CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 4

Pasangan Anda Kaki Pukul? Lakukan 5 Perkara Ini

[Copy link]
Post time 11-9-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini kita dikejutkan dengan video rakaman CCTV dalam lif sebuah hospital dimana seorang penjawat awam memukul isterinya dihadapan anak-anak yang masih kecil. Rata-rata memberikan reaksi negative terhadap kes ini. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi isteri dipukul dihadapan anak-anaknya. Apa yang perlu kamu lakukan sekiranya pasangan kamu adalah seorang kaki pukul?

Kenali Pasangan Kamu

Sebelum menjalani hubungan yang lebih serius, uji pasangan kamu dahulu. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Perhatikan cara dia mengamuk, jika dia suka menghentak barang atau membaling objek, kamu dah boleh mula ambil langkah menjauhkan diri.

Jangan Mencabar Pasangan

Kadang-kadang apabila berlaku pertengkaran, emosi seseorang itu sukar untuk dikawal. Ketika ini, kawal perasaan kamu dan cuba tenangkan pasangan. Jangan sesekali mencabar atau melakukan provokasi pada si dia kerana itu mungkin akan menimbulkan rasa geram dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

Pukulan Pertama

Jika kamu dipukul untuk pertama kali dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Kerana ini mungkin permulaan untuk pukulan yang seterusnya. Jangan melawan, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang. Jika ia berulang, rekod semua bukti setiap kali kamu di pukul.

Kongsikan Cerita

Wanita yang menjadi mangsa pukul selalunya degil dan lembut hati. Mereka percaya yang pasangannya perlu diberikan peluang untuk berubah. Jika kamu tidak berhajat untuk melaporkan hal ini, kongsikan cerita pengalaman kamu dengan teman rapat supaya apabila sesuatu yang teruk berlaku kamu ada back up.

Laporkan

Jangan tunggu sampai patah riuk baru nak ambil tindakan. Sayang itu ada hadnya. Laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya kamu dapat pengadilannya. Ketika inilah gambar bukti-bukti yang kamu di pukul berguna.

Pesanan

* Kami nak pesan kepada semua wanita supaya jangan membenarkan diri kamu menjadi mangsa pukul lelaki. Ambil tindakan yang sewajarnya supaya hak kamu dapat di bela.

* Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636 atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8323 1000 untuk mendapatkan perlindungan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 05:14 AM | Show all posts
Nak tambah....selepas kena pukul, firstly snap picture. Lepas tu buat report police kat mana2 balai polis....diaorg akan refer to a pegawai siasatan(it's actually depend on the reason u buat report, kalo u nak bwk jadik case mahkamah barula diorg refer)...normally, diaorg Akan refer pada pegawai ikut location kejadian.....Lepas tu bring the police report to hospital atau klinik kerajaan utk dptkan ubat n also report perubatan.... I repeat  kerajaan....sbb kalo buat kat private hospital nanti susah bila nak bwk ke mahkamah. Takot2 berlaku pertikaian. I personally advice pegi hospital kerajaan sbb kat situ diaorg bule terus amik gamba and attach to the report....klinik x de facilities tu so leech la sbb lepas tu u kena bwk gamba n attach.  Lepastu the next day u bule jumpa pegawai siasatan....dia Akan investigate n bg u option.....Cth bg warning, buat sessi counseling atau nak mtk buat tahanan remen or etc. Betul apa tt ckp, x biarkan u jadi mangsa pukul lelaki...ambil tindakan...sbb kalo u diam seolah2 mcm u membenarkannya... For any reason, x de hak lelaki nak pukul apatah smp lebam atau luka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 07:42 AM | Show all posts
Saya bencikan wanita yang kaki pukul!! Dulu saya pernah menjadi mangsa. Mentang-mentanglah rupa saya comel jadi dia boleh lakukan apa saja!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 09:41 AM | Show all posts
bagus thread nie. bnyk bole blaja. so far blm pnh jpe lagi kaki pukul. habis pukul pon pukul dram je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:24 PM | Show all posts
aku pnah gak pukul adik2 jantan aku..bukan skit tapi smapai sakit perut n bedarah idung jer..bukan cakap besar aku nyesal kut,,sib bek bila besar diorang ok..cuma aku kesal aku ..pukul diorang sebb aku slalu kna puku kat ngan kawan kat skolah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.112099 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list