CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 20-10-2013 10:26 AM | Show all posts
“ Assalamualaikum....” Tegur Umairah. Ifran sedang memandangnya sambil duduk menyadar pada kereta miliknya itu. Salam dijawab dengan perlahan. Pasti Ifran baru balik dari sesuatu tempat. Teka Umairah rambang.

“ Nak apa?” Umairah bertanya ringkas. Malas membazir tenaga. Dia memandang wajah kacak milik suaminya. Ifran memandang wajah pucat Umairah. Lama. Jelas dimatanya kelihatan Umairah agak menggigil seolah-olah menahan kesejukan padahal suasana begitu panas sekali.


‘Ketagih dadah ke apa minah ni. menggigil tengah-tengah panas terik macam ni.’kutuk Ifran didalam hati.


“Mak aku ajak kau balik rumah hujung minggu ni. Kan dah nak start cuti.” Ifran menyampaikan pesanan ibunya. Huh.... Mustahil itu pesanannya. Umairah diam. Otaknya ligat berfikir sejenak.


“Kau beritahu mak kau, aku tak boleh balik rumah dia.”Jawab Umairah. Baru ingin menyambung ayatnya, Ifran sudah memerlinya macam-macam.


“ Kenapa aku pulak nak kena bagitahu. Kau teponlah sendiri mak aku. Dulu bukan main kau rajin  menyinggah rumah aku. Tapi lepas kawin malas pulak....” Herdik Ifran dengan wajah sinis. Puas hatinya dapat menyakitkan hati umairah. Hati Umairah mula mendidih...


“ Aku dah beli tiket la bodoh...” Marah Umairah berapi-api. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap kini.


“ Apa kau panggil aku? Bodoh? Kau tu la yang bodoh! Dasar perempuan tak sedar diri. Perosak kebahagiaan orang. Pentingkan diri sendiri....”Tengking Ifran puas. Dah lama dia menunggu saat-saat untuk memaki hamun Umairah. Umairah tersentap hebat dengan amarah suaminya. Rasa pening mencucuk-cucuk dikepalanya.


“ Mulut tu elok-elok sikit, karang ada jugak yang makan penampar sekali lagi.” Turun naik dada Umairah melempiaskan rasa marah. Suasana terasa makin kecil dimatanya. Wajah Ifran kian kelam dan kemudian dia tidak sedarkan diri lagi.


Ifran terkejut melihat Umairah yang tiba-tiba terkulai dihadapannya.. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia memangku tubuh Umairahyang tidak sedarkan diri. Ditampar-tampar lembut pipi isterinya beberapa kali bagi menyedarkan isterinya.Tangannya menjamah dahi gadis itu. Ya Allah.. Panasnya.Tidak tahu apa yang patut dibuat, akhirnya ifran mengangkat Umairah lalu dimasukkan kedalam keretanya. Destinasinya hanya satu iaitu hospital.

Last edited by misssakura on 20-10-2013 10:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 03:04 PM | Show all posts
yealah mcm pernah baca citer mis ni
xper buh aje
nnt akak baca
mls nak semak yg page belakang2
tp klu ada citer br lg ngam kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 07:06 PM | Show all posts
fatehana posted on 21-10-2013 03:04 PM
yealah mcm pernah baca citer mis ni
xper buh aje
nnt akak baca

cter bru ade tp terlekat separuh jalan... smpai ke sudah x sambung2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:15 PM | Show all posts
Ifran memandang wajah doktor wanita yang berusia 35 tahun dalam anggarannya itu tepat. Dia mendengar satu persatu penerangan doktor itu tentang kesihatan isterinya.

“ Puan Umairah di serang gastrik dan demam panas serentak. Jadi badannya sangat lemah sekarang. Jadi malam ini, puan Umairah akan ditahan di hospital. InsyaAllah kalau esok dia dah sihat, dia dah boleh balik.” Doktor Munira berkata lembut. Ifran terangguk-angguk. Faham kata-kata doktor muda itu. Dalam hatinya sempat mengutuk Umairah. Padan muka. Itulah lawan lagi cakap suami, kan dah dapat tulah!


“ Nanti bila dia dah sihat, pesan kat dia supaya jaga waktu makan. Dia jadi macam ni sebenarnya pasal gastrik. Kalau tak jaga waktu makan memang jadi macam ni lah.” Kata doktor muda itu lagi.


“ Encik Ifran boleh la balik sekejap ambik pakaian untuk puan Umairah.” Pesan doktor lagi.. Dia memandang wajah kacak milik lelaki didepannya. Bertuah Umairah dapat suami seperti ini. Desis hati doktor muda itu.Dia mahu berlalu ke biliknya sekarang.


“ Terima kasih doktor....” Ucap Ifran. Dia sekadar menghantar pemergian doktor dengan pandangan matanya. Ifran memandang wajah pucat Umairah yang terbaring lesu diatas katil hospital. Hatinya terdetik simpati namun rasa benci terhadap gadis itu mencantas segala perasaan itu. Dia duduk di sebelah katil Umairah. Memikirkan cara untuk mendapatkan bekalan pakaian dan peralatan lain milik Umairah. Dia tidak kenal dan tahu siapa teman bilik Umairah sekarang. Setelah agak lama mencongak, akhirnya Ifran mendapat idea yang bernas.Tetapi dia tidak tahu gadis itu mahu membantunya atau tidak. Namun itu sahaja caranya kini. Ifran menelefon Atikah. Beberapa panggilan dibuat barulah gadis itu sudi menjawab panggilannya.


“ Assalamualaikum.” Sapa Ifran pada telefon bimbitnya.Dia mendengar Atikah menjawab malas salam yang diberi. Tahu sangat yang Atikah tidak mahu melayannya lagi. Segalanya sudah tidak seperti dulu. Semuanya kerana sikap pentingkan diri Umairah. Sempat matanya menjeling marah kearah Umairah yang belum sedarkan diri itu.


“ If nak apa?” Soal Atikah. Terus ke topik seterusnya.Dia memang suka dapat panggilan lelaki itu namun dia cepat sedar yang pemanggil itu adalah suami kepada sahabat baiknya. Dia harus terima kenyataan itu.


“ Boleh minta tolong tak?” Ifran terus kepada tujuan utamanya. Dia perlu lupakan perasaannya terhadap Atikah buat masa ini.Tanggungjawabnya ini lebih penting.


“Pasal ape pulak?” Nak tak nak sahaja Atikah bertanya.Ada-ada saja Ifran ni. Merasakan panggilan itu sekadar alasan untuk Ifran untuk berbual dengannya.


“ Awak tahukan kat mana bilik kawan baik awak tu?” Soal Ifran. Atikah berfikir sekejap.


“Kawan baik? Siapa?” Soal Atikah. Tidak tahu siapa yang Ifran maksudkan.


“ Kawan baik kesayangan awak tu la.” Balas Ifran malas.Buat sakit hati saja bila bercakap tentang Umairah..


“ Mai ke? Takkan awak tak tahu kat mana bilik isteri awak.” Pantas Atikah membalas. Faham akhirnya maksud kawan baik yang ditekankan oleh Ifran. Nampaknya perasaan benci terhadap Umairah masih lagi menggunung dihati Ifran. Lelaki itu langsung tidak mahu menyebut nama gadis berwajah putih bersih itu.


“ Saya tahu. Tapi saya tak boleh pergi sana.” Balas Ifran perlahan. Dia mengerling kearah Umairah. Mungkin Umairah sudah tersedar. Namun gadis itu masih beku di pembaringannya.


“ Kenapa?” Soal Atikah. Rasa ingin tahu melonjak naik.Segala tanggapannya terhadap Ifran tadi hilang begitu sahaja.


“ Tolong packing barang selama dua hari kat dia.Termasuklah ubat gigi n berus gigi semua tu. Dia kat hospital sekarang ni.”Terang Ifran. Atikah terkejut. Mahu terlepas rasanya telepon ditangan mendengar kata-kata Ifran.


“ Mai kat hospital? Kenapa? Apa awak dah buat sampai dia masuk hospital?” Mulut Atikah menghamburkan persoalan. Berdebar-debar jantungnya menanti balasan Ifran.


“ Hei apa awak merepek ni? Dia pitam tadi.” Balas Ifran sambil ketawa kecil. Dia seolah boleh membaca fikiran Atikah tentang dirinya. Pasti Atikah fikir dia mencederakan Umairah. Dia tak sejahat itulah.


“Ooooo.......Sorry sorry. Awak kat hospital mana. Kejap lagi saya sampai.”


“Saya kat hopital UKM ni.” Balas Ifran. Belum sempat lagi Ifran mengatakan bilik mana, Atikah sudah mengutarakan salam lalu memutuskan talian mereka. Ifran sekadar tersenyum dengan perangai gelabah Atikah yang dirasakan comel itu. Namun senyumannya mati tatkala melihat wajah dihadapannya saat ini. Wajah yang menyusahkan hidupnya selama ini.  

Last edited by misssakura on 21-10-2013 10:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:21 PM | Show all posts
Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Badannya yang terasa lemah kini sedikit bertenaga. Dia melihat wayar yang bersambung pada lengannya. Dia yakin, pasti kini dia berada di hospital namun dia tidak berdaya untuk berfikir bagaimana dia boleh sampai dan berbaring disitu. Dia dapat melihat 2 wajah yang amat tidak disukainya. Wajah-wajah itu seolah-olah sedang bersorak gembira melihat dia terbaring lemah disitu.


“ Kau ok Mai.... Nak minum ke?” Soal Atikah lembut. Risau sungguh hatinya melihat keadaan Umairah. Hampir 4 jam Umairah tidak sedarkan diri. Ifran sekadar mendiamkan diri, tidak berminat untuk mengetahui kondisi isterinya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia beredar selepas Atikah datang menghantar barang keperluan Umairah namun tak jadi apabila Atikah memaksanya untuk menunggu sehinggalah Umairah sedar.


Umairah diam sambil memandang wajah Ifran dan Atikah silih berganti. Dia kabur dengan situasi saat ini. Atikah menuang air mineral yang dibeli ke dalam gelas yang ada di hospital itu. Dia menghulurkan gelas tersebut kepada Umairah yang memandang kearahnya dan Ifran silih berganti. Hatinya terbit rasa risau. Janganlah Umairah cemburu mahu pun salah faham melihat dia dan Ifran berada disitu. Kalaulah dia tahu macam ni, dia sepatutnya membiarkan sahaja Ifran beredar pergi. Umairah memandang sinis kepada huluran minuman yang dihulurkan oleh Atikah kepadanya.


‘Berlagak suci murni pulak minah ni!’ bentak Umairah didalam hati sambil menepis tangan Atikah. Walaupun tidak sekuat mana namun gelas plastik itu tetap terpelanting di atas lantai. Atikah kaku dan terkejut.Apa silapnya sehingga begini layanan yang diterima dari Umairah. Salah ke dia mahu melayan Umairah dengan baik? Melihat tingkah laku Umairah yang kurang ajar itu membuatkan hati Ifran geram sendiri. Dasar perempuan tak mengenang budi!


“ Kau jangan nak buat perangai bangang sangat boleh tak?Kalau tak nak minum cakap. Tak payah nak tunjuk perangai macam ni!” Tinggi suara Ifran. Dia marah dengan sikap kurang ajar Umairah dan dia juga marah kerana orang yang dilayan secara kurang ajar adalah orang yang di sayangi. Atikah tergamam,kaku berdiri di sebelah katil Umairah. Umairah buat muka kosong seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memandang wajah bengis Ifran tanpa perasaan.


“ Kau tu dah la tak reti nak ucap terima kasih lepas tu boleh pulak buat perangai pelik macam ni. Penat Tikah datang tolong bawak barang untuk kau, tunggu kau sedar tapi ini yang kau balas dekat dia! Memang dasar perempuan tak gunalah kau ni.” Maki Ifran lagi. Dia sudah tidak kisah sekiranya amukannya ini mengganggu pesakit di sebelah yang sedang nyenyak tidur. Janji hatinya puas dapat mengajar Umairah yang kurang ajar itu. Umairah masih lagi memandang wajah tegang milik Ifran dan wajah kecewa milik Atikah. Senyuman sinis terjungkit dibibirnya. Sebenarnya kejadian tadi bukanlah disengajakan.Dia cuma mahu menolak minuman dari Atikah dan secara tidak langsung cawan itu terjatuh....Mungkin dia terlalu jahat sehingga hanya dengan kesalahan kecil macam tu dia dimarah seolah-olah telah memukul Atikah dengan kejam. Hati perempuan mana tidak sakit melihat suaminya dan bekas kekasih masih bersama-sama. Dia tidak cemburu tetapi dia terasa kalah di tangan Atikah. Sepatutnya Atikah yang kecewa melihat kebahagiannya dan Ifran.


“Dah lah Tikah. Jom kita balik. Kita biar je la minah tak sedar diri ni kat sini”. Ujar Ifran sambil menarik lengan Atikah. Sengaja dia berbuat begitu supaya Umairah makin sakit hati. Baru puas hatinya jika hati Umairah hancur berkecai. Mungkin apa yang dia lakukan belum cukup untuk membalas segala perbuatan kejam Umairah terhadap dia dan Atikah. Atikah merampas kembali lengannya dari pegangan Ifran. Tidak suka dilakukan begitu dan yang lebih utama urasannya kepada Umairah belum selesai. Atikah mara menuju menghampiri Umairah yang sedang melihatnya tanpa mengerdipkan mata.


“Apa salah aku sampai kau benci sangat terhadap aku?” Soal Atikah dengan perasaan sebak yang menggebu. Dia cuba menahan matanya dari menumpahkan mutiara hangat. Umairah memandang kearah lain. Tidak berminat untuk terus memandang wajah bekas sahabat baiknya. Kepalanya mula berdenyut. Adakah mereka berdua ini tidak faham atau sengaja menderanya yang tengah sakit. Tidak bolehkah mereka menunggu dia sihat terlebih dahulu untuk diajak bergaduh?


“ Cakap Mai.... Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni. Dulu kita rapat sangat malah kau pernah cakap aku adalah orang yang paling kau sayang selepas famili kau. Ke mana kata-kata kau tu?” Luah Atikah. Dia masih ingat semasa tingkatan lima. Umairah pernah meluahkan perasaan itu padanya selepas mereka menyambut hari lahir Atikah. Ifran membiarkan sahaja perbualan antara dua sahabat itu. Untung-untung kalaulah Umairah sedar kesilapannya, perkahwinan mereka bolehlah dibubarkan dan dia boleh bersama kembali dengan Atikah.


“Dulu.... Kau selalu tolong aku. Kau ingat tak fahmi? Lelaki yang aku minat masa form 4. Kau jugak yang tolong adjust untuk aku. Kalau aku nak kemana-mana kau selalu temankan walaupun kau banyak lagi urusan lain.... Kau selalu datang rumah aku sebab nak teman aku yang tinggal sorang-sorang kalau mak aku tak ada. Kalau hari aku lupa bawak duit kau selalu kongsi makanan kau yang sikit dengan aku dan...” Atikah mengungkit segala kisah lama. Hati umairah menggerutu. Marahnya kian memuncak.


“ Dah tak payah nak buat drama air mata kat sini.. Akutak nak dengar apa-apa pon dari mulut kau! Apa kata kau balik sekarang. Aku nak rehat.” Potong Umairah sambil mengiringkan badannya membelakangi Atikah.Hatinya dilanda pelbagai perasaan dan dia amat penat untuk melayan karenah Atikah dan Ifran.

“Kenapa? Kau dah lupa semua memori kita bersama? Kau tahu tak Mai, masa kau rampas Ifran dari aku, aku rasa marah sangat, cemburu, sakit hati dan terkilan sebab kawan baik aku sendiri buat macam tu dekat aku. Tapi aku masih boleh terima sebab aku akui mungkin kau dan Ifran saling menyukai antara satu sama lain..... Jadi tak ada sebab aku nak menghalang cinta kau dan Ifran. Bagi aku lelaki tak sepatutnya jadi penyebab hubungan kita hancur. Tapi aku pelik kau makin lama makin menjauhi aku. Sedangkan kalau nak diikutkan, akulah yang jadi mangsa keadaan sekarang. Kalau ada hak untuk membenci, hak itu sepatutnya pada aku. Bukan pada kau. Aku tak faham Mai? Kau tak boleh ke fahamkan aku?” Panjang lebar kata-kata Atikah. Dia memandang belakang tubuh Umairah yang membelakangi dirinya. Umairah diam. Dia tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia mahu berehat. Atikah geram melihat sikap Umairah yang tidak memberi sebarang respon padanya lalu ditarik badan umairah supaya mengadap wajahnya. Umairah merengus kasar, benci diperlakukan begitu. Dia menolak sekuat hati tangan Atikah yang mencengkam tubuhnya.


“ Kau boleh berambus tak Tikah. Aku benci kau! Dan aku tak ingat dan tak kisah apa yang kau cakap. Boleh tak kau berambus sekarang dengan boyfriend kesayangan kau tu. Kalau kau nak sangat berlakikan dia, kau suruh dia ceraikan aku sekarang dan kalau kau nak ambik dia ambik la... Aku tak heran!” Tinggi suara Umairah dengan nafas yang turun naik. Atikah tersentap.Laju sahaja tangannya menampar wajah Umairah. Airmatanya sudah berjuraian ke pipi.Ifran yang hanya jadi pemerhati sedari tadi terkejut. Tidak sangka gadis selembut Atikah mampu berbuat begitu namun dalam hatinya tetap bersorak riang. Go Atikah...GoAtikah... Sorak hatinya, cukup gembira melihat wajah isterinya ditampar. Padan muka! Umairah mahu membalas namun tidak berdaya. Badannya sudah kehilangan banyak tenaga kerana melayan karenah Atikah dan Ifran.


“ Itu ke yang kau fikirkan pasal aku? Itu ke sebab kau benci aku? Kau takut aku rampas suami kau macam mana kau rampas boyfriend aku? Mana pergi kepercayaan kau kepada aku? Dulu kau kata aku orang yang paling kau percaya. Mana???” Bentak Atikah. Tak sangka Umairah sanggup berkata macam tu terhadapnya.Umairah diam. Dia tidak menjawab. Suasana makin kelam dimatanya. Terasa pipinya basah. Bukan kerana air matanya tetapi air mata Atikah yang jatuh keatas pipinya.Umairah memandang kearah lain. Dan akhirnya dia memejamkan mata kembali.
Atikah melihat tingkah laku Umairah dengan perasaan terbuku. Dia fikir itu helah Umairah untuk mengelak dari melayannya. Atikah bergegas pergi dari bilik itu. Dia sudah tidak mampu untuk mengadap Umairah yang jauh berubah kini.

Last edited by misssakura on 21-10-2013 10:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:34 PM | Show all posts
“ Ini bahan yang saya dapat.” Jelas Haikal sambil meletakkan nota-nota tugasan kelas Kenegaraan. Dia, Zizie dan Umairah telah membahagikan kerja masing-masing dalam menyiapkan tugasan dari dr.Zubaidah.Zizie mengambil nota yang terletak diatas meja dan dibaca didalam hati.Kepalanya terangguk-angguk ketika membaca isi penting nota tersebut. Setelah dibaca, nota itu diberikan pula kepada Umairah yang sedia menghulurkan tangan untuk mengambil helaian kertas itu.


“Hmmm... Padat la isi yang awak bagi ni.” Puji Umairah dengan sebaris senyuman. Haikal tersengih girang. Terdetik rasa bangga dipuji dengan kerja yang di buat.


“Kalau semua point dah ada, jom kita gabungkan je sekarang.” Cadang Zizie sambil mengeluarkan laptop lalu di tekan punat ‘on’.Haikal dan Umairah bersetuju dengan idea bernas dari Zizie. Masing-masing membuka laptop.


“Nak compile kat mana?” soal Umairah pendek. Tangannya mencapai beg sandang lalu diselok beg itu untuk mendapatkan pendrive.


“Gabung kat laptop aku je la... Akukan yang kena buat slide powerpoint.” Tokok Zizie dengan mata yang mengadap laptop. Sempat lagi dia melayari internet dan melayan facebook.


“ Oiii mak cik ni... Sempat lagi dia berfacebook.” Usik Umairah sambil menepuk bahu Zizie. Zizie ketawa kecil sambil membalas tepukan mesra Umairah.


“Biasa la orang glamour...” Balas Zizie tak nak kalah.Haikal tersenyum melihat kemesraan kedua-dua sahabat barunya. Tak dinafikan hubungan mereka semakin akrab semenjak dua menjak ini.


“Kau ada pendrive tak Haikal?” Tegur Zizie seraya menjeling Haikal yang berada disebelahnya. Haikal yang sedang mencuri pandang kearah Umairah tersentak, mula kalut apabila Zizie tersengih ke arahnya. Seolah-olah Zizie dapat menangkap tindakannya yang mencuri pandang ke arah Umairah.


“Hah?” Tanya Haikal kabur. Berharap Zizie mengulang kembali persoalannnya itu tadi.


“Kau ada pendrive tak? Kalau tak ada send by email je la kerja kau tu.” Ulang Zizie sekali lagi. Tersenyum-senyum dia melihat wajah Haikal yang kelam-kabut ketika jejaka itu galak merenung kawan baiknya. Nasib baik Umairah tidak sedar tingkah laku lelaki ini. Ahh Umairah bukannya jenis mudah perasan apa yang berlaku disekelilingnya.


“Aku send by email je la... Kejap yer.” Minta Haikal. Matanya kembali tertacap pada dada skrin laptop dihadapannya. Suasana menjadi bisu antara mereka. Masing-masing sibuk mengadap laptop sendiri.


“Nah pendrive aku.. Kau ambil dalam folder kenegaraan yer.” Suara Umairah memecah kesunyian. Zizie mencapai pendrive yang dihulurkan kepadanya sebelum disuakan kepada laptop miliknya. Perbincangan mereka berlarutan sehingga ke petang.





Zizie mengemas barang-barang miliknya yang bersepah diatas meja di perpustakaan setelah tamat sesi perbincangan kumpulan. Umairah telah lama meninggalkannya dan Haikal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.


“ Kau ada hati kat Mai ke?” Terpancul soalan cepumas dari mulut Zizie disaat dirinya sibuk mengemas. Haikal yang sedang menyimpan laptop dalam beg galasnya menghentikan perbuatannya. Matanya berkalih pada wajah Zizie yang tenang memandang kearahnya.


“ Hmmm... Hmm.” Tergagap-gagap Haikal mahu meluahkan isi hatinya. Wajahnya mula hangat menahan malu. Tidak sangka Zizie boleh membaca perasaannya. Zizie melebarkan senyuman tawar. Dapat mengagak perasaan Haikal buat Umairah.


“ Putus asa je la Haikal...” Suruh Zizie demi mematahkan semangat Haikal. Mana mungkin Haikal dapat merebut hati Umairah apabila gadis itu sebenarnya isteri orang.


“Kenapa pulak? Salah ke kalau aku suka dia?” Agak keras nada bicara Haikal. Kurang senang dengan kata-kata Zizie seperti memperlekehkan perasaannya.


“Salah tu tak la...”


“Kalau tak salah kenapa tak boleh?” Potong Haikal dengan suara yang tinggi. Matanya merenung wajah Zizie yang sememangnya masih memandang kearahnya. Zizie mengeluh perlahan. Boleh tahan garang mamat ni!Cetus hatinya.


“ Kau akan menyesal nanti Haikal. Baik lupakan je la perasaan kau tu sebelum terlambat.” Desis Zizie lagi. Raut wajah Haikal semakin menegang.


“ Siapa kau nak tentukan aku menyesal atau tidak nanti?Kau bukan tuhan yang boleh tentukan masa depan aku!” Bentak Haikal.


“ Dia tu bini orang la Haikal. Kau tergamak ke nak runtuhkan masjid orang?” Bidas Zizie sinis. Haikal terperanjat besar. Raut wajahnya tadi yang menegang kini berubah riak. Dia kabur dan tidak mengerti dengan kata-kata akhir Zizie.


“Apa? Umairah tu isteri orang? Kau jangan main-main Zizie.”


“ Ya Allah Haikal... Buat apa aku nak main-main. Umairah tu memang isteri orang. Kalau kau tak percaya, pergi tanya dia. Takkan kau tak perasan cincin kat jari manis dia tu?” Tegas Zizie. Tangannya yang tadi sudah terhenti dari mengemas kini kembali bergerak. Wajah Haikal berubah menjadi sayu. Macam mana dia langsung tidak tahu hati Umairah sudah jadi milik orang?


“Siapa suami dia? Student jugak ke?” Haikal sekadar berbasa-basi. Raut kecewa masih terukir diwajahnya. Zizie merenung lama wajah Haikal yang jelas terluka dengan berita yang dibawa. Tapi apakan daya,kenyataan Umairah isteri kepada Ifran tetap tidak dapat diubah.


“ Budak course kitorang. Diorang kahwin masa cuti semester lepas.” Ujar Zizie tenang. Dia bersimpati terhadap Haikal yang ternyata amat menyukai Umairah. Zizie menggalas beg sandang dan memaut kemas fail yang dibawa. Sudah bersedia untuk beredar dari perpustakaan.


“ Aku balik dululah. Assalamualaikum.” Zizie meminta diri.


“ Kejap Zizie...” Panggil Haikal sambil menghentikan langkahnya dihadapan Zizie yang sudah beberapa langkah pergi meninggalkannya. Zizie menjungkitkan keningnya. Meminta Haikal menyambung kata-katanya yang masih tergantung.


“Maaf sebab marahkan kau tadi. By the way, terima kasih beritahu aku tentang perkara ni.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Senyuman walaupun pahit tetap dilemparkan kepada Zizie yang setia memandangnya.


“ Tak pe.. Aku faham perasaan kau.” Balas Zizie lembut.Bibirnya terukir senyuman manis. Berharap dengan senyuman mesranya itu semangat Haikal kembali pulih.

Last edited by misssakura on 21-10-2013 10:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2013 10:41 PM | Show all posts
Umairah mengerutkan dahinya melihat telatah Haikal yang diam membukam sedari tadi. Asalnya, dia mahu makan bertiga dengan Haikal dan Zizie namun tidak jadi apabila Zizie keluar bersama teman lelakinya, Rashid.Jadi, tinggallah dia dan Haikal menjamu selera berdua.


“Haikal...” Tegur Umairah lembut. Sekali sekala matanya memandang pinggan nasi Haikal yang masih penuh. Lelaki itu kelihatan tidak berselera dengan menu tengahari mereka.


“Hmmm?” Gumam Haikal. Pandangannya terhenti pada wajah Umairah.


“Tak sedap ke?” Soal Umairah ringkas. Nasi berlauk didalam pinggannya sudah hampir licin dibedal. Rasanya enak seperti selalu!


“Apa?”


“Nasi awak la. Macam tak ada nafsu je nak makan.. Kenapa?”Tanya Umairah lagi. Haikal tersengih tawar.


“ Tak ada la...” Pendek sahaja jawapan Haikal. Umairah makin pelik dengan sikap bisu Haikal. Biasanya jejaka ini tidak begitu. Haikal bukanlah kategori banyak mulut tapi tidaklah pendiam. Mungkinkah dia tidak selesa dengan aku?


“Tak sihat ke?” Haikal menggeleng lemah dengan pertanyaan Umairah. Hatinya makin sakit dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Umairah.Satu keluhan kecil dilepaskan Umairah. Mungkin Haikal ada masalah lain agaknya.Aku mana tahukan. Bisik hati Umairah demi mengelakkan diri dari berfikir perkara yang negatif.


“ Mai...” Seru Haikal disaat suasana antaranya dan Umairah kembali hening. Masing-masing ketandusan idea untuk berbicara. Umairah yang sedang menyedut minumannya membuang pandang kearah Haikal.


“Apa?”


“Betul ke awak dah kahwin?” Terpancul soalan yang sudah lama berlegar dibenaknya. Umairah tersedak dengan pertanyaan Haikal yang terlalu mengejut. Wajah Haikal dipandang lama.


“ Ye.” Akur Umairah dengan kepala yang dianggukkan. Sememangnya dia tidak gemar sekiranya terlalu ramai yang mengetahui statusnya.Tapi, apa boleh buat. Sampai bila perkara ini perlu disembunyikan. Pengakuan jujur dari Umairah bagaikan belati tajam membelah dada Haikal. Perasaan kecewa kembali bertebaran disudut hatinya. Suasana antara Haikal dan Umairah kembali sunyi. Mereka berpisah setelah selesai menjamu selera.


Last edited by misssakura on 21-10-2013 10:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 08:55 PM | Show all posts
Ifran mengekori langkah Atikah yang dalam perjalanan ke rumah sewanya. Senyuman kecil terukir dibibirnya apabila melihat Atikah tidak menyedari kehadirannya saat ini.


“ Surprise!” Jerit Ifran dengan nada suara yang tidak terlampau kuat. Sejambak bunga mawar merah dihadiahkan kepada Atikah yang kelihatan terkejut dengan perbuatannya. Atikah memandang sinis kearah Ifran.Langsung wajah teruja mahu pun gembira tidak terpancar pada riak wajahnya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Ifran. Rimas! Itulah rasa hatinya.


“Nah untuk awak...” Jelas Ifran sambil mengunjukkan jambangan bunga itu kepada Atikah.


“ No thank.” Tolak Atikah. Dipaparkan raut bosan dan tidak berminat dengan kehadiran Ifran didepannya kini.


“Ambil la Tikah.. Saya ikhlas berikan bunga ni kepada awak.”


“Awak tak faham bahasa ke If?” Soal Atikah. Nada suara mula meninggi melihat sikap Ifran yang tidak pernah kenal erti putus asa.


“ Tikah... Saya sayangkan awak dan saya tahu awak juga sayangkan saya. Kenapa kita perlu bergaduh macam ni?”


“ Saya tak sayangkan awak!”


“Awak sayangkan saya.” Potong Ifran pantas. Direnung sepasang mata cantik milik Atikah. Ifran cuba menyampaikan rasa hatinya melalui sinaran dari panahan mata kepada Atikah.


“ So? Kalau saya sayangkan awak apa masalahnya? Kenyataan awak suami kepada Umairah tetap tidak berubah.” Bidas Atikah keras. Panahan asmara dari Ifran buat jiwanya mula berkocak. Namun, cepat-cepat dia beristighfar didalam hati. Memohon kepada Allah S.W.T supaya sering melindungi perasaannya agar tidak mudah termakan pujukan Ifran.


“Saya tak cintakan Umairah. Saya sanggup ceraikan dia untuk bersama awak!” Tegas Ifran bersungguh-sungguh.


“ Awak fikir dengan bercerai boleh buat saya terima awak kembali ke? Tak payah berangan la If! Saya sampai ke mati tak akan terima kembali awak. Tak kiralah awak bercerai ke, tak bercerai ke dengan Mai.”

“Tikah...” seru Ifran agar Atikah memahami perasaan hatinya.


“ Awak dah ada isteri, If. Awak patut serahkan cinta awak kepada Mai. Bukan saya!” Luah Atikah. Suaranya yang tadi meninggi kian mengendur. Dia rela hatinya hancur berkecai asalkan Umairah bahagia disamping Ifran. Kisahnya dan Ifran dah berlalu. Itu kenyataan yang pasti kini.


“Saya tak akan dapat cintakan dia Tikah dan yang penting sekarang ni saya cintakan awak. Saya tak perlukan dia dalam hidup saya malah dia juga macam tu. Tolong Tikah. Terima saya kembali. Kita sambung semula hubungan kita. Saya janji tak akan sia-siakan cinta awak lagi selepas ini.”Atikah merengus kasar mendengar balasan dari Ifran. Kenapa sukar sangat Ifran faham situasi mereka kini. Mereka tak mungkin bersama! Atikah merampas bunga pemberian Ifran kasar.


“Tha...” Belum sempat lagi Ifran mengucapkan terima kasih atas kesudian Atikah menerima bunganya, mulutnya kembali terkunci. Atikah membedal tubuh Ifran dengan bunga mawar dibawa sepuas hati. Sakit sungguh hatinya melihat sikap Ifran yang tidak faham bahasa.


“Awak dengar sini baik-baik If.. Saya tak akan terima cinta awak sampai bila-bila! Jadi tak perlulah awak nak bercerai berai dan tak perlu pujuk saya lagi kerana jawapan saya tak akan berubah sampai bila-bila. Noktah!” Jerkah Atikah setelah puas membelasah Ifran dengan bunga mawar pemberian jejaka itu. Kelopak bunga mawar yang berguguran ibarat cintanya yang telah lama terkubur buat Ifran. Atikah bergegas meninggalkan Ifran sebelum jejaka itu sempat membalas kata-katanya.

Last edited by misssakura on 24-10-2013 08:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 08:59 PM | Show all posts
Umairah duduk termangu didepan tasik yang cukup indah pada pandangannya. Zizie hilang entah ke mana. Katanya tadi mahu mencari air minuman.


“ Assalamualaikum...” Satu suara yang tidak asing pada pendengaran Umairah memberi salam. Pantas Umairah memusingkan badan demi memandang wajah pemberi salam. Dasar perempuan tak tahu malu. Itulah sumpah seranah yang ditebarkan khas untuk wanita cantik yang didepannya kini.


“ Waalaikummussalam...” Balas umairah malas. Malas mahu melayan gadis yang tak reti-reti dengan bahasa badan yang diutuskan selama ini.Tak fahamkah Atikah dengan sikap dinginnya selama ini. Dia benci mengadap wajah Atikah.


“ Kau buat apa kat sini? Sorang je ke?” Soal Atikah.Masih mahu memancing minat Umairah yang jelas tiada minat untuk bersembang dengannya. Sebenci itukah Umairah terhadapnya. Tapi kenapa? Umairah tidak membalas pertanyaan Atikah. Dia lebih gemar melayan Atikah dengan cara berdiamkan diri.


“ Mai... Kenapa kau marah sangat terhadap aku? Apa aku dah buat? Cuba bagitau. Mungkin aku tak sedar kesalahan yang telah aku lakukan. Kalau kau terus dengan sikap dingin macam ni, macam mana masalah antara kita nak selesai? Kau benci aku pasal Ifran ke?” Atikah bertanya lagi. Dia tidak akan berhenti membuat pertanyaan sehingga dia tahu punca hubungan harmoni antara dia dan Umairah berkecai begitu sahaja. Semuanya berlaku terlalu mendadak padanya.


“ Siapa cakap nak selesaikan masalah antara kita?  Kita pernah ada masalah ke? Bukan ke kita memang macam ni dari dulu lagi?” Tempelak Umairah. Langsung tidak menjawab persoalan dari Atikah. Dia bingkas bangun dari bangku. Malas mahu melihat wajah kesian milik Atikah. Bosan.


“ Mai kenapa kau jadi macam ni? Dulu kita tak macam ni. Kita sayang antara satu sama lain.” Belum habis lagi Atikah berkata, Umairah sudah memotong ayatnya.


“ Sayang antara satu sama lain??? Hey please la... Kau ingat aku lesbian nak sayang kau. Aku dah ada suamilah. Kalau kau nak terus perangai songsang kau tu kau teruslah sorang-sorang. Tak payah nak ajak aku buat perkara terkutuk macam tu.” Sela Umairah tanpa perasaan. Ahh pedulikan hati Atikah yang terluka. Kalau diikutkan hati aku ini lebih banyak terluka berbanding dia...


“ Mai... Apa pulak macam tu. Salah ke kita sayang antara satu sama lain atas nama persahabatan?” Tingkah Atikah demi membetulkan tanggapan Umairah. Namun dia tahu Umairah tidak serius dengan kata-katanya itu.Gadis itu sekadar mahu menyakitkan hatinya sahaja. Kata-kata Atikah mendatangkan rasa geram dihati Umairah. Kenapa Atikah tidak mahu faham yang dia sudah membenci wanita itu. Tidak kira la apa-apa sebab pun.


“ Kau berambus sekarang! Aku benci tau tengok muka kau. Kau faham tak?” Tengking Umairah dengan mata yang terjengil. Hatinya mendidih dengan sikap Atikah yang tidak faham bahasa.


“ Aku tak faham, sebab tu aku tanya kau. Apa yang menyebabkan kau benci aku? Apa yang aku dah buat sampai kau benci aku? Itu persoalannya kini.” Tegas Atikah bertanya. Dia nak kan jawapan segera. Dia sudah penat hidup dengan penuh tanda soal begini. Dia sangat yakin dengan hatinya. Umairah ada perkara yang disembunyikan darinya. Perkara yang cukup buat gadis itu terluka dengannya. Dia tahu Umairah bukan begini. Umairah yang dikenali dari zaman sekolah bukan begini orangnya.


“ Kenapa kau tak nak faham Atikah. Aku benci kau. Aku benci tau tak! Berambus dari mata aku sekarang dan selama-lamanya.” Jerit Umairah lagi. Lantang. Hatinya hampir pecah menahan rasa geram yang menebal dengan sikap perempuan didepannya ini.


“ Aku tak akan pergi selagi kau tak beritahu punca kau bersikap begini. Aku kenal kau Mai. Aku cukup kenal perangai kau malah sikap kau yang merampas Ifran dari aku juga bukan perangai kau. Kau tak akan buat aku macam ni.” Balas Atikah masih berharap jawapan dari Umairah. Umairah ketawa jengkel dengan kata-kata Atikah yang cukup jelik pada pendengarannya.
‘Kau ingat kau siapa Atikah sampai aku tak mampu buat kau macam tu.’ Bisik hati Umairah geram.

“ So, kalau bukan aku yang rampas Ifran dari kau siapa? Kau ingat kau hebat bila Ifran masih terkejar-kejar kau? Kau nak berlagak la dengan aku yang kononnya bila Ifran dah kawin dengan aku tapi dia masih syok gila dengan kau? Macam tu? Aku tak heran pon semua tu Tikah sebab walau apa pon yang berlaku kau tetap tak akan dapat bersama Ifran meskipun dia kejar kau sampai ke planet Pluto sekalipun. Sebab dia suami aku dan serasa aku dia takkan ceraikan aku. So kau tak payah nak berlagak sangatlah dengan sikap Ifran tu.  Kalau kau nak duduk kat sini duduk la. Aku tak halang pun kerana tempat ni bukan tempat aku pun.” Balas Umairah sinis sambil meninggalkan Atikah yang melopong mendengar kata-katanya yang cukup riak. Baru dua langkah yang diturunkan oleh Umairah tiba-tiba gadis itu kembali semula ke arah Atikah... Atikah tersenyum melihat gadis itu yang kini kembali semula kepadanya.


“ Pang”. Satu tamparan melekat pada pipi mulus Atikah.Atikah terpaku manakala Umairah tersenyum penuh bangga. Gembira kerana berjaya menampar bekas temannya itu.


“ Hutang masa dekat hospital hari tu...” Belum habis lagi Umairah berkata terasa ada satu tangan menyentuh bahunya pula. Dia memusingkan badannya demi memandang penyentuhnya. Hatinya kuat mengatakan Zizie. Mesti Zizie marah setelah melihat dia menampar Atikah.


“ Pang”. Lima jari melekat pada pipi Umairah. Umairah tersentak dengan tamparan yang tak semena-mena itu.


“ Balasan kerana tampar awek aku...” Ifran berkata keras. Umairah tersenyum sinis meskipun hatinya cukup sakit dengan sikap Ifran.


“ Kalau kau sayang sangat awek kau ni, beritahu dia lepas ni jangan cari aku lagi. Kalau tak lepas ni aku tak tahu apa yang aku akan buat kat dia. Kalau kau sayang sangat awek kau ni, kau boleh ceraikan aku sekarang dan pergilah bernikah dengan dia. Aku secubit pun tak heran dengan kau mahu pun awek kau ni.” Balas Umairah dengan hati yang cukup sakit. Ditenung bagai ingin ditelan wajah Ifran yang berada didepannya kini. Kalaulah kuasa cerai ada padanya sudah lama dilafazkan talak tiga kepada suaminya itu... biar mereka langsung tiada apa-apa hubungan lagi. Umairah bergegas pergi meninggalkan pasangan kekasih yang cukup memualkan hatinya. Tanpa sedar ada air mata mengalir dikedua belah pipinya. Hatinya teramat kecewa dengan sikap Ifran. Haikal yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sedikit terperanjat dengan pergaduhan yang dilihat antara Umairah, Atikah dan Ifran.namun begitu, satu senyuman terjungkit dibibirnya. Nampaknya peluang untuk dia merebut hati Umairah masih terbuka luas!

Last edited by misssakura on 24-10-2013 09:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 09:07 PM | Show all posts
Haikal menyedut sirap limau yang masih berbaki separuh didalam gelasnya perlahan-lahan. Wajah Zizie yang sedang menatapnya dipandang. Satu nafas panjang ditarik dalam-dalam. Cuba menyalurkan oksigen keseluruh organ dalamannya agar dirinya lebih tenang dan tenteram.

“jadi... kenapa tetiba je kau nak jumpa aku?” cetus Zizie setelah hampir 5 minit menanti Haikal membuka mulutnya. riak gelisah Haikal dipandang dengan rasa ingin tahu. Otaknya berteka-teki setiap kemungkinan persoalan daripada Haikal.

“aku nak tanya kau sesuatu dan aku harap kau boleh jujur dengan aku Zie...” Haikal memulakan mukaddimah bagi perbualan antaranya dan Zizie petang itu. tangannya mula berkeringat, ada rasa debar memenuhi segenap ruang jiwanya. Zizie angkat kening kanannya. Meminta Haikal menyambung bicara yang masih tergantung.

“ aku tahu Mai dah kahwin dan aku dah kenal suaminya yang mana satu... macam kau cakap suaminya tu budak kursus korangkan...” Zizie yang mendengar kata-kata Haikal sekadar mengangguk... mengiakan segala fakta yang sememangnya benar.

“so?” pantas Zizie bertanya.

“hmmm... hmmm...” Haikal teragak-agak untuk berkata.Tidak pasti betul atau tidak caranya kali ini. Zizie mengerutkan dahinya licinnya. Makin bosan dengan sikap Haikal yang tergagap-gagap.

“apa yang hmmmnya? Cakaplah cepat!” gesa Zizie agar Haikal berterus terang apa yang sedang mengganggu gugat perasaannya kini.

“Mai dengan suaminya tu ada masalah ke?” soal Haikal terus. Itu sahaja bentuk persoalan yang mampu difikirkan saat ini. Zizie yang sedang menyedut teh aisnya nyaris tersedak. Terbatuk-batuk kecil dek pertanyaan Haikal.

“apa kau cakap ni Haikal... tak adalah. Memandai jer kau ni kan.” Tipu Zizie. Masih lagi cuba melindungi situasi perkahwinan Ifran dan Umairah. Dia tahu sekiranya soalan itu diajukan kepada Umairah, pasti itu juga yang akan dijawab gadis itu.

“Zizie... kau tak payah tipulah. Aku tahu diorang ada masalah.” Sela Haikal perlahan. Zizie gamam. Tidak pasti apa yang perlu dilakukan pada masa ini. sebolehnya dia masih mahu menjaga aib sahabatnya.

“ aku tak tipulah Haikal. memang betul pun diorang okey jer. Sudah-sudahlah tu kau berharap pada Mai. Dia dah ada kehidupan dialah Haikal. kau sebagai kawan sepatutnya mendoakan dia bahagia, bukannya menuduhnya sedang menderita.” Pujuk Zizie sekaligus mahu menyedarkan Haikal daripada terus berharap cinta Umairah. Memang dia tahu rumahtangga Umairah dan Ifran sedang dilanda kemelut namun itu tidak bermakna Haikal dibenarkan masuk campur. Campur tangan Haikal hanya akan merumitkan lagi rumah tangga sahabatnya itu. dia tidak mahu Haikal menjadi beban kepada Umairah. Kalau betul Haikal inginkan Umairah, lelaki ini patut menunggu Umairah bukan lagi isteri orang. Itu sahaja pilihan yang ada.
Kata-kata Zizie mendatangkan ketawa dari mulut Haikal. cukup sinis ketawa itu dipendengaran Zizie.

“okey kau kata? Kalau dah main tampar menampar tu okey apa bendanya? Aku sendiri saksi suami Mai tampar Mai hanya kerana kekasihnya tu. apa lagi alasan kau kali ni nak tipu aku?” perli Haikal geram. Sakit pula hatinya apabila Zizie terang-terangan cuba menipunya. Zizie gamam sekali lagi.Peluh mula merintik memenuhi dahinya meski pun suasana kini cukup berangin. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk berdalih lagi.

“asal kau diam? Betulkan tekaan aku yang Mai ada masalah dengan suami dia.” Tempelak Haikal dengan wajah yang cukup puas. Zizie bermain jari sendiri. Makin senak pemikirannya mendengar bicara Haikal yang menyakitkan hati.

“aku sayangkan Mai sepenuh hati aku Zie... aku cintakan dia sungguh-sungguh. Aku tak sanggup nak tengok dia merana dengan lelaki yang tak tahu nak hargai dia. Kau sebagai kawan dia takkan sanggup tengok Mai menderita dengan perkahwinan dia yang tidak bahagia. Dia patut cari kebahagiaannya sendiri dan yang pasti kebahagiaanya bukan dengan suaminya kini!”

“kau mana tahu kebahagiaan Mai bukan dengan suaminya sekarang? kau tuhan nak tentukan semua tu?” bidas Zizie setelah berdiam hampir beberapa minit.

“memang aku bukan tuhan untuk tentukan semua tu tapi kat celah mana nak bahagianya kalau si suami sendiri terang-terangan curang depan mata. Lagi pun, Mai tu sendiri seolah-olah tak ada perasaan pada suaminya.”

“so? Buat apa kau beritahu aku semua ni?”

“ aku beritahu kau semua ni sebab aku nakkan sokongan kau... pujuk Mai bercerai dengan suaminya dan tolong aku dapatkan cinta Mai.”Jelas Haikal dengan jujur. Suaranya kini sudah mula mengendur. Kini riaknya pula berubah, dipandang wajah Zizie dengan penuh harapan.

“oh no no no... aku tak nak bersubahat dengan kau untuk runtuhkan masjid Mai. Never!” tegas Zizie menolak mentah-mentah permintaan Haikal yang kedengaran merapu pada corong telinganya.

“perkahwinan macam tu memang patut diruntuhkanlah Zizie... untuk apa berkahwin kalau si suami dan isteri benci antara satu sama lain? Menzalimi antara satu sama lain? Itu bukan perkahwinan yang dianjurkan dalam Islam.” Haikal cuba memujuk temannya. Berharap dengan sokongan Zizie peluang untuk dia mendapatkan Umairah lebih cerah.

“ diorang baru kahwin Haikal... beri mereka peluang untuk kenal hati budi masing-masing. Hari ini benci membenci, esok lusa belum tentu lagi. Lagi pun, takkan kau tak tahu dalam Islam sendiri melarang perbuatan goda isteri orang lain? Sedangkan ganggu tunang orang pun dah haram inikan pula kacau rumah tangga orang!” bebel Zizie. Haikal terdiam. tidak mampu mencantas bicara bernas Zizie.

“aku bukan tak nak sokong perasaan kau pada Mai tapi bagi aku urusan rumahtangga dia biarlah dia uruskan. Mai dah besar panjang, dia cukup matang untuk kemudi rumahtangganya. Kalau betul dia tidak tahan bersuamikan Ifran, pasti dia akan ambil tindakan untuk berpisah juga. Kalau kau betul nakkan dia tunggu dia bercerai dulu. Biar dia selesai segala masalah dengan suaminya, baru kau nak masuk campur.” Ajar Zizie lembut. Sebolehnya dia tak nak Haikal menjadi punca penceraian Umairah dan Ifran. perkara sebegini bukan sahaja akan memburukkan nama Haikal sahaja, malah yang turut terkenanya Umairah juga. Dia tak nak Umairah dilabel bukan-bukan hanya kerana kedegilan Haikal.

“kalau kau tak nak tolong aku tak apalah... aku akan usahakan sendiri untuk dapatkan cinta Mai.” Tegas Haikal sambil bingkas berdiri. Usai menutur pendiriannya, dia bergegas meninggalkan Zizie di restoren itu sendiri. Zizie hanya memandang pemergian Haikal dengan kepala yang tergeleng-geleng.Entah apa lagi yang patut dikatakan pada Haikal agar jejaka itu tidak meneruskan hasratnya.

Last edited by misssakura on 24-10-2013 09:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 07:20 PM | Show all posts
Papan kekunci pada komputer riba ditekan pantas. Cuba menunjukkan kebolehannya dalam menaip tugasan yang sedang dibuat. Umairah berhenti menaip sekejap, terasa otaknya kejang untuk memikirkan barisan ayat yang seterusnya. Jari jemari yang sibuk menekan papan kekunci itu tadi kini beralih tempat. Dia menggaru-garu jerawat yang baru tumbuh pada dagu sambil benaknya bergerak laju memikirkan idea yang seterusnya. Umairah melepaskan keluhan kecil. Senak pula pemikirannya saat ini.

“hai... sibuk nampak.” Tegur Haikal yang berjaya mengejutkan Umairah yang sedang fokus pada kerjanya. Umairah urut dada dengan kasar. Berdetak kencang jantungnya dengan sergahan yang tidak semena-mena itu.

“tak reti bagi salam ke? Terkejut saya awak tau tak!”bebel Umairah dengan bibir yang sedikit muncung. Haikal hanya tersengih tanpa sebarang jawapan. Tanpa dijemput dia melabuhkan punggung didepan Umairah.

“sorang je ke? Mana Zizie?” Haikal berbasa-basi. Cuba menarik minat Umairah untuk berbual dengannya. Dalam diam dia gembira sekiranya Zizie tiada disitu. Jadi bolehlah dia berdua-duaan dengan Umairah meskipun tempat itu dipenuhi dengan pelajar lain.

“Zizie macam biasalah... keluar dengan pakwe dia. Nak buat tugasan sama-sama katanya.” Jelas Umairah. Matanya memandang wajah Haikal sekali lalu. Dia mengembalikan pandangan kearah laptop, misi menyiapkan tugasan masih belum selesai. Haikal sekadar mengangguk, mengerti segala penerangan ringkas Umairah.

“awak tak keluar dengan suami awak ke? Selalu nampak awak sorang-sorang jer, tak kenallah pulak yang mana satu suami awak. Katanya Zizie,suami awak sama kursus dengan korang.” Duga Haikal dengan senyuman yang tidak dapat dimengertikan. Mula mengorak langkah untuk menjayakan hasrat dihati.Umairah tergamam! Air liur terasa terlekat dikerongkong. Mula rasa rimas apabila isu perihal suaminya disebut-sebut. Umairah angkat wajahnya lalu membuang pandang kearah Haikal yang sedang menanti jawapannya. Satu senyuman tawar terukir dibibirnya.

“ Ifran ada perbincangan dengan kumpulan lain... memanglah kami satu kursus tapi kami tak satu kumpulan untuk buat tugasan. Sebab tu kami jarang bersama-sama.”terang Umairah perlahan. meskipun dia tidak faham mengapa perlunya dia menerangkan situasi palsu itu kepada Haikal namun dia terpaksa juga berkata sebegitu. Dia tidak mahu Haikal menghidu masalah rumahtangganya yang tiada kena mengena dengan pembangunan ekonomi negara. Haikal senyum didalam hati. Jelas dimatanya Umairah sedaya upaya menyembunyikan aib rumahtangganya.

“ooo macam tu. bila awak nak kenalkan saya dengan suami awak? Teringin nak jumpa jejaka yang berjaya rebut cinta awak.” Soal Haikal lagi seakan cuba mendera emosi Umairah. Wajah Umairah yang sudah berubah riak dipandang lama. Ada rasa debar setiap kali matanya menyinggah pada mata Umairah.

“ nanti ada masa saya akan kenalkan awak pada dia...”janji Umairah dengan nada yang tertahan-tahan. bibirnya diketap kuat, cuba menahan rasa yang bercampur gaul didalam jiwanya. Dia rimas, bosan dan tidak tenang untuk melayan setiap persoalan yang keluar dari mulut Haikal. dia amat berharap dengan intonasi suaranya yang dingin itu mampu menutup mulut Haikal dari berbicara perihal Ifran.

“ janji tu... macam manalah agaknya rupa Ifran tu yer dan apalah kelebihan dia sampai awak sanggup kahwin diusia muda macam ni.” Sela Haikal lagi dengan penuh bersahaja. Matanya mencuri pandang kearah Umairah yang kelihatan menahan perasaan. Umairah diam tidak berkutik. Malas melayan bicara Haikal yang mampu mengganggu gugat perasaan tenangnya. Dia pura-pura menyibukkan diri dengan buku rujukan disebelah komputer ribanya. Dibaca segala nota yang terkandung dalam buku setebal dua inci itu tanpa memahami isinya.Haikal tersengih lebar. Gembira hatinya melihat Umairah yang kelihatan tidak tenteram apabila isu suaminya diutarakan. Suasana antara mereka sunyi sepi.Umairah sibuk dengan tugasannya manakala Haikal pula sibuk menilik wajah Umairah yang sudah beransur tenang.

“awak cantiklah Mai...” seru Haikal tiba-tiba. Mula mencucuk jarum untuk menganyam cinta Umairah. Matanya tidak jemu memandang wajah Umairah yang masih menunduk mengadap buku. Umairah terkedu. Berkerut dahinya dengan pujian Haikal yang tiba-tiba. Entah ikhlas atau tidak Umairah tidak pasti.

“jangan nak mengarutlah Haikal...” tegur Umairah pendek.

“laa... puji pun salah ke.”

“Haikal... awak ni datang library nak belajar ke nak bercakap? Saya sekarang tengah sibuk dan saya harap awak tak ganggu saya.”Sedikit meninggi suara Umairah. Dia tidak gemar dengan kata-kata Haikal yang langsung tidak mendatangkan untung pada pelajarannya.

“maaflah sebab ganggu awak nak belajar. Tapi pujian saya tadi tu ikhlas. Awak memang cantik pada mata saya dan amat rugi kalau Ifran sia-siakan awak.” Tutur Haikal dengan nada yang rendah. Umairah diam tidak berkutik, malas memberi respon pada kata-kata Haikal yang tidak habis-habis mahu mengungkit nama Ifran dalam perbualan mereka. Lagi banyak dilayan lagi panjang pula perbualan tanpa faedah mereka ini nanti. Suasana antara mereka kembali sepi. Masing-masing sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab sendiri.

Last edited by misssakura on 27-10-2013 07:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 07:30 PM | Show all posts
“jom kita makan tengahari sama-sama...” ajak Haikal sesudah dia dan Umairah membuat tugasan di perpustakaan. Umairah yang sedang mengemas laptop dan beberapa buah buku yang digunakan mengerling jam yang melilit pada pergelangan tangannya. 10 minit lagi pukul 1 tengahari dan dia mempunyai kelas jam 2 petang.

‘hmm sempatlah pergi makan dulu. Aku pun tak solat kejap lagi.’ Desis hati Umairah. Buku-buku yang dipegang dimasukkan kedalam beg sandang. Bersiap untuk meninggalkan perpustakaan.

“okey... jomlah.” Balas Umairah. Dipandang Haikal yang sudah siap mengemas segala alatan yang digunakan sepanjang mereka singgah diperpustakaan ini. kelihatan Haikal tersengih girang dengan persetujuannya.Setelah segala urusan selesai, Haikal dan Umairah beriringan keluar daripada perpustakaan seterusnya menuju ke kedai makan yang berhampiran. Masing-masing diam sahaja sepanjang perjalanan, tiada topik yang mahu dibincangkan. Mereka sama-sama menapak masuk ke kedai makan yang berhampiran. Umairah menghentikan langkahnya secara mendadak. Dari kejauhan dia dapat melihat Ifran sedang menjamu selera bersama Atikah dan beberapa lagi rakan daripada kursus mereka.Riak wajah Umairah berubah. Cemburu, geram, marah bercampur aduk didalam lipatan hatinya. Haikal yang sudah mara beberapa langkah menjauhinya dipandang.Timbul rasa risau dihati Umairah. Dia tidak mahu Haikal mengenali Ifran sekaligus mengetahui situasi sebenar rumah tangganya.

“Haikal...” teriak Umairah dengan suara yang cukup untuk didengari oleh dia dan Haikal. Haikal yang sudah kedepan beberapa tapak memandang raut wajah Umairah yang tertinggal dibelakang. Berkerut dahinya dengan panggilan daripada Umairah. Gadis bertubuh kecil itu dihampiri.

“kenapa?” soal Haikal sepatah. Kerutan didahinya masih lagi jelas kelihatan. Wajah Umairah yang resah gelisah dipandang dengan rasa ingin tahu.

“kita makan dekat kedai lainlah...”

“laa... dah kenapa pulak? Dekat sinikan lebih murah dan sedap.” Bantah Haikal tidak mengerti. Umairah menggaru-garukan tangannya yang tidak gatal. Tiada idea yang bernas untuk dijadikan alasan.

“hmm... saya bosanlah makan dekat sini. dah selalu sangat kita makan dekat sini, jom pergi kedai lainlah hari ini.” minta Umairah. Dia sudah mula mara beberapa tapak keluar dari kedai makan, berharap Haikal akan mengekori jejak langkahnya. Haikal yang melihat Umairah sudah pun bergerak meninggalkan kedai makan yang dipilih mereka sebentar tadi sekadar menurut. Tiada alasan yang kukuh untuk dia terus tinggal disitu.

“jadi awak nak makan kat mana?” cetus Haikal apabila dia sudah berjaya menyaingi langkah Umairah. Wajah gelisah Umairah kini sudah beransur hilang.

“kita makan dekat kedai hujung sanalah... kat sana pun sedap.” Cadang Umairah lembut. Haikal sekadar mengangguk. Dia tidak kisah untuk kemana-mana apabila bersama Umairah. Dapat meluangkan masa berdua bersama Umairah pun sudah cukup bermakna buatnya.

Last edited by misssakura on 27-10-2013 07:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 07:37 PM | Show all posts
Umairah masuk ke kelas agak lewat berbanding masa yang telah dijadualkan. Dipanjangkan leher untuk mencari wajah Zizie. Kebiasaannya Zizie akan menanda tempat duduknya namun tidak untuk kali ini. mungkin Zizie juga kelewatan membuatkan gadis itu tidak sempat untuk menandakan tempat bagi mereka berdua. Umairah mencari kerusi kosong yang lain dan matanya bercahaya apabila ternampak satu kerusi yang tidak berpenghuni. Hanya kerusi itu sahaja yang satu-satunya masih lagi kosong. Wajah ceria Umairah bertukar kelat. Matanya terpandang batang tubuh yang duduk disebelah kerusi tersebut. Kenapa mesti dia?

‘oh my god! Tak hadamlah pelajaran aku hari ini.’ desis Umairah didalam hati. Langkah diatur menghampiri kerusi yang belum berpenghuni itu. Umairah cuba berlagak tenang dan selamba. Dia tidak mahu orang lain sedar apa yang bermain dihatinya saat ini meski pun tiada siapa yang ingin tahu apa yang difikirkan. Dihenyakkan punggung disebelah Ifran dengan riak tanpa perasaan. Ifran yang menyedari kehadiran Umairah mula tayang wajah mencuka.

‘tak payah tayang muka buruk macam tu la brader! kau fikir aku kebulur sangat nak duduk sebelah kau?’ bentak Umairah didalam hati.Tidak mungkin sekali untuk dia mencari gaduh dengan Ifran didalam kelas mereka sedangkan Dr.Ahmad sedang memberi ilmu.

“ tak payah tayang muncung itik... kau ingat kau cun buat muka macam tu?” tempelak Ifran dengan suara perlahan. cukup untuk didengari Umairah yang sedang terkocoh-kocoh mengeluarkan buku dan pen. Umairah menjeling tajam kearah Ifran, sakit hati sungguh dia mendengar bicara tidak sopan Ifran padanya. ada sahaja idea lelaki ini untuk menyakiti hatinya.

“paku dulang paku serpih... mengata orang kau yang lebih!” bidas Umairah geram. Turut sama menggunakan intonasi yang sama seperti Ifran. garang namun perlahan!

“ kelas dah nak habis baru nampak muka... baik tak payah masuk kelas.” Sindir Ifran sinis. Belum puas mengutuk isterinya itu. Dia merenung tepat wajah Umairah yang sudah kemerah-merahan. Marah barang kali dikutuk sebegitu. namun dia peduli apa semua tu.

“aku masuk kelas lambat ke awal ke... ada aku susahkan kau? yuran U aku, kau bayar ke?” herdik Umairah geram. Matanya terjengil kearah Ifran yang tayang wajah sinis. Riak Ifran saat ini seperti ingin dikakikan sahaja.

“ orang masuk kelas lambat memanglah tak tahu apa-apa...aku yang masuk awal inilah kena tadah telinga pasal kau yang suka masuk lewat.Kau tahu apa?” Ifran tak nak kalah. Memandai sahaja dia mereka cerita asalkan mulut Umairah dapat ditutup daripada membalas kata-katanya.

“both of you... Ifran dan Umairah! Kalau kamu nak bercinta, bercinta dekat luar. bukan dalam kelas saya!” Sergah Dr. Ahmad dengan mata yang mencerlung kearah Ifran dan Umairah yang sibuk bergaduh antara satu sama lain. Pelajar-pelajar lain yang sedang tekun menimba ilmu tersentak mendengar tempikan suara Dr.Ahmad yang tiba-tiba. Terus mereka semua membuang pandang kearah Ifran dan Umairah dengan senyuman nakal.

“diorang tu suami isteri dr...” jerit Zakwan, kawan Ifran sambil tersengih. Beberapa teman lain tergelak kecil dengan kata-kata Zakwan.Wajah Umairah sudah mula hangat, malu dipersendakan didalam kelas. Sempat dia menjeling marah kearah Ifran. menyalahkan jejaka itu dengan apa yang berlaku saat ini.

“ooo patutlah. Umairah dan Ifran, saya minta kamu berdua bersabar sikit. Lagi 15 minit kelas akan tamat dan kamu boleh bersayang-sayang selepas itu.” sindiran pedas menyengat daripada Dr.Ahmad buat wajah Ifran dan Umairah terasa pijar. Malu dan segan bercambah dihati mereka. Masing-masing diam membukam, hanya mampu menunduk tanpa sebarang suara mahupun bantahan.

Last edited by misssakura on 27-10-2013 07:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 06:55 AM | Show all posts
Umairah melepaskan keluhan kasar sambil menghempas perlahan buku rujukan yang dibawa keatas peha saat dirinya sedang menanti bas. Mulutnya sedikit terjuih menahan rasa geram yang bercambah didalam hati.

‘tak guna punya Ifran! saja memalukan aku dalam kelas tadi. tak pasal-pasal semua orang gelakkan aku.’ bentak Umairah didalam hati.Kakinya dihentakkan kuat pada lantai demi meluahkan rasa amarah yang mencengkam. Dia tak peduli pandangan mata yang melihatnya dengan renungan yang aneh. Dia tidak kisah semua itu asalkan rasa perit dihati dapat dihemburkan dengan kadar segera.

“panjangnya muncung... kenapa ni?” tegur Haikal yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Tanpa dijemput dia duduk disebelah Umairah yang menayang wajah mencuka.

“tak ada apa-apalah Haikal... awak pon nak naik bas ke? Mana motorsikal?” soal Umairah sambil mengalihkan topik perbualan mereka. Malas dipanjang kisah didalam kelas tadi. memalukan dirinya sendiri adalah!

“motorsikal tak ada minyak...” tutur Haikal mudah. Umairah yang mendengar jawapan Haikal sekadar menganggukkan kepalanya. Matanya kembali ralit pada jalan raya, tercari-cari imej bas yang belum kunjung tiba. Haikal yang selesa di sisi Umairah merenung gadis itu dalam-dalam. Mula terasa degupan jantungnya kian laju. Indahnya dunia ini sekiranya Umairah jadi miliknya... tapi kenapa Umairah mesti menjadi milik Ifran yang terang-terangan tidak mencintai dia? Haikal menghela nafas perlahan. lemah sendi-sendi badannya memikirkan kenyataan Umairah adalah isteri orang.

“kenapa awak pandang saya macam tu? ada apa-apa ke pada muka saya?” cetus Umairah tatkala sedar dirinya menjadi mangsa renungan Haikal. diraba setiap inci wajahnya untuk membuang kotoran yang tidak sepatutnya. Haikal tersedar dari lamunan. Sedikit terperanjat apabila disergah Umairah.

“tak ada apa-apalah... Cuma saya rasa sayang tengok orang lembut macam awak...” kata-kata Haikal tergantung. Tidak tahu bagaimana untuk menyambung bait bicara yang belum lengkap sempurna. Umairah memandang pelik kearah Haikal. kurang jelas dengan kata-kata jejaka itu.

“ apa yang awak cuba beritahu? Saya tak fahamlah.”

“awak...” sekali lagi suara Haikal tersekat dicelah kerongkong. Wajah Umairah dipandang lama.

“ ye?” soal Umairah ringkas. Ternanti-nanti bicara Haikal yang cukup mendatangkan rasa ingin tahu dalam dirinya. Haikal tarik nafas panjang. Sedaya upaya dicari ketenangan dalam meluahkan rasa yang tersimpan.

“awak tak bahagia dengan perkahwinan awakkan? Awak dan Ifran tidak cinta antara satu sama lain... betul tak?” akhirnya Haikal meluahkan rasa yang sudah tersimpan sejak beberapa hari lalu. riak wajah Umairah berubah. Terperanjat besar dengan telahan yang dibuat oleh temannya.

“awak merepek apa ni Haikal? tak adalah. Saya dengan dia okey je.”

“awak tak payah tipu sayalah Mai. Saya tahu awak tak bahagia dengan dia. Saya tahu dia ada perempuan lain selain awak dan saya juga tahu awak tak cintakan dia.”

“stop it Haikal... itu urusan peribadi saya dan saya mohon awak tak payah nak masuk campur hal rumahtangga saya. Just mind your own bussiness.”

“jadi betullahkan kata-kata saya tadi tu yang awak ada masalah dengan Ifran?” duga Haikal seolah-olah cuba mencabar emosi Umairah. Wajah Umairah yang sudah kemerah-merahan menahan amarah dipandang.

“kalau saya ada masalah rumahtangga sekali pun, apa kaitan dengan awak? Saya susahkan hidup awak ke? Tolonglah Haikal... saya anggap awak sebagai kawan rapat saya tapi itu tak bermakna awak senang-senang nak masuk campur urusan rumahtangga saya. Kalau awak anggap saya kawan,tolonglah jangan nak usik hal peribadi saya. Tolong hormat perasaan saya.”Marah Umairah berapi-api. Matanya mencerlung kearah Haikal agar lelaki itu faham bertapa dia benci manusia-manusia yang menyibuk dalam urusan hidupnya.

“ kata-kata awak sekarang membuktikan yang rumahtangga awak sedang goyah... Mai saya...”

“sudah! Awak tak faham bahasa ke Haikal. saya tak suka bincang tentang hal ni. awak faham tak?” melengking suara Umairah. Dadanya turun naik menahan perasaan geram dengan sikap terlebih cakna Haikal. tanpa menunggu lama, Umairah bergegas pergi meninggalkan Haikal. dia rela naik teksi yang mahal daripada berlama-lama mengadap Haikal yang suka mencabar kesabarannya.

“Mai...” Jerit Haikal. langkah diatur mengejar Umairah yang sudah jauh kedepan. Umairah tidak mempedulikan panggilan Haikal.

“ saya cintakan awak! Saya sayangkan awak sangat-sangat dan kalau boleh saya nak awak bercerai dengan suami awak! Dia bukan lelaki yang sesuai untuk awak.” Luah Haikal dengan suara yang kuat. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang mahu pun telinga-telinga yang mendengar luahan perasaannya itu tadi. apa yang dia tahu hatinya terlalu sayangkan Umairah dan dia nak bersama Umairah! Langkah Umairah yang panjang itu terkaku sekejap.Terperanjat besar mendengar luahan perasaan Haikal yang tidak disangka-sangka. Umairah tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan perasaan yang menggila. Tanpa membalas bicara cinta Haikal, Umairah terus melangkah pergi.

Last edited by misssakura on 30-10-2013 07:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 06:40 PM | Show all posts
Hampir 3 bulan berlalu namun Umairah belum ada tanda-tanda untuk menjalin kembali persahabatan dengan Atikah. Atikah pula masih lagi merayu-rayu dan bertanya silapnya supaya hubungan mereka pulih seperti biasa namun hatinya sedikit pun tidak terbuka untuk berbaik semula dengan Atikah. Rasa marah dan benci terhadap Atikah masih memuncak dihatinya.

“ Mai, tolong la terima cinta saya. Saya sangat sayangkan awak.” Pujuk Haikal. Sudah hampir satu semester masa digunakan untuk memikat hati Umairah yang jelas langsung tiada hati buatnya. Umairah mula rimas. Memang dia tidak cintakan lelaki ini. Tetapi itu bukan alasan pertamanya untuk menolak cinta lelaki berkulit sawo matang ini.


“ Haikal. Awak tahu kan siapa saya.” Umairah membalas lembut. Alasan yang sering digunakan diluahkan sekali lagi. Berharap Haikal faham dengan statusnya yang sudah berkahwin.


“ Saya tahu awak isteri orang tetapi saya juga tahu hubungan awak dengan dia tidak baik. Korang akan bercerai tak lama lagikan!” Balas Haikal yakin.


“ Baik tak baik saya tetap isteri dia. Dah, saya tak nak cakap benda ni. Lagipun saya anggap awak kawan aje. Kalau saya tak kawin lagipun, saya belum tentu terima awak.” Ujar Umairah tegas. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan palsu kepada lelaki didepannya ini. Baginya kemungkinan untuk mereka bersama adalah kosong.


“ Mai. Tolonglah jangan cakap macam tu. Apa lebihnya Ifran tu. Dia tak cintakan awak.”


“ Isunya sekarang bukan sebab cinta Haikal.. Isunya adalah saya ni isteri orang. Nak tak nak memang itu faktanya sekarang.” Luah Umairah. Matanya memandang tepat wajah Haikal yang turut merenung mukanya.Haikal mengeluh kasar.


“ Ifran dah ada kekasihkan?” Tembak Haikal rambang namun tepat. Umairah diam tak berkutik. Ditundukkan wajahnya sebentar demi mencari alasan yang lebih konkrit untuk menolak cinta dari Haikal.


“ Kita tak payah cakap pasal ni Haikal.”


“Mai...” Panggil Haikal dengan rasa tidak puas hati.Kenapa sukar benar Umairah menerima cinta hatinya.


“ Saya cintakan awak Mai... Saya tahu awak dan dia tak cinta antara satu sama lain dan dia juga sudah ada kekasih sendiri. Kenapa awak tak boleh terima cinta saya?” Ulang Haikal sekali lagi. Dia tidak akan penat menuturkan bait-bait cinta untuk Umairah. Umairah menghela nafas dalam. Entah macam mana dia mahu menolak cinta Haikal.


“ Haikal.. Awak katalah apa sahaja, kenyataan saya isteri Ifran tetap tidak berubah.”


“ Kenyataan ni boleh berubah Mai kalau awak dan dia bercerai.Kalau dia tak nak ceraikan awak, awak minta cerai daripada dia. Saya tahu awak tak bahagia dengan perkahwinan awak sekarang ni, malah dia juga sudah ada pilihan hati sendiri.” Ajar Haikal.. Baru sahaja Umairah mahu menjawab ada satu suara memotong percakapannya. Pantas Umairah dan Haikal memandang wajah yang masuk kedalam perbincangan mereka tanpa dijemput.


“ Bro! Tak malu ke mengorat bini orang ni? Umairah ni isteri saya. Jangan nak memadai suruh dia mintak cerai dengan saya.” Ifran yang tidak diketahui mana munculnya mengganggu perbincangan mereka. Umairah kaget. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku lepas ini. Matanya memandang Ifran dan Haikal bersilih ganti. Dia diam tak berkutik dibangku itu. Belum sempat Haikal nak menjawab apa-apa, Ifran sudah menarik tangan Umairah supaya meninggalkan tempat itu. Umairah yang tidak bersedia dari segi fizikal dan emosi itu terdorong kedepan. Dia tidak mampu melepaskan diri dari genggaman kuat milik suaminya. Haikal hanya mampu memandang adegan tarik menarik itu kerana merasakan dirinya belum lagi layak mencampuri urusan Ifran dan Umairah.

Last edited by misssakura on 31-10-2013 06:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 06:49 PM | Show all posts
“Lepaslah. Kau ni kenapa?” Bentak Umairah.Tangannya amat sakit diperlakukan begitu. Mau tercabut lengannya dek kekasaran Ifran. Ifran melepaskan genggamannya secara tiba-tiba. Terduduk Umairah dilakukan begitu. Umairah menjeling marah kearah Ifran. Mahu ditampar sahaja lelaki tak guna didepannya.


“ Ooo... Dah pandai menggatal ye sekarang...” Sindir Ifran.Geram sungguh hatinya seketika tadi, bukannya kerana cemburu tetapi malu.Kawan-kawannya yang melihat kemesraan Umairah dan Haikal mengatanya macam-macam. Dia dicop lelaki dayus kerana membiarkan isteri berfoya-foya didepan mata. Umairah bangun mengadap ifran. Dia menjeling penuh jelik kearah Ifran.


“Kenapa? Kau jealous ke?” Sinis Umairah bertanya. Tersenyum mengejek kearah Ifran yang sedang memandang wajahnya.


“Aku jealous kat kau?” soal Ifran dengan nada yang sungguh jengkel. Jari telunjuk dihalakan pada dirinya sendiri dengan riak tidak percaya.


“Dari aku jealous kat kau baik aku jealous kat kambing sebelah kolej kita tu. Ade maknanya jugak.” Ifran membalas selamba. Buntang mata Umairah mendengar jawapan dari mulut Ifran. Dia dibandingkan dengan kambing? Biadap!


“ Habis tu. Apesal kau mengacau aku dengan Haikal nak bersembang.”Suara Umairah mula meninggi.


“Ooooo... Haikal  nama bakal kekasih kau tu.... Boleh tahan.”


“Kenapa kau nak sibuk-sibuk pasal aku? Aku tak pernah pun kacau kau dengan Atikahkan.” Umairah cuba mengawal perasaan marah. Tangannya dikepal menahan rasa geram yang bertingkat didalam diri.


“ Kau fikir aku akan biarkan kau bahagia setelah apa yang berlaku terhadap aku dan Atikah? Jangan haraplah Mai. Aku akan pastikan kau turut merasa perasaan sengsara yang ditanggung kami kerana sikap kau yang mementingkan diri sendiri tu.”

“ Kenapa kau nak salahkan aku? Pergilah salahkan Atikah!Kalau bukan kerana dia, kau tak perlu lalui semua ni.” Sela Umairah sambil mencebik mulutnya. Wajah Ifran yang berubah tegang dihadapannya tidak dipandang. Tak dinafikan,kecut perutnya melihat riak Ifran saat ini. Buatnya Ifran mengamuk, tak memasal dia dibelasah sampai koma! Tak sanggup.


“ Mudah kau bercakap.. Kalau kau marahkan Atikah, kenapa kau mesti libatkan aku? Salah aku ke dalam masalah korang? Apa kau lupa kita pernah kawan baik sebelum ni? Atau kau sengaja dekati aku untuk gunakan aku sebagai alat utuk membalas dendam terhadap Atikah? Tak sangka kau sanggup gunakan persahabatan kita sebelum ini untuk perkara macam ni!” sela Ifran. sedikit sebanyak ada rasa kecewa dengan sikap Umairah yang terlalu mementingkan diri sendiri. Kerana dendam, Umairah sanggup khianati persahabatan mereka. Umairah yang mendengar kata-kata Ifran terkedu untuk seketika. Mulutnya diam tak berkutik. Kepalanya ligat menganalisis setiap bait bicara Ifran yang meresap kedalam hatinya. Hati Ifran makin mendidih melihat Umairah hanya diam langsung tidak membalas setiap serangan kata-katanya. Jadi benarlah dia hanya alat untuk Umairah menyakiti hati Atikah? Jadi persahabatan mereka selama ini adalah palsu sahajalah? Tiada nilai dihati Umairah?


“ Kau dengar sini yer perempuan, aku tak peduli apa alasan kau untuk kenakan Atikah! Tapi yang aku tahu sekarang, aku takkan ceraikan kau!  Aku takkan biarkan kau bersama lelaki yang kau cintai sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa sebelum ni setelah kau pisahkan aku dengan Atikah. Kau jangan ingat kau akan senang-senang je nak berbahagia setelah apa yang berlaku antara kita bertiga.” Tengking Ifran dengan suara yang mampu menggegarkan jantung. Usai dengan kata-kata itu, Ifran meninggalkan Umairah yang masih lagi diam tanpa sebarang respon. Gadis itu sekadar menghantar pemergian Ifran dengan perasaan berkecamuk.


Last edited by misssakura on 31-10-2013 06:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2013 08:32 AM | Show all posts
Umairah menghenyak punggungnya diatas katil. Termenung sejenak memikirkan pertemuannya dan Ifran sebentar tadi. Wajahnya yang penat diraup perlahan. Mula sedar dirinya telah tersilap langkah dalam mengenakan Atikah.


“Maafkan aku If...” Seru Umairah perlahan. Rasa sebak mula merantai dihati. Dia sedar Ifran langsung tiada kena mengena dengan dendamnya terhadap Atikah. Tetapi kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri, dia tegar mempergunakan persahabatannya dan Ifran demi menyakiti hati Atikah. Rintik-rintik air mata mula mengalir pada pipi Umairah.


“Maafkan aku kerana libatkan kau dalam hal ini.” Ucap Umairah lagi diangin lalu.


“Aku janji, aku akan tebus semula kesilapan aku pada kau.” Sambung Umairah lagi. Dia tidak pernah membenci Ifran selama ini. Ifran kawannya! Tetapi kerana Atikah merupakan kekasih Ifran membuatkan dia sanggup menodai persahabatannya dan Ifran demi menyakiti hati Atikah. Dia mula sedar apabila dimarahi Ifran petang tadi. Dia lupa Ifran dan dia pernah bersahabat baik sebelum ini. Dalam diam Umairah mula berazam untuk melayan Ifran sebaiknya demi menebus kesilapannya yang terlalu kejam terhadap Ifran.


Last edited by misssakura on 4-11-2013 08:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 08:34 AM | Show all posts
Satu tahun telah berlalu. Setelah tamat belajar Umairah akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan. Alhamdullilah kerja yang sama dengan bidang ibunya iaitu guru. Atikah pula bekerja sebagai pembantu kewangan disyarikat makanan  segera milik keluarga Ifran. Meski pun tiada asas dalam bidang itu, tidak menghalang Atikah untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.Umairah mengemas barang-barang yang perlu dibawa. 4 hari lagi dia akan bermula bekerja di Seremban dan disana dia akan tinggal bersama Ifran. Rumah itu adalah pemberian dari ayah Ifran merangkap bapa mertuanya.


“ Banyak lagi ke barang kamu Mai?” Soal puan Zaleha. Dia sekadar memandang. Bukan tidak mahu membantu tetapi telah dilarang oleh Umairah.Katanya takut nanti lupa apa yang dah diambil dan apa yang belum. Dia sekadar membantu mengalihkan barang-barang itu masuk kedalam kereta. Encik Ismail seperti biasa meluangkan masa bersama isteri mudanya memandangkan hari ini adalah giliran puan Zainab. Namun encik Ismail telah berjanji untuk pulang hari ini memandangkan Umairah akan bertolak pulang ke Seremban esok hari.


“ Sikit je lagi bu. Mai nak kemas baju pulak. Ibu pergilah rehat. Mai boleh buat sorang-sorang.” Pinta Umairah. Dia kesian ibunya yang dari tadi menolongnya mengangkat barang. Nak diharapkan Sarah pula gadis itu tiada. Dia agak sibuk memandangkan sedang menghadapi tahun akhir di universiti.

“ Alah, bukan penat pun. Mai tu ibu tengok penat buat kerja.” Balas puan Zaleha senang. Dia memandang wajah dan tubuh Umairah. Langsung tiada perbezaan sebelum dan selepas kahwin.


“ Nanti bila Mai tak de kat kampung ni, ibu jaga diri tau. Abah bukannya selalu ade dengan ibu.” Pesan Umairah. Sejak setahun lalu dia memang duduk dikampung. Namun apabila ibubapanya mula curiga dengan keadaan rumah tangganya, menyebabkan Umairah terpaksa meminta tukar ke Seremban. Selain itu, ibubapa mertuanya juga sudah banyak kali menggesanya untuk pindah duduk bersama Ifran. Nak tak nak dia terpaksa juga demi menjaga keharmonian rumah tangganya pada mata keluarganya dan Ifran.


“ Nur pun ada kat Serembankan Mai?” Soal puan Zaleha. Terkenang pula anak tirinya yang sebaya dengan Umairah. Umairah dan Nur memang tidak kamcing. Bukan kerana Nur yang sombong,tapi perangai cemburu Umairah yang tidak berhabisan itu.


“A’ah ibu. Kenapa?” Soal Umairah malas.


“ Nanti selalu la jenguk dia. Kesian dia duduk sorang-sorang kat sana. Nak suruh dia duduk dengan Mai dengan Ifran tak manis pulak rasanya.”


“ Hmmm...Tengok la nanti bu...Kalau Mai tak sibuk Mai pergilah”. Jawab Umairah sekadar mengambil hati puan Zaleha. Puan Zaleha sedar, itu bukan jawapan dari hati Umairah.


“ Nanti kalau nak balik ajaklah If sekali Mai. Lama dah ibu tak tengok menantu ibu tu. akhir sekali pun masa raya tahun lepas”. Pesan puan Zaleha lagi. Dia tidak tahu mengapa Ifran seolah-olah mengelak dari pulang ke rumahnya. Adakah Ifran tidak selesa?


“ InsyaAllah ibu. Ibu tahu je la kan abang If tu kerja apa. Dia memang sibuk. Nanti Mai pujuk dia balik kampung kalau dia dah tak sibuk.” Pujuk Umairah. Dia tahu ibunya terkilan dengan perangai menantu sulung keluarga mereka. Puan Zaleha sekadar mengangguk. Tidak mahu menyusahkan Umairah dengan perasaannya yang terlalu berfikiran negatif.


“ Hari ni ibu tak masak. Kita makan luar je la. Nak tak?” Soal puan Zaleha. Dia bangun membantu Umairah mengangkat kotak terakhir kedalam kereta wira milik Umairah.

“ Ok jugak bu. Mai pun macam tak larat dah nak masuk dapur ni. Lepas sembayang zohor karang kita keluar makan.” Balas Umairah gembira. Bukan senang nak mendapat peluang begini bersama ibunya. Dia akan menikmati hari gembiranya puas-puas kerana dia tidak tahu bila lagi dia akan merasa gembira selepas ini.



Last edited by misssakura on 4-11-2013 08:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 08:40 AM | Show all posts
Umairah mengangkat satu persatu barangnya ke dalam rumah bak tokang pecah itu. Langsung Ifran tidak menghulurkan sebarang bantuan kepadanya. Ifran sekadar melihat Umairah mengangkat barangnya yang agak banyak.Tiada hati langsung untuk membantu sang isteri.


“ Ini rumah ke kandang kambing?” Bebel Umairah dengan mata yang memandang jijik segenap rumah milik suaminya. Kotor! Dengan baju bersepah-sepah tersangkut sana sini, botol air dan makanan ringan yang bertaburan diatas lantai cukup menyesakkan pandangan matanya.


“Tak payah nak banyak soal. Nasib baik aku dengan rela hati benarkan kau tinggal kat sini.” Tinggi suara Ifran. Sakit hati pula dia melihat mimik muka jelik yang terpamer pada raut wajah Umairah.


“ Eleh! Macam aku nak sangat duduk dengan kau.” Umairah tak nak kalah. Tersenyum tawar ke arah Ifran yang jelas tidak suka dengan kehadirannya.


“ Suka hati kau la. Tapi yang pasti ini rumah aku, jadi aku harap kau tolong HORMAT aku sebagai tuan rumah. Jangan nak berlagak macam rumah sendiri.” Ifran menekankan perkataan hormat supaya Umairah tidak mudah lupa diri. Umairah mencebik bibirnya.


“ Macam bagus!” Ejek Umairah dengan kata-kata Ifran.Badannya yang tadi sekadar tegak berdiri memandang sekeliling rumah mula membuka langkah. Melihat satu persatu pekakas dan bilik-bilik yang ada didalam rumah tersebut. Tergeleng-geleng kepalanya melihat rumah jejaka ini.


“ Bagus tak bagus kenyataan sekarang kau memang sedang menumpang dirumah aku. Dah cukup baik aku bagi kau menumpang percuma. Ikutkan hati aku nak saje aku cas kau sewa rumah!” Balas Ifran sambil menghampiri gerak geri Umairah yang tekun menilik pelosok rumahnya. Gayanya tak ubah seperti emak mertua datang melihat rumah menantunya.


“ Macam aku tak mampu kalau kau nak suruh aku bayar sewa.Hmm mana satu bilik aku? Jangan kata kita kongsi satu bilik!”


“Siapa nak kongsi bilik dengan kau! Kau ambil bilik stor tu. Pandai-pandailah kau uruskan macam mana barang dalam stor tu yer.” Ifran sengaja mengenakan Umairah. Tersenyum sinis wajahnya tatkala melihat reaksi kurang senang terlukis di wajah Umairah. Ini baru permulaan.


“Bilik stor?” Soal Umairah dengan mata yang terjengil. Ini melampau! Nampak sangat Ifran mahu kenakan dirinya.


“Ye la bilik stor! Itu je bilik yang sesuai untuk penumpang macam kau. Itu pon dah kira baik tau. Ada jugak biliknya.”


“ Dah tu bilik yang satu lagi kau nak buat apa? Nak ternak hantu kat situ?” Bidas Umairah geram. Ifran memang suka menyakitkan hatinya.


“Siapa tuan rumah sekarang ni? Aku ke kau?” Sela Ifran sinis. Terjungkit senyuman dibibirnya yang mampu menaikkan suhu amarah Umairah.


“Kau!” Pendek jawapan dari Umairah. Suaranya mula mengendur. Wajahnya kini sudah dipalingkan dari mengadap Ifran. Keegoannya sedikit tercalar dengan pengakuan itu.


“Tahu pon... Jadi kau mesti patuh semua arahan aku selagi kau tinggal dalam rumah ni. Faham?”


“Faham.” Jawab Umairah dengan kepala yang terangguk-angguk. Dia kini mara ke bilik stor yang dimaksudkan. Mahu melihat bilik yang bakal digunakan sepanjang tempoh perkahwinannya dan Ifran.


“ Segala bil elektrik, air, makan dan minum, internet kita kongsi bayar.” Tegas Ifran sekali lagi. Umairah mengangguk sahaja. Dia mahu memulakan operasi mengemas walaupun badannya amat penat setelah 7 jam memandu kereta dari Terengganu ke Seremban.

Last edited by misssakura on 4-11-2013 08:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2013 08:43 PM | Show all posts
Umairah mengelap rambutnya yang panjang menggurai perlahan. Dia baru selesai mandi dan berpakaian setelah hampir 4 jam mengemas bilik barunya dan juga sepelosok rumah milik Ifran.


“ Lapar la pulak...” Desis hati Umairah sambil memegang perutnya. Dia bingkas dari katil lalu membuka pintu biliknya. Kaki diatur ke dapur.Seingatnya, tiada apa-apa barang yang boleh dimasak terdapat didalam peti ais. Umairah mengeluh lemah melihat tiada langsung makanan yang boleh dimakan. Mi maggie pon tak ada! Umairah mara ke dalam rumah pula, mencari wajah Ifran yang hilang entah ke mana. Pintu bilik utama diketuk beberapa kali. Selang beberapa minit terjengul wajah Ifran disebalik daun pintu.


“Apa dia?” Tanya Ifran ringkas. Dingin sahaja nada suaranya. Raut wajah Umairah dipandang tepat.


“ Ada makanan tak?” Walaupun ada rasa segan, Umairah tetap merendahkan egonya bertanya. Kalau malu memang mati kebulurlah dia gamaknya.


“ Kenapa?” Soalan dari Umairah dibalas dengan soalan juga. Umairah mengeluh kecil.


“ Nak makan la... Takkan nak jual pulak.” Tempelak Umairah geram. Aku ni dah la kebulur, boleh pulak dia tanya soalan bodoh.


“ Tak ada!” Jawab Ifran mudah. Umairah mengeluh lagi.Punyalah tanya banyak soalan, tapi jawapan akhir tak ada. Ifran memang sengaja cari pasal dengan aku.


“Tak pe la kalau macam tu.. Aku nak keluar makan, kau nak ikut tak?” Umairah sekadar berbasa basi. Tapi dia memang ikhlas mengajak Ifran keluar makan dengannya. Dia sememangnya sudah bertekad untuk melayan Ifran sehabis baik demi menebus kesilapannya terhadap jejaka ini. Ifran mengerutkan dahinya. Aneh! Kenapa Umairah lembut sahaja malam ni. Malah petang tadi pon gadis ini tidak banyak melawan cakapnya. Umairah nampak berbeza.


“ Kalau tak nak tak apalah... “ Cetus suara Umairah apabila melihat Ifran diam sahaja. Tak berminat barangkali. Mana mungkin lelaki ini sanggup keluar dengannya setelah apa yang berlaku antara mereka. Umairah mula beransur meninggalkan bilik Ifran. Dia mahu ke biliknya untuk menukar pakaian. Perutnya yang memulas perlu diisi. Dia tak nak di serang gastrik gara-gara lewat makan.


“Aku nak ikut.” Tiba-tiba suara Ifran menjengah gegendang telinga. Umairah yang sedang berjalan lalu terhenti langkahnya. Badannya dipalingkan untuk berbalas pandang dengan Ifran dengan dahi yang berlapis-lapis.


“Aku pon lapar!” Sambung Ifran lagi demi mengelakkan Umairah fikir yang bukan-bukan. Umairah tersenyum kecil sebelum mengangguk tanda mengerti. Dia cepat-cepat ke biliknya untuk bersiap.

Last edited by misssakura on 9-11-2013 08:47 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.141435 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list