CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 6-10-2014 08:23 PM | Show all posts
poyohabis posted on 6-10-2014 01:55 PM
Sila la sambung lagi tt.. X sabar den ni... Bukan apa pd den kalo dah nikah x kisah la pakse ke  ...

sudah sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 6-10-2014 08:23 PM
sudah sambung....

Lagi tt hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 08:08 PM | Show all posts
Umairah kerumah mertuanya setelah hampir 3 bulan tinggal bersama suaminya. Itu pon setelah beberapa kali puan Zaharah menggesanya dan Ifran untuk ke rumah mereka. Umairah terpaksa menerima pelawaan dengan hati yang kurang ikhlas. Bukan dia tidak sukakan ibu mertuanya tetapi mengenangkan dia perlu berlagak bahagia dihadapan keluarga mertuanya memang sesuatu perkara yang sangat memenatkan. Dia boleh dikatakan rapat dengan ibu mertuanya dan juga adik-adik iparnya.

Ifran merupakan anak sulung dalam keluarga encik Tarmizi dan merupakan cucu kesayangan neneknya. Oleh kerana itu, adik-adiknya Anisa, Amira dan Ikmal sangat menghormati dan menyayanginya. Dalam keluarga Ifran tiada istilah pilih kasih. Sebab itu hubungan Ifran dan tiga lagi adik beradiknya sangat baik. Umairah menyalami puan Zaharah, encik Tarmizi dan nenek Juriah diikuti dengan adik-adik perempuan Ifran yang kini tersenyum senang kearahnya. Setiap kali memandang wajah keluarga mertuanya pasti hatinya menjadi sayu.

Terasa bersalah menusuk-nusuk ke hatinya. Dia tidak boleh bayangkan bertapa hancurnya hati keluarga mertuanya ini apabila dia dan Ifran bercerai suatu hari nanti. Bukan dia nak perasan, tetapi dia dapat merasakan mereka sudah menganggap dia sebagai ahli keluarga. Kalau lah dia tahu sebaik ini keluarga Ifran terhadapnya, pasti dia tidak akan menerima pinangan nenek Juriah dan puan Zaharah suatu ketika dahulu. Tidak mahu dia mempermainkan hati-hati orang yang terlalu baik budi pekertinya ini.

“ Dah lama kak long tak datang rumah mak..” Tegur puan Zaharah menambahkan lagi rasa bersalah dihati Umairah. Dia menjeling kearah Ifran yang membuat wajah tiada perasaan. Dia tidak tahu apa di fikiran lelaki itu.

“ Maaf mak... Kak long sibuk sikit. Maklumlah baru masuk sekolah baru..” Umairah membalas perlahan. Dia tidak mampu memandang wajah puan Zaharah dan nenek Juriah. Terasa sebak dadanya. Umairah membahasakan dirinya kak long apabila bersama keluarga mertuanya memandangkan Ifran merupakan anak sulung keluarga ini.

“ Lepas ni Along bawaklah kak long datang sini selalu.. Nenek rindulah kat cucu nenek ni..” pinta nenek Juriah pula. Permintaan ini dituju kepada Ifran.

“ Along bukan tak nak nek... Nenek tahu je lah syarikat abah kan selalu sibuk. Along pun kadang-kadang balik rumah pun dah malam. Manalah sempat nak datang sini nek.” Balas Ifran. Dia bukan sengaja memberi alasan tapi memang itulah kenyataannya.

“ Alah kamu ni along... Rumah along dengan rumah ini bukan jauh sangat pun... Tak sampai 1 jam pun.. Alasan kamu je kan.” Rajuk nenek Juriah. Memang begitulah nenek Juriah dengan Ifran. Dia memang selalu berkecil hati dengan cucu sulongnya. Semua ini kerana rasa sayangnya yang tak terbelah bahagi buat Ifran.

“ Nenek... Ini bukan alasanlah... Memang kenyataan. Kalau rumah sendiri pun along susah nak lekat ini kan pula rumah kita ni.. Along janji lepas ni kalau along ada masa along akan sering balik sini.” Janji Ifran sambil mengangkat tangannya seolah-olah bersumpah.

“ Eh dah la jom masuk rumah... Kita sembang kat dalam. Tak manis bersembang depan pintu ni.” Arah puan Zaharah lembut. Mereka semua bergerak kearah ruang tamu.

“ Mak Jah...” Panggil puan Zaharah lantang. Mahu meyedarkan pembantu rumahnya tentang panggilannya. Kelihatan wanita berusia hampir 60 tahun mara kearah puan Zaharah.

“ Yer puan...” Soal mak Jah.

“ Buat air.... Nanti bawak sekali cheesecake yang saya beli semalam.” Minta puan Zaharah.

“ Baik puan.” Patuh mak Jah. Mak Jah sudah berkhidmat dirumah ini sejak Ifran lahir lagi. Kerana kesibukan puan Zaharah membantu suaminya membangunkan syarikat kicap milik mereka, puan Zaharah terpaksa menggaji seorang pembantu demi membantu ibu mertuanya iaitu nenek Juriah dalam menjaga Ifran. Kini hampir 25 tahun sudah mak Jah berkhidmat dirumahnya.

“ Satu lagi mak Jah... Mak Jah tolong keluarkan bahan untuk masakan tengahari. Tapi biar saya masak hari ni..” Sambung puan Zaharah secara tidak langsung menghentikan langkah mak Jah yang menuju kearah dapur. Mak Jah sekadar mengangguk tanda memahami arahan majikannya.

“ Ibu dan abah kak long apa khabar?” Soal encik Tarmizi sekadar berbasa basi.

“ Alhamdullilah sihat abah... Abah sihat tak? Hari tu kak long dengar tekanan darah abah naik lagi.. Dah stabil ke belum?” Soal Umairah pula. Risau juga dia mendengar cerita tekanan darah bapa mertuanya semakin tinggi malah bapa mertuanya itu juga mempunyai penyakit jantung.  

“ Hari tu kan musim raya haji kak Long.. Abah kamu ni pula hantu daging, sebab tu naik tinggi sangat tekanan darah tu. Lepas tu mak tak kasi abah makan makanan yang berkolestrol sangat dalam 2 minggu macam tu.. Alhamdullilah darah dah okey sikit lepas tu.” Balas puan Zaharah bagi pihak suaminya. Semasa kejadian itu, mereka sekeluarga berpuasa dari makan daging, lauk bersantan dan berminyak hampir 2 minggu demi menjaga kesihatan encik Tarmizi. Nasib baik encik tarmizi memberi kerjasama yang baik.

“ Abah jaga la makan elok-elok tau. Banyakkan sayur sayuran, kalau rajin petang-petang ajak adik pergi jogging dekat taman.” Nasihat Umairah sambil melirik kearah Ikmal yang merupakan adik bongsu Ifran. Ikmal yang kini tingkatan 5 sekadar tersengih mendengar kata-kata kakak iparnya. Ifran merenung wajah isterinya dari sisi. Inilah satu-satunya sikap yang dia suka yang ada pada Umairah. Gadis itu ternyata begitu sayang pada keluarganya dan dia tahu Umairah tidak berpura-pura dengan kasih sayang yang di tunjukkan kini. Kalau di bandingkan dengan Atikah, Atikah sedikit sebanyak sukar untuk merapatkan diri dengan keluarganya seperti yang Umairah lakukan kini. Mungkin sebab itu neneknya dan emaknya begitu berkenan bermenantukan Umairah meskipun mereka tahu siapa Atikah di hatinya.

“ Abah bukan tak nak kak long. Si adik ni haa... Bukannya nak teman abah pergi berjoging. Sibuk keluar dengan kawan-kawan dia.. Remajalah katakan.” Encik Tarmizi berkata selamba..

“ Amboi..Amboi..Amboi. Sedap abah kutuk adik. Padahal tiap-tiap hari adik ajak pergi jogging dia yang kata tak nak. Sekarang salahkan adik pulak tak temankan abah...” Ikmal berkata separuh merajuk. Sengaja mengenakan ayahnya.

“ Yang kamu ajak tu sekali je... Bila masa pulak tiap-tiap harinya. Abah ni ha yang ajak kamu tiap-tiap hari.” Tempelak encik Tarmizi.. Perbalahan antara encik Tarmizi dan Ikmal mengundang senyum dibibir setiap ahli keluarga Ifran. Tahu sangat sikap encik Tarmizi dengan anak bongsunya itu. Malah boleh dikatakan encik Tarmizi paling rapat dengan Ikmal namun tidak terlalu memanjakan jejaka pujaan pelajar wanita disekolahnya itu.

“ Abah dengan adik sama aje... Mak tak pernah dengar pun korang dua orang bincang nak pergi jogging. Pergi makan dekat kedai mamak ada la.” Kata-kata akhir puan Zaharah mendatangkan gelak semua orang disitu. Ternyata encik Tarmizi dan Ikmal sama-sama malas jogging. Setelah hampir sejam bersembang akhirnya Umairah dan Ifran berangkat ke biliknya yang terletak ditingkat dua rumah dua tingkat milik encik Tarmizi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 08:12 PM | Show all posts
Umairah bersiap-siap memakai tudung sebelum keluar dari biliknya yang dikongsi bersama Ifran. Dengan wujudnya Ikmal yang ternyata sudah cukup umur itu, terpaksalah dia memakai tudung didalam rumah mertuanya.

“ Kau nak ke mana?” Soal Ifran tatkala melihat Umairah mengepin kemas tudungnya. Tudungnya melabuhi dada. Bagus. Detik hati Ifran. Biasanya Umairah begini apabila mahu keluar dari rumah.

“ Tolong mak masak la apa lagi... Takkan nak jadi menantu pemalas kot..” Balas Umairah.

“ Dah habis elok la tu kau pakai tudung?” Perli Ifran dengan senyuman kecil. Umairah tidak mengerti dengan kata-kata Ifran. Elok la macam ni.. Nak macam mana lagi.

“Eloklah ni... Takkan nak pakai tudung berjambul pulak. Baik tak payah pakai tudung.” Sela Umairah sinis. Diabaikan kata-kata Ifran lalu menuju ke daun pintu. Bercakap dengan Ifran, sampai ke esok pon tak habis nak melayannya. Langkah Umairah yang agak besar terhenti tatkala Ifran memegang bahunya perlahan. Umairah memalingkan mukanya. Merenung Ifran dengan tanda tanya.

“Apa lagi? Kesian mak sorang-sorang masak dekat dapur tu.” Gesa Umairah.

“ Kalau jaga aurat kat depan elok pon tapi kat belakang terdedah nak buat ape?” Sindir Ifran. Umairah mengerutkan dahinya. Tidak faham kata-kata suaminya. Tiba-tiba terasa hangat tangan Ifran menyentuh belakang lehernya lembut. Meremang bulu roma Umairah seketika. Air liur didalam kerongkongnya seakan terlekat saat ini.

“ Ini haa... Nak tunjuk dekat siapa?” Bebel Ifran lagi sambil membetul-betulkan tudung Umairah yang sedikit terlipat kedalam. Setelah dia berpuas hati keadaan tudung Umairah sudah dalam keadaan yang kemas barulah dihentikan tangannya dari menyentuh belakang kepala isterinya itu. Umairah terdiam dengan perlakuan Ifran sebentar tadi. Perasaan malu menghimpit jiwanya. Wajahnya sudah memerah. Namun begitu ada sedikit perasaan bahagia mulai mewarnai hati kecilnya. Ifran tersenyum kecil melihat wajah Umairah yang sudah memerah. Wajah malu gadis itu nampak ayu dimatanya. Dia cepat-cepat beristighfar. Menghentikan diri dari merasa gembira dari hatinya. Dia cuba mengingatkan wajah Atikah bagi menghalau jauh perasaan aneh yang mula menapak dalam hatinya.

“ Terima kasih..” Ucap Umairah sambil mencepatkan langkah kearah pintu kamar. Dia terasa malu sangat untuk mengucapkan perkataan itu namun dia tahu dia patut meluahkan setelah Ifran melindungi maruahnya dari dilihat adik iparnya Ikmal.

“ Tak pe... Aku buat pun supaya dosa aku yang banyak ni tak makin banyak...” Desis Ifran selamba. Umairah bergegas ke dapur untuk membantu ibu mertuanya. Tak nak di cop menantu yang tidak boleh diharap.




Umairah membantu puan Zaharah memotong sayur-sayuran yang bakal di goreng sekejap lagi. Menu malam ini ialah gulai kari ayam, sayur campur goreng dan ikan siakap tiga rasa memang betul-betul membuka seleranya. Masakan puan Zaharah memang mantap. Boleh buka kedai makan bak kata encik Tarmizi.

“ Kak long...” Panggil puan Zaharah lembut. Dia mahu berbicara perihal wanita dengan menantunya. Setelah dipastikan hanya dia dan Umairah berada didapur barulah dia berani membuka mulut.

“ Ye mak... Kenapa?” Soal Umairah gusar. Takut ada kesalahan yang dilakukan. Ditilik sayur yang di potong lama. Aku salah potong ke? Desis hati Umairah sebelum melabuhkan kembali pandangannya pada wajah puan Zaharah yang sedang merenung lembut kearahnya. Betul-betul membuatkan dia teringat puan Zaleha. Ibu yang tersayang.

“ Mak nak tanya sikit. Kak long jangan kecil hati pulak.” Permulaan kata-kata milik puan Zaharah mendatangkan rasa cuak dihati Umairah. Apalah yang ingin ditanya oleh ibu mertuanya ini. Tangannya terhenti dari memotong sawi yang tinggal beberapa batang lagi. Tumpuan diberi sepenuhnya kepada puan Zaharah.

“ Apa dia mak?” Umairah kian gugup. Berharap ada sesiapa datang membantunya ketika ini.

“Kak long dengan along merancang ke?” terpancul soalan cepumas dari mulut puan Zaharah. Berharap sangat jawapan yang bakal dikeluarkan oleh Umairah ialah TIDAK. Dia kalau boleh mahukan cucu segera. Dia teringin mendengar riuh suara kanak-kanak. Orang lain yang seusianya sudah 2 hingga 3 orang sudah cucunya. Tapi dia satu pun tiada. Umairah dan Ifran pun sudah kawin hampir 2 tahun.

“ Tak ada rezeki lagi mak.” Balas Umairah sayu. Sedih kerana terpaksa berbohong dengan mertuanya ini. Puan Zaharah terasa bersalah mendengar jawapan dari Umairah yang kedengaran kecewa. Pasti Umairah lebih sedih berbanding dirinya.

“ Mak minta maaf kak long. Mak tak berniat nak buat kak long kecil hati. Tapi itu la naluri orang tua. Nak merasa pegang cucu sendiri pulak.” Pujuk puan Zaharah tatkala melihat wajah mendung Umairah. Umairah makin sedih apabila mendengar pujukan emak mertuanya. Pasti wanita itu ingat dia bersedih kerana tiada anak padahal perkara lain yang disedihkan. Dipegangnya tangan tua milik puan Zaharah.

“ Tak pe mak.. Kak long faham. Ibu dekat kampung pun dah banyak kali tanya.” Balas Umairah lembut. Cuba mengambil hati puan Zaharah.

“ Kak long tak pergi check kat klinik ke? Ye la kot-kot ade tersumbat kat mana-mana. Mungkin nak kena perbetulkan kat mana-mana. Bawak along sekali.” Cadang puan Zaharah. Dia tak bermaksud untuk mengatakan anak menantunya mandul tapi sekadar memberi cadangan yang dirasakan patut dilakukan oleh Umairah dan Ifran. Umairah diam. Tidak tahu nak berkata apa lagi. Dia sudah tidak sampai hati menipu orang tua ini lagi.

“ Nanti kak long bincang dengan along.” Jawapan selamat diberikan oleh Umairah bagi tidak terus menipu lagi. Tak berdaya rasanya mahu menipu puan Zaharah yang sudah dianggap seperti ibu kandung.

“ Apa kata kak long dengan along pergi honeymoon. Seingat mak korang berdua tak pergi honeymoon lagi. Ye la masa kawin hari tu kan sibuk belajar. Mungkin kalau pergi bercuti ni kurang sikit stress kerja. Jadi anak pun mudah lekat nanti.” Tambah puan Zaharah lagi. Umairah terdiam sekali lagi. Tidak tahu bagai mana mahu menjawab kali ini.

“ Kami bukan tak nak pergi mak... Kerja along kat office tu melambak-lambak.. Student kak long pulak nak menghadapi PMR tak lama lagi. So kami busy sikitlah.” Balas Ifran yang tiba-tiba muncul didapur. Dia mendengar semua perbualan antara emaknya dan isterinya sebentar tadi dan dia bersimpati terhadap Umairah yang seolah-olah tidak tahu bagaimana mahu  menjawab bagi setiap soalan-soalan ibunya.

“ Kamu tu along. Busy busy busy.. Cuba luang sikit masa untuk isteri kamu ni. Mak tengok korang berdua pun tak mesra sangat.. Tak macam laki bini lain..” Bebel puan Zaharah. Umairah dan Ifran terkejut dengan tuduhan emak Ifran yang teramat tepat. Mereka menjeling antara satu sama lain. Hati mereka sama-sama berfikir, adakah puan Zaharah sudah dapat menghidu hubungan mereka yang tidak pernah elok selama ini.

“ Eh apa mak ni... Kitorang okey je la. Kan sayang kan..” Balas Ifran gabra sambil memeluk bahu isterinya. Umairah sekadar mengangguk mengiakan kata-kata suaminya.

“ Kalau okey tak pe la.” Puan Zaharah tidak jadi untuk meneruskan leteran tatkala mak Jah masuk kembali kedalam rumah bersama ikan yang sudah siap di siang. Dia tidak mahu menjatuhkan maruah anak menantukan dihadapan mak Jah meski pun mereka semua sudah menganggap mak Jah sebagai ahli keluarga sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 08:13 PM | Show all posts
poyohabis posted on 7-10-2014 09:32 AM
Lagi tt hehehe

sudah update... jemput bce
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Best gak citer nih..hehe..ase xsabor nk bc nxt chpter plak..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Best gak citer nih..hehe..ase xsabor nk bc nxt chpter plak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 7-10-2014 08:13 PM
sudah update... jemput bce

Tq tt.. Muaahhh esok jgn lupa update citer baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 06:09 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 7-10-2014 10:20 PM
Best gak citer nih..hehe..ase xsabor nk bc nxt chpter plak..hehe

tq kenari sebab sudi singgah rumah sendu ini. kejap lg sakura update next part.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 06:11 PM | Show all posts
poyohabis posted on 7-10-2014 11:10 PM
Tq tt.. Muaahhh esok jgn lupa update citer baru

fuhh sakura baru balik keje. kejap lg sakura up lagi n3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 06:14 PM | Show all posts
Umairah menonton televisyen yang betul-betul setentang dengannya. Telefon bimbit yang dibawa diletak diatas riba. Kedengaran bunyi pintu ditolak membuatkan mata Umairah mengerling kearah bilik Ifran. Terjengul wajah Ifran yang agak lesu mara ke ruang tamu. Mungkin banyak kerja yang perlu dibuat oleh lelaki itu.

            “Nak minum?” Soal Umairah apabila Ifran melabuhkan diri disebelahnya. Tumpang menonton slot Lestary.

           “ Boleh jugak.” Cepat sahaja Ifran setuju. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

           “ Kejap yer...” Minta Umairah sambil berlalu ke dapur. Henset yang berada diribaan diletak diatas meja yang terdapat di ruang tamu. Hampir 5 minit kemudian, muncul Umairah dengan secawan teh panas. Diunjukkan minuman itu kepada Ifran yang sedang ralit menonton televisyen.

          “ Nah...”

          “ Terima kasih.” Ucap Ifran ikhlas. Minuman panas itu diteguk perlahan. Baru hilang rasa penat setelah berjam-jam mengadap laptop.

          “ Hmmm... Telefon kau ada berbunyi tadi.” Ujar Ifran sambil menunjukkan kearah telefon Umairah yang berada diatas meja. Umairah mengerut dahinya sehingga berlapis-lapis.

           “ Siapa pulak cari aku malam-malam macam ni.” Omel Umairah dengan mulut yang sedikit terjuih ke depan. Telefon bimbit itu dicapai lalu ditekan. Membaca pesanan ringkas yang masuk didalam hati.

           ‘ Salam... Kita jumpa esok boleh. Esok hari lahir saya.’ Mesej dari Haikal dibaca. Umairah termenung sejenak. Perlu ke dia jumpa dengan Haikal? Ahh tak salah rasanya, lagi pon Haikalkan temannya. Esok pula hari lahir jejaka itu. Tidak patut pulak ditolak ajakkan dari Haikal tanpa alasan.

           “ Okey.. Boleh je. Dekat mana nak jumpa?” Balas Umairah sambil pantas menekan punat telefonnya. Ifran disebelah sudah mula menjeling. Ada riak tidak senang apabila melihat Umairah khusyuk dengan telefonnya.

           “ Teet...” Satu lagi mesej masuk. Umairah cepat-cepat membuka dan meniliknya.

           “ Terminal One... Saya nak cari barang kat sana.” Itulah yang pesanan ringkas yang diterima dari Haikal.

           “ Nak cari barang pon ajak aku ke? Macam tak ada orang lain nak ajak.” Rungut Umairah namun tidak terluah. Dia terus membalas ‘okey’ dengan permintaan Haikal. Melayan birthday boy sekali sekala pon apa salahnya. Sehari dalam setahun.

           “ Pukul berapa nak jumpa?” Umairah menghantar sekeping lagi mesej setelah menyatakan persetujuan. Selang beberapa minit kemudian, mesej yang dihantar telah pun berbalas.

          “ Pukul 3 dekat sana. Jumpa awak esok.” Ifran yang melihat Umairah diam dengan telefonnya mula panas hati. Dijeling wajah Umairah yang bersahaja.

            “ Kenapa?” Terpancul pertanyaan dari bibir Umairah apabila menangkap jelingan Ifran. Macam tak puas hati sahaja mimik muka suaminya.

            “ Mesej dengan siapa?” Dingin intonasi suara Ifran. Cawan berisi teh panas diletakkan semula diatas meja.

            “ Kawan. Kenapa?”

            “ Siapa?” Tekan Ifran lagi. Tidak gemar apabila melihat Umairah cuba berdalih dengannya.
            “ Haikal.” Balas Umairah pendek. Air liur ditelan sebiji-sebiji. Entah kenapa perasaan takut mula mengisi sekeping hatinya apabila memberitahu kebenaran kepada Ifran. Lagi-lagi dengan riak muka Ifran yang mula menegang.

           “ Apa boyfriend kau nak?” Sela Ifran geram. Badannya yang tadi duduk kini sudah bingkas berdiri. Mencerlung kearah Umairah.

           “ Kenapa kau nak tahu?” Bidas Umairah pula. Tidak puas hati dengan amarah Ifran terhadapnya. Salah ke aku nak mesej atau pun jumpa Haikal? Apa kaitan Haikal dengan Ifran.

           “ Kau tu bini aku... Mestilah aku kena tahu semua ni.” Makin meninggi suara Ifran. Umairah tergelak sinis.

           “ Bini atas kertas je pon.” Acuh tak acuh jawapan Umairah. Disilangkan kakinya supaya lebih selesa. Matanya sudah tidak tertacap pada kotak televisyen.

         “ Bini atas kertas ke, bawah kertas ke kau tetap bini aku. Dia nak apa?” Jerkah Ifran makin hilang sabar. Mendengar nama Haikal buat hatinya tidak senang. Ada rasa cemburu mula merantai perasaannya.

        “ Dia ajak aku keluar esok.”

        “Dah tu kau setuju?” Pintas Ifran tanpa sempat Umairah selesai menjelaskan perkara sebenar.

           “ Kenapa pulak nak tolak? Lagi pon esok birthday dia. Tak elok pulak tolak ajakkan dia.” Jujur Umairah yang mula mengendurkan suara. Dia malas bergaduh dengan Ifran hanya kerana perkara kecil.

            “ Masa kau setuju tu ada kau tanya aku tak?” Tengking Ifran lagi. Makin geram dengan jawapan Umairah. Sesenang hati keluar dengan jantan lain tanpa kebenarannya. Langsung tidak hormat padanya sebagai suami.

          “ Nak tanya kau buat apa? Haikal tu bukan kawan kau pon!” Umairah sedikit mencebik. Kurang faham dengan persoalan dari Ifran.

          “ Aku ni siapa dengan kau Mai?” Umairah terkedu. Teragak-agak untuk menjawab soalan Ifran. Tapi yang pasti kepala otaknya rimas dan pelik dengan tingkah laku Ifran malam ini. Mungkin tekanan kerja membuatkan urat kepala Ifran putus! Kutuk hati Umairah sambil matanya mengerling wajah Ifran yang sudah mencuka.

         “ Suami aku!”

         “ Kau tak pernah belajar ke tanggungjawab seorang isteri macam mana? Kalau nak keluar kena minta izin suami. Itu pon nak kena ajar ke?” Ifran membebel panjang. Umairah mengeluh kecil.

         “ Kau merepek apa ni If? Sejak bila pulak rumah tangga kita ni kena ada tanggungjawab bagai? Bukan ke selama ni kita hidup macam orang asing? Kau hal kau, aku urusan aku.” Tempelak Umairah. Badannya tadi enak menyandar pada sofa bingkas bangun. Berura-ura untuk meninggalkan ruang tamu lalu ke kamar tidurnya. Bingit telinganya untuk menyambung pergaduhan sia-sia dengan Ifran.

         “ Aku tak kisah la macam mana keadaan rumah tangga kita sebelum ni. Tapi mulai hari ini aku nak kau beritahu aku kalau nak ke mana-mana. Mintak izin aku dulu. Esok, aku tak benarkan kau jumpa Haikal! Noktah.” Tambah Ifran apabila melihat Umairah sudah beredar pergi meninggalkannya. Umairah diam tanpa membalas namun perasaannya teramat sebal dengan sikap Ifran.

         “ Dasar lelaki ego!” Bentak Umairah didalam hati. Dia menutup daun pintu biliknya kemas. Perasaan menyampah dan meluat bertingkat dihati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 06:16 PM | Show all posts
Ifran melemparkan tubuhnya diatas katil. Tangan diletakkan diatas dahi manakala matanya pula melekat pada siling didalam biliknya. Pening sungguh kepalanya memikirkan perasaan sendiri. Sejak dua menjak ini, lain macam sahaja hatinya apabila bersama Umairah.

            “ Apa kena dengan aku sebenarnya? Yang aku nak marah sangat Mai keluar dengan kekasih dia kenapa?” Rungut Ifran dengan perasaan yang tidak senang. Wajahnya yang terasa berserabut diraup kasar. Cuba melepaskan rasa rimas yang mencengkam jiwa.

           “ Aku cemburu ke?” Soal Ifran pada dirinya sendiri. Badannya bingkas bangun lalu berdiri sebelum dia mundar mandir mengukur bilik sendiri.

           “ Tak! Aku tak cemburu pon. Aku hanya buat apa yang aku pernah janji pada Mai. Dia tidak boleh bahagia setelah apa yang dia dah lakukan terhadap aku dan Atikah.” Ifran meyakinkan diri sendiri. Cuba menolak sebarang spekulasi yang berlegar dibenaknya. Masakan perasaan lama itu ada lagi? Bukankah hatinya sudah diberikan kepada Atikah sepenuhnya.




Seperti biasa setelah menghidangkan sarapan, Umairah mara ke bilik Ifran untuk memanggil suaminya menikmati sarapan bersama. Hari ini, Umairah berazam untuk mengambil hati Ifran supaya jejaka itu membenarkan dia bertemu Haikal. Masakan dia mahu memungkiri janji yang dah di buat. Pasti Haikal akan berkecil hati lagi-lagi hari ini hari lahir lelaki itu.

“ If... Jom sarapan.” Laung Umairah dari luar setelah mengetuk pintu bilik Ifran beberapa kali. Terdengar bunyi daun pintu ditarik sebelum wajah Ifran terjengul dimuka pintu. Mereka beriringan menuju ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.       

“ Hari ini aku buat coklat panas kegemaran kau.” Jelas Umairah tanpa dipinta. Secawan coklat panas dihidangkan didepan Ifran. Senyuman mesra tak lekang dibibir.

“ Baca la doa.” Minta Umairah setelah selesai menghidang nasi goreng kedalam pinggannya dan Ifran. Wajah Ifran dipandang dengan lembut dan mesra. Buat-buat lupa pertengkaran mereka semalam. Ifran mengaminkan doa makan tanpa banyak soal. Dalam diam tertanya-tanya sikap Umairah yang terlebih baik hari ini. Bukankah baru semalam mereka bergaduh kerana Haikal?

“ Sedap tak?” Desis Umairah memecahkan kesunyian pagi. Pandangan dihalakan pada wajah Ifran. Jejaka itu hanya diam tidak berkutik. Sekadar mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Umairah.

“ Nak sos cili?” Tanya Umairah sambil bingkas mendapatkan sos cili yang disimpan di atas rak. Terkedek-kedek dia kembali ke meja makan dengan sos cili ditangan. Ifran mendengus kecil dengan sikap Umairah pagi ini. Ini mesti ada apa-apa ni. Baik semacam je. Umairah menuangkan sedikit sos cili kedalam piring yang dibawa bersama. Diletakkan piring itu ditengah meja makan untuk memudahkan dia dan Ifran mencalitkan pada nugget ayam. Suasana hening kembali. Masing-masing memberi tumpuan kepada hidangan pagi ini.

“ Malam karang nak makan apa?” Umairah masih belum berputus asa untuk menarik perhatian Ifran. Riak Ifran yang bersahaja dipandang lama.

“ Masak je la apa-apa pon.” Balas Ifran malas. Umairah mengeluh kecil. Mula ketandusan idea untuk berbicara dengan Ifran. Jejaka ini langsung tidak berminat untuk berbual dengannya.

“ If...” Panggil Umairah akhirnya. Nasi goreng didalam pinggan dia dan Ifran sudah hampir habis dibedal. Ifran mengangkat wajahnya yang menunduk sedari tadi. Membalas pandangan Umairah yang setia merenungnya.

“ Ermmm... Erm.” Tergagap-gagap Umairah ingin menyambung kata. Takut pula dia ingin mengadap boss besar didepannya saat ini. Buatnya Ifran mengamuk, tak memasal dia mendapat tengkingan percuma dari Ifran dipagi hari. Haru biru hidupnya!

“ Apa dia?” Sergah Ifran apabila melihat kekalutan dalam diri Umairah. Umairah menelan liurnya satu persatu. Berdegup kencang hati dan perasaannya waktu ini.

“ Bol.. Boleh tak aku...” Terhenti sekali lagi bicara dari Umairah. Ifran merengus kasar. Mula hilang sabar dengan Umairah yang berteka-teki. Tersekat-sekat bicara gadis itu bagaikan ada  seketul emas didalam mulutnya.

“ Boleh tak apa?” Tinggi suara Ifran buat Umairah kecut perut. Diketap bibirnya kuat! Cuba mencari keberanian yang hilang.

“ Boleh tak bagi aku keluar dengan Haikal petang nanti?” Dengan satu nafas Umairah berkata. Fuh! Keluar pon soalan tu. Ifran memandang lama wajah Umairah. Patutlah baik semacam Umairah pagi ini, rupanya nak meminta kebenaran untuk bertemu Haikal.

“ Tak boleh!” Bentak Ifran keras. Mahu Umairah sedar yang dirinya tegas dalam keputusan itu.

“ Boleh la...” Rengek Umairah perlahan. Dikerdip-kerdip matanya memohon pengertian dari Ifran.

“ Aku kata tak boleh.” Balas Ifran garang. Umairah menghela nafas panjang, matanya tak lepas dari memandang wajah Ifran.

“ Please.. Kali ni je.. Aku dah berjanji dengan dia semalam. Tak syok la kalau tiba-tiba aku mungkir janji.” Pujuk Umairah dengan nada yang rendah. Dia masih lagi memandang wajah Ifran dengan penuh harapan.

“ Aku peduli apa. Yang aku tahu sekarang ni, kau tak boleh jumpa dia. Aku tak izinkan. Itu sahaja!” Tegas Ifran sekali lagi. Ifran bingkas bangun lalu meninggalkan meja makan menandakan perbincangan antaranya dan Umairah telah tamat. Umairah menghantar pemergian Ifran dengan perasaan menggerutu. Tapi tak apa, selagi belum tengahari selagi itu aku akan usahakan sampai dia izinkan. Janji Umairah didalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kata mesti ifran jatuh cintun kat wife dia.. Jgn bg haikal nikah gan atikah.. X dpt den nak menerimanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 06:29 PM | Show all posts
poyohabis posted on 8-10-2014 06:25 PM
Kan dah kata mesti ifran jatuh cintun kat wife dia.. Jgn bg haikal nikah gan atikah.. X dpt den nak  ...

dah nama novel msti hujung2 jatuh hati dkt bini jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2014 06:29 PM
dah nama novel msti hujung2 jatuh hati dkt bini jugak.

X jugak sakura.. Kawan baik aju nikah gan pilihan Mak bapak.. Mula2 suami dia buat perangai gak.. Tp skrg anak dah 4 ko.. Dah jadi suami isteri kan allah campakkan perasaan memiliki suami isteri tu walaupun 5 tahun lps ada aku. N beberapa org kawan lain nampak suami dia dating gan awek muda siapa nak bgtau kat kawan aku.. Kang bgtau dikata apa kan.. Sampai skrg alhamdulilah msh bersuami isteri bahagia aku tgk.. Dah 14 tahun deme kawin... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2014 06:09 PM
tq kenari sebab sudi singgah rumah sendu ini. kejap lg sakura update next part.

Mne ada sendu..best la..sakura xde ke buat dlm bentuk hardcopy..klu ada sy mesti bli pya..best tau citer ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 07:48 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 8-10-2014 07:42 PM
Mne ada sendu..best la..sakura xde ke buat dlm bentuk hardcopy..klu ada sy mesti bli pya..best tau ...

tq kenari atas pujian melambung itu. buat mse ni memang x de hardcopy. sakura akan update selalu cter ni jd selamat membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2014 07:48 PM
tq kenari atas pujian melambung itu. buat mse ni memang x de hardcopy. sakura akan update se ...

Update la banyak2 sikit.. Nak bg otak ni jiwang karat ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2014 07:48 PM
tq kenari atas pujian melambung itu. buat mse ni memang x de hardcopy. sakura akan update se ...

Lorr...mne ada melambung..mmg btul pun karya sakura ni mmg tbaek lah..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 06:13 PM | Show all posts
Satu keluhan berat dilepaskan setelah Umairah menghenyak punggungnya di atas kerusi. Penat sungguh rasanya setelah mengajar 4 waktu pengajaran tanpa henti. Umairah menggagau ke dalam beg tangan yang diletakkan di atas meja demi mendapatkan telefon tangan. Tiada mesej mahu pun panggilan yang diterima sepanjang tempoh dia ke kelas seketika tadi. Umairah menekan satu persatu nombor yang sudah dihafal lalu disuakan telefon bimbit itu ke telinganya. Menanti orang dipanggil menjawab panggilannya. Beberapa saat kemudian, panggilan yang dibuat akhirnya bersambut.

“ Assalamualaikum...” Sapa Umairah seceria dan selembut mungkin. Tidak lekang bibirnya mengukir senyuman meski pon Ifran bukanlah didepan mata.

“ Waalaikummussalam.... Kenapa?” Balas Ifran ringkas. Menanti Umairah menjelaskan tujuan menelefon dirinya secara tiba-tiba.

“ Sibuk ke sekarang? Kalau sibuk kejap lagi aku telefon balik.” Umairah sekadar berbasa-basi. Hatinya belum bersedia untuk masuk ke topik utama. Kayuh pelan-pelan itulah pesanan dirinya sendiri.

“ Kalau aku sibuk tak adanya aku jawab panggilan kau... Apa dia kau nak bagitahu aku?” Soal Ifran sekali lagi. Tangannya yang sedang menekan papan kekunci komputer terhenti. Cuba memberi sepenuh perhatian kepada sang isteri yang jarang-jarang menghubunginya.

“ If...” Panggil Umairah lembut. Helaan nafas ditarik panjang demi menenangkan jiwanya yang gundah. Ifran masih menanti balasan dari Umairah dihujung talian.

“ Apa dia?” Cetus Ifran bagi mengusirkan kebisuan antaranya dan Umairah. Umairah menggigit bibir perlahan. Entah kenapa sukar baginya untuk meluahkan hasrat dihati. Tapi kenapa dia perlu takut untuk meminta kebenaran dari Ifran demi bertemu Haikal? Dia bukan mahu buat perkara tidak senonoh dengan kawannya itu.

“ Mai....” Seru Ifran. Entah-entah Umairah sudah tiada di hujung talian. Umairah tersentak dari lamunan. Kembali ke alam nyata demi meneruskan hasrat di hati.

“ Benarkan aku jumpa Haikal petang nanti... Please.” Minta Umairah perlahan.

“ Kan aku dah cakap tak boleh. Tak faham ke?” Mendengar nama Haikal disebut membuatkan Ifran naik hantu. Perasaan marah dan geram mula meluap-luap di dalam jiwa.

“ Kenapa tak boleh? Aku bukan nak buat perkara tak elok pon dengan dia. Aku Cuma nak raikan hari jadi dia. Lagi pon dia yang ajak aku. Tak eloklah kalau tolak, nanti apa pula dia cakap.” Luah Umairah satu persatu. Berharap dengan penjelasannya ini melembutkan hati sang suami.

“ Aku kata tak boleh, maksudnya tak boleh la. Cuba la faham.” Marah Ifran di corong telefon. Mendengus kasar dengan sikap tidak kenal erti putus asa milik Umairah. Sanggup wanita itu menelefonnya semata-mata kerana ingin bertemu buah hati tercinta.

“ Tapi kenapa? Apa alasan kau tak nak bagi aku keluar dengan dia?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Umairah. Ifran mengeluh kecil, cuba mencari jawapan yang bijak untuk pertanyaan Umairah.

“ Kau tak ada alasankan...” Tembak Umairah setelah Ifran berdiam hampir seminit.

“ Kau isteri aku... Tak cukup ke alasan macam tu?” Sela Ifran kemudiannya. Umairah terdiam, kelu lidahnya dengan jawapan yang diutara oleh suaminya. Ada rasa debar tatkala mendengar jawapan dari Ifran.

“ If... Please, kali ni je. Dia kawan aku, takkan aku nak kecewakan perasaan dia. Lagi pon hari ni birthday dia. Please If... Kali ni je.” Rayu Umairah untuk sekian kalinya. Suaranya mula kendur kearah serak menahan tangis. Dia bukanlah tergila-gila sangat nak bertemu muka dengan Haikal tetapi memandangkan janji yang dah dibuat perlulah ditunaikan. Lagi pon, dia tak rasa bertemu Haikal menjadi masalah besar untuknya dan Ifran. Kenapa Ifran perlu menghalang kebebasannya? Hati Ifran mula lemah dengan suara mendayu-dayu dari Umairah. Inilah susahnya kalau bercakap dengan perempuan! Lama dia termenung memikirkan kehendak sang isteri.

“ Hmm ye la- ye la. Tapi dengan satu syarat.” Ujar Ifran akhirnya mengalah. Umairah terkejut dengan persetujuan tidak semena-mena dari Ifran, membuatkan matanya bersinar kembali.

“ Apa dia If? Cakap je kau nak suruh aku buat apa.” Jawab Umairah teruja. Ifran di hujung talian tersengih mendengar suara Umairah yang kembali bersemangat. Namun senyumannya mula menghilang memikirkan Umairah gembira kerana diberi kebenaran bertemu Haikal, sang kekasih hati. Ada rasa geram kembali memekar disanubari.

“ Dalam masa 5 minit, aku nak kau  hantar mesej dekat aku dekat mana dan pukul berapa temujanji korang. Kalau kau tak beritahu dengan detail, jangan harap nak jumpa dengan Haikal. Faham?” Tegas Ifran.

“ Faham boss.” Patuh Umairah tanpa banyak soal. Setelah memberi salam, Umairah segera mematikan talian mereka. Dia cepat-cepat menaip dan menghantar mesej seperti yang diinginkan oleh Ifran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.123647 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list