Samsung Electronics Co.Ltd. (Samsung) memulakan kategori baru bagi penawaran produk syarikat ituapabila memperkenalkan jam pintar (smartwatch) iaitu Samsung Galaxy Gear diBerlin, Germany pada 4 September 2013. Jam pintar terbabit adalahproduk pertama bagi syarikat ini dalam kategori yang dikenali sebagai perantipengkomputeran mudah dipakai. Presiden dan CEO SamsungJK Chin berkata kategori ini bukan sahaja memperkenalka produk baru tetapimemberi pengalaman dan cara baru berinteraksi dengan digital. Samsung Galaxy Gearadalah integrasi teknologi peranti pintar ke dalam kehidupan pengguna yanglebih mendalam. Ia juga merapatkan teknologi telefon bimbit dan dunia fesyensebagai teknologi pengkomputeran mudah dipakai.“Ia memberi apa yangkami panggil “smart freedom” iaitu membolehkan pengguna memilih cara, masa dantempat teknologi itu digunakan.” katanya di Acara Samsun Unpacked 2013 diTempodrom, Berlin, Germany. Sementara itu, KetuaKumpulan Think Tank di Samsung Research America, Pranav Mistry berkata, masadepan dunia digital kini memasuki fasa baharu. “Dengan ini, terdapatcara baru berinteraksi bersama produk digital” katanya. “Samsung Galaxy Gearadalah hubungan kepada dunia maklumat” katanya lagi. Ia sentiasa berhubungdengan telefon pintar yang boleh disimpan dalam poket atau beg dan penggunatidak perlu mengeluarkan telefon pintar itu untuk membuat panggilan ataumembaca notifikasi.
Notifikasi seperti e-melatau mesej baru dipaparkan pada skri 1.63 inci Samsung Galaxy Gear manakalapanggilan boleh dibuat dengan hanya mengangkat tangan kepada telinga, aksi samaseperti menggunakan telefon bimbit biasa. Ciri S-Voice pulamembolehkan pengguna memberi arahan suara untuk tugasan seperti membuatpanggilan atau menghantar pesanan ringkas. Selain itu, kamera 1.9megapixel pada tali jam boleh merakam gambar yang seterusnya boleh dikongsidengan mudah. Samsung Galaxy Gear jugamempunyai aplikasi khasnya sendiri dan Mistry berkata, bateri bagi Galaxy Geardapat bertahan kira-kira 25 jam dengan satu cas. Samsung Galaxy Gearboleh digunakan bersama Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Note 10.1edisi 2014 yang juga diperkenaklan pada acara yang sama. Samsung Galaxy Note 3kini mempunyai skrin lebih besar bersaiz 5.7 inci tetapi masih nipis denganukuran 8.3 mm serta lebih ringan dengan berat 168 gram berbanding model sebelumini. Fungsi S-Pen bagiSamsung Galaxy Note 3 juga diperkasakan dan kini mempunyai lebih banyakkeupayaan berbilang tugas dengan kuasa bateri dipertingkatkan sehingga 40peratus lagi.
|