CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syue86

Kisah seram di UTM

  [Copy link]
Post time 3-10-2013 01:58 AM | Show all posts
KTF blok yang dulu hospital tu H06 ye..
kawan ai duduk situ pun cerita.. dengar budak kecik lari-lari lah..
pintu bergegar macam ada orang nak try masuk, tapi bila buka
pintu, tak ada orang pun.. masa tu dia balik hostel awal.. memang
tak ada orang pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 02:06 AM | Show all posts
lepas tu ada lagi cerita dia dengar dari taxi driver

taxi driver tu india, tanah utm dulu kan estet, dulu dia duduk situ ngan family dia,
dia cakap dengan kawan ai, jangan mandi kat tasik utm tu, yang kat entrance
tu. sebabnya situ dulu tempat hanyutkan abu mayat.. kawan ai pun terkejut
sebab dia nak masuk kanu..

then dekat blok H01 (belakang rumah pengetua kolej) tu dulu ialah tempat
bakar mayat ye.. haa.. abu tu akan dihanyutkan kat sungai kat krp tu..

pusat equestrian tu dulu kebun sayur katanya..

nanti ai sharing cerita lagi ye..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 11:36 AM | Show all posts
masa final year
aku duduk KRP G15 bilik single
tepi bilik aku pokok besarrrr punye
seram gak la bila malam2
(tapi aku selalu balik 2-3 pagi)

satu hari tu
aku buat PSM nak submit esoknya
so, bekerja keras la mencari idea n menaip bagai
bila nak siap, nak print lah

meja aku mengadap dinding
kiranya aku membelakangi katil aku
tak bley tengok katil...kang asik nak tido je..wakakaa
aku pun print la PSM aku, time tu dah pukul 3.15 pagi
sambil tu main game n sengih2 sebab dah siap kan
tetibe elok2 printer tu laju, tetibe die print ala2 dalam cerita seram tu
slow gilerrr (tret.................tret.................tret.................tret.................)
selalu tret,tret,tret,tret
ni macam ade beberapa saat plak after baru die gerak

masa tu memang dah rasa lain macam bilik tu
memang terasa ade benda kat belakang or kat katil aku
aku nak toleh, tapi takut takde kekuatan..
lama gak la jadi macam tu..
then, aku dah tak tahan..aku pun bercakap
'wei, ko jangan la kacau aku..aku pening ngan PSM aku, lecturer aku cerewet, blablabla..'
terus buat luahan perasaan kat situ, siap cakap jangan la sebab ko, aku tak grad
after habis je luahan perasaan, tetibe printer terus bergerak secara normal
habis je print, aku tengok balik hasil kerja printer tu, kot2 rosak
tapi sume perfect, takde line pelik2 ke, ink berterabur ke
menunjukkan printer tu tak rosak..
tapi aku still tak pusing ke belakang

baru aku teringat
orang tua2 selalu cakap pukul 3 pagi time diorang aktif
masuk je pukul 4 pagi baru aku keluar g toilet n tido..
meremang bila teringat balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu slalu lepak2 hostel utm.. meriah je hostel2 univ gomen ni..so x de rasa seram ke ape. Nk dicompare ostel aku kt mmu yg sunyi sepi.. kui3
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:18 PM | Show all posts
syue86 posted on 23-9-2013 12:38 PM
chazey bercerita

budak FAB rupanya ko ni. fakulti ko pemes ah. macam2 cerita. zaman aku, antara y ...

"di KTF juga la, penah lemari dan katil bergegar masa aku nak tido tengah malam. buduh. pehtu, PC tutup sindri dan on balik. sepanjang tertutup tu, tahan hati ja aku dengar bunyi seperti kerusi meja diseret di luar bilik padehal mana hada perabot kat luar bilik tuh. atau masa nak tido, tetiba dengar tapak kaki berjalan di sekeliling ko, pehtu pi kacau2 keyboard PC taip apa tah. tapi mahkluknya tak nampak pun. kawan aku (yang ada third eye itew) kata nenek tua."

Pernah kena sama cam ni tapi kat blok skrg, kat KTR.. Cuma part third eye + nenek tua tu takdelah.

Kisah 1
Sem lepas, Iolz dok sorg2 kat dlm bilik n bilik keliling semua kosong sbb budak2 LI.. Malam2 susah nak tido wpun gi gym exercise penat2.. Ada satu mlm ni tgh berusaha keras nak tido, siap off lampu smua (nak konsentret tido kononnya). Tetiba dengan kuatnya laptop on sendiri. Time tu dah hibernate laptop jadi kalau on balik pun patut senyap je tapi bunyi startup Windows tu kuat gilosss! Terkejut mek, dengan hati dup dap dup dap, beranikan diri men-shutdown-kan laptop, cuba tido balik susah gila, tak tau lah terlelap kul brapa.. Start dari tu mcm2 jadi

Kisah 2
Malam2 mesti susah nak tido pastu rasa seram memanjang.. Hati berdebar2 kalau cuba nak tido. Lepas Kisah 1 terjadi, start dengar orang alih2 perabot kat bilik sebelah, tiap malam time lepas maghrib gitu.. First2 ingatkan mmg ada orang, rupa2nya mmg sepanjang sem bilik keliling bilik iollz (depan, kiri, kanan, sampai ke hujung corridor) kosong sbb budak2 yg patut dok situ smua LI. Lepas dapat tau, sepanjang sem jarang nak off lampu.. Tiap malam buat bodo je dengar macam meja/katil/kerusi kena alih kalau nak tido plak, bunyi btl2 mcm sebelah telinga wpun tido tak ngadap dinding..

Kisah 3
Satu mlm tu dtg plak member floor bawah nak jenguk bilik Iollz. Tanya soalan pelik2 lak tuh, tanya samada Iollz exercise kat dalam bilik, lompat2 ke apa ke.. Iollz pun dgn konfiden menjawab memang idok le. Rupa2nya deyollz slalu dengar bunyi hentak2 kuat dari atas macam orang lompat2, dari bilik sebelah Iollz (yg bunyi seret perabot). Masalahnya bilik tu kosong, tu yg dorg tanya Iollz, ingatkan mungkin Iollz penyebabnya Kebetulan sem tu floor kitorg slalu blackout.. Satu hari tu, dtgla abg2 technician nak cek dari bilik ke bilik sbb nak cari punca blackout.. Iollz pun beranikan diri mintak abang tu buka bilik sebelah yg slalu bising tu.. Tak berani nak langkah masuk, dari luar pun nampak cukup horror, lengkap dengan vibe seram dan langsir yg separuh tertanggal ala2 set horror movie Hollywood gitu.

Kisah 4
Tengah dok kat laptop malam2 tgh study, dengar ketukan kat tingkap 3 kali *tap tap tap* camtu, mcm ketuk pintu nak masuk bilik. Masalahnya, bilik kat tingkat atas skali (hostel 3 tingkat)   Nak panjat pun takde tempat nak berdiri kot.. Terus pasang earfon dgr lagu, buat2 mcm tak dengar. Nasib baik langsir tertutup masa tu

Kisah 5
Satu malam tu tengah berusaha lagi nak tido, kali ni lampu semua buka sbb rasa seram khenz.. Baru nak lelap, dalam separa tidur tu nampak pintu bilik terbuka dan ada lembaga perempuan masuk pakai baju mcm baju tidur putih corak kecik2. Muka 'dia' tak nampak, gelap je + rambut serabai.. 'Minah' tu jalan cepat2 ke arah Iollz pastu tarik tangan Iollz (yg baring atas katil) seolah2 macam nak tarik bawak keluar dari bilik tu, siap nampak tgn dia pakai bracelet emas. Terus terkejut, bangun sebab rasa mcm kena tarik dari katil (mcm jatuh), bangun2 tgk takde orang dlm bilik dan hati berdebar kuat.. Bilik Iollz kunci masa tu Kemudiannya masa tidur, termimpi berjalan keluar dari bilik, pergi ke bilik sebelah (yang bunyi mcm perabot kena seret), buka pintu.. Minah tu tgh mencangkung atas meja study sebelah kiri sambil selubung diri dia pakai blanket iollz Whyyyy la, whyyyy?

Kisah 6
Time tak leh tido, terdengar bunyi mcm burung kat luar tingkap, kuat gila macam gagak tapi nada menjerit.. Dari jauh sampai ke dekat, seolah2 macam dia tengah terbang.. Tapi time tu tengah2 malam/pagi buta.. Tau la UTM banyak wildlife tapi ni macam melampau je..

Sekian kisah seram Iollz. FYI, sem ni Iollz masih kat bilik sama tapi dah ada rumet dan bilik sblh tu dah ada penghuni tapi slalu kosong je.. Penghuni jarang ada.. Beranikan diri je sebab 'dia' dah tak kacau sejak start sem ni.. Iollz pulak malas nak cari bilik kosong


Last edited by ankhmenace on 27-5-2014 04:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 05:34 PM | Show all posts
mizzmimi posted on 3-10-2013 02:06 AM
lepas tu ada lagi cerita dia dengar dari taxi driver

taxi driver tu india, tanah utm dulu kan est ...

lecturer aku pun penah bercerita benda yg sama
dia cerita dulu KRP ni kawasan utk urusan pengkebumian
so siap ade tempat pembakaran mayat tu kat situ
tempat die kat blok G05, G06, G07 & G08 tu
kan situ mcm dlm lembah gitu kwsnnye
belakang plak sungai
mmg terbaiklah lokasi die

kekdg ade gak aku terbau benda terbakar
tp KRP mmg suram..
maklumlah senibina pun antik gituh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2014 05:37 PM | Show all posts
ankhmenace posted on 27-5-2014 04:18 PM
"di KTF juga la, penah lemari dan katil bergegar masa aku nak tido tengah malam. buduh. pehtu, PC  ...

uols ni macam alami gangguan sbb bc bod ni byk sgt kot
hehehe..tp mmg tak dinafikan bila rasa takut tu dtg
mmg susah nak usir keluar
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:13 PM | Show all posts
syue86 posted on 27-5-2014 05:37 PM
uols ni macam alami gangguan sbb bc bod ni byk sgt kot
hehehe..tp mmg tak dinafikan bila rasa tak ...

sem lepas nok, sem ni takde dah.. sem lepas blm tau lagi kewujudan benang ini lol
tapi caner lah agaknya prasaan deyollz yang tinggal dlm bilik tu..
tak brani iollz nak tanya deyollz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2014 08:47 AM | Show all posts
ankhmenace posted on 27-5-2014 09:13 PM
sem lepas nok, sem ni takde dah.. sem lepas blm tau lagi kewujudan benang ini lol
tapi caner lah  ...

yeke?welcome to MPS board
bod yg boleh menaikkan adrenalin n bulu roma

ok kot diorg
selalu tmpt yg kosg pastu bl dh ade pghuni
die ok la..duk bsama2 kot..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 posted on 27-5-2014 05:34 PM
lecturer aku pun penah bercerita benda yg sama
dia cerita dulu KRP ni kawasan utk urusan pengkebu ...

Oo.. Kalau tak silap ktf tapak kuil, kat h02..

dulu kawan i pernah nampak lembaga hitam mata merah mencangkung bawah pokok kat belakang blok h05.. Masa balik dari bilik study ktf pukul 11 malam.. Lari tak cukup tanah masing- masing..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Coursemate i 2 orang stay sebilik kat krp. Blok lama kan kat tingkap tu, kiri kanan tingkap ada rak, then meja study.. Satu malam diorang nampak lembaga kat rak tu.. Tak tau la rupa apa.. Diorang taknak cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa 2nd year i stay blok h09, single room, ground floor yang menghadap padang. Ada pokok besar belakang bilik i. Satu hari coursemate datang bilik i, kebetulan last year dia duduk situ.. Dia pesan jangan lupa tutup tingkap kalau maghrib.. Senior kata, kalau tak nanti nampak benda melayang.. Haruu.. Dahlah banyak pokok besar kat ktf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 09:07 AM | Show all posts
mizzmimi posted on 28-5-2014 08:11 PM
Oo.. Kalau tak silap ktf tapak kuil, kat h02..

dulu kawan i pernah nampak lembaga hitam mata m ...

yup maybe begitu susun atur die
kirenye utm ni mcm tapak kuil yg besar
lengkap dgn tmpt pgkebumian sekali
kuil kt ktf
tmpat pgkebumian krp
walla!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 posted on 29-5-2014 09:07 AM
yup maybe begitu susun atur die
kirenye utm ni mcm tapak kuil yg besar
lengkap dgn tmpt pgkebumi ...

Memang dulu tapak utm ni sebahagiannya bekas estet.. Kiranya lengkap laa kemudahan utk diorang yang tinggal kat situ.. Kebetulan ktf n krp tu kuil n crematorium.. Driver teksi tu ada tunjuk tapak asal rumah dia kat dalam utm jugak.. Tapi i tak ingat detail cerita kawan i tu.. Jalan menghala ke senai tu pun masih ada estet yang tak affected..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:06 AM | Show all posts
penah tido kat bilik kakak aku kat meranti. G berapa tak ingat tapi blok yang kat bawah mengadap tebing tinggi. sambil tunggu akak aku tu packing barang borak2 la. time tu dah lewat dalam pukul 2-3 pagi gitu la. tgk syok gelak2 tak memasal tetiba sayup2 dengar bunyi loceng kaki india yg biasa pakai buat menari tu. lama gak la nak tunggu bunyi tu sampai dekat. masing2 senyap kelubung bawah selimut. lepas bunyi dah hilang sambung balik borak akak aku cite situ ada gak orang penah jumpa orang pakai sari jalan malam2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni story kawan i jugak.. Kawan ni stay blok ho8, ktf. Kawan ni kristian sabahan, bagi nama stacy la yek.. Stacy ni selalu stay up nak study time tengah malam sampai pukul 2-3 pagi, bukak tingkap n bilik menghadap jalan.. Satu hari ni stacy tanya kat kawan i, orang islam ada ke solat tengah malam sampai pagi.. Then kawan i jawab la ada.. Solat tahajud and all.. Then stacy tanya solat tu buat ramai ramai kat surau macam masa bulan puasa ke.. Then kawan i jawab la boleh tapi biasanya buat sendiri, jarang laa orang nak tahajud jemaah pagi pagi buta kan.. Then stacy muka dah lain macam.. Kawan i tanya stacy kenapa dia tanya.. Stacy kata masa tengah stay up selalu nampak kelibat orang pakai kain putih lalu kat jalan depan blok tu.. Dia ni rabun, so dia ingatkan orang pakai telekung pi solat.. Rupanya.. Apa entah dia nampak tu.. Lepas tu nak stay up tutup tingkap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 07:09 AM | Show all posts
akies posted on 23-9-2013 01:51 PM
tak silap la blok tu S13..dah ingat2 lupa..
mengong nyer budak cina gi bunuh diri dalam bilik..:c ...

nak tnye nama penuh KTC tu ape..? nak search google images tmpt dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ktc kolej tunku canselor
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 11:29 AM | Show all posts
Nasib baik lah dah keluar UTM baru tahu citer citer ni semua....selama duk UTM, tak de pulak terkena apa-apa

rasa seram tu ada la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 09:53 AM | Show all posts
tak tau rupanya FAB tu angker ye. Masa 1st year kat ktho dulu pernah sebilik dengan student architect.  Seronok tengok dia selalu pergi field trip, so memang jarang2 sangat dia ada kat bilik.

i selalu ditinggalkan keseorangan

Terima kasih mod @BabeYSHa , dapat tacang lah Last edited by cloudy_83 on 5-6-2014 11:54 AM

Comments

hikhik... berterima kaseh kepada org yg menghantar repot.. XD hikhik.. sebab mmg tk daya nk selak thread satu2... enjoy da tacangs! ^_^  Post time 5-6-2014 01:08 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list