CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Industri Pertahanan Malaysia (Perkembangan dan Update) - PART 2

  [Copy link]
 Author| Post time 4-11-2018 01:05 PM | Show all posts
Deftech (CTRM) Aludra Camar Surveillance UAV







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 06:47 AM | Show all posts

INDUSTRI pembuatan peluru dalam kalangan pemain-pemain utama industri itu kini terus berkembang pesat dan dijalankan dengan teknik moden.

Di seluruh dunia, dianggarkan kira-kira 2 bilion peluru dihasilkan setahun melibatkan urus niaga sekitar AS$4 bilion (RM16 bilion).

Ini sudah tentu dapat menghasilkan pulangan lumayan kepada mana-mana negara atau syarikat yang berkecimpung secara serius bagi menghasilkan peluru.

Malaysia bagaimanapun masih lagi boleh dikategorikan sebagai negara pengguna dan bergantung dengan teknologi luar negara dalam industri tersebut.


Justeru, sebuah syarikat tempatan mengambil inisiatif untuk menghasilkan sendiri peluru di dalam negara.

Pengarah Polycase Asia Sdn. Bhd., Zaikry Sany Mohd. Isa berkata, dalam mencapai matlamat menghasilkan peluru sendiri, pihaknya telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pengeluar peluru dari Amerika Syarikat, Polycase Ammunation pada tahun 2016.

“Melalui MoU ini, kami akan melakukan pemindahan teknologi dalam penghasilan peluru dari Amerika Syarikat ke negara ini seterusnya menghasilkan peluru kita sendiri.

“Kami tidak membayar yuran pemindahan teknologi atau royalti sebaliknya mengamalkan konsep perkongsian keuntungan,” katanya ketika ditemui kru Panorama baru-baru ini.

Zaikry Sany berkata, konsep ini lebih menguntungkan daripada bayaran royalti atau yuran pemindahan teknologi kerana kedua-dua pihak akan memperoleh situasi menang-menang.

“Selain berkongsi keuntungan yang mana Polycase Ammunation memperoleh 30 peratus daripada untung bersih, syarikat itu juga dapat pasaran baharu yang sukar ditembusi sebelum ini akibat kos pengangkutan yang tinggi.

“Kami pula dapat menghasilkan peluru dengan kos lebih rendah iaitu tidak sampai 50 peratus daripada kos sekarang. Dengan ini, kita dapat menjual peluru pada harga lebih murah berbanding sekarang,” katanya.

Jelasnya, buat masa kini, pihaknya merancang untuk menghasilkan peluru jenis 9 milimeter (mm), .40, .45 serta .380 yang diguna pada pistol serta 5.56mm yang diguna pada raifal.

Ujar Zaikry Sani lagi, pada masa kini terdapat sebuah syarikat tempatan lain yang telah mempunyai kilang menghasilkan peluru di dalam negara.

“Bagaimanapun kami berlainan daripada syarikat tersebut kerana bukan sahaja merancang menghasilkan peluru dengan memasangnya di dalam negara, malah komponen yang digunakan seperti anak peluru dan kelongsong juga akan dihasilkan sendiri dan bukannya diimport,” katanya.

Dalam mencari bahan mentah untuk menghasilkan komponen-komponen peluru, jelasnya, Polycase Asia telah menjalinkan kerjasama untuk membeli bahan utama untuk membuat peluru iaitu serbuk tembaga dan polimer daripada sebuah syarikat lain di Amerika Syarikat iaitu PolyOne Corporation.

“Menggunakan acuan khas serta Baby Plast Molding Machine bersama-sama konfigurasi mesin yang diperoleh daripada Polycase Ammunation, kami boleh menghasilkan anak peluru sendiri.

“Selepas itu, anak peluru ini dan kelongsong yang juga dihasilkan sendiri akan disatukan bersama-sama serbuk letupan, rim dan primer menjadi peluru lengkap menggunakan sebuah mesin lain,” katanya.

Tambahnya, dari segi pengeluaran, pihaknya boleh menghasilkan tujuh butir peluru dalam tempoh seminit dan kira-kira 20 juta peluru sebulan.

Katanya lagi, buat masa ini, pihaknya masih lagi mengimport peluru yang dijual, namun mereka merancang untuk menghasilkan sendiri peluru terbabit pada tahun ini.

“Kami pada masa kini bekerjasama dengan German-Malaysian Institute (GMI) di Bangi, Selangor untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerana mereka mempunyai mesin serupa yang bakal kami gunakan.

“Namun, kami merancang untuk membeli mesin untuk menghasilkan anak peluru. Selain itu, dua lagi mesin akan dibeli bagi membuat kelongsong serta pemasangan peluru agar dapat menghasilkan peluru lengkap di kilang kami di Taman Teknologi Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya.

Zaikry Sani berkata, peluru yang dihasilkan disasarkan untuk dijual kepada agensi keselamatan di negara ini seperti Maritim Malaysia (APMM), polis dan lain-lain.

“Selain itu, peluru yang kami hasilkan juga akan dijual di negara-negara Oceania seperti New Zealand dan Australia serta negara-negara di Asia Barat.

“Disebabkan kos pembuatan yang lebih murah, peluru ini tentunya dapat dijual lebih murah dan ia tentunya dapat menjimatkan peruntukan membeli peluru daripada agensi-agensi keselamatan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, pakar persenjataan Polycase Asia, Jailani Saad berkata, antara kelebihan peluru yang dihasilkan syarikat itu adalah ia lebih ringan berbanding yang lain.

“Peluru yang kami hasilkan hanya seberat kira-kira 65 grain (4.21 gram) berbanding peluru biasa seberat 115 grain (7.45 gram). Ini menjadikan peluru ini lebih mudah dibawa oleh penggunanya.

“Kami juga menggunakan konsep peluru teknologi hijau yang mana ia tidak mempunyai plumbum berbahaya kepada alam sekitar dan manusia,” katanya.

Katanya, selain itu, syarikat itu juga boleh mencipta corak tersendiri pada anak peluru serta warna mengikut kemahuan pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 11:30 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 19-2-2019 06:47 AM
INDUSTRI pembuatan peluru dalam kalangan pemain-pemain utama industri itu kini terus berkembang pe ...

dah ada kilang ke? x nampak pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 12:24 PM | Show all posts
jofizo replied at 29-3-2019 03:30 AM
dah ada kilang ke? x nampak pun

Ada di Technology Park Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 12:32 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 29-3-2019 12:24 PM
Ada di Technology Park Malaysia

sat nak pi ronda.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 05:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2019 02:42 PM | Show all posts
Tahniah to Malaysia ... the best and most advanced military and defence industry industry in the world ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:29 AM | Show all posts
nusaraya replied at 24-4-2019 06:42 AM
Tahniah to Malaysia ... the best and most advanced military and defence industry industry in the wor ...

You fucking mad ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2019 01:49 PM | Show all posts
Deftech AV8 Gempita 120mm Mortar Carrier








Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampaknya era AV8 Gempita di Malaysia sudah tamat ya...cukup di ,257 unit saja....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 05:53 PM | Show all posts
MILDEF HMAV 4x4



4X4 High Mobility Armoured Vehicle (HMAV)


Syarikat : MILDEF International Technologies Sdn Bhd
(dahulu dikenali sebagai Kembara Suci (Defence) Sdn Bhd)










Antara ciri-ciri menarik Mildef HMAV 4X4 ialah :


1.  Menggunakan enjin turbo diesel 6.6-liter 6-selinder sebaris dari Caterpillar
2.  Nisbah kuasa ke berat - 23.57 hp/tan
3.  Kelajuan maksimum - 110kmsj
4.  Secara rasmi, ia adalah kenderaan berperisai untuk unik tinjauan (reconnaissance)
5.  Ia menggunakan sistem 4X4 sepenuh masa
6.  Menggunakan Central Tyre Inflation System (CTIS) untuk mengurangkan dan menaikkan tekanan udara tayar
7.  Mampu beroperasi dari suhu serendah -21 darjah Celcius hingga 49 darjah Celcius.
8.  Mempunyai kadar perlindungan perisai Stanag 4569 A2 (peluru dan balistik) dan Stanag 4569 LA2/L2B (bom tangan dan periuk api)
9.  Berat kasar kenderaan ialah 14 tan dan berat tanpa muatan ia 11 tan
10. Panjang maksimum 5.6 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 2.5 meter
11. Jarak antara roda - 3.2 meter
12. Ruang lega bumi - 430 mm
13. Sudut approach dan departure - 40/35 darjah
14. Sudut senget maksimum (side slope) - 40 peratus
15. Sudut dakian maksimum - 60 peratus
16. Tahap kedalaman meredah air - 1 meter






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau pun dah setahun lebih dari last komen...tapi usaha yg bagus di up kan balik beserta dgn infomatif menarik.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2021 01:05 PM | Show all posts
PristineOne replied at 3-3-2021 12:15 PM
Walau pun dah setahun lebih dari last komen...tapi usaha yg bagus di up kan balik beserta dgn infoma ...

Sebab berita tentang Industri pertahanan peralatan buatan malaysia  hampir tiada berita... baru-baru ini yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 3-3-2021 01:05 PM
Sebab berita tentang Industri pertahanan peralatan buatan malaysia  hampir tiada berita... baru-ba ...

Mindef kurang menyokong ... pemain industri pertahanan negara takut nak keluar modal utk R&D. Tiada jaminan akan perolehi kontrak pembekalan.

Siapa yg berani ambik risiko akan teruskan dgn pembuatan konsep dgn harapan akan dapat kontrak pembekalan dan boleh memulakan kontrak pengeluaran.

Diharapkan Mindef dan ketiga - tiga pucuk pinpinan perkhidmatan akan ada perubahan mindset utk terus memberi peluang kepada pemain industri pertahanan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 02:35 PM | Show all posts
PristineOne replied at 3-3-2021 02:36 PM
Mindef kurang menyokong ... pemain industri pertahanan negara takut nak keluar modal utk R&D. Tiad ...

Belanjawan Pertahanan Negara Setiap tahun dipotong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2021 05:33 PM | Show all posts
Malaysian Defence Industry













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2021 07:17 PM | Show all posts
Deftech Light Tactical Vehicle Prototype



Chasis : Mitisubishi Triton













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2021 11:59 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 18-3-2021 07:17 PM
Deftech Light Tactical Vehicle Prototype



1st pic tu macam Hummer kan.... Kagum..macam mana dari Triton boleh merupa macam Hummer...mirip H1.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 01:53 PM | Show all posts
UITM & MTC Engineering Sdn Bhd - HEMREL (High Energy Material Research Laboratory)















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.371626 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list