CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

  [Copy link]
Post time 5-11-2014 04:38 PM | Show all posts
penglipur posted on 5-11-2014 01:57 PM
citer hassan tu mmg femes..smpai sekarang tak jumpa..

tp last yg aku dengar, this year la.. ade s ...

yang ni pun femes. masa tu meninggal di tengah2 perjalanan. turun or naik utk minta tolong sama jauh. lepas meninggal mayat dijaga guide sampai penyelamat sampai. dengar2 guide letak dia dalam hammock and gantung di pokok sebab takut binatang liar datang.

2-3 hari baru penyelamat sampai. dengar citer guide memang ke dugaan hebat sepanjang menjaga tu. maaf kalau salah org or info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 07:07 PM | Show all posts
Mana ni story la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite tok awang ngah. Mayat di rasuk puaka hutan. Kes org yg meninggal masa masuk hutan. Terpaksa bermalam dgn mayat tu sementara tunggu bantuan sampai. Malam tu memang mayat diganggu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 10:56 PM | Show all posts
Mintak maap sebab x dapat sambung cerita... Sedikit kesibukan melanda...

XPDC gunung Gagau nih x ada yang mistik sangat... Tapi bila aku n peserta sampai ke CS1 dalam pukul 12 pagi.. Kemudian aku sorang2 jer mandi, yang lain sume x jadi mandi sebab depa kata sejuk.... Jadinya aku je yang segar malam tuh... Daripada 4 5 orang yang berjaga sambil minum milo panas, lama kelamaan tinggal aku berdua yang berjaga... Last2 member aku tidur sambil duduk.... Aku jugak yang terkulat2 sampai ke pagi... Seb baik takde perkara2 mistik malam tuh...

Besoknya kami bergerak keluar dari CS1, perjalanan pulang ke bot sebelum bermalam tu Sungai Cacing... Waktu sampai je kat bot aku terus tertido... (Letih amat sebab malam tu aku berjaga sorang2....) Keletihan melampau sampaikan peserta xpdc alihkan aku dari ruang solat pun aku x sedar....

Selepas semalaman di Sungai Cacing kami bergerak ke Air Terjun Lasir... Malam di Air Terjun Lasir tu baru aku tau cerita sebenar dari guiders n member yang menunggu di CS1.. Menurut guiders CS2 tu ada makhluk seperti Predator.. Sebab tu kami tak boleh bermalam di sana.. Sebab tu jugaklah waktu berehat sekejap di CS2 guiders ni asyik suluh pokok jer... Member yang menunggu di CS1 bagitau sebelum kitorang yang "sebenar" tiba dia banyak kali dengar suara kitorang menyanyi riang seolah2 gembira dah sampai ke CS1... 2 jam terpaksa mengharungi situasi bunyi riuh rendah seperti suara manusia, di tambah lagi dengan bunyi dahan jatuh dalam sungai n sebagainya... Memang skeri.... sebab tu bila kitorang sampai dia siap bagi salam 3 kali....

Itulah secebis pengalaman aku di Gunung Gagau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada bdk pompuan kan yg lama gila hilang dlm hutan dlm tahun lps kot.. Huby ckp ntah apa2 la yg dia jumpa selama tu dlm hutan...lupa lak nama tht girl..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:04 AM | Show all posts
CrowneGlory posted on 6-11-2014 01:11 AM
Ada bdk pompuan kan yg lama gila hilang dlm hutan dlm tahun lps kot.. Huby ckp ntah apa2 la yg dia j ...

umaira ke? budak uitm sesat di gunung tahan tu ke?

citer ni dah lama. siap dibukukan. tapi aku tak pernah baca.


btw yang terbaru kisah arwah rafiqin yang meninggal masa join climbathon ni pun dengar2 ade mistik.

the day diorang jumpa arwah, diorang azan dulu and baru nampak mayat.
lepas tu lepas azan langit jadi gelap, burung tiba2 berterbangan, hujan etc jadi. ni dari sorang team SAR bg tahu.

full story hanya akan diceritakan bawah fly katanya.
alfatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 12:15 PM | Show all posts
citer lar lagik... best baca pengalaman orang nie... sekali jer pernah panjat gunung... gunung angsi kat pilah nun... cukup ler sekali... mmg seronok tp badan xlarat dah tua... xder perkara mistik pun... masuk pagi kuar petang... patut 5 jam jer naik dan turun... tp kami makan masa 9 jam... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:12 PM | Show all posts
grafreak posted on 6-11-2014 11:04 AM
umaira ke? budak uitm sesat di gunung tahan tu ke?

citer ni dah lama. siap dibukukan. tapi aku  ...

hat ni kisah umaira

http://19harisesatdigunungtahan. ... _04_01_archive.html

survive 19 hari dlm hutan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 12:41 PM | Show all posts
grafreak posted on 5-11-2014 04:38 PM
yang ni pun femes. masa tu meninggal di tengah2 perjalanan. turun or naik utk minta tolong sama ja ...

ha'ah..sama cerita..guide ltk dlm hammock..
ingat2 lupa psl gantung kt pokok n guide tgglkan pegi mntk bantuan..sbb tu tak mentioned..

tp mmg dlm cerita tu guide mmg kena kacau teruk..macam mana kne kacau tu pun tak ingat..
sbb mmg tak suka igt cerita2 seram ni..skadar dengar gitu2 je..huhu

ada satu kisah group kwn2 pegi naik cemerong berembun langsir..4 org..semua lelaki..
sampai satu tempat dorg mmg dh letih..so diorg pun set up fly, hammock, cadang nk bermalam..
yg sorg dah letih habis smpai beg pun x smpt letak..tido mcm tu je..
smbil2 masak buat kopi, masing2 rasa tak sedap hati..
so yg sorg ni pegi shoot lagi ke depan, cari tempat nk tido..tggl la 2 org mamat dan sorg ni tgh sedap tido..
lepas sorg tu patah balik,dorg packing cepat2 and teruskan ke next check point..

lepas balik baru la bukak cerita..ada 2 org kwn tu dengar riuh rendah masa tgh masak..
macam tgh duduk tengah2 pasar yg ramai org..padahal dlm hutan tu dorg berempat je kt kwsn tu..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:11 AM | Show all posts
Dulu ada sorang mamat PALAPES nih memang suka mendaki gunung. Kekadang tu dia boleh mendaki sorang2 dia jer.. Biasanya yang naik sorang2 ni jenis illegal punyer XPDC..

Dia pernah cerita waktu dia berada di puncak gunung di Semenanjung (x ingat pulak aku gunung kat Banjaran Tahan atau Banjaran Titiwangsa) dia dikaco ketika hendak tido dalam khemah. Khemah beliau digayang2, kemudian ada bayang2 berada di luar khemah..

Dek kerana tak tahan dia keluar dari khemah dan tido diluar khemah dalam keadaan bogel. Gamaknya makhluk yang ganggu dia tu terkejut dan terus lari lintang pukang. Sampai ke siang dia tak diganggu...

Huhuhu... Bolehlah sape2 yang naik gunung sorang2 amalkan petua tuh.. Tapi kalu naik ramai2 tak boleh.. Kang jadi mende lain pulak kang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:05 PM | Show all posts
seme otai2 gunung same je ayt 'kl nk cter..cter dlm khemah'...'kl nk tau cter, bentang sheet dlu'..'lain kali cter'...hehe...ah rindunye bau hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 04:50 PM | Show all posts
bagus thread ni
bleh sama2 brkongsi kisah pnglman msg2
terlalu byak lg kisah2 yg kita xtau kan dlm hutan gunung ganang tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:03 PM | Show all posts
Best layan cerita org...aku xde cerita tak minat panjat gunung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 03:38 PM | Show all posts
Best. aku suka mendaki ni. Tapi takde geng. Setakat ni aku naik gunung santubong dengan gunung tahan je. Huhuuu.. tapi kiteorang naik time siang dan tak bermalam pun.. rindunya nak masuk hutan.. Siapa-siapa nak hiking? Aku nak join huhuu.. gunung paling teringin aku nak naik. gunung ledang. Huhuhuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:26 PM | Show all posts
Salam, ni ada cerita yang agak menarik bagi aku, dan bermisteri.

Sumber - http://militaryofmalaysia.net/

1. Selamat bertemu kembali

2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.

5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.

SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

8. Saya bukanlah pakar hadis.

9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.

10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.

14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.

16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17.Padinya berbuahkan emas.

18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.

25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.

33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?

37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.

40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.

42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.

44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.

47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.

51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.

52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.

54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.

55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

BESI ANEH

56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.

57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.

59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.

61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……

62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.

63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok. Last edited by angahsmart on 18-11-2014 04:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:07 AM | Show all posts
angahsmart posted on 18-11-2014 04:26 PM
Salam, ni ada cerita yang agak menarik bagi aku, dan bermisteri.

Sumber - http://militaryofmalays ...

lps baca artikel ni aku mula sangsi dan ragu2 dgn shahpaskal ni.

drp seorang individu yg logic n realistic transform jd seorang yg kuat berimaginasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 09:03 AM | Show all posts
otai_g posted on 19-11-2014 02:07 AM
lps baca artikel ni aku mula sangsi dan ragu2 dgn shahpaskal ni.

drp seorang individu yg logic  ...

hahaha..bukan ape bro, kalau article serius je memanjang sape tak muak kan..hehe..lagi pon ni kat BOD mystery & mistik, so layannnnn je..ngeh3
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 4-11-2014 06:34 PM
mak dia ada jumpa ustaz n mintak tolong... ustaz cakap dia sesat... pandangan kita dikaburkan... p ...

Weiiiii tolonglah cerita tolong tolong nak tau sgt psl hassan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 5-11-2014 04:01 AM
nanti aku cite samada esok malam or lusa...  sebab skang ni tengah busy ngan year end appraisal... ...

Dah lama dah tu esok lusa kata  nak cerita hehe pls cerita!!! @eyansss i baca2 dalam blog je org tulis tapi tak tau kenapa dr dulu sampaila sekarang bila msk hutan msti teringat hassan. Apa la nasib dia skrg dah bertahun2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:22 AM | Show all posts
ex_klia replied at 24-9-2013 04:05 PM
Aku nak tumpang gak story..aku dulu masa tahun 2006 aku penah join budak2 tempat keje aku xpdc kat G ...

x perasan lak ada jeram berbatu2 nk ke gbb tu..ke ada trek lain selain dr gohtong tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.384156 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list