CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
Post time 29-10-2014 01:42 PM | Show all posts
thank for the n3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 06:34 PM | Show all posts
poyohabis posted on 28-10-2014 09:03 PM
Baru la bgs mcm ni.. If dah berterus terang gan atikah so dah putus.. Atikah x nak cari kj tempat la ...

sabar yer. kita selesaikan satu2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 06:36 PM | Show all posts
cegitu posted on 28-10-2014 10:47 PM
Terima kasih TT....

sama2... sakura dah update. boleh sambung bce
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 06:38 PM | Show all posts
moon2103 posted on 29-10-2014 11:54 AM
happy reading tq..

tq sebab sudi singgah thread sendu mendu ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 06:40 PM | Show all posts
fatimz posted on 29-10-2014 01:42 PM
thank for the n3....

you are welcome. tq sebab sudi singgah dan bce cerita ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 06:43 PM | Show all posts
Zizie dan Haikal memandang Umairah dengan mata yang sedikit membesar. Wajah serba salah Umairah ditatapnya dengan rasa aneh. Pelik! Itulah yang berlegar diminda mereka saat ini. kenapa Umairah membawa Ifran dalam berjumpaan mereka bertiga.

“ sorry aku lambat...” tutur Umairah sambil menarik kerusi direstoren dengan riak bersalah. Ifran disebelahnya duduk tanpa dijemput.

“its okey... kami pun baru sampai. Tak order apa-apa pon lagi.” jelas Zizie sekaligus mahu menghilangkan rasa bersalah yang mula bertapak dihati Umairah. Wajah Ifran dan Umairah ditatap silih berganti. Timbul tanda tanya dihati Zizie tentang kondisi hubungan Ifran dan Umairah kini.

“ aku mengganggu korang ke?” tegur Ifran perlahan apabila riak Zizie dan Haikal seperti kurang senang dengan kehadirannya. Cepat-cepat kedua insan itu menggeleng kepala mereka menolak tekaan Ifran yang sememangnya tepat.

“ tak adalah! Why not kau sertai perjumpaan kami, kau kan suami Mai.” Balas Zizie lembut. Dia sekadar tersenyum mesra kepada Ifran agar jejaka itu tidak terasa diasingkan diantara mereka.

Haikal yang duduk setentang dengan Ifran hanya mampu menjeling geram kearah jejaka itu, kurang senang melihat wajah Ifran yang acap kali menyibuk dalam pertemuaanya dan Umairah. Sangkanya hanya Umairah yang datang untuk memeriahkan perjumpaan pertama mereka bersama Zizie selepas tamat pengajian, rupanya lelaki ini pun hadir tanpa dijemput. Memang dasar tak malu!

“ ooo ingatkan tak boleh. Haikal jeling aku semacam jer, was-was aku dibuatnya.” Sela Ifran selamba, sempat menembak Haikal yang masih mempamerkan wajah mencuka.

Haikal hanya tersenyum kelat, sedar dirinya tiada kuasa dalam menghalang Ifran dari merosakkan temujanji mereka bertiga.

“ tak ada apa-apa la If... kalau Mai jemput kau maksudnya kitorang pun jemput kau la datang sini. Kau sekarang apa cerita? Kerja dekat mana?” Zizie sekadar berbasa basi.

Umairah yang duduk disebelah Ifran sekadar menadah telinga mendengar sesi wawancara Zizie dan Ifran.

“aku kerja dengan ayah aku... syarikat produk kicap.” Jelas Ifran ringkas. Zizie membulatkan bibirnya tanda mengerti dengan penerangan jejaka itu. sememangnya dia sudah mengetahui keluarga Ifran mempunyai sebuah syarikat penghasilan kicap yang agak besar.

“ dengar cerita Tikah kerja dengan kau? Betul ke?” soal Zizie lagi. Ifran sekadar mengangguk kecil. Mengiakan pertanyaan Zizie padanya.

“ ooo... kalau macam tu nanti kirim salam aku dekat dia. aku tak jumpa pon dia lagi lepas habis belajar. Rindu pulak dekat minah tu.” Pesan Zizie dengan senyuman nipis. Sekali lagi kepala Ifran menggangguk kecil dengan permintaan mudah daripada Zizie.

“ kakak, abang nak makan apa?” tegur pelayan yang kini terpacak disisi meja dekat dengan Haikal.

“ bagi kami nasi putih 4 pinggan, tomyam campur 2 mangkuk, telur dadar dan siakap 3 rasa.” Putus Haikal setelah mereka berempat mencapai kata sepakat.

“ sambal belacan sekali yer dik.” Pinta Umairah pula.

“ Minum?” soal pelayan yang berusia belasan tahun itu.

“ satu jug jus oren.” Sambung Haikal. Setelah selesai menyalin segala pesanan, pelayan itu segera ke dapur restoren itu untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Suasana antara Umairah, Ifran, Zizie dan Haikal sunyi sepi. Masing-masing ketandusan idea untuk berbual memandangkan kehadiran Ifran dalam temujanji mereka saat ini.

“ kau bila lagi naik pelamin dengan Rashid tu Zie?” soal Haikal perlahan sekaligus cuba mengusir rasa canggung antara mereka berempat. Selain itu dia juga sememangnya mahu mengorek cerita dari temannya yang sudah lebih setahun tidak ditemui.

Riak wajah Zizie berubah, begitu juga Umairah. Hanya Haikal dan Ifran yang tidak mengerti dengan reaksi kurang senang yang dipamerkan oleh kedua wanita itu.

“ kami dah putus.” Jawab Zizie seselamba yang mungkin. Meski pun timbul rasa sedih jauh disudut hatinya, namun dia sudah dapat menerima perpisahan yang berlaku antaranya dan kekasih kira-kira 6 bulan yang lalu. Rashid lelaki yang dicintainya itu tegar meninggalkannya demi wanita yang baru dikenali dan kini mereka dalam proses perkahwinan.

Haikal gamam sekejap. Timbul rasa simpati dan bersalah didalam hatinya.

“ ooo... sorry aku tak tahu pun.” Jawab Haikal serba salah. Zizie sekadar tersenyum, dia tidak ambil hati. Haikal tidak melakukan sebarang kesilapan pon padanya, jadi dia tiada sebab untuk marah. Tentang masalah peribadinya, biarlah dia sendiri yang selesaikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2014 06:50 PM | Show all posts
Setelah hampir 10 minit bersembang, makanan yang dipesan telah pon tiba. Ifran, Umairah, Zizie dan Haikal mula menjamah makanan tengahari yang terhidang. Umairah menarik mangkuk kecil yang berisi sambal belacan dekat dengannya, sudah lama rasanya tak makan pedas. Al maklumlah perutnya cukup sensitif dengan rasa pedas.

“ jangan makan sambal belacan...” tegur Ifran seraya mengalih mangkuk kecil berisi sambal belacan jauh dari Umairah. Kata-kata Ifran yang kedengaran agak tegas itu mengundang tanda tanya dihati Haikal dan Zizie. Masing-masing mula memasang mata melihat aura pergaduhan yang kelihatan mula berputik diantara Ifran dan Umairah.

“ laa kenapa pulak... Mai kan yang pesan tadi, kenapa tak boleh makan pulak.” Sela Umairah kurang senang. Dia cuba merampas bekas berisi sambal belacan yang masih lagi dipegang Ifran, namun tak berjaya. Panjang tangan mereka jelas berbeza!

“ tak boleh! Mai kan ada gastrik. Mana boleh makan pedas-pedas.” Jelas Ifran lebih tegas. Tidak mahu memberi ruang dan peluang kepada Umairah daripada cuba menarik simpatinya. Umairah tarik wajah mencuka. Tidak suka sikap Ifran yang pandai-pandai mengatur hidupnya.

“ ala... bukan pedas mana pon. Mai ambil sikit jer nanti. Bagilah sambal tu.” Minta Umairah lagi.

Haikal dan Zizie hanya memandang gaduh-gaduh manja antara Umairah dan Ifran. Zizie hanya tersenyum kecil manakala Haikal tayang wajah geram! Sakit mata pula dia melihat kemesraan yang ditonjolkan pasangan ini. nampak macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang berkasih sayang. Perasaan cemburu mula meluap-luap di dalam hatinya, kali ini kemesraan mereka kelihatan lebih normal, tidak nampak seperti dibuat-buat.

“ no! Nanti kena gastik lagi macam mana?” soal Ifran demi menyedarkan Umairah. Dia buat semua ini untuk kesihatan Umairah juga, dia tak sanggup melihat Umairah diserang gastrik gara-gara tidak menjaga pemakanannya. Cukuplah sekali Umairah pengsan didepannya kerana gastrik.

“ Mai... Ikut je la cakap Ifran tu. Nanti kalau kau kena gastrik, laki kau jugak yang susah.” Sampuk Zizie sekali gus cuba meleraikan pertelingkahan suami isteri dihadapannya. Umairah tarik muka 14. Dia akhirnya mengalah sahaja sambil menyuap mulut dengan nasi putih berlauk tomyam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 06:55 PM | Show all posts
Zizie senyum kecil, dipandang wajah Umairah didepannya yang sibuk menyapu mulut menggunakan tisu. Haikal hilang ketandas, begitu juga dengan Ifran. tinggallah mereka berdua melegakan perut yang kekenyangan.

“ yang kau tersengih-sengih daripada tadi ni kenapa? Buang tebiat?” tempelak Umairah yang dilanda rasa aneh melihat senyuman dibibir Zizie yang tak berkesudahan dari awal pertemuan mereka hingga ke sekarang.

Zizie melebarkan senyumannya. Kelakar dia melihat reaksi Umairah yang memandang pelik kearahnya.

“ cakap tak cinta tapi mesra habis korang berdua...” cetus Zizie perlahan membuatkan dahi Umairah berkerut seribu. Kurang mengerti dengan kata-kata Zizie yang tiada hujung pangkal.

“ kau cakap pasal apa ni?”

“ buat-buat tak paham pulak... kau dengan Ifranlah. Mesra bukan main, konon tak bercinta. Tapi aku tengok mengalahkan orang bercinta. Ke korang dah berbaik?” soalan dari Umairah dibalas soalan jua. Semakin rasa teruja Zizie ingin mengetahui status hubungan Ifran dan Umairah yang jelas kelihatan bahagia. Langsung tak seperti 2 tahun yang lalu dimana masing-masing galak bercakar antara satu sama lain.

Umairah ketawa kecil, cuba menutup perasan gelabah dalam diri.

“ hish kau ni... mana ada. Tadi kitorang berlakonlah. Aku dengan dia kalau depan Haikal memang selalu berlagak suami isteri paling romantik.” Tingkah Umairah yakin agar Zizie tidak salah mengerti dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh Ifran dan dirinya sebentar tadi. Memang Ifran begitu, kalau didepan Haikal selalu sahaja lelaki itu memanggilnya sayang dan cuba bermanja-manja dengannya. Tapi dia tahu itu semua lakonan sahaja. Tak lebih daripada itu.

“ no no no Mai... yang bersayang abang semua tu memang aku tahu korang berlakon. Tapi cara dia layan kau, cara dia pandang kau dan cara dia jaga kau memang terserlah yang dia sayangkan kau. He loves you! Aku yakin dengan apa yang aku lihat. Kau pon sama. Cara kau bereaksi dengan dia pon boleh nampak yang kau sayangkan dia. betulkan?” duga Zizie mula serius dengan kata-kata sendiri. Melihat cara Umairah dan Ifran berinteraksi seketika tadi buat dirinya yakin bahawa perkahwinan temannya ini masih boleh diselamatkan.

“ tak adalah Zie... dia tu memang pandai berlakon.” Tolak Umairah tenang. Namun, kata-kata Zizie itu sedikit sebanyak membuatkan jiwanya bergetar. Alangkah indahnya kalau Ifran betul-betul mencintainya seperti yang dituduh Zizie.

“ jangan tipu aku la Mai... mungkin aku salah tentang perasaan Ifran pada kau tapi aku yakin yang kau sayangkan dia. aku dah kenal kau lama Mai, dari tahun pertama kita di Universiti sampai sekarang. Aku pun bukan tak pernah ada pengalaman bercinta jadi aku yakin yang kau sayangkan dia. cara kau renung dia pon dah boleh nampak cahaya cinta tu.” Jelas Zizie lembut cukup menyentuh sanubari Umairah yang kelihatan termenung kosong kearah gelasnya yang masih berisi jus oren.

“ memang aku sayangkan dia tapi aku bertepuk sebelah tangan jer.”

“ aku pasti dia pon sayangkan kau la Mai... kalau tak, tak adanya dia nak mengikut kau datang jumpa aku dan Haikal. Gaya dia ambil berat pasal kau tadi pon dah boleh baca perasaan dia terhadap kau macam mana.” Umairah mengeluh kecil. Kata-kata Zizie yang cukup berkeyakinan itu buat jiwanya mula menaruh harapan kembali. Lagi-lagi mengenangkan layanan Ifran yang cukup baik padanya dua tiga menjak ini. Namun semua itu tidak lama, dia tidak mahu kenangan 3 tahun lalu berulang kembali. Dia tak mahu terlalu cepat perasan sedangkan Ifran tidak pernah berkata apa-apa.

“ kau tak nak berusaha ke selamatkan perkahwinan korang?” soal Zizie apabila melihat Umairah diam sahaja.

Umairah angkat wajahnya yang setia menunduk lalu dipanah anak matanya kearah Zizie. Persoalan Zizie kepadanya buat lidahnya kelu tanpa bicara.

“ nak selamatkan macam mana?” balas Umairah dengan riak tidak yakin.

“ luahkan perasaan kau pada dia dan berhenti berfikir tentang penceraian.”

“tak masuk akallah Zie... dia tu terang-terang masih bercinta dengan Tikah dan bencikan aku sebab menjadi pemusnah hubungan diorang berdua. Kalau aku luahkan perasaan, buat jadi bahan gelak dia adalah.”

“ bencikan kau? Kalau dia bencikan kau Mai tak adanya dia jaga pemakanan kau macam tadi tu... silap-silap nak pandang kau pon dia tak mahu. Kau dah lupa macam mana dia layan kau masa awal korang kahwin dulu? Yang tu baru kita panggil benci. Sekarang ni aku tak nampak langsung dia bencikan kau. Sayang tu adalah! Pasal Tikah... macam mana kau boleh yakin sangat diorang masih bercinta? Aku tak rasa Tikah akan terima Ifran selagi Ifran tu jadi laki kau.” Panjang lebar Zizie berkata demi mematahkan hujah Umairah.

“ dulu dia pernah tinggalkan aku semata-mata nak berjumpa Tikah... tak cukup ke kenyataan itu membuktikan dia masih sayangkan Tikah.” Umairah mula mengungkit kisah kejadian di Tesco beberapa bulan yang lalu. Mengingatkan kenangan itu sahaja buat hatinya terbakar menahan rasa cemburu.

“ dulu tu bila?”

“ adalah dalam 2 bulan yang lepas...”

“ 2 bulan lepas? Hei Mai... tu cerita lamalah. Dalam 2 bulan tu macam-macam boleh berlaku dalam hati Ifran tu. Lepas pada tu ada lagi ke diorang keluar berdua?”

“mestilah ada... diorang tu kan kerja satu syarikat. Hari-hari kot jumpa.” Pintas Umairah cepat.

“ jumpa dekat tempat kerja lain dengan jumpa dekat luar Mai... dekat tempat kerja mestilah diorang profesional. Takkan nak mengedik bercinta pulak.” Sangkal Zizie penuh keyakinan. Umairah diam sejenak. Dia pandang wajah Zizie yang turut merenung kearahnya.

“ manalah kita tahu kot-kot diorang bercinta dekat tempat kerja.”

“ jadi... kau tak pastilah yang diorang bercinta atau tidak.”tembak Zizie sekaligus memberi harapan baru kepada Umairah.

“beginilah Mai... kalau kau betul sayangkan dia, sayangkan perkahwinan korang apa kata kau berkorban sikit rasa malu dan sikap ego kau tu. Tak rugi pun kau luahkan perasaan pada dia... Ifran tu bukan orang lain pon, suami kau jugak. Sekurang-kurangnya kau dah berusaha selamatkan perkahwinan korang daripada duduk berserah jer.” Nasihat Zizie sambil menggenggam erat jemari Umairah agar nasihat itu sampai ke dasar hati wanita itu. Wajah berkerut Umairah dipandang dengan senyuman nipis. Dia yakin dengan firasatnya, hubungan Ifran dan Umairah masih ada harapan untuk diselamatkan. Tetapi semua itu perlukan pengorbanan bukannya datang bergolek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mai... betul kata zizie tu... cuba buang ego tu... he's ur husband ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:04 AM | Show all posts
pagi 2 dah ada n3 bestnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:10 AM | Show all posts
best2...smbg lg...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:55 AM | Show all posts
hai adikku syg...bila nak kuar buku citer nih? akak tggu bukulah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 10:48 AM | Show all posts
klu free...letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:02 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-10-2014 07:23 PM
mai... betul kata zizie tu... cuba buang ego tu... he's ur husband ok

tq zamzam sbb sudi bce cerita ni... mohon smbg bce kisah mereka yg seterusnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:03 PM | Show all posts
cegitu posted on 29-10-2014 08:46 PM
Nak lagiiiii

kejap lagi sakura smbung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2014 08:04 PM | Show all posts
fatimz posted on 30-10-2014 09:04 AM
pagi 2 dah ada n3 bestnya....

sakura nak update kisah yg seterusnya. harap2 fatimz terhibur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:05 PM | Show all posts
mai6 posted on 30-10-2014 10:10 AM
best2...smbg lg...

kejap g sakura update... tq sebab sudi singgah dan bce cerita sendu mendu ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:07 PM | Show all posts
sellie003 posted on 30-10-2014 10:55 AM
hai adikku syg...bila nak kuar buku citer nih? akak tggu bukulah ye...

hai kaka sellie.. lame x borak. mohon kaka sellie tak minta perkara yg mustahil dri sakura. cerita ini terlalu sendu untuk dibukukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:07 PM | Show all posts
shahrinas posted on 2-11-2014 10:48 AM
klu free...letak n3 lagi k...

sakura dh update... selamat membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.493984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list