CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10138|Reply: 53

Takdirnya Begitu

[Copy link]
Post time 25-9-2013 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Episod 1


“Yesss!”

Sudah banyak waktu aku menunggu peluang yang satu ini, akhirnya detik itu datang jua akhirnya. Seronoknya bukan kepalang...bagaikan melayang-layang rasanya. Mata ini bagaikan berkilauan saat itu. Tidak perlu berlama-lama, sampai juga masanya aku kembali ke alam realiti.



Empuk katil yang sentiasa setia menunggu rebahan belakangku menjadi sasaran. Belanjawan bermakna saat gaji pertama mula mengalir masuk ke akaunku, katil bersaiz king inilah menjadi idaman hati selama ini. Bibir tersengih-sengih sendirian mengenangkan mata yang memandang lewat waktu bekerja tadi. Tersembunyi, tetapi penuh mekar mewangi di laman hati ini.


S4 aku capai. Berlambak-lambak mesej dari grup wasap menghuni memori handphone itu. Musim wasap, semua benda nak diwasapkan. Free! Itulah bahananya. Boleh berasap kepala ni kalau semua mesej wasap nak dilayankan.

Aku merenung handphone itu. Kalaulah aku punyanombor handphone dia...

Berkali-kali memandang, dirancang mahupun kebetulan, sejujurnya aku hanya bertepuk sebelah tangan. Budak baru belajar nak up, siapapun tak ambil peduli kan? Itulah aku yang baru saja beberapa bulan cuba belajar mencari ruang hidup sendiri, sudahnya terrrberkenan kepada seorang jejaka...yang entah-entah...sudah berpunya...? Uhuk! Janganlah hendaknya. Mohon dia juga perasan kewujudanku di dalam bangunan pejabat ini.

Hampir setiap hari aku cuba mencari peluang untuk melihatnya, bayang pun jadilah. Jika pagi tentunya aku buat-buat lapar untuk ke cafe, jika tengahari aku cuba buat baik pergi ke surau, jika petang aku lengah-lengahkan waktu untuk ke kawasan parking kereta. Kalau boleh aku tak nak balik sebelum dia balik. Nak jugak balik sama-sama dengan dia walaupun kereta lain-lain. Angau! Ada aku kesah? Kesah la kalau ada yang tahu...

Sehingga saat ini segalanya masih P&C. Selamat!

Last edited by sarizu on 25-9-2013 10:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2013 10:52 AM | Show all posts
Episod 2


Kaki mula melangkah menuju ke kereta. Agak lewat juga balik hari ini kerana cuba menyelesaikan banyak kerja-kerja yang meruntun masuk. Hajat di hati mahu jalan-jalan cari makan terlebih dahulu sudahnya terpaksa dibatalkan. Bingka jagung, lain hari aku datang! Kuih-muih tradisional kalaupun telah dimodified situ sini masih lagi menjadi pilihan terbaik dalam senarai menu lidahku dipetang hari. Ala-ala triffle miple ni tekakku tak jalan.

Lain pula ceritanya yang aku dengar tentang dia. Urban habis! Dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki sampai la ke dalam perut, memang urban tak hengat. Tapi, dia la yang menjadi pujaan hatiku kala ini. Tak kesahlah, aku sanggup belajar masak hatta Triffle Laici sekalipun! Kalaupun buat bingka pun aku tak tahu, masuk kelas untuk belajar buat Triffle Pavlova pun aku sanggup berhabis duit. Susah mahu menyebut menunyapun aku halalkan saja lidah ini terpeleot sikit. Janji itulah yang dia nak makan. Fuh, berangan macam nak jadi chef kat dapur rumah dia!

Aku senyum sendiri lagi. Mohon supaya tiada yang memandang saat ini. Tak sanggup aku dicop gila. Aku masih waras. Angau sedikit sahaja. Kutilik wajah di cermin dalam kereta. Pipi sudah kemerahan, malu sendirian. Huh, berminyak! Teruknya di bahagian Zon T! Dahi, hidung, dagu...errkkk! Nasib baiklah punya mata sepet yang jelingannya masih menawan. Itu ramai orang katalah. Aku tumpang mengiakan saja.

Pedal minyak kereta sudah beberapa minit aku tekan, mahu terus menuju ke rumah. Jalanraya masih sibuk walau waktu tamat bekerja sudah sejam berlalu. Lampu isyarat bertukar merah, oh tidakkk apabila aku sudah terlambat untuk memecut. Nombor 1 di barisan paling hadapan menunggu lampu isyarat kembali hijau sangatlah membosankan fikiran. Aku melirik ke sebelah, mamat motor besar di sebelah pandang aku. Ceh, macam la aku nak tengok dia sangat! Eh, wajah itu...? ... Ponnn! Tak sempat aku membuat sebarang rumusan hon kereta belakang sudah kedengaran, lampu isyarat sudah bertukar hijau. Apasal merah sekejap je hari ni? “Jumpa lagi esok.”

Memang telinga aku masih normal, memang aku yakin sangat ayat itulah yang keluar daripada mulut mamat motor besar itu tadi sebelum dia memecut memisahkan haluan kami. “Bye...” Aku mengeluh lemah, namun hati berbunga-bunga segar. Tak sangka mamat motor besar itu menyapa aku. Lebih aku tak sangka mamat motor besar itu adalah jejaka pujaanku ya amat. Tak tahu pula aku dia ada motor besar. Patut la kereta dia tak ada pun kat parking masa balik tadi. Ingatkan dia dah balik sebab aku benar-benar lewat dari kebiasaan pada hari ini. Dia tunggu aku jugak ke...?

Dah! Aku stopkan angau usai sampai di rumah. Lambat-lambat aku keluar dari kereta. Letih. Tapi kembali terkocoh-kocoh kerana baru kusedar Asar belum kutunaikan lagi. Ampunkan hambaMu ini ya Allah kerana kelalaian ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 06:04 PM | Show all posts
Episod 3


Morning!” Bosan aku kalau ada manusia macam ni. Muslim tulen bagi la salam. Bukannya susah pun. Hati mengutuk tapi mata serta-merta menjadi kuyu melihatkan gerangan yang bersuara itu. Oh, jejaka idaman.

Aku sekadar mengangguk, tersenyum. Lidah kelu tidak mampu berkata apa-apa. Kami sama-sama berdiri di hadapan lif. Dia senyum memandangku.

“Kerja tingkat berapa? Jarang-jarang je nampak,” peramahnya dia. Sukaaa...suara pun boleh tahan jantannya. Aku tidak terus menjawab, control ayu la konon. Dalam fikiran, masih berkira-kira nak jawab ke tak nak.

“Tak nak bagitahu?” Tak puas hati nampaknya. Aku tersenyum sekali lagi.

“Tingkat lapan. Kitabeza level kot tu yang jarang-jarang jumpa,” menjawab juga aku akhirnya. Jantung sudah berdegup kencang ya amat. “Encik pula kat mana?” Beraninyalah aku bertanya. Kalau ikutkan kebiasaan aku ni masih lagi berada dalam golongan pemalu. Apasal hari ni aku tak malu?

“Rendah je...tingkat empat. Patut la jarang tengok eh,” bicaranya lagi.

Pintu lif terbuka dan kami sama-sama masuk. Kepalaku sudah kosong. Tiada idea lagi untuk bertanya itu ini. Aku berlagak seperti biasa kalaupun terasa gigil-gigil kecil entah kenapa. Mungkin kerana kami hanya berdua kala ini, takut pun ada suka pun ada. Siapa sangka aku dapat berduaan dengannya hari ini?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:12 AM | Show all posts
citer baru....

arini xdak en3 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 08:51 PM | Show all posts
awanjingga posted on 27-9-2013 11:12 AM
citer baru....

arini xdak en3 ke?

ada...tp pendek je
nk pnjg2 kn bc cte lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 08:54 PM | Show all posts
Episod 4


“Saya minum-minum je,” aku  menjawab soalan yang ditanya. Longan ais di dalam gelas tinggi yang disegarkan lagi dengan sedikit daun pudina kukacau perlahan-lahan dengan straw. Sedap air ni. Tekak pun rasa sejuk je.

“Diet?” Dia bertanya. Kepala kugeleng, mata asyik tenung buah longan je. Jaga pandangan untuk kurangkan dosa. Lagipun malu la nak tenung-tenung anak teruna orang ni.  
               
“Mana ada diet...kat rumah dah breakfast pun,” berterus-terang itu lebih baik. Tubuh yang dah sekeping ni kalau jaga badan lagi agaknya tinggal rangka saja. Aku memang pantang tengok makanan, tapi tetap mengamalkan pantang-larang demi menjaga kesihatan tubuh badan.

Tok! Bunyi wasap masuk. Aku baca mesej. Alaaa...

“Encik sorang ke?” peramahnya aku. Dari tadi dia berdiri di hujung mejaku.

“Yes, sorang. Nak breakfast jap, lepas ni ada site visit. Boleh duduk sini?” Sambil tunjuk kerusi di depanku. Alahai macamana ni...
               
“Saya tunggu kawan sebenarnya,” aku menipu. Memang tadi aku ada janji dengan kawan minum-minum kat sini. Tapi kawan itulah yang wasap aku tadi bagitahu dia tak boleh datang, nak kena menghadap bos katanya.

“Mana kawannya? Dari tadi awak sorang je duduk sini,” dia tengok aku semacam. Aku putar otak mencari jawapan seterusnya. Alahhh…nak cakap apa lagi ni... Kan tak elok kalau orang tengok kami makan semeja. Tak masuk syaitan lagi yang sah-sah nak duduk sama-sama dengan kami nanti. Allah lagilah tak suka aku berdua dengannya nanti kalaupun di tempat terbuka macam ni. Aku terus diam tak jumpa cari jawapan. Sudahnya aku bangun, memberi sedikit senyuman dan berlalu pergi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2013 10:44 AM | Show all posts
Episod 5


“Saya Marwan, nama awak?” Kebisuan antara kami terlerai.

“Mmm...saya Rafa,” antara nak bagitahu mahupun tidak. Tak bagitahu takut dikata sombong pula sementelah kami satu bangunan sahaja. Aku memang la bukan penyombong, pemalu saja. Kan malu tu mahal nilainya kepada seorang wanita.

Kereta sudah kuhampiri. Remote kereta sudah kutekan. Pintu kereta kubuka, enjin mula dihidupkan. Laaa...kenapa mamat ni ada kat sini lagi ni...? Nak borak lagi ke...? Aku mula fikir yang bukan-bukan.

“Cantik nama awak,” dia mula memuji. Segaris senyuman ada buatku.

“Nama Encik pun sama. Hebat maksudnya,” dulu aku sekolah agama tahulah maksud bahasa Arab sikit-sikit. Cakap Arab memang la tak boleh. “Encik tak nak balik lagi ke?” Tak puas hati aku dengan mamat ni.

“Kejap lagi kot. Tunggu awak balik dulu. Lepas tu saya balik...pasal dah tak de orang nak borak dengan saya.”

“Mmm...? Apasal pulak nak kena tunggu saya balik?” Macam garang pulak aku ni. Tak pasal-pasal aku pula menjadi musababnya.
               
“Saja je...balik rumah pun bukannya ada orang.” Fahamlah aku yang dia memang tinggal sorang-sorang. Aku tengok dia sekilas. “Betul...saya memang sorang je kat rumah tu.”

Aku mengangguk sekadar mengiakan pengakuannya. Bujang cerewet ke dia ni sampai tinggal pun sorang-sorang. Dia pandang aku semacam. Mungkin sangsi dengan pandangan aku kepadanya. Ok, mungkin dia terlebih duit kot.

“Susah tinggal ramai-ramai. Banyak masalah,” dia menjelaskan. Mahu aku percaya dengan memberi alasan yang lebih tepat. Tapi kalau dia tipu bukannya aku tahu pun. Walau apapun, aku memang dah tak sabar nak balik. Dah tak mahu borak-borak lagi dah. Takut orang nampak kan tak elok. Lagi-lagi kalau si Zahra tu tengok mahu pecah telinga aku esok dibuatnya.

Zahra tu jangan la buat main-main dengan dia, fakta entah ke mana tapi gosipnya yang lebih. Terbayangkan wajah Zahra terus aku masuk ke dalam perut kereta, pintu kututup, tingkap kuturunkan. Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa tetapi sekadar mengangkat tangan sebagai tanda ‘bye’. Cukuplah pertemuan dan perbualan singkat kami saban hari, itupun bagaikan ta’ruf untuk sedikit demi sedikit aku maklumi tentang dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:09 PM | Show all posts
Bila takdirnya cerita ni nak bersambung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 11:27 AM | Show all posts
Bset citer ni tapi masih x ada sambungan....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-10-2013 12:09 PM
Bila takdirnya cerita ni nak bersambung?

Takdir jua yg akn mnentukn...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:44 AM | Show all posts
cegitu posted on 4-10-2013 11:27 AM
Bset citer ni tapi masih x ada sambungan....

Maaf ya...smingu dua ni rsnya x de sambungn kot...sy bz ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:15 PM | Show all posts
la... baru nak feel....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 08:06 AM | Show all posts
cokolat posted on 8-10-2013 05:15 PM
la... baru nak feel....



okeh, kita smbg sket eh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 08:09 AM | Show all posts
Episod 6

Aku terkejut, lidah terasa kelu, kebas pun ada. Masakan tidak, sudah beberapa hari tidak kutemu dengannya, alih-alih aku mendapat panggilan telefon.

“Waalaikumussalam...mana awak dapat nombor saya ni?” Aku memang la tak puas hati. Hantu mana la yang suka-suka bagi nombor aku kepada orang lain tanpa keizinan empunya diri. Hujung talian senyap saja. Mungkin terkejut dengan suaraku yang sedikit meninggi.

“Kira rezeki sayalah,” ada suara yang menjawab akhirnya.

Dalam diam aku tersenyum lebar. Talian kuputuskan. Jual mahal la konon. Ahhh...seronoknya dilamun bunga-bunga cinta. Cinta ke...?

Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Al-Quran di hadapanku kututup. Sempat juga menghabiskan satu muka surat tadi sebelum menjawab panggilan daripada jejaka itu.

Sekejap lagi azan Isya’ akan berkumandang dari masjid berhampiran. Aku terusan berteleku di atas sejadah. Hati ini tidak tenang. Fikiran pula terasa sedikit bercelaru. Ada semacam satu perasaan sedang membina sarangnya jauh dihujung sudut hati. Parah kalau jiwang macam ni. Buang masa saja memikirkan sesuatu yang belum pasti.

Aku bangun untuk mengambil wudhu’ baru tatkala azan Isya’ kedengaran. Kalaupun wudhu’ tadi belum terbatal, aku mahu mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan ini ketika menghadap Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya aku dapat membersihkan jiwa ini dan mengembalikan semangat baru ketika berbicara denganNya. Lebih dari itu aku mohon semoga dapatlah dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wudhu’ku ini akan terhapus hendaknya. Mudah-mudahan...

Doa kuaminkan di penghujung wirid. Ada dalam doa itu kumohon semoga aku tidak terlalu terbuai-buai dengan perasaan berbunga-bunga yang sedang dihadapi kini. Aku tidak mahu longlai dengan perasaan yang sebegini. Ini bukan cinta pertama buatku. Ini jatuh cinta buat kesekian kalinya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:11 AM | Show all posts
TQ ada entry baru...
Awat ciput sgt?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 11:20 PM | Show all posts
cokolat posted on 9-10-2013 10:11 AM
TQ ada entry baru...
Awat ciput sgt?????

kena bljr terima hakikat entry kt sini kiut miut sajo

ok, sambung sikit lg...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 11:26 PM | Show all posts
Episod 7

“Lupa...tengahari ni ke...?” aku mencari kepastian. Patutlah aku tengok Zahra ni semacam je pakainya hari ni.

S Planner kuhadap. Betullah hari ni...Tengahari ni ada makan-makan di Restoran Makanan Sedap, Kota Damansara, sempena majlis hari jadi bos kami. Memang kena pergi ni. Satu, pasal bos kami. Dua, makan freee! Rugi la kalau tak hadap. Aku tengok baju sendiri. Hari ini aku pakai kurung batik. Ok lah tu dari tak pakai apa-apa kan...

Aku mencari-cari tempat letak kereta yang paling sesuai dengan jarak restoran itu. Malasnya anak dara ni nak menapak jauh-jauh di bawah terik mentari tengahari. Tiba-tiba...mata ini tertangkap suatu panorama indah, kereta jejaka itu! Bagaikan mahu terlompat keluar hati ini kerana suka ya amat. Mana empunya diri eh? Buat apa kat sini? Entah-entah ada sekali dalam majlis tu tak...? Aku mula la melangkah penuh kawalan.

Hati mula berdebar-debar. Suka pun ada, menyesal datang sini pun ada. Suka la kalau dapat tengok dia, menyesal pun ada sikit-sikit pasal hari tu tak lah sengaja tinggikan suara kat telefon. Sedar tak sedar diri dah pun masuk ke dalam restoran, majlis baru saja bermula barang seminit dua barangkali.

Aku pilih tempat duduk. Meja agak terkedepan jugaklah, biasa la orang Melayu ni diaorang memang suka penuhkan saf belakang dulu. Suka tak suka orang yang datang lambat sikit macam aku ni memang terpaksa la terima hakikat duduk di meja hadapan berhampiran dengan meja bos dan orang-orang kanannya. Ngeri la pulak rasanya duduk dekat orang-orang besar ni. Bukan takut, tapi mesti segankan nak makan banyak-banyak. Rugi tak makan banyak, dah la best, free pulak tu.

Aku dengar ucapan ringkas pembuka majlis. Tak sabarnyalah nak makan. Perut dah macam berirama sikit-sikit. Ucapan tu dengar tak dengar saja dibawa angin lalu. Kenapa mesti ada ucapan kalau jemputannya pun dah nama majlis makan-makan...?
               
Alhamdulillah, tamat jua sesi ucap berucap. Tiba-tiba mata ini semacam meliar mencari kelibat seseorang. Kalau tadi dah nampak keretanya, hati bagaikan mengiakan dia ada di dalam majlis ini bersama. Sah! Aku menarik nafas yang bagaikan tersangkut di kerongkong.

Duduk semeja dengannya ada tujuh orang. Aku yang tiada kena mengena dengan meja itu terasa sedikit gemuruh. Naya kalau dapat penyakit angau sebegini. Lebih baik dari gila saja!

Satu jam berlalu begitu saja. Nasib baik aku makan tadi masih lagi terasa kenyangnya. Tidaklah aku angau sehingga makan pun tak kenyang. Tapi...mana jejaka itu eh? Tak nak datang tegur aku ke? Jual mahal? Lantaklah. Bukan aku nak beli pun. Eh, apa aku melalut ni?

Menunggu majlis tamat secara rasminya aku sudah kebosanan. Rasa nak balik office dah. Aku main-main dengan handphone di tangan. Baca saja koleksi mesej wasap yang panjang-panjang diterima sebelum ini, kononnya tak sempat nak baca kerana kesibukan ya amat. Sibuk sangatlah konon! Adakalanya memang betul aku sibuk, selebihnya tak terdaya nak melayan mesej-mesej wasap yang terlalu banyak dari pelbagai grup. Nak bagitau aku ramai kawanlah ni. Masuk grup sana sini.

“Dah siap makan?” Taraaa...akhirnya suara itu hinggap di pendengaranku.

“Ha’ah, dah...,” aku mendongak wajah. Dia berdiri di hadapanku. Aku berpeluh. Dia macho saja. Senyuman melebar di bibirnya.
               
“Cari saya ke?” semacam saja bunyi soalannya.

“Hah? Tak  ada lah. Tunggu kawan pergi toilet jap. Kejap lagi nak balik la ni,” semoga ayat aku tersusun elok. Aku capai handbag buat-buat kalut.

“Tadi nampak macam pandang-pandang saya je kat meja hujung sana tu. Saya nak ajak duduk sekali pun takut tak sudi,” senyuman itu semacam mengejek aku. Rasa macam nak pitam.

“Hah? Tak adalah. Saya pun hairan ni kenapa Encik ada kat sini,” selagi upaya aku mesti berdalih. Telinga sudah terasabahangnya. Nasib baik tersembunyi di balik tudung.

“Kalau tak nak mengaku takapalah...insyaAllah kalau ada rezeki tu kat mana-mana pun boleh jumpa kan... By the way, bos awak tu ayah kawan saya.”Dia kenyit sebelah mata dan terus berlalu. Pengsan!
Last edited by sarizu on 11-10-2013 01:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 01:35 PM | Show all posts
Episod 8

Terasa langkahku diekori sejak dari tempat letak kereta lagi. Aku cepat-cepat berpaling.

Sorry, bukan sengaja pun. Kebetulan je.” Rupanya jejaka itu di belakangku.

“Kalau kebetulan ok lah, kalau sengaja nak juga tanya kenapa...,” aku menjawab sambil meneruskan langkah.

“Kalau awak tanya kenapa...saya ada je jawapannya.” Dia cuba bersaing langkah denganku. Aku melirik ke arahnya. Langkah tetap kuatur kemas. Dia pandang aku dengan kening yang terangkat-angkat. Mata mula macam nak menggoda je.

“Kalau saya tanya kenapa, jawabnya apa? Nak juga saya tahu kenapa nak ekori saya? Saya ada buat salah ke? Pagi-pagi macam ni tak elok cari pasal ok, jangan buat saya hilang mood nak kerja pula,” banyak cakap pulak aku ni. Macam bagi warning pun ada.
               
“Kalau pagi-pagi dah jumpa saya ni InsyaAllah mood Cik Rafa akan bertambah baik sepanjang hari ni. Betul cakap saya kan? Kalau cik Rafa tak nak mengaku pun tak apa...cik Rafa memang tak kan mengaku punyalah.”

Sudahnya jejaka itu menyaigi langkahku untuk berada di hadapan. Dia berpaling dan mengenyitkan mata. Sekali lagi! Hati aku berbunga-bunga. Betullah, mood aku macam ok je ni! Last edited by sarizu on 12-10-2013 10:21 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 10:27 AM | Show all posts
Episod 9

“Assalamualaikum...Encik Marwan, saya Rafa ni. Boleh kita jumpa tak? Ada nak bincang sikit pasal projek bantuan rumah murah syarikat kami kat Trengganu tu...ada masalah sikit dengan bumbungnya. Boleh encik datang tempat saya...?,” arrggghhhh...aku tidak suka dengan tugasan kali ini. Tak tahu pula aku yang si Marwan ni seorang arkitek rupanya. Lagi aku tak tahu dia la orangnya disebalik projek kebajikan syarikat kami ini.

Untuk pengetahuan, syarikat tempat aku bekerja ni saban tahun akan membuat kerja-kerja kebajikan dengan membantu menyiapkan dua buah rumah rakyat awam yang berada dibawah tahap kemiskinan tegar. Memang patut la aku tak tahu siapa disebalik projek ini, aku kan orang baru kat sini. Lagipun ini projek kebajikan yang tiada kena mengena langsung dengan tugasan sebenar aku. Kaitan si Marwan tu dilantik menjadi arkitek bagi projek ini mungkinlah kerana Bos sudah lama mengenali dia kot. Itu tekaan aku lah.  

“Kenapa nak jumpa?” Rasa macam dia buat-buat tak tahu je.

“Mmm...saya rasa Encik dah tahu kot...pasal status semasa projek bantuan rumah murah syarikat kami tu...Bos saya ada bagitahu kan yang pihak Encik kena tukar penggunaan atap zink kepada atap genting. Kita kena jumpalah ada kena bincang sikit-sikit,” arrggghhhh...tak selesanya. Sabar...sabar. Demi sesuap nasi. Konon!

“Ok, so...?” Dia ambil mudah saja. Aku tension! Nak je letak telefon ni.

“So, bila dapat jumpa ya? Encik boleh datang bila-bila masa je kat tempat saya ni. Saya free je hari ni,” jemariku mengetuk-ngetuk meja.

“Ok. Saya pun free jugak hari ni,” cerianya suara dia.

Aku sudah terfikir-fikir macamana la nak memprofesionalkan diri apabila kami berjumpa nanti. Tak pernah kami menghadap berdua secara serius, dah sah-sah aku la yang lebih gelabah kot. Tak mungkin, aku kan profesional! Aku mesti tegas dan berwibawa!                 

So, jam berapa Encik boleh datang sini?” jantung makin laju berdegup.

“Sekarang. Boleh? Kalau tak boleh Cik Rafa yang decide bila.”

“Oh, boleh je. Saya free sekarang,” berlagaknya aku, walau dalam hati...

“Kalau saya nak ajak Cik Rafa keluar boleh?”

Kan dah menyimpang jauh tu...baru je cakap-cakap sikit dah sibuk-sibuk nak ajak orang keluar. Nak je aku jual lagi mahal.

“Itu kita bincang lain kali ya.”

Hujung talian senyap tiba-tiba. Apa kes pulak? Takkan merajuk kot.

“Tak sudi tak apalah. Tapi kalau dah sudi ajak saya keluar ya...” dia ketawa dihujung sana. “Kalau boleh saya nak kenal-kenal dengan Cik Rafa. Kalau dah kenal-kenal-kenal nanti bolehlah kita rapatkan lagi ukhuwah ni.”
               
Aku pula yang terdiam. Dari bercakap perihal kerja dah terjerumus ke kancah peribadi. Ada gusar di hati seketika. Aku tilik wajah dicermin kecil di sudut meja. Rasa bahang tiba-tiba. Aku berpeluh walau didalam penyaman udara. Aku tak mampu, aku tak boleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:02 PM | Show all posts
Episod 10

“Saya belum bersedia Encik Marwan. Kita kawan macam biasa je. Kalau lebih dari kawan memang saya tak selesa,” aku berterus-terang. Kalau boleh dah tak nak bincang isu ni lagi.

“Tapi kenapa? Tak suka dengan saya? Atau saya nampak gelojoh sangat ke?” Masih sempat nak buat lawak. Tapi tiada yang ceria di antara kami. Dia pandang aku.

“Tak adalah macam tu Encik Marwan. Tak ada yang kurang dengan Encik ni. Mungkin kurangnya ada pada saya. Saya yang lembab sikit kot,” aku tak tahu nak bagi alasan apa. Memang aku belum bersedia untuk sebuah perhubungan yang lebih serius. Rasa macam mendadak sangat. Fikirkan pasal kahwin lagi aku takut.

“Ok, saya tunggu. Sampai awak betul-betul bersedia. Saya tak kisah berapa lama, janji awak tak cari lain.”                 

Aku bulatkan mata. Setuju mahupun tidak, aku rasa leherku tegang untuk mengangguk mahupun menggeleng. Hati tak payah cakaplah, secukup rasa bercampur baur didalamnya. Aku sengetkan bibir, senyum dalam keterpaksaan. Ayat-ayatnya tadi begitu menakutkan aku. Tak kisah menunggu berapa lama...? Sampai bila? Ini bukan main-main, macam serius je nakkan aku ni.

Kami habiskan makan tengahari yang masih berbaki dengan cakap-cakap kosong. Hampir 2 petang masing-masing mengambil haluan kembali ke pejabat. Fikiranku sudah menerawang cuba membayangkan apa yang akan terjadi selepas ini.

Sepanjang waktu sehingga mahu melelapkan mata dimalam haripun aku masih terbayang-bayang ‘dating’ pertama kami tengahari tadi. Kahwin? Oh, tidak... Aku takut pada komitmen yang satu ini. Lebih rela aku bekerja bekerja bekerja dari fikirkan pasal kahwin. Akhirnya aku terlena jua. Mimpi dihias rapi menjadi seorang puteri...penuh gemalai menanti seorang putera...tapi...tiada kunjung tiba hingga ke Subuh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.077403 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list