CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2521|Reply: 12

[Tempatan] {20}Semua Penjawat Awam Dapat Faedah Belanjawan 2014: CUEPACS

[Copy link]
Post time 12-9-2013 08:44 PM | Show all posts |Read mode
CUEPACS Yakin 1.4 Juta Penjawat Awam Dapat Faedah Belanjawan 2014
MACHANG, 12 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (COLA).

"Kita penuh yakin kerajaan akan mempertimbangkan berasaskan ekonomi negara masih kukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi dialog dengan staf Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, Khamis.

Omar berkata cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mengenai Elaun Sara Hidup (COLA), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa  membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) dan mereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah)," katanya.

Omar berkata cadangan itu bukan 'pendesak' sebaliknya mengikut keperluan kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ditanya pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan mengisi 60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, Omar berkata SPA perlu memberi keutamaan kepada lebih 45,000 pekerja kontrak yang kini sedang berkhidmat di pelbagai sektor awam.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan pekerja kontrak terbabit sudah melalui enam sesi temu duga, namun masih gagal berbanding mereka yang mudah mendapat pekerjaan tanpa melalui temuduga.-- BERNAMA       

p/s Datuk OO pasnie jadi senator la...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 08:51 PM | Show all posts
6 kali temuduga tak dpt2... paham2 la.... maksudnya masuk kontrak seblom nih pakai kabel la... result tak tera mana pon...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:07 PM | Show all posts
cik omar ni yakin sekali dikala org duk suh gomen jimat2, cut kos apa yg patot....

tahniah laa......bonus akhir thn jgn lupa mintak
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:17 PM | Show all posts
cola tu kena selaras dr dulu patutnye..aku duduk bandar tp keje kt kwsan pedalaman...sedih btol dpt cola kurang dr org lain..sabo je la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 02:20 AM | Show all posts
untung la penjawat awam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 02:28 AM | Show all posts
yahoo........ boleh naikkan sewa rumah.....!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2013 04:23 AM | Show all posts
Yakin la sangat... tgk2 apa pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:36 AM | Show all posts
Itu semua takder effect sangat dgn aku. Kalau elaun wilayah tu baru ada effect. Harap2 elaun wilayah tu dpt dikaji semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 05:46 AM | Show all posts
Org CUEPACS ada gi London few months back...cer tanya apa diaorg buat dan dptdari excursion sambil belajar tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:04 AM | Show all posts
faedah?

ada dua jenis faedah;
satu manfaat, satu lagi membebankan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:06 AM | Show all posts
benda bagus ambo follow....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:25 AM | Show all posts
gaara_X posted on 13-9-2013 09:06 AM
benda bagus ambo follow....

oktober brape hb...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 01:14 PM | Show all posts
Bajet 2014  
                                                                                             
MOF sedang bertungkus lumus menyediakan Bajet 2014. Mungkin syor-syor ini boleh turut ditimbangkan.

1. MENAMBAH HASIL/KEKAYAAN

1.1 Kerajaan hendaklah menumpukan kepada wealth creation dan projek yang having big multiflier effect.

1.2 New dispersed growth centres (misalnya bina kilang berteknologi tinggi di luar bandar); memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan sekali gus mengurangkan rural-urban migration dan urban poverty.

1.3 Pusat2 bandar baru ini hendaklah berjaya menempatkan semua kaum dengan sokongan hartanah mampu milik dan memberikan pulangan politik.

1.4 Merakyatkan aktiviti ekonomi baru yang berasaskan teknologi hijau dan ekonomi digital.

1.5 Memperbanyak, memperluas dan mempelbagaikan bantuan kepada EKS/SME; mengimbangi tumpuan kepada projek2 mega. Bantuan sekarang is a drop in the ocean.

1.6 Menukar pendekatan pemberian subsidi kepada kumpulan sasar dari production level ke consumption level; boleh menyelamatkan berbilion ringgit.

1.7 Menyokong pelaksanaan GST.

1.8 Memperluaskan jaringan kutipan cukai ke atas kumpulan yang masih berjaya melarikan diri dari dicukai.

1.9 Semua usaha di atas sekali gus menambah kekayaan rakyat/negara dan menjana pertumbuhan GDP ke arah mencapai sasaran/KPI berpendapatan tinggi.

2. MENGURANGKAN KETIRISAN / DEFISIT FISKAL
2.1 merangkumi 3 elemen: (a) melonjakkan pertumbuhan GDP, (b) menambah hasil kerajaan, dan (c) mengurangkan perbelanjaan/pembaziran.

2.2 Menukar pendekatan pemberian subsidi tanpa mengurangkan penerimaan oleh golongan sasar, seperti para 1.6 di atas.

2.3 Reduce/stop value leakage dengan memberhentikan kerja2 outsourcing atau memperkukuhkan good governance and relationship (boleh menambah penjimatan dan nilai).

2.4 Membanteras rasuah dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

2.5 Mengurangkan pemberian one-off yang kecil multiflier effectnya seperti pemberian rebate handphone atau menukar kepada faedah yang lebih berkesan seperti pemberian BR1M untuk mengurangkan hutang secara langsung atau menanggung kos perubatan.

3. SOKONGAN PENGUNDI
Bajet 2014 hendaklah menjadi instrument untuk mengekalkan sokongan pengundi luar bandar terhadap kerajaan BN dan mampu pula menarik sokongan pengundi bandar yang lebih ramai.

http://darahtuah.wordpress.com/2013/09/07/bajet-2014/

Last edited by tongkatwaran75 on 13-9-2013 01:15 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.231798 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list