CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2000|Reply: 6

[Tempatan] Lagu Metal + Ayat Quran Dlm Show [Permohohonan Konsert Lamb Of God Ditolak]

 Close [Copy link]
Post time 5-9-2013 12:36 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual berlangsung pada 28 September ini.


Menurut kenyataan KKMM Rabu, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), semalam


"Keputusan penolakan ini dibuat secara sebulat suara setelah mendapati persembahan kumpulan ini menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia," menurut kenyataan itu.


Kumpulan dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail di sini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut membantah kehadiran kumpulan itu di negara ini.


Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata bantahan itu berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.


Bantahan itu juga, katanya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 01:52 AM | Show all posts
tadi Buletin Utama kata Heavy Metal sesat.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:42 AM | Show all posts
sama la tu 2x5 ^^^^
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:59 AM | Show all posts
metallica tu apa? rock kapak je ek? xkenal pun band ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:00 AM | Show all posts
thread dh ada ye Ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:01 AM | Show all posts
lordvoldemort posted on 5-9-2013 01:52 AM
tadi Buletin Utama kata Heavy Metal sesat.......

TV3 Tohan kaEndless Possibilities
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2013 08:34 AM | Show all posts
tuan rumah dah tak bagi kebenaran tu
patuh je la

gi la tengok kat negara asal grup
tu kalo minat gila2 sangat

ni dah tau sengkek lagi
nak layan heavy metal sesat bodoh
macam Lamb Of God tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070878 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list