CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Fizo Omar Bakal Tunang Gadis Bertudung - model tudung fareeda

[Copy link]
Post time 9-9-2013 06:21 PM | Show all posts
Yg iklan dlm tv tu menjahit tudung tu dia nih ke
Owner fareeda atau model aja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2013 06:24 PM | Show all posts
jepp posted on 9-9-2013 06:21 PM
Yg iklan dlm tv tu menjahit tudung tu dia nih ke
Owner fareeda atau model aja

ni kaka

Mawar tidak lupa diri


JENAMA tudung ini dikatakan menjadi kegilaan wanita masa kini. Ada yang sanggup beratur semata-mata untuk memiliki rekaan tudung yang mereka idamkan.

Warna kontra dan kerongsang pada bahagian tengah tudung menjadi tarikan utama sehingga mencetuskan fenomena baru. Itulah kisah jenama tudung terkenal Fareeda House of Scarf (Fareeda).

Di sebalik populariti jenama tudung ini, pasti ramai mahu mengenali wanita yang sering muncul sebagai model jenama ini.

Wanita kecil molek ini juga menjadi tulang belakang Fareeda kerana dia turut menggalas jawatan Pengurus Pemasaran jenama tersebut.

Walaupun baru berusia 23 tahun, empunya nama, Mawar Abdul Karim berjaya mencuri perhatian penggemar fesyen tudung.

Mana tidaknya, wajah yang kerap menghiasi dada akhbar, majalah dan papan iklan ini memang cantik tatkala mengenakan tudung yang dipromosikannya.

Apa sahaja warna walaupun kontra dan rekaan tudung pasti sesuai dengan wajahnya.

Pun begitu, Mawar tidak pernah lupa diri. Memiliki personaliti sederhana, dia seorang yang ceria, mudah mesra dan merendah diri membuatkan dirinya mudah didekati.

Popular

Memulakan karier sebagai model Muslimah seawal usia 20 tahun, Mawar tidak pernah terlintas untuk menjadi popular.

Dirinya juga tidak pernah berasa menyesal atau bosan walaupun tidak dapat melakukan aktiviti seperti remaja lain.

Apa yang penting katanya, dia mahu lebih fokus dalam kerjaya.

“Saya bersyukur dengan rezeki saya selama ini. Sebenarnya bukan mudah untuk memiliki kejayaan seperti yang saya kecapi hari ini. Saya memulakan kerjaya sebagai duta tudung ini dengan satu cabaran.

“Dulu, orang ramai tidak menerima idea jenama ini menghasilkan tudung colour blocking. Kombinasi ini dikatakan pelik. Sebagai duta, tidak mudah bagi saya membawa imej dan idea tersebut. Alhamdulillah, popular dan rezeki itu datang dengan izin-Nya. Akhirnya, tudung ini mencipta fenomena sendiri," akuinya.

Cetus fenomena

Bercerita tentang sistem angka giliran yang diperkenalkan Fareeda, Mawar memberitahu, sistem ini dilakukan untuk mengurangkan kesesakan pelanggan terutamanya pada waktu padat seperti hari cuti.

Katanya lagi, angka giliran membolehkan semua pelanggan memiliki koleksi yang mereka mahukan.

Berdasarkan pengalamannya yang lalu, ada pelanggan yang membeli semua tudung tanpa memberi peluang orang lain.

Ada juga kes pelanggan bergaduh kerana mahukan tudung yang sama.

“Faktor-faktor inilah yang memberi saya idea mewujudkan sistem angka giliran. Mungkin sistem ini kelihatan rumit tetapi masih ramai pelanggan yang setia beratur untuk mendapatkan tudung.

“Kami juga mengehadkan seorang pelanggan membeli tiga tudung sahaja untuk memberi peluang kepada orang lain.

“Kami tidak pernah mengada-adakan cerita kerana ini benar-benar berlaku. Alhamdulillah, pelanggan bertambah dari hari ke hari berkat usaha dan kerajinan pengedar-pengedar kami juga," ujarnya.

Kerja amal

Berkat usaha Mawar dan strategi pemasaran yang betul, jenama itu juga telah menjadi pilihan beberapa artis dan selebriti tanah air.

Jenama ini turut terlibat dalam acara amal membantu Yayasan Aids Malaysia (YAM) menerusi Malam Amal Tahajjud Cinta yang bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 30 Januari ini.

Menarik pada malam itu, Datuk Siti Nurhaliza akan menggayakan tudung Fareeda yang direka khas untuknya. Dua tudung khas yang dipakai Siti pada malam itu akan dilelong dan hasilnya akan disalurkan kepada YAM.

Tudung tersebut sangat istimewa kerana selain rekaannya yang eksklusif, ia juga bertatahkan batu permata swarovski serta diperbuat daripada fabrik sifon.

Selain lelongan tudung tersebut, malam amal yang bertujuan mengutip dana melalui penjualan meja makan bermula lingkungan harga RM10,000 hingga RM35,000 untuk disalurkan kepada dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membangunkan program pendidikan, pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit HIV dan AIDS .

Masa lapang

Ketika remaja lain bersama rakan-rakan membeli-belah atau bersiar-siar, Mawar pula lebih banyak menghabiskan masa di butik Fareeda.

Dia perlu berulang alik dari butik di cawangan Shah Alam, The Mall, Penang, Bangi dan bekerja tujuh hari seminggu.

Sebagai duta, Mawar turut menjadi tutor memberi panduan memilih tudung. Namun Mawar tidak pernah menganggap tugas-tugas ini sebagai bebanan.

Jika ada kesempatan bercuti, Mawar lebih gemar balik ke kampung halamannya, Pulau Pinang.

“Ya, kehidupan saya amat sibuk tapi saya menganggap itu sebagai tanggungjawab. Keluarga saya banyak memberi sokongan dan merekalah kekuatan saya," ujarnya yang menggemari nasi kandar.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -diri#ixzz2eOEM6r32
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:26 PM | Show all posts
jepp posted on 9-9-2013 06:21 PM
Yg iklan dlm tv tu menjahit tudung tu dia nih ke
Owner fareeda atau model aja

Model jek. Owner Puan Faridah tu lain. Tp org Penang gak mcm Mawar. Mawar ni kening pelesu dia tu hitam sangatlah! Rimas aku..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:27 PM | Show all posts
jepp posted on 9-9-2013 06:21 PM
Yg iklan dlm tv tu menjahit tudung tu dia nih ke
Owner fareeda atau model aja

Model aje..pemilik fareeda tu nama Pn Faridah Zakaria
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:27 PM | Show all posts
miawpink posted on 9-9-2013 06:24 PM
ni kaka

Mawar tidak lupa diri

Oh..dia duta, model, pengurusan pemasaran..
Dalam iklan tu, dia ke..
Kaka tgk hrtu skali je iklan tu,
Tak sempat nk tgk dia ke org lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:28 PM | Show all posts
Muka mcm leez aaf
Ex awex zizan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2013 06:29 PM | Show all posts
jepp posted on 9-9-2013 06:27 PM
Oh..dia duta, model, pengurusan pemasaran..
Dalam iklan tu, dia ke..
Kaka tgk hrtu skali je ikla ...

tak pasan pulak iklan kat tibi....
nama dia sy tau pun porumer sini gtau
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:31 PM | Show all posts
Kata faridah tu mak dia ... Mati2 aku ingtkn si mawar ni dh beranak 2 3 rupanya blum kawen lg ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 07:04 PM | Show all posts
alyafea posted on 9-9-2013 06:31 PM
Kata faridah tu mak dia ... Mati2 aku ingtkn si mawar ni dh beranak 2 3 rupanya blum kawen lg ...

Ye mawar tu anak tauke faridah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:35 PM | Show all posts
missmirmo posted on 9-9-2013 07:04 PM
Ye mawar tu anak tauke faridah tu..

eh mawar tu single lagi ke? mati2 iols ingat dia da kawin.
itu hari dia bawak budak2 kecik tu balik dari sekolah kat butik. ingatkan anak2 dia


Last edited by tapibukanaku on 9-9-2013 07:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:40 PM | Show all posts
pinkaddict posted on 9-9-2013 06:26 PM
Model jek. Owner Puan Faridah tu lain. Tp org Penang gak mcm Mawar. Mawar ni kening pelesu dia tu  ...

mawar without make up, lain bebenor...itu hari dia datang butik tak make up ..
dok kat kaunter hampir2 tak kenal tu mawar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:45 PM | Show all posts
ingatkan fahrin kawin dgn mawar. sbb fahrin kan selalu ada kat event fareeda
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:46 PM | Show all posts
bnyk cerita kisah cinta dia nie... hrp2 kekal bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:50 PM | Show all posts
cehh..mmg bebetul marketing strategy lah fizo ni..

pilih anak tokey tudung terus...

lepas ni mst event fareeda wajib de serve burger fizo..

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:51 PM | Show all posts
Ya ampunnnn nasib la mawar yg ni..ingat kan nk tunang dgn mawarashid yg terkinja2 terlompat2 bagai nk gila hihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 07:53 PM | Show all posts
gadis bernenen besor
gadis bertudung

apa lagi?

gadis bakal doktor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 08:05 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 9-9-2013 07:35 PM
eh mawar tu single lagi ke? mati2 iols ingat dia da kawin.
itu hari dia bawak budak2 kecik tu ba ...

Rasanya single lg..
Selalu ke gi butik fareeda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:17 PM | Show all posts
Mawar ni ingatkan dah kawen...single lg rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:28 PM | Show all posts
tak kenal pun mawar ni..
ok la tu, asal fizo omar bahgia dgn calon pilihan..

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org penang ekk? Patot ler comey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070572 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list