CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4200|Reply: 44

[Tempatan] Bajet 2014: CUEPACS yakin penjawat awam dapat faedah

 Close [Copy link]
Post time 12-9-2013 10:51 PM | Show all posts |Read mode
MACHANG 12 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  (CUEPACS) yakin 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan  2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS mengemukakan empat cadangan  kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan  (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (COLA).

"Kita penuh yakin kerajaan akan mempertimbangkan berasaskan ekonomi negara  masih kukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi dialog dengan staf  Universiti Terknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, Khamis.

Omar berkata, cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakan  perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mengenai Elaun Sara Hidup (COLA), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa  membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) dan  mereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah)," katanya.

Omar berkata, cadangan itu bukan 'pendesak' sebaliknya mengikut keperluan  kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan  harga petrol dan diesel.

Ditanya pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan mengisi  60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara menjelang  akhir tahun ini, Omar berkata SPA perlu memberi keutamaan kepada lebih 45,000  pekerja kontrak yang kini sedang berkhidmat di pelbagai sektor awam.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan pekerja kontrak terbabit sudah  melalui enam sesi temu duga, namun masih gagal berbanding mereka yang mudah  mendapat pekerjaan tanpa melalui temu duga. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130912/dn_34/Bajet-2014-CUEPACS-yakin-penjawat-awam-dapat-faedah#ixzz2egqy2K1f
©  Utusan Melayu (M) Bhd

P/s:- Tiap2 tahun mahu naik gaji...kerja ada tingkatkan tak?...ka masih mengulau?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 10:57 PM | Show all posts
susah nk dpt sbb bru lpas praya.......nk minta stahun sblum praya bsar kmungkinan brjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 10:59 PM | Show all posts
lpas phnraya mmg susah la nk mintak mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:46 PM | Show all posts

..khabarnya BONUS 2 bulan .........................
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:55 PM | Show all posts
pakcik, tongkat dah buka tred psl ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:00 AM | Show all posts
BN nak korek duit dr mana lagi??? nak berhutang ler tu...

manage duit tak pandai..yg pandai..konxxxk duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2013 12:04 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-9-2013 11:46 PM
..khabarnya BONUS 2 bulan .........................

untung laaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:44 AM | Show all posts
kadang-kadang rasa penjawat awam ni mcm pengemis
asyik nk minta bonus dll
cuba ler kupeks ni fight utk kakitangan awam yg further study utk dpt faedah jangka panjang yg lebih baik
berbaloi dan naikkan smgat org yg duk sambung belajar

bila duk asyik minta bonus laa.. itu laa.. org pun duk pandang kakitangan awam semacam jer


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 08:31 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 13-9-2013 12:04 AM
untung laaaaa..



.. hehe ... betullah sangat ....

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:40 AM | Show all posts
ala..standby la dengan hati terbuka

ketentuan Allah semuanya tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 08:52 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 13-9-2013 08:31 AM
.. hehe ... betullah sangat ....

Najib kena dengar cakap kupek..tak kang tak dapat undi kaki dan tangan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:58 AM | Show all posts
lols.. apa2lah

tahniah le kalau ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:11 AM | Show all posts
Cint@ posted on 13-9-2013 01:44 AM
kadang-kadang rasa penjawat awam ni mcm pengemis
asyik nk minta bonus dll
cuba ler kupeks ni fight ...

Betui jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:11 AM | Show all posts
kalau pak jib tak listen....ternganga laa puok gomen....hehehehee
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:20 AM | Show all posts
Baguslah.....Sapa yg bergaji RM3000 ke bawah kena bagi rumah.....Layak BR!M
Yang bergaji RM3000 ke atas....kena potong gaji utk byr utk mereka yg gaji RM3000 ke bawah.....
Yang bergaji RM3000 ke atas tak dpt apa2...... Nikalilah bg sikit pun bersyukurrrrr Malaysia Aman....
{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:22 AM | Show all posts
molek sokmo..boleh kito naik minyok lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 09:24 AM | Show all posts
Bonus??? Hahahaha.... jangan HARAP!!! Bantuan saguhati RM500 mungkin la kot... Pasal gomen dah takde duit... Jabatan Kerajaan pon sekarang dah start catu mencatu dah.... tak caya korang tanya la sapa2 staff gomen kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:26 AM | Show all posts
Ppaw posted on 13-9-2013 09:20 AM
Baguslah.....Sapa yg bergaji RM3000 ke bawah kena bagi rumah.....Layak BR!M
Yang bergaji RM3000 ke  ...

aku bantah cadangan ko.....
ingat yang tak dapat brim tu tak yah nak makan...
ke sana kena cekik, ke sini kena cekik..
bantuan tak der, subsidi pun tak de, zakat dah tak asnaf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:26 AM | Show all posts
Ppaw posted on 13-9-2013 09:20 AM
Baguslah.....Sapa yg bergaji RM3000 ke bawah kena bagi rumah.....Layak BR!M
Yang bergaji RM3000 ke  ...

gomen cakap...yg berpendapatan antara 4k ke 5k tu..sedang di kaji sama ada kasi BRIM jugak...atau ada insentif yg akan diperkenalkan dlm bajet kali ni..sabarlah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:28 AM | Show all posts
makin bangkrap gomen dibuatnya penjawat awam ni, asyik mintak bonus naik gaji je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.430128 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list