq membolehkan ruang udara & darat antara Syria & Iran terbuka luas. Penghantaran senjata, militia Basij Iran secara terus dari Iran menerusi wilayah Iraq terus ke Syria. Hezbollah hanya perlu menyeberang sempadan Lubnan ke Syria.

Adakah rakyat Syria akan aman dan selamat selepas serangan ini..kita nantikan...
Perang saudara telahpun meragut puluhan ribu nyawa di Syria. Selamat, aman .... itu hanya mainan kata semata2 sejak Syria bergolak hampir 2 tahun. Campurtangan NATO hanya akan menambah angka korban secara statistik sahaja.

(apapun diharapkan perang tidak akan berlaku...)
Perang telahpun berlaku di sana. Namanya, perang saudara. Kereta kebal, artileri, pesawat pejuang, kereta kebal, misil, pejuang militia diimport dari Iran & Hezbollah telah beraksi bagi pihak rejim Bashar. Puluhan ribu nyawa terkorban. Ratusan ribu jadi pelarian di sempadan Turki, Lubnan & Iraq. NATO, Turki & Arab Saudi mempersenjatai Free Syria Army menentang Kerajaan Bashar. Kini senjata kimia telah digunakan.

In short, Syria IS AT WAR. Right NOW. Things will get from worse to worsening every seconds. It is HELL on earth there.

Comprende?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2013 01:21 PM | Show all posts

Pada pandangan korang, apa yang perlu dilakukan oleh Syria bagi memastikan serangan US dan sekutunya dapat dipatahkan...

Kita bincang pasal strategi lak :

Pandangan aku pula adalah:
1.        Semasa ancaman sedang memuncak ini Syria perlu mengerakkan aset pertahanan udara (SAM) di semua tempat strategik utanma seperti pangkalan udara, stesen radar, pangkalan tentera laut, depoh senjata, depot minyak, yang akan menjadi serangan U.S.

2.        Semua aset udara perlu melaksanakan misi pemantauan sehingga ke kawasan yang menjadi markas us dilautan dan darat.

3.        Memasang periuk api dilautan dan alatan sonar dilautan bagi mengesan kehadiran kapal selam dan kapal perang U.S. pasti akan serangan dilakukan jika us memasuki zon merah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:26 AM | Show all posts
US serang syria, Iran serang israhel... makin merudumlah ekonomi global
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:39 AM | Show all posts
tempur posted on 3-9-2013 01:21 PM
Pada pandangan korang, apa yang perlu dilakukan oleh Syria bagi memastikan serangan US dan sekutun ...

Bagi aku...
Semasa ancaman sedang memuncak ini Syria perlu mengerakkan aset pertahanan udara (SAM) di semua tempat strategik utanma seperti pangkalan udara, stesen radar, pangkalan tentera laut, depoh senjata, depot minyak, yang akan menjadi serangan U.S.

Yang ni mmg jelas dan nyata, kena pulak Syria dah ada S-300 dan dah berpengalaman...tapi sistem2 ni la yang akan jadi sasaran pertama.

Semua aset udara perlu melaksanakan misi pemantauan sehingga ke kawasan yang menjadi markas us dilautan dan darat.

Tak perlu semua sebab salahguna aset. Syria dah ada MiG-25RB yg boleh buat recon

Memasang periuk api dilautan dan alatan sonar dilautan bagi mengesan kehadiran kapal selam dan kapal perang U.S. pasti akan serangan dilakukan jika us memasuki zon merah.

Yang ni susah sikit. Pasang periuk api OK tapi sonar? Syria bukan macam NATO yang ada jaringan sistem sonar (SOSUS)...pesawat MPA pulak hanya boleh bawa sonobuoy yang pakai bateri (dan Syria tak ada satu pun). Kapal pemasang periuk api tak ada (kecuali ikut Iraq dgn guna kapal biasa yang disamarkan) dan yang paling utama, kecuali US nak mendaratkan tentera di pantai Syria, cara ni tak efektif kerana penggunaan senjata jarak jauh.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:46 PM | Show all posts
tempur posted on 3-9-2013 01:21 PM
Pada pandangan korang, apa yang perlu dilakukan oleh Syria bagi memastikan serangan US dan sekutun ...

Dalam peperangan nanti sejauh mana peran bantuan rusia dan china, ini sangat menentukan
Yang saya benci dari masalah ini adalah
1. Kenapa sesama negara muslim seperti arab, turki dan lainnya ikut membantu US
2. US berlagak jadi negara penegak hukum didunia ne

Kita coba lihat je nanti pabila perang ne sudah meletes, menurut khabar senat US sudah setuju akan interversi militer walau dibatasi cuma 90 hari


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:00 PM | Show all posts
kdg2 pikir mcm elok gak us masuk campur..kalo x pupus la umat sunni kat syria tu..kene semelih saban hari..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-9-2013 07:13 AM | Show all posts
asher posted on 4-9-2013 04:00 PM
kdg2 pikir mcm elok gak us masuk campur..kalo x pupus la umat sunni kat syria tu..kene semelih saban ...

Serangan US juga akan mengakibatkan kadar kematian yang lebih tinggi dan kemusnahan sesuatu negara dgn lebih teruk..contoh jelas Iraq dan afganistan....negara islam tidak sepakat seperti NATO....itu la masalah..kepimpinan kaya arab gila kuasa dan tamak...sepatutnya dua penggal memerintah ganti org lain.... cam iran...


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:47 AM | Show all posts
White House akhirnya mengeluarkan nama negara sekutu mereka yang akan bersama-sama mendukung USA  menyerbu Suriah dalam waktu dekat. Sekutu itu yakni :  Canada, Korea Selatan, Australia, Italia, Japan, Arab Saudi, Spain, Turki, Prancis, UK  ...

Betulkah kabar bahwa Malaysia ikut mendukung aksi US tersebut ?




Last edited by mdalipunte on 9-9-2013 12:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:53 AM | Show all posts
mdalipunte posted on 9-9-2013 09:47 AM
White House akhirnya mengeluarkan nama negara sekutu mereka yang akan bersama-sama dengan USA  menye ...

Sila beri sumber berita dalam masa 24 jam atau anda akan dikerat kredit kerana provokasi

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:51 PM | Show all posts
tempur posted on 3-9-2013 01:21 PM
Pada pandangan korang, apa yang perlu dilakukan oleh Syria bagi memastikan serangan US dan sekutun ...

Kita kupas satu persatu, tapi bro Alpha dah kupas lebih detail.

Pandangan aku pula adalah:
1.        Semasa ancaman sedang memuncak ini Syria perlu mengerakkan aset pertahanan udara (SAM) di semua tempat strategik utanma seperti pangkalan udara, stesen radar, pangkalan tentera laut, depoh senjata, depot minyak, yang akan menjadi serangan U.S.
Itu dah pasti. Jaringan SAM Syria memang lebih baik berbanding Libya, tapi tapak SAM banyak dah jadi sasaran pemberontak FSA. Sejauhmana aturgerak aset SAM rejim Bashar masih jadi tandatanya.

2.        Semua aset udara perlu melaksanakan misi pemantauan sehingga ke kawasan yang menjadi markas us dilautan dan darat.
Masalah utama, berdasarkan kepada pengalaman pencerobohan pesawat Israel ke ruang udara Syria sejak berdekad lamanya, angkatan udara Syria kerap gagal menangani keampuhan tentera udara Israel. Dalam banyak insiden pencerobohan udara Syria oleh Israel, Syria acapkali tewas. Inikan pula sekiranya ia diserang oleh pakatan udara NATO.

3.        Memasang periuk api dilautan dan alatan sonar dilautan bagi mengesan kehadiran kapal selam dan kapal perang U.S. pasti akan serangan dilakukan jika us memasuki zon merah.
Agak terhad. Lautan Mediterranean bukan luas mana pun, ia tempat permainan armada NATO. Lagipun, misi ke atas Syria takkan melibatkan pendaratan amfibi, ia hanya melibatkan serangan misil dari kapal2 perang NATO ke sasaran darat yang dikenalpasti. Tak perlu masuk ke perairan berdekatan Syria pun.


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 01:03 PM | Show all posts
Serangan US juga akan mengakibatkan kadar kematian yang lebih tinggi dan kemusnahan sesuatu negara dgn lebih teruk..


Welcome to the era of modern warfare, where a push of a button will resulted in MASSIVE COLLATERAL casualties.

contoh jelas Iraq dan afganistan....


Different analogies. Iraq was a spent force, its armed forces crippled by a decade old sanctions. Aghanistan Talibans were nothing more than upgunned militia forces.

In case of Libya, the military under the late Gaddafi is a damned joke. Many military assets can't be used due to lack of maintenance & lack of tech know how. His military were composed of tribal alliances, militias & foreign mercenaries.

Syria, well, atleast Bashar has a professional standing army. A conventional army trained for conventional warfare, but still novice in terms of assymetrical war.

negara islam tidak sepakat seperti NATO...


That is like ... well, normal. What do you expect even these so-called Islamic nations cannot even solved the Palestinian issue?

itu la masalah..kepimpinan kaya arab gila kuasa dan tamak...


Don't lump the entire region into one broad stroke. The Arabic countries are very diverse & different as night and day from each other. Some are democratic countries, some are controlled by nationalist / militarist dictators, some are socialists, some are governed by defacto monarchies.

sepatutnya dua penggal memerintah ganti org lain.... cam iran...


Laughable. Look at what Iran achieved democratically? Moderates will always get the shorter end of the stick because the Mullahs are consorting with hardliners.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-9-2013 01:24 PM | Show all posts
"Masalah utama, berdasarkan kepada pengalaman pencerobohan pesawat Israel ke ruang udara Syria sejak berdekad lamanya, angkatan udara Syria kerap gagal menangani keampuhan tentera udara Israel. Dalam banyak insiden pencerobohan udara Syria oleh Israel, Syria acapkali tewas. Inikan pula sekiranya ia diserang oleh pakatan udara NATO."

saya tertarik dgn pandangan saudara...kalau dilihat kepada pencerobohan udara israel di syria yg dilakukan secara kerap menunjukkan bahawa syaria sgt lemah dalam peperangan anti udara... utk berhadapan pesawat dengan pesawat pun memang syria kalah sbb teknologi lama.... sepatutnya syria telah membangunakan sistem pertahanan anti pesawat ala patriot dan iron dome utk mengatasi amsalah ini..kerjasama dengan iran, russin dan china boleh dibuat... tetapi dengan keadaan skrg mustahil.....pakatan US sedar kelemahan ini... untuk berhadapan di darat tidak akan dilakukan oleh US..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:44 PM | Show all posts
Tentera Udara Syria
MiG-29 -> 42-60
MiG-25 -> 30
MiG-23 -> 60
MiG-21 ->160

Jadi mmg Tentera Udara Syria agak ketinggalan dari pesawat pejuang canggih. Tapi spt robotech kata, jika diserang, Syria bukan tentera Iraq yg alami masalah kekurangan alatganti dan pesawat usang (sebab tiada alatganti)

Sistem anti-pesawat
S-75 Dvina (SA-2 Guideline)
S-125 Pechora (SA-3 Goa)
2K12 Kub (SA-6 Guideline)
9K33 Osa (SA-8 Gecko)
9k31 Strela-1 (SA-9 Gaskin)
9K37 Buk (SA-11 Gadfly)
9K35 Strela-10 (SA-13 Gopher)
9K37M2E Buk-2ME (SA-17 Grizzly)
9M311M Tunguska (SA-19 Grison)
TOR-M1 (SA-15 Gauntlet)
Pantsir S-1 (SA-19 Grison)
S-300PMU-2 (SA-20 Gargoyle)

Sistem SAM merupakan gabungan sistem lama dan baru. Yang lama mungkin dah diketahui keupayaan (atau kelemahannnya - tapi ingat, SA-3 pernah tembak jatuh F-117). Yang paling ampuh ialah S-300PMU yang sama taraf dengan Patriot...masalahnya, adakah sistem ini diterima sepenuhnya oleh Syria?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:32 PM | Show all posts
tempur posted on 9-9-2013 01:24 PM
saya tertarik dgn pandangan saudara...kalau dilihat kepada pencerobohan udara israel di syria yg dilakukan secara kerap menunjukkan bahawa syaria sgt lemah dalam peperangan anti udara...

Walaupun dilengkapi radar terkini dari Russia dan jaringan SAM berteknologi Russia yg mampu menggusarkan mana2 kuasa militeri serantau, tapi kegagalan pertahanan udara yang efektif acapkali menyaksikan Syria diperkotak katikkan di ruang udara sendiri. Pencerobohan terbaru Israel yang melibatkan pengeboman depot senjata serta pengeboman konvoi penghantaran persenjataan misil dalam wilayah Syria dalam tempoh setahun dua ini sudah cukup membuktikan kelompangan pada sistem pertahanan udara Syria.

utk berhadapan pesawat dengan pesawat pun memang syria kalah sbb teknologi lama....

Syria sepatutnya belajar dari pengalaman Yugoslavia (Republik Serbia Montenegro) yang mengalami kempen 'carpet bombing' oleh NATO.

sepatutnya syria telah membangunakan sistem pertahanan anti pesawat ala patriot dan iron dome utk mengatasi amsalah ini..

Syria tiada sekutu dikalangan negara Eropah atau mana2 negara Barat.

kerjasama dengan iran, russin dan china boleh dibuat...

Iran boleh banyak membantu dari segi membekalkan persenjataan sistem pertahanan udara & kepakaran kemahiran. Tapi Russia hanya sekadar tahap membekalkan persenjataan & sokongan dalam bentuk moral sahaja. China .... hanya sokongan moral sebab tak banyak kepentingannya di Syria.

tetapi dengan keadaan skrg mustahil.....pakatan US sedar kelemahan ini...

Rasa2nya pakatan NATO akan menggunakan strategi sepertimana di Libya, menerusi serangan misil dari laut ke sasaran darat, kempen pengeboman terpilih ke kawasan2 strategik. Menerusi ketumbukan darat, sekadar mempersenjatai tentera pemberontak FSA.

untuk berhadapan di darat tidak akan dilakukan oleh US..

Kos peperangan menentang keganasan di Iraq & Afghanistan selama 10 tahun masih terlalu berat ditanggung USA. Rasa2nya USA takkan mampu menanggung kos peperangan konvensional dengan Syria kali ni. Lebih menjimatkan kalau membiayai kos operasi FSA dari mengerahkan pasukan GIs ke tanah Syria.
Last edited by robotech on 9-9-2013 06:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 04:28 PM | Show all posts
Walau apa pun... kenapa USA nak serang Syria? Apa USA juga penyokong Sunni dan anti Syiah? Hehehehe... tak de nye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 05:01 PM | Show all posts
Laxamana. posted on 10-9-2013 04:28 PM
Walau apa pun... kenapa USA nak serang Syria? Apa USA juga penyokong Sunni dan anti Syiah? Hehehehe. ...

Macam le USA dengan Israel tak penah bersekongkol dengan Iran masa 1980an .... sapa2 ada masa, google le Iran-Contra affair atau ContraGate.

Amacam?

Baru tau Yahudi main wayang je dgn Iran ni ....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2013 07:29 AM | Show all posts
tengok kepada dokumentari serangan us ke atas iraq mmg menyedihkan... harap syria pun dijauhkan dengan perang berat sebelah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:20 PM | Show all posts
Sebab tu lah US pikir dua tiga kali nak serang Syria ... sebab Syria tak macam Iraq yang lumpuh kena sekatan ekonomi yang melampau.

Isu perang saudara Syria ni masih boleh diselesaikan kat meja diplomatik, tapi masing2 ego. Pemberontak FSA dengan sokongan Turki / Arab Saudi / negara2 Teluk / Eropah / USA taknak mengalah, rejim Bashar dengan sokongan Iran / Hezbollah Lubnan / Russia pun taknak mengalah.

So cemana?

Nak suruh OIC ... menganga boleh la. Kes perang saudara di Syria pula dah melibatkan konflik etnik dan agama, antara Arab Sunnah vs Arab Syiah Alawi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089919s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list