CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10556|Reply: 18

Membela Kucing Di Dalam Atau Di Luar Rumah?

[Copy link]
Post time 17-9-2013 12:14 PM | Show all posts |Read mode


Kucing ini berpemilik. Dan menurut pemiliknya, kucing ini cedera dilanggar kenderaan. Akibat perlanggaran itu, kucing ini cedera teruk bahagian muka. Rahang atas, rahang bawah dan tulang muka pecah.

Pemilik haiwan ini cuba membawa kucingnya ke vet berdekatan dengannya di kawasan berhampiran Ampang. Walaubagaimanapun, doktor haiwan tersebut tidak mampu berbuat apa-apa menyelamatkan kucing ini dan menasihati kucing ini di 'Put To Sleep" (di matikan dengan cara euthanasia). Kesian nya.. tepaksa la mati kan dia



Membela Kucing Di Dalam Atau Di Luar Rumah?

Kebanyakan pemilik haiwan percaya kucing domestik (kucing kampung) lebih sesuai dibela di luar rumah dan menikmati kebebasan. Ada sesetengah pemilik haiwan beranggapan membela kucing di dalam rumah adalah kejam, seolah-olah mengurung haiwan ini dari menikmati kebebasan.

Antara alasan pemilik kucing membela kucing di luar rumah:
  • Tidak kencing, memancut dan membuang najis di dalam rumah
  • Tidak mencakar dan merosakkan perabot dalam rumah, tidak bulu berterbangan dan melekat di perabot dan fabrik dalam rumah
  • Kucing tidak akan mudah bosan dan bebas menikmati kehidupan di luar
  • Kucing tidak ada risiko gemuk dan obesiti kerana bebas memburu, mengejar, memanjat, dan berlari
  • Kucing yang dibiarkan di luar rumah lebih berdikari
  • Bagaimana pun, kucing-kucing yang dibebaskan di luar ini mudah terdedah kepada bahaya seperti :
  • Trafik dan kenderaan.
  • Anjing liar dan haiwan lain seperti ular dsb.
  • Hilang. Sesetengah kucing gemar menyelinap masuk bawah kenderaan
  • Keracunan. Kucing mudah terdedah kepada tumbuhan beracun, tumbuhan yang diracun dan haiwan lain yang diracun seperti tikus.
  • Pergaduhan dengan kucing lain, terutamanya kucing jantan yang tidak dimandulkan.
  • Penyakit akibat virus seperti FIV, FeLV, FIP, selsema, tick-fever, sporo dan sebagainya
  • Kutu, hama dan parasit lain
  • Mangsa kemarahan jiran



Untuk haiwan yang aktif seperti kucing, persekitaran dalam rumah boleh menyebabkan kebosanan, stres, malas dan kegemukan. Jadi adalah penting untuk pemilik haiwan menyediakan keperluan seperti :

  • Bekas untuk membuang najis yang sentiasa bersih.
  • Ruang untuk bergerak bebas. Pastikan ruang yang disediakan bebas dari bahaya jatuh tempat tinggi dan sebagainya.
  • Tempat untuk mencakar seperti scratch tree dan scratch post yang banyak dijual di kedai haiwan. Aktiviti mencakar ini bertujuan menguatkan otot dan mengelakkan perabot rumah dari dicakar
  • Menyediakan permainan dan aktiviti bersama kucing untuk merangsang kucing-kucing ini agar kekal aktif
  • Memberikan perhatian dan masa yang banyak untuk berinteraksi dengan kucing peliharaan kerana kebanyakan kucing yang dibela di dalam rumah ditinggalkan sepanjang hari ketika pemilik keluar bekerja.
  • Di harap dengan maklumat yang diberikan di atas, dapat membantu pemilik haiwan memilih untuk membela di dalam atau di luar rumah. Sama ada kucing-kucing ini dibela di dalam atau diluar rumah, kesemua kucing ini memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 09:17 AM | Show all posts
Salah post ni, bro. Patutnya bukan kat thread akuarium ni...
Sila post kat thread Pencinta Haiwan atau Pencinta Kucing.
Thanks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 12:06 PM | Show all posts
boocik04 posted on 18-9-2013 09:17 AM
Salah post ni, bro. Patutnya bukan kat thread akuarium ni...
Sila post kat thread Pencinta Haiwan a ...

ok sorry exited sgt nk share. tsalah pulak. thanks ya move kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 02:09 PM | Show all posts
i bela kucing dlm rumah.
biar pun dia tak bebas keluar tp apa2 pun dpn mata i.. puas hati.
tak ada nak bercakau/gadoh/xciden kat luar..
setakat nak bersihkan bekas berak dia.. apalah sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 12:52 PM | Show all posts
proteas posted on 18-9-2013 02:09 PM
i bela kucing dlm rumah.
biar pun dia tak bebas keluar tp apa2 pun dpn mata i.. puas hati.
tak ad ...

macam mana plak atasi masalah bulu? share skit kt abg pestol lokman ilusi bestari
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:38 PM | Show all posts
aku letak kucing luar rumah sbb ayah aku marah letak dalam rumah, asyik berak, cakar karpet. mmg selalu sgt eksiden, hilang. yang jantan la selalu hilang. kucing aku dari berbelas2 ekor, tinggal 2 ekor je. sekarang ni bunting lagi. lumrah kucing jantan mmg tak lekat kat rumah. tuan rumah pun dah tak kenal. tapi bab cari makan tau plak balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2013 01:57 PM | Show all posts
kucing kita dlm umah;

waktu pgi sblm p keje panggil masuk..kalau dh malas masuk tinggalkan ajer kat luar
tp time tido mesti dlm umah...penah la sekali 2 tinggalkan kat luar dh sebok sgt berjalan x ingat nak balik...

bab cakar perabot xdok lah...cuma biasa sepahkan tisu n kusyen jer...nak2 kalu dh lama sgt dlm umah melebihi 8 jam....bosan wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:11 PM | Show all posts
pestol posted on 19-9-2013 12:52 PM
macam mana plak atasi masalah bulu? share skit kt abg pestol lokman ilusi bestari

pemknan pun memainkan peranan penting.
kucing i jenis parsi & kucing kg kacukkan.
i bg mereka mknan premium.. jenis biskut. brand eq (equilibrio kitten) memandangkan mereka masih kecik walaupun umur 4 & 6 bln.
i bg biskut eq + ikan kembong rebus tanpa garam + supplement sesudu kecik.. gaul semua bg sebati. kemudian bg kat mereka.
i mmg tak bg biskut yg bergaram mcm friekies/whiskas/smartheart.. ini menggalakkan bulu kucing luruh.
dan lg.. mknan yg bergoreng mcm ikan/ayam goreng..
seelok2nya bg ayam/ikan rebus tanpa garam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 01:14 PM | Show all posts
crunchez posted on 20-9-2013 03:38 PM
aku letak kucing luar rumah sbb ayah aku marah letak dalam rumah, asyik berak, cakar karpet. mmg sel ...

kalau tak nak mereka berak sepah2..
ko sediakan ler bekas berak siap letak pasir lg.. tak usah byk sgt.. n jgn sikit sgt..
tak mau cakar karpet.. potong aje kuku dia tu.. tak susah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:46 PM | Show all posts
proteas posted on 23-9-2013 01:14 PM
kalau tak nak mereka berak sepah2..
ko sediakan ler bekas berak siap letak pasir lg.. tak usah b ...

tak boleh gak. ayah aku mmg tak bagi. tunggu la aku ada rumah sendiri dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:05 AM | Show all posts
Huhu..kalau nak bela meow..baikla simpan indoor..
Hishh..xleh nk fikir kalau diorg diancam bahaya mcm kena langgar kete or kena belasah ngan kucing lain kat luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 05:52 PM | Show all posts
qoqoelma posted on 24-9-2013 11:05 AM
Huhu..kalau nak bela meow..baikla simpan indoor..
Hishh..xleh nk fikir kalau diorg diancam bahaya m ...

ada kucing apa ni? jum borak? or kwin n kucing i
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 02:01 PM | Show all posts
crunchez posted on 23-9-2013 11:46 PM
tak boleh gak. ayah aku mmg tak bagi. tunggu la aku ada rumah sendiri dulu.

tak dpt nak nolongggg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 01:28 PM | Show all posts
Aku bela dalam rumah. Tp limit la 3ekor. Umah apartment. Klau nk lepas mmg xde hal, asalkan management tau kucing itu ada tuan. So kena bagi pkai rantai la. Yg masalahnya kucing aku yg xnak keluar. Teperap je dlm umah, main polis sentri smpai besepah2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:31 PM | Show all posts

ha ha ha... bobo kucing pun bela dalam rumah...  bila kita kat laman rumah, baru la dia nak ikut kuar... kalau tak, main la dia kat dalam....

memang saja tanak biasakan dia kat luar... bahaya jalan raya amat merisaukan walaupun rumah kat jalan hujung... suka lepak atas tayar keta... tu yang tamo tu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 10:57 PM | Show all posts
saya bela luar rumah.selalu buat muka siyan nak masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 10:22 AM | Show all posts
dalam rumah lebih selamat....dari bahaya ancaman di luar terutama pendatang vietnam yg makan kucing n anjing...nak2 tgk kucing kita yg gebus gebas...abis dibuat lauk
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 01:58 PM | Show all posts
moimed posted on 9-1-2014 10:22 AM
dalam rumah lebih selamat....dari bahaya ancaman di luar terutama pendatang vietnam yg makan kucing  ...

hai moi..pekabor? anak bulu pekabor?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 02:26 PM | Show all posts
hai kak leo...kabor baik...zorro pon sihat Alhamdulillah...moi tgh cari member utk zorro nih ha...sunyi dia...dok berlari kesana kesini sorang2...kalo blh yg pandai guna litter tray ka berak dlm jamban ka hahahaha...senang keje mak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064807 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list