CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

FAKTA TENTERA MALAYSIA DI MATA DUNIA

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2013 06:23 PM | Show all posts
Namun pada aku adalah amat mustahil untuk menghalang kemaraan infantry Indonesia dengan hanya menewaskan kekuatan tentera laut dan udara mereka. Kenapa? Jangan lupa yang Sabah dan Sarawak berjiran dengan Kalimantan. Dan ketika ini pun ada 70 ribu kekuatan tentera infantry Indonesia di sempadan Kalimantan (perkara ini tidak diwar-warkan kerana kerajaan Indonesia cuba untuk tidak menimbulkan rasa tidak puashati Malaysia) dengan sokongan rejimen kereta perisai yang bersedia untuk menerobos sempadan Malaysia pada bila-bila masa. Dan aku pasti gelombang serangan pertama akan dilancarkan serentak dengan flotilla TNI-AL dan pesawat-pesawat TNI-AU merentas lautan dan udara Malaysia sementara infantry Indonesia akan menyeberangi sempadan Sabah dan Sarawak. Kemaraan tentera darat Indonesia itulah yang perlu kita bimbangi. Walaupun mungkin krisis berkaitan Pulau Ambalat namun jangan lupa insiden Ganyang Malaysia adalah berkaitan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Indonesia has a beef with us for so long. Mereka masih tak puashati kalah dalam perang Ganyang Malaysia. Malah sehingga kini mereka masih membina kekuatan ketenteraan di sempadan Sabah dan Sarawak tanpa diketahui apa sebabnya dengan mendirikan pangkalan-pangkalan tentera. Malaysia tahu tentang ini namun aku tidak pasti kenapa Malaysia tidak begitu memberikan perhatian. Mungkin kerana Malaysia tahu Indonesia takkan menyerang Malaysia atau bertindak menghantar tentera-tenteranya menyeberangi sempadan.


Ingin aku sentuh sedikit berkaitan tentera infantry Malaysia dan Indonesia. Infantri Malaysia dan Indonesia mempunyai teologi yang berbeza. ATM berpegang kuat pada agama dan kesetiaan pada raja. Anggota tentera Malaysia diserapkan semangat berjuang kerana Allah dan melindungi kedaulatan raja-raja Melayu. Itu sebabnya ATM ada Kagat atau Kor Agama. Berbeza dengan Indonesia, mereka diserap dengan semangat nasionalis. Malah mereka dilarang menyerapkan sebarang semangat berkaitan agama kerana dibimbangi kalau sekiranya mereka menghadapi musuh yang sama agama, mereka akan menghadapi konflik kekeliruan identiti. Itu sebabnya kenapa tentera Indonesia dikenali dengan keganasan dan kegilaannya yang buas seumpama haiwan. Ini dapat dilihat dalam krisis di Irian Jaya, Timor Leste dan Acheh apabila wilayah-wilayah ini mahu keluar dari Indonesia. Penduduk wilayah ini dianggap sebagai pengkhianat dan pada penganut fahaman nasionalis, tidak ada dosa yang lebih besar selain menjadi pembelot pada negara. Dalam satu insiden di Acheh, tentera Indonesia yang menyerbu sebuah perkampungan yang disyaki bersimpati dengan perjuangan GAM (Gerakan Acheh Merdeka). Untuk mematahkan semangat juang dan rasa simpati orang kampung pada GAM, tentera Indonesia mengumpulkan semua orang kampung di sebuah kawasan lapang bagi menyaksikan bagaimana anak perempuan imam kampung dipaksa melakukan seks oral pada ayahnya sendiri di hadapan orang awam. Begitulah kejamnya dan tidak berperi kemanusiaan tentera Indonesia dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Malah sehingga kini bekas para pejuang GAM menyatakan yang mereka tidak pernah memaafkan tentera Indonesia malah jika tentera Indonesia berani menjejakkan kembali kaki mereka ke bumi Acheh, mereka akan diperangi sehabis-habisnya. Kini wilayah autonomi Acheh ditadbir oleh kerajaan tempatan termasuk tenteranya.

Militan Gerakan Acheh Merdeka
Jadi kalau mereka sanggup melakukan perkara tersebut pada rakyat mereka sendiri yang seagama, bayangkan apa yang akan mereka lakukan pada rakyat Sabah, Sarawak dan tentera Malaysia khususnya. Malah keyakinan mereka semakin tinggi setelah berlakunya insiden Lahad Datu. Mereka tertawa apabila melihat bagaimana dua ratus orang militant yang serba kekurangan berjaya membunuh 8 orang anggota keselamatan yang tersusun dan lengkap bersejata. Walau pun sebenarnya kematian 8 anggota polis itu boleh dipertikaikan namun peristiwa Lahad Datu memang menyerlahkan kekurangan dan kelemahan pertahanan negara di Sabah dan Sarawak. Ya pada pendapat aku sebenarnya berlaku kepincangan dalam menangani insiden Lahad Datu. Pada pendapat aku kesilapan besar yang dilakukan ialah apabila memberikan tugas menerajui misi menangani krisis di Lahad Datu pada pihak polis. Aku masih tak faham bagaimana PDRM boleh memikul tanggungjawab utama dalam krisis ini sedangkan ini adalah ancaman di peringkat nasional, bukan domestik. Walaupun benar pihak polis telebih dahulu menerima laporan dari orang awam akan penceroboh di Kampung Tanduo namun sebaik maklumat disahkan yang mereka adalah militant yang lengkap bersenjata dan terlatih dalam perang gerila dengan objektif mahu menimbulkan huru-hara, ATM sepatutnya sudah mengambil alih tugas tersebut kerana memang itu tugas mereka. Alasan di mana pihak PDRM mempunyai kemampuan dalam urusan rundingan damai yang lebih baik berbanding ATM aku anggap sebagai satu penghinaan. ATM sudah terlibat dalam banyak rundingan damai sebelum ini di peringkat antarabangsa antara pihak-pihak yang bertelagah. Dan bukankah Lt. Jen. Zaini Mohd Said yang terlibat dalam rundingan dengan Al Maunah tu anggota ATM? IGP Khalid Abu Bakar baru-baru mempertahankan tindakan memberikan masa pada militant di Lahad Datu untuk berbincang yang berlarutan sehingga 3 minggu sebagai tindakan yang betul dengan menyatakan ia adalah budaya kita orang Malaysia, berunding dahulu sebelum mengambil tindakan dengan mengambil contoh insiden Al Maunah di Sauk dan tragedi di Memali. Aku pelik macamana seorang IGP boleh menyamakan insiden di Sauk dan Memali dengan insiden di Lahad Datu?


Sauk dan Memali adalah ancaman domestik. Datang dari rakyat Malaysia sendiri. Dan mereka adalah orang awam yang tidak memiliki kemahiran dan pengalaman tempur bersenjata (hanya beberapa orang ahli Al Maunah adalah bekas tentera). Insiden Lahad Datu adalah kes pencerobohan oleh dua ratus orang militant yang lengkap bersenjata, berpengalaman dan telah dilatih oleh ATM sendiri dalam strategi perang gerila. Tahap ancaman oleh Al Maunah dan para pengikut Ibrahim Libya tidak langsung sama dengan militant Raja Kiram al keparat tu! Tindakan militant Raja Sulu, satu parti asing yang menceroboh tanah air kita sudah boleh dianggap perang oleh pihak asing ke atas kedaulatan negara kita. Kalau hendak diberi peluang berunding, sepatutnya tidak sehingga sampai 3 minggu. Kalau mengikut metodologi ketenteraan, sesuatu masalah itu harus diselesaikan secepat yang mungkin atau ia akan menjadi lebih besar dan lebih rumit untuk diselesaikan. Dan aku pasti kalau sekiranya ATM yang menerajui kes ini, militant Raja Sulu sudah dibom pada minggu pertama lagi ketibaan mereka apabila mereka secara terbuka menyatakan tidak akan meninggalkan Lahad Datu selagi tidak diisytiharkan sebagai rakyat Sabah yang sah. Namun bukan itu yang berlaku. Malah operasi menggempur militant Raja Sulu ini masih diterajui PDRM biarpun 80 peratus kekuatan darat serta penggunaan aset oleh ATM dalam operasi tersebut. Jadi tidaklah boleh menyalahkan rakyat yang tak tahu apa-apa ni apabila mereka tertanya-tanya dan mempersoalkan relevannya kehadiran pihak polis sebagai peneraju utama. Seolah-olah macam dalam filem, Zizan raja lawak dapat kredit pelakon utama sedangkan most of the scene Aaron Aziz yang main.

Militan yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Sultan Sulu
Namun insiden Lahad Datu telah menunjukkan kelemahan dalam respon pertahanan negara apabila berlaku sesuatu krisis. Respon agak perlahan dan pasukan bersenjata dilihat berada dalam keadaan shock. Mungkin kerana ia berlaku di sebuah kampung pendalaman yang tidak dijangka menjadi lokasi sasaran. Tapi itu bukan alasan. Dari sudut pertahanan, dalam tempoh 48 jam, Lahad Datu sepatutnya sudah dikepung pasukan tentera. Namun ia hanya berlaku dalam tempoh seminggu dengan diikuti aset-aset penting seperti APC dan kereta perisai. Ada juga pihak yang mempertikaikan bagaimana dengan teknologi yang serba canggih, sistem radar dan komunikasi yang terkini, pihak asing masih boleh menceroboh Sabah? Ada yang mengatakan tidak guna ada kapal selam canggih kalau perairan negara boleh diceroboh dengan hanya menggunakan bot pancung. Malah ada yang menuduh badan risikan negara tidur! Di sini ingin aku sampaikan maklumat yang aku dengar tapi tak boleh nak disahihkan. Mungkin ia berbaur politik so kalau korang rasa tak setuju…..aku pedulik hapa! Daripada apa yang aku dengar sebenarnya pencerobohan militan Raja Sulu ini sudah dirancang beberapa tahun sebelumnya. Raja Kiram al laknat tu dikatakan pernah meminta nasihat seorang pastor Kristian iaitu Pastor ‘Boy’ Saycon yang tahu tentang hal undang-undang (tu dia, mengaku Islam tapi mintak tolong Kristian) dalam memikirkan cara terbaik untuk menuntut Sabah dari Malaysia. Of course kita juga dengar sebab kenapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka tidak puashati apabila tuntutan agar elaun yang diberi Malaysia kepada mereka dinaikkan telah ditolak mentah-mentah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2013 06:23 PM | Show all posts
Ada juga khabar angin yang menyatakan sebenarnya mereka tidak berpuashati apabila kerajaan Sabah mengambil balik tanah-tanah yang telah diberikan pada orang persendirian yang ada kaitan dengan keluarga Raja Kiram al haram jadah apabila orang tempatan yang selama tidak berpuashati dengan tindakan itu mengugut akan mengundi parti pembangkang dalam PRU ke 14 yang lalu. Namun secara asasnya kerajaan Malaysia telah mengetahui akan perkara ini sejak dari mula lagi. Badan perisikan Malaysia bukan bodoh. Cubaan menceroboh telah berlaku beberapa kali sebelum itu tapi berjaya dipintas TLDM dan APMM. Tapi dikatakan cubaan kali ini sengaja dibiarkan oleh pihak-pihak tertentu kerana ia boleh menjadi political mileage pada mereka. Kalau difikirkan balik, kes Lahad Datu berlaku beberapa bulan sebelum PRU ke 14. Coincidence? The facts that Filipina dan Malaysia serta Najib dan Aquino jadi begitu akrab dalam tempoh yang singkat sedangkan kita tahu sejak berpuluh tahun yang lalu Filipina menuntut agar dipulangkan Sabah kepada mereka. Jangan lupa Filipina juga akan berhadapan dengan pilihanraya umum. It raises a question isn’t it?


Kereta Perisai Adnan di Lahad Datu
Dan kini pertahanan Malaysia menjadi bahan lawak. Indonesia dan Filipina merasakan kalau sekumpulan militant yang serba kekurangan pun tak boleh Malaysia tangani apatah lagi kalau tentera konvensional yang besar jumlahnya. Kalau sekumpulan militant yang kurang terlatih boleh membunuh 8 orang anggota polis yang elit apatah lagi kalau terpaksa berhadapan dengan pasukan elit Indonesia. Namun satu perkara baik yang datang dari insiden Lahad Datu, ia telah membuka mata pihak kerajaan akan kepentingan menjaga pertahanan negara dan mula memberi perhatian yang kebih pada perkara ini. ESSCOM telah diwujudkan dan jumlah anggota tentera di Sabah dan Sarawak telah ditingkatkan. Beberapa aset penting juga telah dihantar ke sana. Selain dari itu Malaysia juga berhasrat untuk menambah aset yang boleh menguatkan serta menyokong kekuatan tentera darat yang selama ini dilihat tidak begitu penting. Insiden Lahad Datu memperlihatkan bagaimana pentingnya kenderaa APC, kereta perisai dan kereta kebal dalm membolehkan infantry memasuki kawasan yang dikuasai musuh dengan selamat dan cepat. Bagaimana pentingnya aset udara sepeti helikopter dalam tugas tinjauan serta sokongan bantuan. Bagaimana jet pejuang dapat menjadi aset serangan gelombang pertama bagi memberi kejutan pada pihak musuh.



Helikopter A109 LUH beroperasi dalam operasi di Lahad Datu
Dan secara tiba-tiba kepentingan pesawat helikopter penyerang Eurocopter Tiger mula diperkatakan. Begitu juga dengan kenderaan AV8. Najib baru-baru ini apabila ditanya tentang perkembangan pesawat multi role yang bakal menggantikan MiG-29 tiba-tiba menyatakan ia masih belum diputuskan sebaliknya kerajaan sedang menimbang untuk mendapatkan aset yang lebih bersesuian dengan keperluan semasa malah turut menyatakan kemungkinan pemilikan helikopter penyerang dan beberapa aset lain. Perlu diingat, TUDM sudah pun menghantar beberapa orang pegawai ke Perancis bagi meninjau pesawat Eurocopter Tiger milik tentera Perancis. Dan beberapa hari kemudian diumumkan Malaysia akan membeli 4 buah pesawat Airbus A400. Ini agak mengejutkan kerana pada asalnya dijangka Malaysia hanya akan membeli dua buah sahaja. Namun signifikannya pembelian pesawat Airbus adalah mempercepatkan penghantaran troops dan aset ketenteraan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak kalau sekiranya berlaku perkara kecemasan. Setiap sebuah pesawat mampu membawa 116 orang tentera. Kalau keempat-empatnya beroperasi bererti satu battalion tentera boleh dihantar serentak. Bererti kalau berlaku pencerobohan oleh tentera asing, lebih 400 orang paratrooper yang merupakan pasukan aturgerak cepat dapat dihantar memasuki zon perang dalam tempoh yang singkat berbanding jalan laut.
Eurocopter Tiger
Airbus A400
Ada orang tanya aku, kenapa Malaysia takda pasukan tentera marin macam Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina atau Vietnam. Malah Brunei juga tidak memiliki pasukan tentera marin. Untuk menjawab soalan ini kita mesti tahu peranan tentera marin. Peranan tentera marin adalah pasukan aturgerak cepat namun tidak seperti airborne paratrooper, mereka memasuki zon perang melalui jalan laut. Ia diinspirasikan dari insiden pendaratan tentera bersekutu di pantai Normandy pada perang dunia ke-2. Oleh kerana nature yang begitu, pasukan marine (especially US Marine Corp) sering melakukan tugas membuka jalan di zon perang bagi memudahkan tentera darat meneruskan tugas mereka. Marine corp selalunya yang pertama tiba dan oleh kerana jalan laut selalunya melibatkan wilayah musuh dan jarang melibatkan insiden domestik maka Marine corp sering menggalas tugas berbentuk offensive. Malaysia melihat tidak ada keperluan untuk menubuhkan pasukan tentera marin kerana naturenya yang offensive dan itu bukannya doktrin pertahanan negara. Kalau wilayah kita diserang oleh tentera konvesional, paratrooper akan menggalas tugas selaku pasukan aturgerak cepat. Dan kita tak punya banyak pulau. Hanya Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan semenanjung. Negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam mengamalkan doktrin pre-emptive strike. Jadi mereka perlukan tentera marin untuk menceroboh sesebuah negara dari darat, laut dan udara. Indonesia sendiri sewaktu perang Ganyang Malaysia menelan kepahitan kesilapan apabila menghantar pasukan paratrooper mereka melalui udara untuk menceroboh Malaysia. Beratus-ratus paratrooper yang melakukan penerjunan payung terjun telah ditembak oleh tentera laut Malaysia walaupun ketika itu mereka masih berada di udara. Ia adalah menyalahi Geneva convention namun Malaysia ketika itu terdesak dalam usaha menghalang tentera Indonesia dari memasuki Malaysia. Jadi Indonesia belajar dari kesilapan. Dengan kemampuan radar terkini yang dimiliki Malaysia akan memudahkan pengesanan pesawat yang menghantar paratrooper mereka. Jadi jalan laut dan jalan darat adalah lebih bijak dan tepat.

Korps Marinir Indonesia
10 Briged Para lengkap dengan payung terjun

Paratroopers melakukan penerjunan
Aku pasti di kala ini ramai orang mula meragui kemampuan tentera darat kita. Harus aku akui tentera darat kita memang berkaliber dan berkualiti. Tentera Malaysia tidak sekadar dilatih menjadi pembunuh yang efisien namun juga dilatih untuk menjadi mekanisme pelbagai fungsi apabila berhadapan dalam sesuatu situasi. Dalam erti kata lain, tentera Malaysia tidak sekadar lasak, berkemahiran dalam ilmu perang tetapi juga bijak dan rasional dalam pertimbangan dan membuat keputusan. Itu sebabnya tentera Malaysia memiliki reputasi yang sangat baik selaku tentera pengaman PBB. Namun itu dilihat sebagai suatu kelemahan oleh tentera Indonesia pada tentera Malaysia yang menganggap tentera Malaysia lemah dari segi daya ketahanan mental. Atau dalam bahasa mudahnya tentera Malaysia ni lembut hati. Namun itulah yang membezakan tentera Malaysia dengan Indonesia. Even though there is a story about Malaysian commandoes who kill the whole family including a several days old baby, believed to be related to the communist movement during the insurgency. Tapi tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan cerita itu.

Gerup Gerak Khas

Walaupun ada yang mengatakan jumlah tentera infantry yang aktif hanya 80 ribu tapi kita masih ada tentera separa aktif (tentera yang bersara awal yang boleh dipanggil jika berlaku kecemasan) dan juga paramilitary, tidak termasuk 80 ribu anggota polis namun Indonesia juga memiliki pasukan separa aktif, tentera simpanan (tentera simpanan Indonesia adalah jauh lebih superior kalau mahu dibandingkan dengan wataniah kita. Bayangkan, Siti Nurhaliza pun boleh jadi wataniah. What the f**k?!) tidak termasuk paramilitary yang berpengalaman dalam insiden di Ambon, Acheh, Irian Jaya dan Timor Leste. Kalau digabungkan dipercayai kekuatan tentera Indonesia mencecah 500,000 orang! Satu jumlah yang sangat besar. Jadi kalau benar meletus perang di Pulau Ambalat atau di mana-mana wilayah terasing, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah besar. Aku hanya berharap insiden Lahad Datu akan membuka kesedaran kerajaan akan kepentingan dalam memperkuatkan pertahanan negara. Kalau boleh berbelanja lebih sedikit kerana ancaman pada sebuah negara yang semakin membangun dan maju akan meningkat dengan sendirinya.



Ada pihak yang menyentuh akan perjanjian pertahanan lima negara (Malaysia, Singapura, New Zealand, Australia dan UK). Kalau dilihatkan pada situasi sekarang, kita tidak boleh berharap sangat dengan perjanjian tersebut. Kalau berlaku insiden yang mirip perang Falkland, kemungkinan semua negara-negara ini akan menjauhkan diri. Malah Malaysia juga akan merasakan meminta bantuan negara luar umpama sesuatu yang memalukan. Namun kalau berlaku perang berskala besar sekali pun negara-negara ini akan tunggu dan lihat dahulu sambil memikirkan samada mahu membantu atau tidak. Atau samada mahu memberikan bantuan bersaiz kecil atau besar. Atau sekadar memberikan tekanan pada Indonesia. Mungkin sehabis maut pun mengenakan sekatan ekonomi. Ambil contoh Syria, negara yang tak punya kepentingan pada kuasa besar dunia. Sehingga kini dibiarkan begitu sahaja menghadapi perang saudara sehingga sudah hampir hancur negara itu jadinya. Sementara itu Indonesia yakin kalau Malaysia dibantu negara luar, negara seperti Russia, China atau negara-negara timur tengah akan membantu mereka. Dangkal betul otak mereka. Sekali lagi aku tekankan, negara luar akan hanya membantu kalau ia memberikan kelebihan dan manfaat pada mereka. China dan Russia pasti tidak akan terlibat sama. Mereka di kala ini sedaya upaya berusaha memperbaiki imej mereka dan dengan melibatkan diri dalam perang yang tidak ada kena-mengena dengan mereka akan hanya menjejaskan imej mereka. Not to mentioned waste of money! Nak harapkan negara di timur tengah? Sewaktu meletus perang Bosnia pada tahun 90an, ada mana-mana negara di timur tengah yang menghantar bantuan ketenteraan? They only thinking about themselves. Jadi mahu tidak mahu Malaysia sudah sepatutnya berfikir bagaimana mahu berdiri di atas kaki sendiri dan bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan ini. Aku tak rela melihat Malaysia kembali dijajah atau dipermainkan negara lain lebih-lebih lagi negara-negara jiran kita seperti era kesultanan Melaka apabila ia diancam kerajaan Ayutthaya dari Siam dan Majapahit dari Indonesia. Penggunaan aset-aset usang amatlah menyedihkan dalam kita mahu menjadi sebuah negara maju tapi orang asing boleh keluar masuk negara kita sesuka hati.   

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 07:46 AM | Show all posts
Sila bagi kredit pada blog asal ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 10:23 AM | Show all posts
uniq61 posted on 26-11-2013 06:23 PM
Ada juga khabar angin yang menyatakan sebenarnya mereka tidak berpuashati apabila kerajaan Sabah men ...

Yup ... The Indonesia military is the weaskest in the region ... they have no airforces, navy and army  .... So, it will be easy for Malaysia to defeat them .. I believe that that our RELA and Wataniah Commando will adequate to crush them ...

Do you know when our ATM will declare war to Indonesia, Singapore and Philipinnes ?

Comments

Udah2 le nak trolling ye?  Post time 28-11-2013 02:47 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 10:50 AM | Show all posts
Bila SG mampu menerobos sistem telekomunikasi Malaysia & menjadi mata & telinga perisikan negara Barat, kita hanya mampu terkedu.

Bila rakyat seberang mampu memiliki Kad Pengenalan dengan cip pintar yang aktif, kita terbeliak.

Bila kumpulan Abu Sayyaf (bukan tentera Sulu) dengan bergayanya meneruskan aktiviti penculikan di Sabah, kita terpinga2.

Bila jenayah melibatkan pendatang asing meningkat secara konsisten, kita tepuk dahi.

Bila rakyat sendiri ketakutan untuk keluar rumah di masa tertentu kerana kenaikan kadar jenayah, kita kerut dahi.

Bila pak Menteri menafikan kadar jenayah meningkat sedangkan setiap hari terpapar kes jenayah di media, kita pening2 lalat.

Fikir2kan lah bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:09 PM | Show all posts
robotech posted on 27-11-2013 10:50 AM
Bila SG mampu menerobos sistem telekomunikasi Malaysia & menjadi mata & telinga perisikan negara Bar ...

pengintipan dibuat oleh hampir
kesemua negara dalam dunia ni
ke atas negara2 yang difikirkan ada
potensi menjadi saingan, baik dalam ekonomi
mahupun militari

tiada kaedah yang jelas untuk
membanteras pengintipan terutamanya
secara maya dan dalam talian

bentuk hukuman juga tidak jelas,
kecuali terdapat individu yang tertangkap
berserta bukti yang sahih

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2013 12:29 PM | Show all posts
Do you know when our ATM will declare war to Indonesia, Singapore and Philipinnes ?

DO YOU REALLY READY FOR A WAR???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:15 PM | Show all posts
ic kita digunakan oleh berbagai rakyat jiran tetangga, terbukti la kita ni hebak-hebak blako bohhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 02:07 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia juga wajib dipersalahkan kerana cuai menjaga IC masing2. IC yang dicuri termasuk sim pintar akan disalahgunakan oleh pihak sindiket.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:33 PM | Show all posts
robotech posted on 27-11-2013 02:07 PM
Rakyat Malaysia juga wajib dipersalahkan kerana cuai menjaga IC masing2. IC yang dicuri termasuk sim ...

peratusan kehilangan tertinggi
mengikut kaum perlu didedahkan

rekod kehilangan tertinggi
mengikut individu juga perlu
diketahui umum

apakah rekod hilang kad pengenalan terbanyak
bagi seorang individu?

ada atau tidak kes individu yang hilang k/p
melebihi sepuluh kali?

dan tindakan drastik yang tegas
perlu segera diambil!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 05:17 PM | Show all posts
APA KE BODOHNYA MACAI PR NI MEREPEK PASAL IC....SORANG JE BODOH DAH LE TAPI MACAI YANG LAIN IKUT BODOH JUGA MACAM LEMBU DITARIK HIDUNG....LARI DARI TOPIK...


TAPI APA AKU KISAH....
MEREKA BANGGA DENGAN SINGAPORN YANG KONONNYA TENTERA TERCANGGIH GARAPAN ISRAEL TU...TAPI BELUM PERGI PERANG DAH BUNGKUS....
NI AKU INGATKAN KORANG MACAI YANG BODOH TAK BOLEH DIAJAR DAN PANDAI TAK BOLEH DIIKUT....
KONONNYA KAPAL PERANG MEREKA CANGGIH TAPI KAPAL KARGO YANG BESAR PUN TAK NAMPAK DAN BOLEH DILANGGARNYA....
AGAKNYA ALASAN MEREKA...TENTERA MEREKA TENGAH MENGONGKEK...


Pada 4 Januari 2003, sebuah kapal perang Tentera Laut Singapura, RSS Courageous telah berlanggar dengan kapal dagang Belanda, ANL Indonesia sepanjang 293.5 m berhampiran pulau ini di perairan Selat Tebrau, Johor Darul Ta'zim. [10] Tiada kecederaan dilaporkan di pihak kapal dagang tersebut yang hanya mengalami kerosakan ringan.[11] Namun tiga krew kapal perang Tentera Laut Singapura telah terkorban, lapan tercedera dan seorang krewnya hilang. Krew kapal tentera laut Singapura tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian serta kemalangan yang telah berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 07:49 AM | Show all posts
robotech posted on 27-11-2013 02:07 PM
Rakyat Malaysia juga wajib dipersalahkan kerana cuai menjaga IC masing2. IC yang dicuri termasuk sim ...

zaman dulu2 cuak giler woo kalau nak kena pi balai buat repot IC hilang.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 07:51 AM | Show all posts
Dah ada bod CI tu cukup2 la nak macai memacai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 09:06 AM | Show all posts
NAMPAK SANGAT BETAPA BODOHNYA MACAI MACAI NI....
TAK RETI BACA TAJUK KE??? INI TAK ADA LAIN NAK SABOTAJ LE NI...BIASA LE KALAU MEMANG HATI DAH HITAM TU...HASAD DENGKI MEMANG TAK BOLEH HILANG DARI HATI...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:17 AM | Show all posts
Apa nak buat?   Send our Lekiu and Jebat  to Sarawak and then shoot China's aircraft carrrier  ...

semalam tiba-tiba je China keluarkan aircraft carrier dia menuju ke perairan Malaysia, hanya 60km sahaja dari daratan sarawak, kes spratly sekarang semakin tegang..


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:16 PM | Show all posts
Bodohnya pembuka thread nk buka isu politik dlm MPSA.

Skurg2nya aku ada jg berbakti sbgi pembayar cukai & berkhidmat lebih 6 tahun dlm PSSTLDM. Kau tu takat salin kulit keybod warrior toksah sembang kencang.

Lbh baik kau msuk RELA berbakti tangkap PATI pun bagus. Takat jd cybertrompah tak guna. Lepas tu kerja kuat2 naik pangkat naik gaji sampai lbh RM2,700 & belajar byr income tax setiap tahun.

Serius .... sebab aku pembayar cukai, aku mau the best for our military servicemen & servicewomen. The best bang for buck. Every dollars n cents counts.

Aku ada hak bincang isu IC .. sbb bila seorang wartawan TV mampu kesan seorg pegawai tentera seberang menyusup guna identiti rakyat Sabah berbekalkan IC Malaysia & siap boleh berdaftar sbg pasukan RELA ... itu shj sudah ring an emergency bell ...

Bila sbhgn Pilak yang terbunuh ms serang hendap kpd anggota PDRM kita di Semporna jg ada didpti mempunyai IC, mlh ada yg juga ada pertalian darah dgn pemimpin cawangan parti pemerintah di sana ... apa nk cakap lagi?

Ini bermaksud sistem keselamatan dalam negeri kita sudah bolos. Bila dlm sehari sahaja KDN buat sting operation dh dpt tag 2-3 org pegawai Imigresen bersekongkol dgn sindiket di KLIA ... mcmna dgn pelabuhan di seluruh negara.

Cuba henti2kan baca blog, curi isi blog, tepek kat forum lepas tu x pandai bagi kredit kpd penulis blog. Cuba sekali sekala, baca la Utusan ke Kosmo ke B. harian ke ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 10:19 PM | Show all posts
alphawolf posted on 28-11-2013 07:49 AM
zaman dulu2 cuak giler woo kalau nak kena pi balai buat repot IC hilang.....

Toksah citer wooo ... skrg kne denda kaw2 punya. Adik aku dh empat kali hilang IC .... cuak dowh. Tp tak teruk lg hilang passport .... tu sah2 kena hadap kat Bukit Aman. Lagi kecut.

Passport MY antara passport paling mahal & berharga dlm pasaran gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:26 PM | Show all posts
Diharap semua caprut2 yg selalu memikirkan hal ehwal keselamatan negara berbincang samada betul ke kita mintak nak beli 36 SH dgn package bernilai 2.4 billion usd dan benarkah amarika nak jual f35 kat kita spt dilapurkan di CI?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:45 PM | Show all posts
Berita kat CI .... huh ... takleh pakai sgt. Psl US nak offer penjualan F-18F kat Malaysia mmg kne dapat clearance Senat & Dewan Kongres. Kalau approve pun, takat nak sweetened the deal supaya lobi F-18F berjaya utk bid MRCA ni .... Malaysia blum tentu nak amik.

Penggantian MiG-29Ns dah masuk dlm freezer .... ekonomi tgh tenat  ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 12:43 AM | Show all posts
Tapi dgn senario yg berlaku lately, rasanya nak spend 7++billion rm utk tudm mcm logik jugak sebab depa dh announce 7++ billion kat army utk av8 & 9++ billion kat navy utl lcs. Fair n square, semua dapat habuan yg didamkan. Pasai tu semua barang naik n gst nak impose, semua rakyat kena chip in...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.096459 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list