CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1485|Reply: 0

[Tempatan] Tapak projek pangsapuri mewah runtuh! Apalah nasib pembeli bumiputra

 Close [Copy link]
Post time 11-9-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR - Ribuan penduduk di sekitar Desa Pandan, gempar dan bimbang apabila berlakunya tanah mendap di tapak projek pangsapuri mewah di Jalan 4/76 Desa Pandan, menuju ke Jalan Tun Razak, malam kelmarin. semalam.
        
        Kejadian yang dipercayai akibat hujan lebat petang itu, turut menyebabkan sebahagian jalan yang terletak di hadapan tapak projek pangsapuri servis 23 tingkat dan 474 unit itu mendap.
        
        Kedudukan tapak projek yang juga sebuah bekas kawasan lombong itu berdekatan dengan kawasan perumahan Pangsapuri Delima dan kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.
        
        Ahli perniagaan, Che Din Che Hassan, 29, berkata, ketika itu dia berada di apartmennya, terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
        
        Kira-kira jam 8 malam dia terdengar bunyi bising dari arah jalan utama, termasuk jeritan daripada jiran-jiran mengatakan ada bangunan runtuh.
        
        “Saya terkejut dan terus berlari keluar. Saya tengok sebahagian tapak projek itu mendap dan jalan raya pula merekah.
        
       “Mulanya rekahan kira-kira 500 meter itu kecil saja tetapi makin membesar beberapa jam kemudian. Tak lama selepas itu saya nampak pihak pemaju menambak kawasan terjejas dan tar semula jalan. Kata tidak tentu rekahan dan runtuhan lebih teruk,” katanya kepada Sinar Harian.
        
        Tambahnya, setelah 12 tahun menghuni di situ, ia kejadian pertama berlaku dan mengakui sejak projek berkenaan dimulakan sejak lebih setahun lalu, kawasan blok kediamannya turut terjejas.
        
        “Rekahan di bahagian bawah blok semakin membesar dan membimbangkan. Bila jadi macam ni, sudah tentu akan rasa trauma.
        
        “Sekiranya projek mahu diteruskan, kena pastikan tahap keselamatan secara keseluruhannya bukan hanya memikirkan keuntungan,” katanya.
        
        Sementara itu, Azizul Hanafiah, 29, pula menyangka bunyi dentuman kuat yang didengarinya adalah bunyi guruh dan terkejut apabila mendapati sebahagian jalan mendap.
        
        “Apabila memeriksa kawasan itu saya lihat ada papan tanda, lampu elektrik dan longkang yang dibina di tepi projek itu turut jatuh.
        
        “Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Penutupan jalan juga bagi mengelakkan kejadian tak diingini. Namun dalam masa sama, kita bimbang ia bertambah buruk kerana banyak kawasan perumahan di sekitarnya,” katanya.
        
        Pihak anggota keselamatan dilihat berkawal di lokasi, sementara kerja-kerja menimbus tanah dari dalam tapak projek sedang dilakukan.
                                       
Last edited by maniack88 on 11-9-2013 12:17 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.484770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list