CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 2-11-2014 08:12 PM | Show all posts
Ifran menyandar badannya yang tinggi lampai itu pada dinding dekat dengan tandas lelaki. Dia sebenarnya sedang menanti Haikal kerana ingin membincangkan sesuatu perkara yang mustahak dengan lelaki itu. tak sampai 5 minit muncul Haikal yang sedang mengelap jemarinya dengan tisu yang diambil dalam tandas itu tadi.

“ Haikal...” Sergah Ifran sekaligus mahu menyedarkan lelaki itu tentang kewujudannya di tepi tandas itu. Haikal yang baru sahaja membuka langkah untuk ke meja makan mereka berempat menghentikan langkah. Berkerut dahinya apabila melihat suami Umairah tetiba sahaja muncul dan memanggilnya.

“ kenapa?” soal Haikal aneh. Namun dia yakin pasti ada sesuatu yang penting ingin diperkatakan Ifran kepadanya. Kalau tak, pasti jejaka itu tidak akan melangut didepan tandas untuk bercakap dengannya.

“ aku ada hal penting nak cakap dengan kau... jom kita ke sana sekejap...” ajak Ifran sambil menunjukkan kearah satu ruang yang dikhaskan untuk perokok untuk merokok. Haikal setuju sahaja tanpa banyak soal. Dia pasti perbualan yang bakal mereka bincangkan sebentar lagi ada kaitan dengan Umairah.

“ apa dia?” tanpa tunggu lama terus Haikal menyoal Ifran yang kini tegak dihadapannya.

“ aku nak kau berhenti mengacau hidup Umairah lepas ni...” arah Ifran tegas. Wajahnya menatap serius kearah Haikal agar lelaki itu mengikut kemahuannya. Haikal senyum sinis, seakan tidak peduli dengan kata-kata Ifran padanya.

“ kenapa? Salah ke aku cuba menambat hatinya.”

“ mestilah salah! Dia isteri aku. Aku tak suka orang lain kacau isteri aku. Aku rasa kau pun mesti faham perasaan tu.”

“ memang dia isteri kau tapi hubungan korang tak akan lama... korang dalam proses bercerai. Aku bukan bodoh mudah tertipu dengan lakonan korang yang berlagak bahagia didepan aku selama ni. Aku tahu korang belum berbaik dan kau masih lagi bersama dengan kekasih kau tu kan. So, tak ada sebab kau nak halang aku dari mendapatkan cinta Umairah sedangkan kau sendiri dah ada kekasih lain dekat luar.” Sela Haikal cukup yakin. Dipandang tepat anak mata Ifran yang kelihatan kurang senang dengan jawapannya.

“ aku akui memang kitorang berlakon bahagia depan kau dan memang aku dengan dia belum berbaik. Tapi aku dah bertekad untuk jadikan Umairah isteri aku selagi aku masih bernafas diatas muka bumi ini. aku cintakan dia, dan aku nak selamatkan perkahwinan kami.” Jelas Ifran menerangkan duduk perkara sebenar.

Haikal yang menadah telinga tersentak. Berdebar-debar jantungnya mendengar jawapan Ifran yang kedengaran ikhlas dan jujur.

“ nonsense! So, macam mana dengan kekasih kau tu?” soal Haikal dengan perasaan yang semakin berkecamuk. Terasa impiannya untuk menggapai cinta Umairah kian menjauh.

“ aku dah putus sepenuhnya dengan dia... aku dah beritahu dia perasaan sebenar aku terhadap Umairah dan dia mengerti. Memang selama ini pun dia tak pernah terima aku selepas aku dah berkahwin dengan Umairah.” Haikal merengus perlahan. Perasaannya jadi sakit mendengar penjelasan Ifran yang kedengaran begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan Umairah sebagai isterinya yang sebenar.

“ jadi aku harap kau faham perasaan aku dan berhenti kacau Umairah...” Minta Ifran kemudiannya.

Haikal yang sedang menimbang segala bait bicara Ifran menjeling geram kearah lelaki itu.

“ kenapa aku mesti mengalah hanya kerana perasaan kau yang dah berubah terhadap Umairah. Kau sahaja yang cintakan dia, tak semestinya Umairah pun cintakan kau. Aku hanya akan berhenti merebut cinta dia kalau dia betul-betul sukakan kau.” Tempelak Haikal seraya meninggalkan Ifran sendiri didalam ruang merokok itu. dia mahu segera menemui Umairah dan Zizie seterusnya menghentikan perbualan antaranya dan Ifran. permintaan Ifran yang agak melampau itu sedikit sebanyak membuatkan jiwanya menggerutu sendiri. Dia tidak akan mengikut kemahuan Ifran sedangkan semudah itu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2014 08:18 PM | Show all posts
Setelah hampir dua jam meluangkan masa bersama, akhirnya mereka berempat mula berpisah demi meneruskan tanggungjawab masing-masing. Umairah membenamkan badannya dalam kereta milik Ifran selepas bersalam-salaman dengan Zizie. Suasana bisu menyelubungi antara Ifran dan Umairah meski pun hampir 5 minit pemanduan dijalankan. Masing-masing ligat dengan pemikiran sendiri. Tanpa diduga Ifran tiba-tiba sahaja menghentikan keretanya dibahu jalan. Tingkah jejaka itu mendatangkan rasa aneh dihati Umairah.

“ kenapa kau tetiba je berhenti?” soal Umairah dengan dahi yang mula berlapis-lapis. Wajah Ifran yang kelihatan agak berserabut dipandang dengan rasa ingin tahu. Timbul rasa risau didalam pelipat hatinya melihat kondisi Ifran yang berubah rentak dengan tiba-tiba.

“ aku tak boleh nak drive! Hilang fokus permanduan.” Tutur Ifran perlahan sambil meraup wajahnya agar dirinya lebih tenang.

Umairah menambahkan kerutan didahi, makin risau hatinya melihat keadaan Ifran sebegitu. Pantas jemarinya menyapu pada dahi Ifran, mungkin Ifran tidak sihat!

“ kau tak sihat ke? Kalau macam tu biar aku yang drive...” tawar Umairah sambil tangannya meraba dahi Ifran.

Ifran hanya mengeluh kecil, jemari Umairah yang menyentuh dahinya dicapai dan digenggam erat.

Umairah telan liur yang terasa kesat dikerongkong, perbuatan Ifran saat ini buat jiwanya jadi tidak tenteram, jantungnya berdegup kencang seakan-akan mahu terkeluar dari dadanya.

“bukan itu maksud aku... maksud aku sekarang adalah...” kata-kata Ifran tergantung tanpa bersambung buat Umairah semakin tertanya-tanya. Riak Ifran yang kelihatan tidak tenteram dipandang lama.

“ maksud kau apa?” soal Umairah setelah diam untuk beberapa detik. Wajah Ifran yang hanya menunduk dihadapannya dipandang dalam-dalam. Tak pernah dia melihat reaksi Ifran yang sebegini. Biasanya lelaki ini sentiasa kelihatan yakin dan bersahaja.

Bukannya seperti sekarang! Ifran tarik nafas dalam-dalam. Cuba menyalurkan sumber keberanian dan kekuatan dalam diri. Dia perlu berani, dia perlu kuat untuk menyatakan isi hatinya kepada Umairah. Sampai bila dia dan Umairah perlu main tarik tali. Dia tak nak kehilangan Umairah buat kali kedua. Lagi-lagi apabila melihat Haikal yang jelas cuba mengganggu gugat rumah tangganya.

“ sampai bila kita nak hidup macam ni Mai?” soal Ifran ringkas. Matanya menatap lama kedalam anak mata Umairah yang kelihatan terkedu dengan pertanyaannya.

Umairah telan liur berkali-kali, sesak nafasnya dengan kata-kata Ifran yang mendadak itu. muncul pelbagai andaian yang bermain dimindanya waktu ini. adakah Ifran mahu mengakhiri hubungan antara mereka?

“ apa maksud kau?” teragak-agak soalan itu muncul dari bibir Umairah. Rasa sebak sudah mula merantai seisi hatinya, dia seakan-akan dapat meneka kata-kata Ifran yang seterusnya. Nak tak nak dia terpaksa redha dengan perpisahan yang bakal terjadi antara mereka.

“ jangan buat-buat tak faham Mai... kau tahukan apa yang berlaku antara kita dan kau sedarkan perubahan yang melanda hubungan kita sekarang. Hubungan kita dah tak macam dulu lagi, hubungan kita dah banyak berubah. Aku yakin kau pun sama-sama merasa apa yang aku rasa sekarang ni.” Luah Ifran masih berteka teki.

Lidah Umairah kelu untuk terus berbicara, dia makin tidak mengerti dengan bait-bait bicara Ifran dihadapannya saat ini.

melihat respon bisu dari Umairah buat Ifran mengeluh kecil. Dia sedar teknik dan taktik ini tak akan berjaya untuk Umairah! Umairah seorang yang sangat lembab dalam bab-bab hati dan perasaan dan ayat berbunga mahu pun bahasa kiasan seperti ini tak akan mampu membuatkan Umairah mengerti.

“ kita bina hidup baru, kita jadikan hubungan kita dalam erti kata suami isteri yang sebenar. Bukan yang tertulis diatas kertas sahaja.” Cadang Ifran akhirnya.

Umairah terkedu sekejap, buntang matanya dengan permintaan Ifran yang mendadak itu. seingatnya ini kali kedua Ifran berkata begitu dan kali ini dengan nada yang lebih serius dan dalam keadaannya yang sedar. Umairah menundukkan wajahnya, dia perlukan ruang untuk berfikir dengan lebih jelas, dia tak mahu tersalah faham dengan bicara Ifran yang mungkin ada maksud lain tersembunyi.

Ifran tarik kedua jemari Umairah dan digenggam erat jari jemari wanita itu. perlahan-lahan jemari itu dibawa kebibirnya dan dicium lembut. Umairah yang agak terkejut dengan tindakan berani Ifran hanya mampu memandang tingkah suaminya dengan pelbagai perasaan.

“ aku cintakan kau Mai... sangat-sangat sayangkan kau dan aku nak bina hidup baru dengan kau. Please sayang, kita hargai hubungan kita sekarang ni.” Minta Ifran lembut dengan mata yang menikam tepat kedalam anak mata Umairah.

“ kau bergu...”

“ tak... aku tak bergurau! Aku serius dengan kata-kata aku sekarang ni. Aku cintakan kau! Aku sayangkan kau dan aku nak hidup dengan kau sampai ke akhir hayat aku.” Potong Ifran tegas seolah-olah dapat membaca persoalan dari Umairah.

Ketegasan Ifran buat Umairah ketap bibir sendiri, perasaannya gembira namun dalam masa sama kurang berkeyakinan. Mungkin kerana dia tidak sangka Ifran akan berkata sedemikian.

“ Atikah macam mana?” Tanya Umairah kemudiannya. Dia sebolehnya tidak mahu terlalu cepat bergembira. Silap hari bulan hatinya yang akan terlebih merana nanti.

“ aku dan dia dah tiada apa-apa... completely finish! Lagi pun kami memang tak pernah ada apa-apa pon lepas kita berkahwin. Hanya aku yang kejar dia, tapi dia selalu tolak cinta aku. Dan sekarang aku dah sedar yang aku cintakan kau, bukan pada dia. trust me darling! I really love you, love you very much!” ucap Ifran tak berhenti-henti. Dia tak akan puas menyatakan cintanya terhadap Umairah sehinggalah gadis itu yakin dengan isi hatinya.

Umairah tatap lama wajah Ifran, dia mahu mencari sinar keikhlasan dan kejujuran diwajah kacak itu.

“ betul?” dengan suara yang separuh bergetar Umairah cuba mendapatkan kepastian.

“ betul! Aku sanggup bersumpah dengan nama Allah S.W.T.” tambah Ifran cukup yakin.

Umairah ketap bibirnya kuat-kuat. Ya Allah... serunya dalam hati. Bertapa dia tidak sangka ini boleh terjadi dalam hubungannya dan Ifran. sangkanya hanya dia yang menyimpan perasaan sendiri tetapi kini Ifran sudah membalas cintanya. Dia tak minta lebih dari itu, cukup la jejaka ini mencintainya seperti mana dia mencintai lelaki itu. Umairah segera menundukkan wajahnya lalu disalam tangan Ifran.

“ terima kasih If! Aku pun sayangkan kau.” Balas Umairah dengan air mata yang sudah merembes keluar. Air mata kegembiraan! Dia ingatkan Ifran ingin menceraikannya sebentar tadi rupanya tekaan jauh meleset.
Ifran dan dia memiliki perasaan yang sama.

Ifran mengeluh lega, tak henti-henti kalimat alhamdullilah bertali arus didalam hatinya. Bertapa dia bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan padanya buat masa ini. tanpa tunggu lama badan Umairah yang masih lagi menunduk dihadapannya ditarik perlahan kepelukan. Untuk kali ini, akan dia hargai cinta antaranya dan Umairah dan akan pastikan cinta antara mereka akan berkekalan buat selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 08:25 PM | Show all posts
Umairah memotong satu persatu bawang-bawang yang bakal digunakan dalam masakannya sebentar lagi. bibirnya menyanyi riang, gembira mengenangkan cinta antara dia dan Ifran sudah pun terpaut erat. Siapa sangka rumah tangganya yang seakan pecah menanti belah itu akhirnya kembali kukuh berdiri. Syukur! Itu semua nikmat pemberian yang tak terhingga dari Allah kepada dia dan Ifran.

“ hai happy nampak... siap menyanyi-nyanyi lagi... tak nak kongsi cerita ke?” usik Ifran.

Umairah yang ralit dengan bawang-bawangnya terperanjat kecil, dilontarkan senyuman mesra kearah Ifran yang kini berdiri rapat disebelahnya.

“ mana ada happy... biasa-biasa jer.” Tingkah Umairah dengan senyuman yang masih berbunga. Dia sedar, semenjak peristiwa didalam kereta tengahari tadi sehingga sekarang bibirnya seolah-olah tidak pandai lagi menghentikan senyuman. Dia rasa ingin senyum memanjang. Terlampau gembira agaknya!

Ifran tersengih, dia tahu malah dia gembira melihat riak bahagia yang terukir diwajah Umairah saat ini. dia pun sama seperti Umairah yang terlalu gembira dengan perubahan hubungan mereka.

“ kau masak apa malam ni? Nampak sedap je.”

“ Mai masak simple jer malam ni. Sambal Udang dan sayur goreng sahaja. Abang tak kisahkan. Ke abang nak makan benda lain?” soal Umairah kemudiannya. Sempat matanya mengerling kearah Ifran sebelum dia kembali fokus pada masakannya. Ifran yang berdiri disebelahnya kelihatan tercengang! Jejaka itu seperti terkejut dengan bicaranya.

“ kenapa abang macam terkejut jer? Tak suka ke?”

“ Mai cakap apa? Cuba ulang balik...” minta Ifran masih terkedu memandang kearah Umairah. Umairah mengerutkan dahinya, naik pelik dia melihat tingkah Ifran petang ini.

“ Mai cakap Mai masak sambal udang...”

“ bukan yang tu... apa kau panggil aku... abang?” tingkah Ifran dengan rasa tidak percaya. Umairah tarik nafas panjang, tangannya menghentikan segala aktiviti masak memasak. Dipandang wajah Ifran yang masih terpegun dengan bahasa yang digunakan saat ini.

“ Iye la... dah cakap nak jadi suami isteri yang sebenar. Takkan nak berkau aku lagi. ke abang tak suka? Kalau tak suka Mai ubah balik bahasa yang Mai guna.” Umairah membalas perlahan. Wajah Ifran ditatap lama, dia menanti keputusan suaminya itu. Ifran tersenyum lebar, makin seronok hatinya dengan perubahan baru dialami.

“ mestilah abang suka... takkan la tak suka orang kita sayang panggil kita abang. Rasa mesra sangat bila Mai panggil abang, abang.” Tutur Ifran dengan nada girang. Umairah tumpang tersenyum gembira. malu-malu pula rasanya dengan perkembangan positif antara mereka. Ifran mendekatkan tubuhnya kepada Umairah, cuba untuk mencapai tubuh Umairah lalu dibawa kepelukkannya.

“ eh... eh.. eh apa ni... no physical contact!” arah Umairah seraya menjarakkan dirinya daripada Ifran. raut wajah Ifran terus berubah dengan kata-kata Umairah yang cukup selamba itu.

“ kenapa pulak... kitakan suami isteri. Bukan berdosa pon kalau abang pegang sayang. Dapat pahala lagilah!”

“ yang tu Mai tahu tapi untuk masa ni Mai nak kita mulakan hubungan kita dari bawah. Kita bercinta macam pasangan lain yang belum berkahwin. Kita kenal hati budi dulu, lepas dah yakin dengan perasaan masing-masing baru kita naik level yang lebih tinggi.” Tegas Umairah menyatakan pendapatnya.

Ifran mengerutkan dahinya, makin aneh dengan permintaan tidak masuk akal daripada Umairah.

“ kenapa pulak macam tu?”

“ Mai tak nak kita menyesal lepas ni... manalah tahu tiba-tiba buatnya kita ni tak serasi, tak ngam sekurang-kurangnya kita boleh undur kembali hubungan kita.”

“ Mai tak yakin dengan cinta abang ke?” suara Ifran sudah mula berubah rentak. Kurang senang dengan cara Umairah berfikir tentang hubungan mereka. Apa Umairah fikir selemah itu cintanya.

Umairah telan liur satu persatu... berfikir dengan lebih waras cara membalas persoalan daripada Ifran.

“ bukan itu yang Mai maksudkan... Mai Cuma takut kalau ada sikap atau pun perangai Mai yang abang bakal tahu lepas ni akan membuatkan cinta abang pada Mai berkurang. Manalah tahukan... lagi pun semua ni sementara je bang... bila kita dah yakin kekuatan cinta kita, barulah kita bergerak ke peringkat seterusnya. Anggaplah kita dalam fasa bertunang sekarang.” Jelas Umairah akhirnya.

Ifran mengeluh kecil. Wajah tenang Umairah dihadapannya dipandang dalam-dalam.

“ tak mungkinlah semua tu Mai... abang dah kenal Mai lama... sebelum kita berkahwin pon kita dah berkawan rapat... sekarang kita dah berkahwin hampir 2 tahun, kita tinggal bersama pun sudah lebih 4 bulan. Kalau abang ada tak puas hati dengan mana-mana sikap Mai, abang tak akan luahkan perasaan abang pada Mai dan mungkin abang tak akan jatuh cinta pun pada Mai.” Bantah Ifran sekaligus cuba mematahkan hujah-hujah Umairah yang kedengaran tidak munasabah dihalwa telinganya.

Umairah diam sekali lagi, memikirkan cara yang terbaik untuk memujuk suaminya dalam mengikut rancangannya ini.

“ ke sebab Mai sendiri yang tak pasti perasaan Mai macam mana?” tuduh Ifran tidak lama selepas itu.

Umairah yang tekun mencari idea untuk membalas kata-kata Ifran berubah riak. Terbit rasa kecewa dalam hatinya dengan tuduhan melulu Ifran padannya.

“ maksud abang?” Umairah menaikkan nada suaranya. Rasa sakit hati mula bercambah didalam sanubari. Matanya merenung tepat sinar mata Ifran yang kelihatan menayang wajah bersahaja.

“ iye la... manalah tahu Mai terima abang sebab nak sakitkan hati musuh Mai.” Tempelak Ifran selamba.

Umairah merengus perlahan. Sebak perasaannya dengan kata-kata Ifran yang tidak berasas itu. sumpah! Dalam hatinya langsung tidak terniat untuk menerima cinta Ifran kerana Atikah. dia terima Ifran kerana dia cintakan Ifran! itu sahaja alasannya.

“ see... kan Mai dah kata, kita belum kenal lagi hati dan perasaan masing-masing. Abang sendiri tak yakin cinta Mai terhadap abang. Kalau Mai jelaskan perasaan Mai sekarang pon, mesti abang akan pertikaikan jugak. Sebab abang ada pendapat abang tentang diri Mai. Sebab tu Mai nak kita bagi ruang antara satu sama lain. Kenal hati budi terlebih dahulu, mungkin dengan cara ini abang boleh yakinkan hati abang kenapa Mai terima cinta abang dan Mai juga boleh yakin yang cinta abang memang untuk Mai sahaja.” Ulas Umairah panjang lebar. Perasaan kecewa dengan tuduhan Ifran sebentar tadi ditolak jauh-jauh, dia tahu Ifran belum yakin sepenuhnya dengan cintanya sama seperti dia yang masih ragu-ragu dengan cinta Ifran. mereka perlukan masa untuk mengukuhkan perasaan cinta antara satu sama lain.

“ jadi betul ke Mai terima abang sebab Atikah?” jawapan tergantung daripada Umairah buat hati Ifran dipalu rasa ingin tahu. Dia tak akan tenang selagi jawapan yang betul tidak didengari dari mulut Umairah.

“ itu abang perlu cari sendirilah jawapannya...”

“ yup... memang abang akan cari sendiri jawapannya tapi sekarang abang nak dengar sendiri dari mulut Mai. Betul atau tidak Atikah merupakan salah satu sebab Mai terima cinta abang? Tolong jawab soalan abang dengan jujur.” Pinta Ifran tegas. Tangannya menggenggam erat kedua belah bahu Umairah supaya wanita itu berdepan dengannya secara tepat.

Umairah mengeluh kecil. Dipandang wajah Ifran dengan rasa terkilan.

“ teruk tau abang ni.. sampai hati tuduh Mai macam tu. Mestilah Mai terima abang sebab Mai sayangkan abang. Tak ada sekelumit pon niat dalam hati Mai terima cinta abang sebab Tikah. Tak ada langsung!” luah Umairah geram. Bibirnya dicebikkan menandakan rasa tidak puas hati yang menggebu didalam diri.

Ifran tersenyum penuh kelegaan, baru ringan jiwanya dengan jawapan Umairah itu tadi. Dia yakin dengan kejujuran isterinya itu, sebab dia tahu cahaya cinta dimata Umairah saat ini adalah ikhlas. Ianya tidak sama seperti diawal perkahwinan mereka kerana dimasa itu jelas diwajah Umairah rasa benci dan dendam yang begitu menggunung.

“ thank darling! Maafkan abang sebab tuduh Mai macam-macam tadi. Pasal rancangan Mai ni abang boleh terima tetapi dengan syarat tempohnya hanya sebulan. Lepas sebulan dah tak ada istilah bertunang semua tu. Kita akan teruskan hubungan kita macam pasangan suami isteri yang normal.” Putus Ifran akhirnya.

Umairah tersenyum gembira. kepalanya terangguk-angguk setuju dengan pendapat Ifran. dia akan gunakan masa sebulan yang diberikan oleh Ifran sebaik mungkin. Dalam tempoh ini diakan pastikan bahawa pilihannya untuk hidup bersama Ifran adalah satu keputusan yang paling tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT kerana update N3....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 08:09 AM | Show all posts
sambung lg misssakura..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 11:57 AM | Show all posts
misssakura posted on 2-11-2014 08:07 PM
hai kaka sellie.. lame x borak. mohon kaka sellie tak minta perkara yg mustahil dri sakura. cerita ...

mukan...citer awak naik kat FB akak... tu igt dah hampir nak jadikn novel ke? Tu pasallah...huhu...

Publisher Lovenovel kan, kan, kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh abis ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:13 PM | Show all posts
sellie003 posted on 3-11-2014 11:57 AM
mukan...citer awak naik kat FB akak... tu igt dah hampir nak jadikn novel ke? Tu pasallah...huhu.. ...

ooo... mesti kak sellie pon ade dlm group tu... nasib baik tu fake fb je... kalo x kantoi id sakura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2014 08:14 PM | Show all posts
hai_has posted on 9-11-2014 05:52 PM
Dh abis ke?

blom g... nak sambung la ni. sibuk sangat dua tiga menjak ni sampai x smpat nk update citer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:15 PM | Show all posts
mai6 posted on 3-11-2014 08:09 AM
sambung lg misssakura..

jap g saye sambung... tq sudi menjengah thread ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:20 PM | Show all posts
Ifran dan Umairah beriringan masuk ke pusat beli belah. mereka sekadar datang untuk mencuci mata dan membeli barang jika perlu. Masing-masing meliarkan mata memandang segenap penjuru bangunan untuk melihat barang yang menarik perhatian.

“ abang cakap nak cari jam... tu ada kedai jam, jom la kita singgah kejap.” Cetus Umairah sambil memuncungkan bibirnya kearah kedai jam yang dimaksudkan.

Ifran sekadar mengangguk, tangannya menarik lembut jemari Umairah untuk ke kedai jam berkenaan. Sampai sahaja didalam kedai yang dipenuhi dengan jam tangan dan dinding, Ifran dan Umairah terus melihat satu persatu jam tangan yang memenuhi kotak kaca dihadapan mereka.

“ ye abang, kakak... nak cari jam apa?” soal jurujual yang berdiri tegak dihadapan Umairah dan Ifran dengan senyuman nipis. Dipandang wajah pasangan dihadapannya yang sedang ralit melihat pelbagai jenis koleksi dan jenama jam tangan.

“ kami nak tengok dulu yer...” balas Umairah sopan. Menolak bantuan jurujual yang cuba membantunya dan Ifran.

Jurujual wanita itu sekadar mengangguk kecil, membiarkan Umairah dan Ifran memikir sendiri jam yang ingin dipilih.

“ bang, jam tangan warna hitam tu cantik la. Memang sesuai sangat dengan abang.” Tutur Umairah tatkala matanya terpandang seutas jam tangan berjenama Eyki yang berwarna hitam pekat itu.

Ifran yang mendengar pendapat isterinya pantas membawa panahan mata untuk melihat jam tangan yang dimaksudkan Umairah.

“ dik, bagi kami tengok jam tu sekejap.” Pinta Ifran untuk mendapatkan jam tangan yang mula menarik minatnya.

Umairah tumpang pandang, hatinya cukup berkenan dengan jam tangan tersebut. Jam itu nampak simple, tapi cukup bergaya dimatanya.

Jurujual wanita itu lekas-lekas mengeluarkan jam tangan yang dimaksudkan Ifran dari kotak kaca yang berada dihadapannya. Dengan gerakan penuh berhati-hati jam itu diserahkan kepada pasangan dihadapannya.

“ cantikkan bang... kalau abang pakai ni mesti wajah abang kelihatan makin kacak.” Usik Umairah dengan senyuman mengusik.

Ifran ketawa kecil, ada-ada sahaja Umairah. Dicubit hidung isterinya yang kelihatan tersenyum kecil.

“ hai kalau abang makin kacak, Mai tak risau ke?” giat Ifran pula. Matanya tak lepas merenung segenap wajah cerah milik Umairah yang turut memandang kearahnya.

“ tak kuasa nak risau benda remeh temeh macam tu...” tingkah Umairah mudah. Buat-buat tak ambil peduli padahal mahu meraung seumur hidup kalau Ifran cari lain.

Ifran senyum sahaja, kelakar juga melihat reaksi Umairah yang cuba berlagak tenang.

“ dik... okey tak jam ni?” tanya Umairah kepada jurujual itu pula. Dia membuang pandang kearah jurujual yang berusia awal 20an yang kelihatan senyum simpul sedari tadi.

“ okey sangat kak... sesuai dengan boyfriend akak.”

“ she not my girlfriend.” Bantah Ifran tiba-tiba.

Berubah riak jurujual itu dengan teguran Ifran yang tiba-tiba. Umairah yang ralit dengan jam tangan yang bakal dibeli Ifran turut terkejut, sedikit berkecil hati dengan kata-kata Ifran. mula berjauh hati dengan sikap Ifran yang sanggup menidakkan dirinya.

“ she is my wife! Not girlfriend.” Tegas Ifran sekaligus buat Umairah terkedu sekali lagi. terus matanya mengerling kearah Ifran yang kelihatan cukup tenang dan yakin. Hati Umairah terasa berbunga, bahagia dan terharu dengan jawapan Ifran itu. sangkanya Ifran malu untuk mengaku tentang dia, tapi sangkaannya jauh meleset, ternyata fikirannya yang terlalu negatif.

“ ooo... sorry sorry sorry... saya ingatkan abang dan kakak ni pasangan kekasih. Kalau macam tu apa kata abang dan kakak beli jam tangan yang untuk couple punya. Yang ni memang ada untuk pasangan perempuan.” Cadang jurujual itu lembut. Tangannya menggagau sebentuk lagi jam tangan Eyki yang menjadi pasangan kepada jam tangan yang dilihat oleh Ifran dan Umairah sebelum ini.

Umairah dan Ifran meneliti segenap jam tangan berpasangan dihadapan mereka. Cantik! Itulah pendapat mereka.

“ cantik! Berapa kalau beli satu pasang macam ni?” soal Ifran pula.

Umairah jeling Ifran disebelah sebelum menepuk lembut lengan suaminya itu.

“ kalau sepasang saya boleh bagi RM 300. Dah dapat murah sikit berbanding beli satu jer. Kalau beli untuk lelaki jer, saya bagi RM 170.” Terang penjual tersebut. Sempat tangannya menekan-nekan kalkulator yang memang terletak elok diatas kotak kaca.

Ifran terangguk-angguk. Matanya sempat memandang kearah Umairah demi mendapat pandangan wanita itu.

“ tak payah beli la untuk Mai... Mai dah ada jam.” Bisik Umairah dekat dengan Ifran seolah-olah mengerti maksud pandangan lelaki itu.

“ abang nak beli jugak untuk Mai... baru kita ada barang satu pasang. Kan sweet macam tu. Baru romantik!”

“ala abang ni... membazir je kalau beli, silap-silap jam ni berkulat je dalam almari. Tak baik la macam tu.”

“ kalau Mai rasa tak baik, Mai pakailah selalu jam yang abang beli ni.” Ifran berkeras dengan keputusannya. Umairah keluh kecil, menggeleng dengan perangai tak nak kalah Ifran.

“ suka hati abang la... kalau abang nak bagi, Mai terima jer. Takkan nak tolak rezeki pula.” Akhirnya Umairah mengalah. Malas bertekak perkara kecil dengan Ifran. lagi pun memang dia ada niat untuk mencari jam tangan yang baru cuma kewangannya sahaja kadang-kadang tidak mengizinkan. Padanya, jam tangan bukanlah yang terpenting untuk dicari buat masa ini.

Ifran senyum lebar, gembira dengan persetujuan Umairah.

“ bungkus yang ni yer dik. Satu pasang.” Arah Ifran kemudiannya. Jurujual muda itu sekadar mengangguk, mengikut arahan yang diterima daripada pelanggannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:24 PM | Show all posts
Setelah hampir dua jam merayap sekitar pusat beli belah itu, Umairah dan Ifran mengambil keputusan untuk rehat sebentar dibangku kecil yang disediakan disepanjang koridor pusat beli belah itu. rasa penat mula terasa setelah puas mengelilingi sekitar pusat beli belah tersebut.

“ Mai dahaga tak? Abang nak beli cool blog dekat depan tu sekejap. Nak tak?” soal Ifran setelah tenaganya mula pulih selepas berehat beberapa minit diatas bangku yang disediakan.

“ boleh juga... abang beli ice blended chocolate yer... tak nak pearl bagai tu.” Minta Umairah perlahan. Dia masih lagi cuba mengawal penafasannya yang terasa kurang teratur kerana terlalu penat. Ifran menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

“ Mai duduk sini, abang pergi sana kejap...” arah Ifran kemudiannya. Tanpa tunggu jawapan dari Umairah, dia segera bergegas menuju ke lot yang menjual cool blog.

Umairah sekadar membuang pandang kearah Ifran yang kini sudah tiba di kaunter minuman berais itu untuk memesan minuman bagi mereka berdua.

“ Hai...” tegur satu suara yang cukup asing dipendengaran Umairah.  Umairah yang ralit memandang telefon tangannya berkalih pandang. Dilihat wajah seorang jejaka yang cukup kacak dimatanya memandang kearahnya dengan senyuman simpul.

“ boleh saya tumpang duduk dekat sini?” soal lelaki itu lagi. Umairah kerut dahinya namun tetap membenarkan jejaka tampan itu menyinggah disebelahnya. Rasanya tidak salah dia benarkan lelaki itu duduk di situ memandangkan bangku yang diduduki kini bukanlah hak milik mutlaknya.

Tanpa tunggu lama lelaki itu duduk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Umairah naik gerun, pelik dia melihat tingkah jejaka kacak disebelahnya yang tidak habis-habis mengukirkan senyuman yang cukup menyeramkan.

“aik mamat ni... betul ke tidak ni. Tersengih-sengih dari tadi. Buang tebiat ke apa senyum dekat orang yang dia tak kenal.” Umpat Umairah didalam hati. Tanpa mempedulikan lelaki muda disebelahnya itu, Umairah terus melayan telefon tangannya. Dalam hatinya berdoa agar Ifran lekas-lekas datang kepadanya.

“ saya Aliff. Awak?” tiba-tiba jejaka disebelah Umairah memperkenalkan diri. Air liur didalam tekaknya terasa kesat untuk ditelan. Umairah mula rasa tidak sedap hati. Lain macam sahaja lelaki yang bernama Aliff ini. Umairah diam tak berkutik, tak berminat untuk mengenali mana-mana manusia yang hanya dijumpai di tempat-tempat sebegini.

“ encik... kalau nak mengorat, pergi cari perempuan lain. Wanita ini isteri saya.” Sergah Ifran yang muncul secara mendadak. Naik juling matanya melihat ada lelaki terlebih tampan cuba merenyam dengan isterinya. Direnung wajah Aliff bagai ingin ditelan, cuba menyampaikan hasrat hatinya yang tidak gemar dengan perbuatan Aliff.

“ maafkan saya... saya tak ada niat pun nak memikat isteri encik... saya Cuma nak buat isteri saya dekat sana tu cepat-cepat berhenti shopping bila tengok saya dengan perempuan lain. Itu jer.” Balas Aliff sopan sambil menunjukkan kearah wanita jelita yang sedang ralit meneliti beberapa helai tudung kegemarannya. Ifran membuang pandang kearah wanita yang dimaksudkan, begitu juga Umairah.

“ yang mana satu isteri awak? Yang pakai baju merah tu ke?” spontan soalan itu muncul dari mulut Ifran. Umairah tumpang memandang, turut ingin mengenali isteri Aliff yang dikatakan gila membeli-belah sehinggakan melupakan suami sendiri.

“ a’ah... yang tu la.”

“ ooo... cantiknya.” Terpancul pujian tanpa sengaja dari mulut Ifran. Umairah kerling kearah Ifran yang ralit memandang isteri Aliff. Naik geram pula melihat reaksi jejaka itu. dah dasar lelaki, pantang tengok perempuan lawa tapi memang tak dinafikan wanita yang dikatakan isteri Aliff itu sangat cantik. Boleh jadi miss universe!

“hmmm! Pandang sikit-sikit sudah la.” Tegur Aliff kurang senang. Ifran tergelak kecil dengan amaran daripada Aliff. Cemburu barangkali apabila isterinya dipandang lelaki lain.

“ sorry... sorry bro. By the way saya Ifran dan ini isteri saya, Umairah.” Jelas Ifran kemudiannya. Kini matanya beralih semula kearah Aliff yang sedang memandang kearahnya dan Umairah silih berganti.

“ saya Aliff... isteri saya yang sedang sibuk shopping tu Shazrina.” Balas Aliff pula. Ifran dan Umairah mengangguk-angguk tanda mengerti. Sempat memuji pasangan suami isteri yang cukup padan didepan mereka. Sama kacak dan sama lawa. Memang macam pinang dibelah dua dengan tepat sekali!

“hai bang, siapa ni?” tegur Shazrina yang kini mula mencelah perbualan mereka bertiga. Ifran dan Umairah tersenyum simpul melihat reaksi penuh tanda tanya di wajah Shazirina. Jelas wanita jelita itu langsung tidak sedar dirinya menjadi tumpuan dalam perbualan mereka.

“ orang yang abang baru kenal... Shaz dah siap shopping? Ke tak puas lagi tilik tudung tu?” tingkah Aliff berbaur sindiran. Umairah dan Ifran nyaris tergelak mendengar soalan berbisa daripada Aliff. Kelakar! Shazrina senyum nipis, sedar suaminya mula panas hati melihatnya berlama-lama dikedai tudung sehingga melupakan dirinya.

“ kami pergi dululah yer...” pinta Ifran kemudiannya. Tak berminat untuk melihat pergaduhan kecil suami isteri didepannya. Ada baiknya dia dan Umairah meneruskan agenda mereka daripada mencampuri urusan suami isteri ini. Aliff sekadar mengangguk, menghantar pemergian Ifran dan Umairah dengan pandangan mata sebelum menyambung leteran pendek terhadap isterinya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 08:31 PM | Show all posts
“ amboi bang bukan main lagi tengok isteri Aliff tadi tu yer... tahulah perempuan tadi cun melecun tapi kawal la sikit biji mata tu. Kurang-kurang jangan merenyam depan Mai.” Omel Umairah apabila dia dan Ifran duduk dibangku medan selera untuk menjamah makanan tengahari. Ifran tersengih nakal, gembira melihat amarah isterinya. Bukankah cemburu itu tanda sayang!

“ ala sayang... janganlah cemburu buta. Abang Cuma menghargai ciptaan Allah. Bukan selalu boleh cuci mata macam tu.” Jawab Ifran selamba. Umairah tarik muka masam, makin menggerutu perasaannya mendengar jawapan Ifran.

“ooo jadi maksudnya Mai ni tak cantiklah... abang tak boleh cuci matalah setakat tengok muka Mai ni?”

“ bukan macam tu maksud abang... Mai pun lawa tapi perempuan tadi tu lagi lawa...” usik Ifran dengan senyuman nakalnya. Umairah mencebik bibirnya, makin menjadi-jadi miang Ifran.

“ ye la, Mai tahu Mai tak lawa.. siapalah Mai kalau nak digandingkan dengan abangkan.” Sela Umairah jauh hati. Riak wajahnya mula bertukar sendu. Ifran mula serba-salah, gugup perasaannya melihat rajukan Umairah yang sudah bermula.

“ ala sayang... janganlah kecil hati. Abang gurau jer... tak nak masam-masam muka macam ni. Sebagai tanda abang sayangkan Mai, abang belanja Mai makan tengahari ni. Okey?” pujuk Ifran lembut. Tangannya sempat menggapai jemari Umairah yang diletakkan diatas meja makan. Umairah membesarkan biji mata, terpana dengan kata-kata Ifran. bukan kerana terpujuk tetapi keliru dengan pujukan itu.

“ apa? Abang nak belanja Mai makan? Dah tu abang ingat Mai nak bayar sendiri ke makanan Mai sebelum ni?” tempelak Umairah dengan wajah yang tidak terkata. Ifran lepaskan gelak. Suka benar dapat menggiat isterinya yang sorang ini. bendul!

“ ye la... kata dalam fasa bertunang... kalau bertunang Mai makan Mai bayarlah sendiri. Lainlah dah jadi bini baru abang tanggung Mai makan.” Sela Ifran tanpa riak bersalah. Sempat mengenakan Umairah dek syarat merepek wanita itu dalam hubungan mereka.

“ ish abang ni... kedekut. Dengan bini sendiri pon berkira.” Luah Umairah tidak puas hati. Namun dia tahu Ifran sekadar mengusiknya, balas dendam barangkali dengan syarat yang dia kenakan untuk hubungan mereka yang baru sahaja terjalin. Ifran senyum nipis, tangannya menarik lembut hidung Umairah.

“ abang gurau jer. Janganlah cepat sangat terasa...” ucap Ifran perlahan. Risau juga kalau Umairah makan hati dengan gurauannya. Manalah tahu gurauannya itu terlalu kasar untuk orang berhati sensitif seperti Umairah. Dia bukan tidak kenal Umairah yang mudah berfikiran negatif.

“ abang ni kan... Mai dah pesankan tak boleh pegang-pegang! Kawallah sikit tangan tu. Jangan nak meragam sangat!” bebel Umairah sambil menepis jemari Ifran yang sesedap rasa menarik hidungnya yang tak mancung. Makin terbantut sel-sel hidungnya nanti. Ifran ketawa kecil, makin galak mengusik Umairah.

“ sikit jer pun... takkan dengan laki sendiri nak berkira.” Sempat Ifran memulangkan paku buah keras.

Umairah muncungkan bibirnya, malas melayan usikan demi usikan Ifran. buang karan jer mendengar kata-kata Ifran itu.

“ sayang...” tegur Ifran lembut. Matanya memandang tepat kearah Umairah yang sedang memandang kearahnya. Umairah angkat kening, meminta Ifran menyambung bicara menggunakan sinar mata.  

“ kadang-kadang abang tertanya-tanya jugak... bila masa yer Mai mula jatuh hati pada abang. Iye la kan sebelum ni Mai selalu je marah-marah, tarik muka dengan abang lagi-lagi bila abang layan Mai dengan teruk. Tapi tup-tup abang tak sangka Mai pun simpan perasaan yang sama macam abang. Rasa macam satu keajaiban pulak bila abang tahu Mai pun sayangkan abang.” Soal Ifran dengan rasa ingin tahu. Dipandang tepat wajah Umairah yang kelihatan berubah dengan persoalannya. Wajah gadis itu mula merintik merah, malu barangkali dengan soalannya.

“ adoi la abang... tanya soalan lain boleh tak? Seganlah nak cakap benda-benda macam ni.” Tolak Umairah dengan wajah mula menunduk. Tebal berinci-inci mukanya dengan soalan hati dan perasaan yang dilontarkan Ifran padanya.

“ tak nak... abang nak tahu jugak. Kurang-kurang abang boleh yakin dengan perasaan Mai pada abang. Bukan itu ke motif alam pertunangan kita sekarang ni?” tegas Ifran. sempat jemarinya menolak lembut dagu Umairah agar wanita itu mengangkat wajah lalu membalas pandangannya. Umairah angkat kedua belah tangannya menutupi sebahagian wajahnya, perasaan malu masih lagi menebal dalam jiwanya. Mahu membalas renungan Ifran pun sudah cukup buat hatinya gugur buat masa ini.

“ abang jangan gelak tau dengan jawapan Mai ni...” minta Umairah dengan wajah merah padam. Ifran senyum sahaja, lucu melihat riak malu-malu Umairah.

“ Mai tak tahulah masa bila Mai jatuh cinta pada abang, tapi Mai mula sedar abang memang dah ada dalam hati bila abang tampar Mai hanya kerana Atikah.” jelas Umairah satu per satu. Riak wajah Ifran berubah, terus ingatan pada tragedi yang paling dia kesali sepanjang tempoh perkahwinannya dan Umairah terlayar diingatan. Dia cukup menyesal dengan tindakannya itu kerana sanggup menampar Umairah. Malah, sejak dari kejadian itu dia selalu pesan pada diri sendiri supaya kawal perasaan marah dengan baik agar peristiwa itu tidak berulang kembali.

“ Mai biar betul? Bagi abang, perkara tu lah yang paling abang nak lupa dalam perkahwinan kita. Abang rasa dayus sangat sebab tergamak tampar perempuan, isteri sendiri pulak tu.” Tingkah Ifran dengan rasa tidak percaya. Umairah senyum nipis, dia faham perasaan Ifran yang rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

“ kalau ikutkan memanglah Mai pun nak lupakan semua tu bang... mana ada orang suka makan penampar. Tapi bagi Mai, itulah salah satu sebab yang buat Mai mula sedar perasaan sendiri. Masa tu Mai sedih sangat, Mai kecewa! Bukan kerana Atikah tapi kerana abang sanggup tampar Mai kerana perempuan lain. Waktu tu baru Mai tahu yang abang sangat penting dalam hati Mai.” Terang Umairah lembut. Ifran mengeluh kecil, kata-kata Umairah yang kedengaran cukup tenang buat jiwanya makin meronta dengan rasa bersalah. Terus tangannya menyentuh pipi Umairah yang pernah lebam dek tamparannya.

“ abang minta maaf ye sayang sebab tertampar sayang hari tu. Mesti sakitkan, sampai seminggu lebam pipi sayang.”

“ sudah la tu bang... Mai dah maafkan abang Cuma Mai harap abang dah tak buat lagi semua tu lepas ni.” Balas Umairah. Ifran didepannya kelihatan terangguk-angguk bak burung belatuk mengikat janji yang diminta.

“ abang janji takkan buat semua tu lagi. i’m promise!” tutur Ifran dengan tangan yang diangkat tinggi. Melafazkan ikrar dengan bersungguh-sungguh pada Umairah. Umairah yang melihat keletah Ifran hanya melemparkan senyuman kecil. Kian bahagia hatinya dengan sikap Ifran.

“ hmm sebut pasal lebam dekat pipi Mai baru Mai teringat ada seseorang pernah hantar surat dekat Mai suruh tuam pipi dengan ais. Siapa ek yang hantar surat tu?” cetus Umairah tatkala ingatannya teringat surat yang pernah diterima dari insan yang tidak diketahui identitinya hampir dua tahun yang lalu. Wajahnya mula berkerut memikirkan gerangan penghantar surat berkenaan. Kalau bukan Zizie dan Haikal siapa? Hanya itu sahaja insan-insan yang rapat dengannya waktu itu. yang lain semua memulaukan dirinya dek sikapnya yang keji.

“ eh?” seru Umairah tiba-tiba. Matanya kini terarah kepada Ifran yang tayang wajah tenang. Ifran yang melihat reaksi isterinya hanya mampu melebarkan senyuman.

“ abang ke yang bagi Mai surat tu dulu?"

“ surat apa pulak ni?” Ifran buat-buat tidak faham.

“ abangkan yang bagi surat tu... Mai baru teringat tulisan dia ala-ala tulisan Zizie. Tulisan abang jer yang macam tulisan Zizie tu.” Teka Umairah cukup yakin. Baru kini dia mula terfikir nama Ifran dalam senarai penghantar surat itu. Ifran ketawa kecil, mula angkat bendera putih melihat keyakinan Umairah dengan dakwaannya.

“ iyer la... memang abang pun yang bagi surat tu. Abang tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa bersalah abang pada Mai. Nak minta maaf, abang segan. Kitakan tengah berperang masa tu.” Akur Ifran akhirnya. Umairah tersengih lapang, makin melambung rasa bahagia yang merantai perasaannya. Terasa kedalaman cintanya terhadap Ifran kian bertambah. Perlahan-lahan jemarinya mencapai jemari Ifran.

“ thank... Mai hargai sangat-sangat surat tu.” Tambah Umairah dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ifran turut membalas senyuman wanita itu, mereka berbalas pandang untuk seketika sebelum masing-masing mula bergerak ke kaunter untuk mendapatkan makanan tengahari.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:12 AM | Show all posts
Panjangnya update....terima kasih TT.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:46 PM | Show all posts
THANK TT FOR UPDATE N3...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:32 PM | Show all posts
best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih TT update..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 08:42 AM | Show all posts
misssakura posted on 16-11-2014 08:13 PM
ooo... mesti kak sellie pon ade dlm group tu... nasib baik tu fake fb je... kalo x kantoi id sakur ...

yup...group kat love novel sbb nak tau apa2 novel terbaru...bukn takat love novel jek...idea kreatif pom akn join the group... psst...akak dah daftar nak antr karya akak kat ilham karang kraf...tp belom start nak tepek kat situ lagi...nervous...lom ada keyakinan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.077571 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list