CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174637|Reply: 648

[MISTERI SETEMPAT]Kisah2 Seram Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

  [Copy link]
Post time 1-9-2013 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya akak start thread ni, nak citer pasal kejadian "pelik" di rumah akak dan ada pulak kaitan dengannya citer adik akak yang "mata telus" boleh nampak makhluk2 halus (yang chantek dan tak berapa nak chantek ).  Akak pernah sebut pasal dia dalam thread akak yang lama, back in 2008, yang dah jadi digest tuh. Link di sini Pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan


Dan kalau ada time nak jugak share pasal citer2 lain akak dengar daripada kengkawan akak yang tinggal sekawasan dengan akak ni. Kot2 ada poremer lain yang tahu citer pasal TTDI ni, bolehlah sharing is caring kat sini ek? ;)


Masa akak mula2 pindah sini dulu, akak tak pernah terpikir pasal ke-angkeran kawasan ni… Tapi bila dipikir2kan balik, kawasan perumahan ni dah lama… bekas tapak ladang getah dulu2. Masa akak duduk di kondo sini, takdelah keangkeran yang jitu… angker2 manja aje. Akak ada mention dulu, masa akak nak tidurkan anak akak, dia boleh tanya, "Mummy why is that Auntie sitting there?" sambil menunjuk ke suatu sudut bilik gelap yang akak tak nampak apa2. Boleh?! (And kenapalah perlu 'Auntie'… kot Uncle yang hensem macam Ken Watanabe hatta Remy Ishak takpe gak ) Tapi at that time, seperti yang akak speku… mungkin 'Auntie' tu salah 'seorang' (orang kah?!) yang ikut akak balik dari kursus BTN di Jln Bellamy tahun SPM akak (citer sumer dlm digest lama). Sebab rupa dia tak buruk, tak menakutkan anak akak yang baru berumur 3.5 tahun tu. Allahua'lam.


Selepas 8 tahun dok kondo, pindah pulak umah.  Bila datang tengok umah yang akak dok sekarang ni.. akak tak ada rasa seram ke, meremang bulu roma ke.. anak2 pun happy joy joy jah… so akak ingat OKlah. Pada waktu itu, yang terdetik dalam hati akak… kenapa pulak Cina ni nak jual umah ni, padahal dia pasang fixtures & fittings yang memang macam nak duduk sendiri… Dia kata dia nak pindah Oz cepat2 sebab dah dapat kerakyatan sana and kena pergi cepat2 within a certain time, kalau tidak citizenship tu forfeited. OKlah.. akak pun percaya. Satu lagi akak noticed, atas setiap pintu bilik dalam rumah ni, dia ada letak salib. Bukan kekecik… agak gedabak. Hmmm…. takpelah… akak ingatkan maybe dia extra religious kot … tapi dari percakapan etc.. takde pulak I got that vibe.


Bila akak pindah masuk rumah ni… derang laki bini pulak pindah masuk bangunan kondo akak. Aik? Takde pulak tergesa2 pi pindah Oz? Hmmm agak seswatuh di situ. Time tu, suami akak kerja overseas, balik 2 bulan sekali… so anak2, maids dan akak aje yang ada. Maka bermulalah peristiwa yang buat akak rasa mungkin umah ni dah lamaaaaaaa kena tinggal sebelum di-renovate hanya untuk dijual…


Panjang sangat tak post ni… (akak as usual tak reti citer pendek2… sorry), in a few minutes akak sambung ;)

Last edited by medangmru on 1-11-2013 07:18 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 05:36 PM | Show all posts


Akhinya akak sudi kongsi kisah misteri lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 05:48 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-9-2013 05:36 PM
Akhinya akak sudi kongsi kisah misteri lagi

Kalau ada peluang nampak macam thread sampah, delete ajelah wahai momod ya.. Terima kasih untuk tacang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 05:50 PM | Show all posts
Ingatkan dah ade ksh misterinye..akk sila hupdate cecepat yea
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sile sambung ye akak
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Keterujaan sgt aku membacanya di peringkat awal..teruskn penulisan!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2013 06:18 PM | Show all posts
(sambungan)

Masa first week akak pindah masuk rumah ni, suami ada.. seminggu lepas tu dia pun balik kerja. Selalunya akak bawak anak tidur dengan akak sebab tak suka tido sorang... tapi entah kenapa time tu, akak biarkan aje anak2 tido bilik derang, akak tido sorang. Sebab dah kebiasaan tido lambat, pukul 1am macam tu baru nak terlelap.  Sebaik nak belayar jah di samudera mimpi... tetiba handphone tepi katil vibrate. Akak pun angkat la, maybe suami ke telefon dari overseas. Takde apa.. no call, no SMS (jaman tu mana ada Whatsapp/Viber bagai ni.. itu ajelah, calls and SMS) and akak takde set alarm apa. Hmm.. "maybe imaginasi aku je ni", akak cuba sedapkan hati. Tutup mata balik... VIBRATE lagi... Angkat lagi, takde apa. Letak balik phone tepi katil and tarik selimut ketat2 cuba buat2 donno, maybe phone yang bengong. Ehhhh... dia bantai vibrate sekali lagi...

Time ni dah agak cuak dah. As usual start baca ayat-ayat yang patut.
(Sekarang ni dah belajar dah yang bila kita baca ayat ni, baca kerana Allah... bukan harap kalimah2 itu dengan sendirinya yang "mendinding", hanya Allah SWT yang melindungi..)

Pastu.. dengar pulak bunyi macam kuku panjang diketik together betul2 kat tepi telinga akak. Tak tahu nak explain macam mana, tapi macam orang yang ada kuku panjang pastu dia gesel together bunyi "Tik... tik... tik..." betul2 tepi cuping.

Tak cukup dengan tu, 'dia' start pulak "tik.. tik.. tik.." merata bilik. Dari atas akak, tepi akak, kat kaki katil... Bila akak pasang lampu tepi katil, bunyi pun stop.

Malam tu tido pasang lampu Malam esoknya, mak akak datang bertandang. Kami duduk di living room di bawah, bercerita-ceriti.. tiba-tiba dengar bunyi kuat berdentum macam ada benda besar yang jatuh kat bilik akak di tingkat atas. Akak pandang muka mak, mak pandang muka akak... tapi disebabkan kita ni dah biasa sangat dengan "bunyi2an" di rumah Bukit Petaling tu.. kita biarkan aje.

Dalam minggu tu memang "penghuni" dalam rumah berusaha nak "memperkenalkan" diri dia kepada kita. Maids nampak pompuan rambut panjang (stereotype habis kan? ) duduk kat ruang makan, tapi nampak dari belakang aje. Yang sorang tu kata nampak yang tak berkepala di kepala tangga...alahaiiii.... Anak bongsu pulak, tengah siang2 buta ni... nak share snack dia, dok atas lantai tepi akak... "One for me, one for Mummy, one for MONSTER (katanyaaaa)" and yang untuk MONSTER dia letak betul2 kat ruang kosong depan dia macam betul ada "monster" dok depan dia. Buruk ke wajah benda tu sampai dia panggil "monster"? Yang kecik tu memang boleh nampak benda2 masa dia kecik baru pindah sini dulu..

Then bila suami akak balik.. ada satu malam tu anak akak tak boleh tido.  So akak ulang-alik la dari bilik akak ke bilik dia... cuba "dodoikan" dia tido. Bila akak balik ke bilik akak dan nak baring balik atas katil.. tiba2 katil tu bergegar. Suami akak tanya dengan nada cuak yang nyata, "Are you shaking the bed?"  Memang bergegar... ala2 citer Exorcist. Bab2 katil bergegar ni akak dah biasa dah jaman Bukit Petaling dulu... so akak dengan selambadugong nya menjawab, "No".. tarik selimut and sambung tido.  Suami akak yang tak pernah nak attribute benda2 ganjil ni kepada kehadiran "hantu" pun terpaksa terima yang ada sesuatu yang "lain" dalam rumah ni... (Kita sambung la lagi... kang ada yang membacanya... KOT ada yang membaca ;) )















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 06:21 PM | Show all posts
As_Qein posted on 1-9-2013 05:50 PM
Ingatkan dah ade ksh misterinye..akk sila hupdate cecepat yea

Sorry... mukaddimah akak memang tak pernah pendek... Yang pernah baca citer akak dulu2 dah tahu dah...tu ha dah sambung.. nanti sambung lagi ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 06:30 PM | Show all posts
yey....sya suka thread akak...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 06:56 PM | Show all posts
Untuk stay on topic, akak selang-selikan dgn citer/insiden yg akak dengar dari jiran/kawan2 akak yang tinggal sekawasan dgn akak ni.  Jalan yg akak duduk ni, ceritanya dah ramai kena kejar Che' Pon bila balik malam2. Sebbaek la akak tak pernah nampak apa2 yang kurang chanthek, waima kena lalu depan umah tinggal, lalang tinggi daripada Lamar Odom nak sampai ke umah akak.


Satu jalan dengan akak ni, katanya ada satu rumah semi-D yang dah berjaman kosong, tak ada orang nak beli… Baru2 ni jah akak dapat tahu sebabnya, isteri tuan rumah gantung diri kat tangga… Katanya isteri seorang surgeon. Kita orang Melayu ni pun rasa semacam kot nak beli rumah yang kita tahu dah ada orang bunuh diri, kalau bangsa Cina lagiiiiii la choyyyyyyyyy … suweiiii sepanjang zaman feng shui tak bagus. So itulah gamaknya takde orang nak beli… padahal akak tengok chantek jah umah tu.  

Citer pasal bunuh diri ni.. ada satu lagi kes.. tapi bukan jalan akak ni. Atas sikit lagi.. Neighbour dia citer, masa tanggachi tu gantung diri kat kipas, dia dengan kazen dia yang tolong pecahkan pintu and bawak tanggachi tu turun. Sebab laki dia dok bising kecoh guna tukul nak break down the door itu yang neighbour dia dengar tu. (Neighbour dia ni bekas model 80-an yang teramat la anggun dan vugidervasss kejelitaannya sampai sekarang. Jaman dulu2 kalo bukak majalah wanita mana2, tak lain tak bukan sure ada gambar dia. Kita panggil dia "M" ajelah, OK?) Tanggachi tu gantung diri dengan saree kuning dia, katanya. Tak dapat diselamatkan..


Sejak daripada itu, family tu tinggalkan rumah tu. Kosong sampai sekarang.. and memang macam2 gangguanlah yang berlaku. M ni citer kat our FB page yang dia selalu dengar bunyi2an dari rumah sebelah tu, macam perabut ditarik (soundtrack yg sungguh klise but there it is), lampu porch kekadang pasang pastu padam (kalau timer sure consistent, tapi ini tak… and dah bertahun2). And hari tu masa Raya, anak buah dia datang umah and nampak "M" ni kat porch rumah tu walaupun M takde, dia pergi bertandang openhaus kat tempat lain. Kot rajin akak tepek gambar (address blurred of course). Dengar khabar, sewa rumah tu going for RM1,200 jah sekarang ni. Memang bukan rega sewa for a semi-D kat TTDI ni la… tapi sebab takde orang nak kot. Kot ada yg hati kering, bolehlah mencuba… dapat neighbour lawa

(Font besar OK ke nak kecik sikit? Kalau yang besar ni annoying sila beritahu )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 06:59 PM | Show all posts
check in! I love akakbosan... Lalang setinggi Lamar Odom??? marah Khloe nnt kak... Last edited by mrs.uzair on 1-9-2013 07:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 08:05 PM | Show all posts
akakbosan posted on 1-9-2013 06:18 PM
(sambungan)

Masa first week akak pindah masuk rumah ni, suami ada.. seminggu lepas tu dia pun bal ...

Akak tulih pjg2 sbb mmg x bosan mmbacanya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 08:17 PM | Show all posts
medangmru posted on 1-9-2013 08:05 PM
Akak tulih pjg2 sbb mmg x bosan mmbacanya.....

Terima kasih banyak2 momod untuk tacang... Ini yang buat lagi gigiehh nak menulis ni!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in too.... best2.. nk lg....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 09:23 PM | Show all posts
akak... popcorn ngan coke banyak lagi neh....  
nak citer lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 09:35 PM | Show all posts
seram cepat lah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni...mmg hati kering juga boleh rilek je...kalau sy lwma dah ca alif but...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 09:58 PM | Show all posts
api sebab takde orang nak kot. Kot ada yg hati kering, bolehlah mencuba… dapat neighbour lawa


dah tua....xnak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok posted on 1-9-2013 09:58 PM
dah tua....xnak

Kalau AbukRokok tengok dia.. Takkan percaya yang dia dah ada anak 26 tahun.. Malatoppp bergetah slim-menyelim (model la katakan..) macam anak dara lagi.. Serba-serbi cantik AND baik sangat orangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 10:16 PM | Show all posts
lokasi tmn tun di belah mane akak? hehe' ghumah semi D tuh yg  bumbung dia kaler biru tuh ke? hehe'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.120331 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list