CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25530|Reply: 76

SeJaRaH BaS MiNi

[Copy link]
Post time 13-9-2013 10:13 AM | Show all posts |Read mode
   

Perkhidmatan Bas Mini Kuala Lumpur atau Bas Mini merupakan antara pengangkutan bas awam tertua dan paling popular di Malaysia, merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi, serta mempunyai muatan sekitar 20-30 penumpang, berikutan saiznya yang kecil. Bas kerkenaan beroperasi berasaskan sistem komisen, dengan pengusaha perkhidmatan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang.
Perkhidmatan bas mini dihentikan mulai 1 Julai 1998 serta digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.

Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 di bawah Kementerian Pengangkutan. Pada masa itu, bas mini beroperasi pada pelbagai laluan mengikut warna bas masing-masing (biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih). Bas mini berkenaan bertanggungjawab mengendalikan sehingga hampir enam puluh laluan berbeza. Tiga syarikat utama (Syarikat Kerjasama Pengaman (M) Bhd, Bas Mini Wilayah dan Konsortium Pengusaha Bas Mini Sdn Bhd) memonopoli kebanyakan laluan bas sementara pengusaha yang lebih kecil dibenarkan beroperasi di tempat tertentu sahaja.
Pada tahun 1975, semasa bas mini diperkenalkan sebagai satu bentuk perkhidmatan, tambang bas asalnya cuma 40 sen. Kemudian pada tahun 1991, tambang dinaikkan ke 50 sen dan dua tahun kemudian, tambang dinaikkan lagi kepada 60 sen. Bas mini tidak mempunyai jadual waktu tetap. Sebaliknya, perkhidmatan dijalankan berasaskan komisen di mana pengusaha dibayar mengikut bilangan trip serta kutipan tambang dalam sehari. Kadang-kadang, untuk bersaing dengan pengusaha lawan, pemandu mungkin akan melencong daripada laluan asal sehingga menyusahkan penumpang.
Pada tahun 1990, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, menetapkan warna piawai bas mini kepada "merah jambu" dan putih. Pada 1 Julai 1998, perkhidmatan bas mini dihentikan di bandar raya Kuala Lumpur.


WIKIPEDIA

Last edited by winamp05 on 19-9-2013 02:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 12:12 PM | Show all posts
Best2 bas nie.. tiket murah.. audio cam disko..
Siap naik tebing jalan pasal nak short cut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:51 PM | Show all posts
mana sejarah nye..mende thread cmni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 05:54 PM | Show all posts
maltase posted on 13-9-2013 05:51 PM
mana sejarah nye..mende thread cmni

sabau le sikit....aku sdg collect info hatta dalam Arkib Negara...

bila aku tulis panjang2 org nyampah,bila tepek gambau org nyampah..

aku x taw apa jenis manusia nie..

sabau je la..

dah la demam 3 ari lum sembuh..esok nak pi JB lak...

sakit kepala betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 05:55 PM | Show all posts
Perkhidmatan Bas Mini Kuala Lumpur atau Bas Mini merupakan antara pengangkutan bas awam tertua dan paling popular di Malaysia, merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi, serta mempunyai muatan sekitar 20-30 penumpang, berikutan saiznya yang kecil. Bas kerkenaan beroperasi berasaskan sistem komisen, dengan pengusaha perkhidmatan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang.
Perkhidmatan bas mini dihentikan mulai 1 Julai 1998 serta digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.

Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 di bawah Kementerian Pengangkutan. Pada masa itu, bas mini beroperasi pada pelbagai laluan mengikut warna bas masing-masing (biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih). Bas mini berkenaan bertanggungjawab mengendalikan sehingga hampir enam puluh laluan berbeza. Tiga syarikat utama (Syarikat Kerjasama Pengaman (M) Bhd, Bas Mini Wilayah dan Konsortium Pengusaha Bas Mini Sdn Bhd) memonopoli kebanyakan laluan bas sementara pengusaha yang lebih kecil dibenarkan beroperasi di tempat tertentu sahaja.
Pada tahun 1975, semasa bas mini diperkenalkan sebagai satu bentuk perkhidmatan, tambang bas asalnya cuma 40 sen. Kemudian pada tahun 1991, tambang dinaikkan ke 50 sen dan dua tahun kemudian, tambang dinaikkan lagi kepada 60 sen. Bas mini tidak mempunyai jadual waktu tetap. Sebaliknya, perkhidmatan dijalankan berasaskan komisen di mana pengusaha dibayar mengikut bilangan trip serta kutipan tambang dalam sehari. Kadang-kadang, untuk bersaing dengan pengusaha lawan, pemandu mungkin akan melencong daripada laluan asal sehingga menyusahkan penumpang.
Pada tahun 1990, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, menetapkan warna piawai bas mini kepada "merah jambu" dan putih. Pada 1 Julai 1998, perkhidmatan bas mini dihentikan di bandar raya Kuala Lumpur.


WIKIPEDIA
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:58 PM | Show all posts
rileks brader..jgn marah2..im sorry k
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2013 06:00 PM | Show all posts
    



        

  

  
   




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:00 PM | Show all posts
   AHAKSSSSSSSSSSSSSSS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2013 06:03 PM | Show all posts
maltase posted on 13-9-2013 05:58 PM
rileks brader..jgn marah2..im sorry k

BUKAN marah,cuma geram je...

dah la demam ni..ada yg mentaikkan thread aku...



berasap kepala nak cari info bas mini...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:04 PM | Show all posts
MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh lagi tu... orang lain pun nak naik juga!

“Lebuh Ampang... Lebuh Ampang... Bangkok Bank... Bangkok Bank... Chow Kit.. Chow Kit...”

Masihkah anda ingat dengan dialog seperti di atas? Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah masak dengan ‘skrip rasmi’ yang menjadi laungan konduktor-konduktor bas mini.

Bas mini, satu nama yang tidak memerlukan banyak pengenalan. Bercakap mengenainya pun sudah boleh membuatkan generasi pengguna perkhidmatan bas awam tertua dan popular di Malaysia itu tersenyum hingga ke telinga.

Memandu melebihi had laju, berhenti mengambil penumpang di mana-mana sahaja, langgar lampu isyarat, memotong ke kiri dan kanan sampai penumpang dalam bas melambung-lambung seperti menaiki roller-coaster.

Senang cerita, bas mini memang luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai ‘raja jalanan’.

Paling menyeronokkan, jika bas yang dinaiki tersekat dalam kesesakan jalan raya. Apa tidaknya, di saat lalu-lintas tidak bergerak, pemandu bas mini berlumba-lumba mempamerkan kecekapan serta ketangkasan masing-masing dalam memotong dan ‘mencilok’ kereta di sana sini sampaikan ada yang berani naik ke atas penghadang jalan.

Biarpun hampir setiap masa terpaksa berhimpit-himpit seperti ikan sardin, hakikatnya bas mini yang mengenakan tambang tetap sebanyak 60 sen sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai untuk ke tempat kerja, sekolah mahupun ketika bersiar-siar.

Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan apabila perkhidmatannya ditamatkan pada 1 Julai 1998.

Perkhidmatan bas mini yang berkeliaran secara bersimpang siur di ibu kota telah ditukar dengan perkhidmatan yang lebih berdisiplin oleh bas Intrakota dan kemudian RapidKL (2005)


nostalgia http://naimqlate.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:07 PM | Show all posts
   

Masa aku remaja tahun 90 an,aku suka pi KL n tido umah uncle aku Hj Yaakob yg keje duta Arab Saudi...masa tu kalau pi KL mmg naik bas mini...

ada skali naik bas Mini ni,diver pompuan muka cam Portugis..dia wat U-Turn,sampai terangkat tayar dua biji..sib baik x terbalik...kalau nak citer nostalgia bas mini,999 malam x habis...

skrg bila pi KL mmg rindu kenangan / sejarah BAS MINI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:10 PM | Show all posts

Dah lama tak mencoret di ruangan Kenangan Retro. Kali ni Sherrina nak kongsikan kenangan masa sekolah menengah, masa form 1 hingga form 3. Sherrina bersekolah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN).

CBN terletak di tengah bandar KL. Untuk kesana samada naik bas sekolah, bas awam atau kereta. Masa tu mana ada LRT atau Monorel lagi. Masa form 1, Sherrina naik bas sekolah. Masuk form 2, dah pandai naik bas awam especially bila balik sekolah. Maklumlah, bas sekolah amik pelajar dari skolah jam 1.30-2.00pm. Bila ada aktiviti ko-kurikulum dan terpaksa stay-back di sekolah, maka terlepaslah bas sekolah. Bas mini atau bas panjang (Leng Seng atau Sri Jaya) lah menjadi pengangkutan untuk balik ke rumah.


Antara bas awam yang menghubungkan kawasan Ulu Klang dengan KL ialah bas mini 20, bas mini 17, bas len seng 170. Bas-bas ni melalui kawasan yang berbeza. Misalnya, bas mini no 20 ke KL melalui kawasan Keramat-Kampung Baru. Bas mini no 17 dan bas Len Seng no 170 pula ke KL melalui Setapak-Chow Kit-Lebuh Ampang. Tambangnya juga berbeza. Tambang bas mini ke KL pada waktu itu fixed 60 sen. Bas panjang pula berbeza-beza mengikut lokasi yang kita nak turun. Lagi jauh, lagi mahal. Kelebihan naik bas mini, fixed price kalau ke tempat jauh. Tapi rugi bila nak pegi tempat yang dekat. Tetap kene bayar 60 sen. So disinilah peranan bas panjang.

Kenangan paling best naik bas mini ialah saiznya yang kecil membolehkan ia mencilok-cilok di jalanraya. Suatu ketika dulu, tabiat buruk inilah yang telah menyebabkan bas mini dimansuhkan buat selama-lamanya. Tapi, kerana kecekapan pemandu bas mini mencilok lah membolehkan Sherrina tiba di sekolah tepat pada waktunya. Selalunya Sherrina akan tunggu bas di perhentian bas depan Zoo Negara. Jam 6.30 pagi dah menapak ke sana. Time tu mana ada highway MRR2 so sesiapa pun bebas melintas jalan raya tu. Pagi-pagi pun takde kereta sangat. Dan zaman tu kita takde takut kene ragut atau rogol. Memang rasa selamat.

Dalam kesejukkan dan kegelapan pagi, bila nampak je kelibat bas mini, dah rasa happy. Lebih-lebih lagi, bas di awal pagi tak penuh. So bebas nak pilih duduk dimana. Bas mini 20 pula pada ketika tu ada berpuluh bas. Masing2 dengan identiti masing2. Setiap driver dan konduktor diberi kebebasan menghias bas masing2. So, ada bas yang membawa identiti rock kapak. Ada yang bangga dengan identiti metal. Ada juga yang berpaksikan dangdut. Time tu punyalah banyak bas, kita boleh pilih bas mana yang nak naik. Sherrina masih ingat ada satu bas ni, sticker didepannya besar tertulis Sejiwa. Ini bas slow rock. Bas-bas ini biasanya memainkan lagu daripada kaset ataupun hanya buka radio. Mereka akan berperang menampal poster dalam bas. Ada juga bas yang sunyi sepi. Radio rosak le tu. Ada juga yang lebih kreatif. Ada bas yang bunyi locengnya bunyi ting-tong. Ada yang bunyi tret…tret. Ada juga yang tak bunyi langsung. Sebab bila kita tekan loceng, lampu merah didepan bas menyala.

Naik bas, duduk di tepi tingkap. Kalau sejuk, tutup tingkap. Takyah air-cond. Time tu ada bas air-cond tapi kene bayar 70 sen. Lebih prefer bas tingkap sebab bas air-cond ni kadang2 udaranya melemaskan. Konduktor bas akan berjalan mengutip tambang. Biasanya sampai di Jalan Jelatek, bas dah penuh. Bila bas penuh, bas takkan kutip orang lagi. Akan terus memecut ke KL sebab mostly akan turun di Kg Baru hinggalah ke KL di stesen terakhir di Central Market.

Kalau naik bas 6.30 pagi, boleh tiba di Lebuh Ampang jam 7.00-7.15 pagi. Bergantung kepada keadaan trafik. Kalau pukul 7.15 masih lekat di Kg Baru, pemandu bas akan menggunakan skill mereka utk mencilok masuk ke jalan2 di celah Kg Baru. Masa tu, siapa yang turun di main road Kg Baru akan menyumpah2 le sebab mereka kene turun di lokasi lain dan menapak. Tapi bagi yg turun di KL akan merasa lega. Confirm sempat sampai walaupun sesak. Walaupun mereka mencilok dicelah sana dan sini, sangat jarang melihat bas mini berlanggar dengan kenderaan lain. Tapi bab brek, mintak ampun lah. Sapa berdiri tu, paut tiang kuat2.



Bila tiba di simpang Jln Raja Abdullah ke Jln Lebuh Ampang, pelajar sekolah akan standby utk turun. Baik bangun siap2 dan berdiri dekat dengan pintu sebelum konduktor marah. Lebih2 lagi kalau tak ramai yg turun. Bas takkan berhenti betul2, dia akan berhenti perlahan je. Kita kene terer melompat turun tanpa jatuh. Dasat…kih kih kih. Tapi nak cepat nye pasal, redah je. Sebab dah turun bas, nak kene mendaki tangga lak naik ke sekolah. Kalau sampai awal, leh tapau nasi lemak kat gerai dibawah bangunan AIA. Kalau pintu bangunan AIA bukak awal, leh le lari naik eskalator. Kalau tak, jenuh menapak naik tangga dengan beg yg berat. Kalau naik tangga kat St John, kene lalu celah2 mat pit yang tergolek tepi jalan. Leceh. Buat hilang selera makan aje.

Naik bas mini pagi2 best. Sebab sejuk walaupun sesak. Bila naik waktu petang tu yg tak tahan. Especially kalau balik time bertembung dengan orang balik dari kerja. Kene berebut2. Menunggu kat ‘pulau’ tu satu hal lah sebab bas slalu lambat kerana jem. Bila naik, confirm berdiri punya. Dah lah penat, terhuyung-hayang dlm bas yang penuh dgn mcm2 bau. Kalau time hujan dan tingkap kene tutup, lagi azab. Kene lak sekali serbu, bas terus penuh. Konduktor pakai tolak je nak kutip duit. Sabo je lah. Kalau jalan jem, sampai umah dah maghrib.

Tu lah kenangan zaman bas mini. Skarang tadak dah. Bas mini menerima banyak aduan buruk. Pemandu bas lalok. Memandu dengan merbahaya. Macam-macam lagi. Akhirnya ianya dimansuhkan. Dihantar ke pekan-pekan kecil. Ada yang diubah menjadi bas sekolah. Kini, bas intrakota dah selesa (dan mahal). Lagi ada LRT dan Monorel. Zaman makin canggih. Tapi kenangan lalu tetap segar dalam ingatan.



Nostalgia http://www.sherrina.com



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 06:12 PM | Show all posts
OWH...Mini Bas

Bas mini is da'best!!! Guarantee cepat sampai, memang tak ikut undang undang punyer drebar. Bayangkan kerja kat PJ (dulu kerja gomen)..time hari jumaat memang heaven..shopping sakan kan Jalan TAR (apa lagik...Globe Silk Store la..Bas Mini 35 dari State,PJ terus ka Jln TAR) So dulu punya bas mini , jika berdiri memang kepala cecah bumbung (masa kat Bandung teringat bas mini KL)..ngeee..best. Yang lagi tak boleh tahan bab conductor bas akan jerit.. masuk belakang..penuhkan belakang. Teruknya service bas dulu kala kat Kay El.

Selepas nostalgia bas mini..terkenang bab hand phone yang gedabak tu. Yang 010 memang kena bawa macam bag jebon.

Lepas tu handphone macam walkie talkie bila pegang segenggam, lepas tu handphone tu berkati kati beratnya. Teringatkan satu peristiwa dimana group marketing kami diraikan so pergi lah ka restoran untuk makan malam. Semasa makan tu mamat mamat yang ada handphone "gedabak" tu letak handphone mereka kat satu meja. Jadi bila ringing satu phone semua dok terjah....masa tu siapa ada h/phone kira sudah "besar" ler...

nostalgia http://noorainiahmadz.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 07:43 PM | Show all posts
kenangan aku naik bas ni
balik sekolah penuh
dia suh naik berdiri kat hujung tangga...konduktor dia berdiri blakang aku tahan tak bagi jatuh
gila2
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 01:30 AM | Show all posts
nice info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2013 04:32 AM | Show all posts
Kat penang pun ada bas mini ni. Tapi tak la warna pink putih. Warna biru tak silap. Dialog masuk dalam lagi tu memang dialog trademark semua bas la ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 08:43 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 13-9-2013 06:04 PM
MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh  ...

Aku ingat bantai gelak dgn kawan2 dengar ayat 'masuk dalam lagi' tu diutarkan oleh konduktor pompuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 09:09 AM | Show all posts
Bas mini ni bagi pemandu kenderaan lain mmg menyakitkan hati press hon suka hati, cilok sana-sini. Tapi kita yang kat atas bas seronok cepat sebab sampai. Walaupun keadaan tak selesa - kerusi keras, berhimpit kaw2 (kengkadang seronok jugak, berhimpit dengan aweks2), terhoyong-hayang terutama bagi yang berdiri...tapi kita redha, janji sampai cepat/on time!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2013 07:02 PM | Show all posts
alphawolf posted on 15-9-2013 09:09 AM
Bas mini ni bagi pemandu kenderaan lain mmg menyakitkan hati press hon suka hati, cilok sana-sini. T ...

kini jd kenangan je kan....

syg xdak bideo zaman tue.....henpon pn xda...pi mana-mana tepon tepi jalan masyuk siling....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.318850 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list