CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 41932|Reply: 75

balik rumah mak mertua

  [Copy link]
Post time 26-9-2013 01:33 PM | Show all posts |Read mode
salam..
i ada masalah sikit.berkaitan keluarga hubby i.
untuk pengetahuan smua, rumah kami ngan rumah mertua dekat je.dalam 45 or sejam dah boleh sampai.
tiap2 minggu akan balik rumah mertua.masalah sekarang adalah, i sebenarnya tak berapa setuju untuk balik tiap2 minggu.

i tak berapa suka sangat balik rumah mertua sebab kebosanan.
bayangkan i balik, terus tak boleh buat apa yang i suka.
tv, di kontrol adik ipar i.tv nya sebiji je.kadang ayah mertua kontrol.lagi bosan channel nya.sukan je memanjang.
internet kat rumah mertua takde.line internet kat mobile fon pun tak dapat.slow sangat.kadang langsung terus tak dapat.
bayangkan, apa yang i boleh buat kalau macam tu?mati kutu!

kadang2 i tak berapa suka gak balik sebab perangai adik ipar.adik ipar lelaki.tahun depan spm.
kalau kami balik, ade je ajak hubby i pergi sana sini.i kadang rasa stress je.kadang ajak beli jajan.sebab nk pow duit hubby.
kalau pergi mana2, dia ambik barang2 letak je atas kaunter, biarkn hubby i bayar.kadang, time hubby i xde duit, duit i la yg kena bayar barang2 dia.
minyak rambut la, berus gigi la, jajan, air ke pape yg dia nak, main ambik je.biarkn kami yg bayar.
hubby memang tak suka sangat perangai adik dia cmtu.nasib baik la kdg2 dia ajak hubby i pergi mana2, hubby i tak ikut sgt.
tapi kadang2 mak mertua mintak tolong bawakkan adik dia tu nak pergi mana2, terpksa la hubby i ikutkan.
kadang2 di ajak nya pergi litar sepang tu nk tgk gt la, f1 la.jauh kot nak pergi.ingat sume tu isi air je ke?tol lagi.dah tu, smpai sana suh beli itu ini nk mkn minum.

satu lagi i xberapa suka balik sebab takde privacy rasanya.
bilik kami tido, biasanya tumpang bilik mak mertua.atau pun bilik adik perempuan hubby kalau dia balik universiti dia.
kadang2 nak rehat2 pun, tup2 mak mertua masuk.nak ambik barang itu la, ini la.itu i boleh terima lagi.
yang tak leh terima kadang2 adik lelaki hubby, main masuk je bilik i duk tu.bayangkan i dalam bilik je la boleh bukak tudung, nak bebas sikit.
ni, dia main masuk je,tengah2 i tak bertudung.kadang nak ambik laptop hubby i, kamera hubby i.
serius, i rasa tak selesa sangat.sebab i dari kecik, kalau kat rumah i tu,dah di didik, jgn ganggu privacy orang.
lagi2 kalau lelaki nak main masuk je bilik perempuan tak ketuk dulu ke ape.abang i pun mak ayah didik hormati [privacy adik2 perempuan, takde suka2 masuk bilik adik2 perempuan dia sesuka hati.sampai kalau dulu2 masa kami kecik2, abang mengusik, i akan terus masuk bilik i, sebab i tau, tu tempat paling selamat.sebab abang i memang tak akan masuk bilik adik2 perempuan dia.

jadi, bila privacy dlm bilik tidur pun adik ipar tak hormat, i jadi tak suka balik rumah mertua.nak berehat baring2 pn jadi takut2..fon i pun, kalau i tinggal atas meja pn, dia main ambik je, main fon.takde pun nak mintak kebenaran dulu ke ape.tgk2 dh kat tangan dia, main2 fon..ya Allah..geram pulak rs.kadang kalau i cas fon kat luar, fon tu dh off.tup2 senang2 je, on kan fon tu, main fon masa tgh cas.adik2 i sendiri kat rumah pn, kalau nk main fon, mintak kebenaran i dlu.takdenya dorang nak main kalau tak gtau dulu.

normal ke tak kalau i rasa tak suka balik rumah mak mertua sebab2 bnda tu sume?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 01:40 PM | Show all posts
banyaknya masalah

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 01:44 PM | Show all posts
banyak no komplen.....ko buat 1 bilik la kt umah mak mertua ko tu...senang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 01:52 PM | Show all posts
Kenapa nak balik tiap2 minggu. Suami dah boringkah, bini dia tak seterer mak dia memasak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:27 PM | Show all posts
seb baik la umah PIL aku jauh... balik pun 3-4 bulan sekali...

to be honest, aku pun x berapa selesa duk umah org walaupun umah parents.. umah sendiri gak yg best.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:28 PM | Show all posts
jng biarkan masalah semua tu ganggu keharmonian hubungan suami isteri.... cariklh jalan sebaiknya.. dengan mertua ni dekat sangat pun susah dok jau-jauh pun payah... main tarik tali je le..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2013 02:34 PM | Show all posts
mcm kisah aku jek.... huhuhuhu
ko ok lagi. ada gak bilik nak tumpang. umah mertua aku ada satu bilik jek

bilik tu lah semua org akan guna. ok lah boleh tido dlm bilik. aku nih tido kat hall jek tau...ngan menyusu anak kecik lagi..lagi menyampah

naper mesti balik umah mertua tiap2 minggu?
laki ko takde life sendri ke..?
ko tak komplen ke..?

klu aku lah..aku dah ngamuk. nak balik umah mak bapak aku 2 minggu sekali pun dah rase malas skang nih. ngan anak2 lagi. penat wehhhh....2 jam gak perjalanan. ari biasa dah kje. ujung2 minggu lah nak rehat sket2 sambil kemas2 umah.. umah MIL aku pun boring gak. tv3 jek yg bleh tgk. astro takdek... ...line tepon? haremmm...internet?? jauh panggang dari api

ko discuss lah ngan laki ko elok2

ko dah ada anak blom?? Last edited by aku_tetap_aku on 26-9-2013 02:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:58 PM | Show all posts
aler kalu blik umah mentua tu takde wat apa2 ke ? masak2 ke pastu kemas dapo....wat kuih minum petang ke? balik sesaja holiday goyang kaki ker?...tah ler kalu me blik umah mentua ker umah sendri ke cam byk je mende nak buat.....paling tidak dok sembang kat dapo ngan MIL pasal bunga tanaman dia......uhuhuhuhuh takkan nak tgk tv jer...........

klau tanak terganggu privasi dlm bilik tu kunci!...... sesapa nak masuk tau la deme nak ketuk pintu......bab adik tu normal la pow abang sendri ....bnyak benar ke pengepowan tu? ...smpi ratus2 ke?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 03:10 PM | Show all posts
yg tang adik ipaq ko main fon aku kurang setuju..agak biadap..n tang die masuk bilik sedang kn ko ade tgh mengistirehatkn dri tu agak kurang enak..tang 2 bnde tu klau ko komplen anta srt saman pn aku sokong..tp tang adik die mtk blanja itu ini dr hubby ko..bg aku yg tu ko xpatot rsa xske..ko kawen dgn hubby ko bpe taun..adik die dri kecik lg dh mkn sepinggan kot,tdo sebantal..hmm..pape pn..ko ckp elok2 kat hubby ko..xperlu la blk stiap mgu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish...mcm ni pun jadi masalah ke?

Takde tv- ko belikan tv satu siap ada astro

Takde internet- ko pasang internet unifi kat situ

Adik ipar salu pow- ok la tu yg di pow nya brg murah je. Bkn dia pow nak motosikal ke

Adik ipar salu main hp - ko pasang la password

Adik ipar salu masuk bilik - pasang kunci

Ko tpaksa tumpang bilik org - ko buat bilik sendiri

Ko bernasib baik la tt ada laki yg masih pentingkan keluarga. Ko kawen dgn laki kau mesti kau dpt terima buruk baik dia. Bkn dia je..ko kena accept keluarga dia jugak. Kalau kau dah biasa mcm ni mcm tu..ko jgn bongkak sangat nak keluarga mertua mcm ni mcm tu ikut cara kau jugak. Sori lah bahasa aku agak kasar. Tp aku byk je tengok bini org tolong build up kehidupan mertua dia. Takde nak berkira2 konon2 dia tak terbiasa dgn cara hidup mcm ni mcm tu.

Muhasabah diri lah tt. Jgn diikut perasaan pentingkan diri sendiri. Kalau x suka laki bwk balik tiap2 minggu, figure out why..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:04 PM | Show all posts
Aku faham perasaan ko pasal aku pun kena balik rumah mertua atleast seminggu skali, tapi masa tu dalam fasa mula2 kawin. skrg dah ada anak, dah takde seminggu skali. so skrang ni aku tanya, ko baru kawin ke? kalau dah lama, ko dah ada anak atau belum ada rezeki lagi? pasal anak2 ni memainkan peranan penting gak; sama ada kalau tu cucu pertama dlm keluarga dan makin la kerap kena mengadap; atau boleh jadi jarang mengadap pasal hujung minggu korang suami isteri nak rehat aje pasal dah penat layan kerenah anak masa weekdays.

apa yg ko rasa tu adalah standard, ko tak selesa pasal cara hidup berbeza. tapi dalam cite ko, aku tak perasan plak ada perenggan cite pasal mil ko? pasal masa aku kena balik rumah in law aku dulu2, aku selalu spend masa tolong mil aku masak. even dia lead chef, tapi aku buat la sekadar potong bawang ke, apa2 ke. pasal bagi aku TT, setakat ko balik then lepak depan TV, tak cam berapa molek sangat la, even takde ko cite kekerapan lepak depan TV kat rumah mertua ko. Elok la ko penuhi aktiviti kat sana, ikut cara belah sana. Tolong la apa-apa yang boleh ditolong. Kalau ko balik sana, sama cam ko lepak depan TV, pakai internet, tu semua boleh buat kat rumah sendiri TT.

pasal adik ipar lelaki ko tu, aku syorkan ko kunci pintu tu daripada dalam. tapi ko kena bagitau in advance kat mak mertua ko. bagitau ko kunci daripada dalam pasal takut2 masa dia nak masuk  tu ko tengah salin baju ke tengah tidur ke, takut kain tersingkap, takut orang lain masuk, haru plak. pasal peel adik ipar ko tu, ko patutnya kena bagitau hubby ko, pasal tu peranan hubby ko utk jaga aurat ko daripada adik2 dia. biar dia yg tegur adik ipar ko.

tapi terlebih dulu TT aku nak tanya, kenapa hubby ko selalu ajak balik rumah sana? apa aktiviti hubby ko kat rumah sana? adakah dia ada nak kena tolong cat, betulkan wayar rumah, betulkan peralatan elektrik kat rumah atau sekadar melanguk depan TV atau gi kuar lepak dengan kawan2 ke? Ke atas permintaan orang tua beliau?

pasal aku dulu, suami aku pun selalu balik rumah mil bukan pasal nak menjenguk orang tua ke apa, tapi pasal nak tidur sampai t.ari. Gaya cam orang bujang kaaan , aku ni dah dijadikan substitute pengganti dirinya. lama2 tertekan gak aku, la nak2nya time tu kitorang nak pindah rumah, so kalau dok asyik balik lepak rumah in law, bila masanya nak cari barang rumah, bila masanya nak survey perabot. so aku jenis terus terang aje, aku cakap aje la apa aku fikir dan rasa. tapi ko TT, ko cari la kekdah yg sesuai dgn hubby ko.

aku agak licik sikit TT. last2 aku buat perjanjian, kalau nak balik rumah parents dia, kena gak balik rumah parents aku. baru adil dua2 kena dijenguk. seminggu dua rutin tu, larat lagi. last2 dia tak larat nak asyik balik, penat, takde rehat hujung minggu. so last2 balik sebulan skali atau 2 kali sebulan. tapi aku tak halang dia kalau dia nak jenguk parents dia lepas kerja. Tapi aku perlukan hujung minggu aku sendiri kat rumah aku sendiri. Ye la aku kerja, hujung minggu aje la masa nak kemas rumah, rehat2. ni kalau setiap minggu kat rumah orang, bila masanya kerja rumah nak selesai. Yang buat kerja rumah tu, aku gak. bukan laki aku.

selain tu, aku penuhkan aktiviti hujung minggu dengan aktiviti beriadah bersama anak2, aktiviti rukun tetangga kat area rumah aku, so terisi la gak hujung minggu dengan pelbagai aktiviti.

tapi TT aku kira ko bernasib baik gak dapat tumpang bilik mertua ko. ada menantu, tempat tidurnya di ruang tamu aje, bentang tilam, tidur la anak beranak kat situ. ni cite benar, so aku rasa ko lebih ada privacy disitu.

Cuma saranan aku, ko kena sesuaikan diri dengan kehidupan kat belah sana. Jangan la balik kampung tapi dok tengok TV atau memerap dalam bilik. Dah cam anak remaja pulak.

Bincang elok2 la dgn suami tentang kekerapan balik sana. tapi make sure, cara ko bincang, jgn sampai laki ko rasa, cam ko tak suka famili dia dan cuba jarakkan dia dgn famili dia. tapi bgtau la ko pun nak rehat, nak buat kerja rumah, nak spend masa dengan dia, etc etc.

ada kawan aku, cara dia ngelat, dia gi amik kelas hujung minggu hehe.. dan bila kelas takde, dia sanggup OT kerja hujung minggu. Nak lari punya pasal

aku skrang masih balik ke rumah in law dan parents aku tapi tak sekerap dulu. tapi sbulan paling2 minimum 2 x balik. Tapi biasanya sebelah pihak lebih kurang 2-3 jam aje, psl ada dua rumah nak kena gi kan dulu mil ada gak tarik muka dan cakap nanti cucu tak kenal nenek pasal jarang balik, aku cakap aje, nenek aku kat kampung tu, aku cuma jumpa setahun 2 kali, time raya. Tapi aku tau aje dia nenek aku, kenal aje nenek aku. Bukan isu kekerapan jumpa, tapi aktiviti bersama dengan cucu tu yg penting. Ni cucu datang, tapi neneknye sibuk masak, sibuk buat kerja rumah, sibuk jumpa jiran, camne nak spend masa dengan cucu". Lepas tu, takde dah mil nak bising2.

ye aku jenis cakap direct aje Last edited by tipuware on 27-9-2013 12:13 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 02:05 AM | Show all posts
aku lah salah sorang menantu yg tido di hall
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 03:23 AM | Show all posts
tudia diva habis.. ni haaaaa adik2 nak luah perasaan sikit2.. satg panjang plop

nasib baik kau bukan kak ipaq aku.
aku dulu abang aku nak kawen, siap mogok.. mogok diam sepatah pun tak cakap sampai seminggu..
sebab aku takut nanti perempuan baru tu (kakak ipar) melobi abang aku pada diri dia sendiri, malas balik rumah mertua sebab alasan tak selesa, membuatkan mak ayah aku sedih pulak.
pastu abang aku yang slama ni bermurah hati gembirakan adik2 belikan adik macam2, nanti akan dihalang oleh isteri beliau yang fikir laki tu hak dia sorang, duit laki dia tu kena spend ke anak/bini ja banyak. kat adik2 sikit2 ja sebab depa lebih perlukan duit untuk anak2 kecik. lerrr... banyak cantekkk..

nasib baik kak ipaq aku tu cerdik sebab dia sendiri anak bongsu so dia faham perasaan aku.
lepas tunang ja duk kirim baju la, buku la kat aku sebab nak ambik hati.
lepas kawen, kalau balik sini ja mesti ajak aku pergi mall beli apa2 barang buat stok di rumah mak mertua dia ni dan kot2 aku nak beli apa2, semua dia/abang aku bayar. padahal mak aku kerja, gaji sedap, kedai makan pun ada, lebih dari mampu tapi sebagai anak/menantu masing2 nak saham la untuk mak/ayah, adik2.
aku nak balik Uni, siap hulur duit saku sikit. padahal dia tak perlu bagi pun takpa tapi dia tetap bagi.
reti la dia fikir kan dia dengan abang aku dah keja, aku ni pulak tak bekerja duk belajo lagi of kos la deme yang belanja.

1 benda ja la kena ingat. sekarang kau berkira camtu, nanti2 menantu kau plak berkira gitu.. haaa baru tau rasa guane..
btw kalau bab laki kau balik umah mak dia bangun tengahari tu standard la.. dah duduk hari2 dengan kau asyik nak kena bahagi keja ja..balik rumah mak boleh dia rehat.. org laki dengan perempuan bukan sama..
abang2 aku balik sini ja kejanya tengok tv, main game, makannn..
nak air bukan mintak kat bini, mintak kat aku. towel, barang2 semua mintak kat aku.
nak makan apa, mak aku yang masak siap2 di kedai hantar ke rumah..
anak dia aku yg bagi mandi, aku yang jaga..
kak ipar aku tengok tv, baca buku atau buka laptop buat keja dia..
aku dengan senanggg hati nak jaga pasal bukan hari2 jumpa abang aku dengan anak sedara tu.
adik2 ni menunggu2 abang2 balik, tambah2 kalau deme ada nak kecik.. maunya sebulan tak tengok aku ajak mak aku gi rumah deme..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:07 PM | Show all posts

Kemungkinan jika kita anggap keluarga mertua tu macam keluarga kita sendiri, benda ni tak jadi beban pada awak.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 07:26 PM | Show all posts
wat cam biras aku...stiap menggu datang, pandai dia hehe datang petang esok balik sbelom tengahari
slalu mil/fil tak sempat komplen dia dah cabot balik...skang ada anak kecik lagi la, kalo datang jarang kuar bilik hehe

kesimpulannye...pandai2 la ko bawak diri ditempat orang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:24 AM | Show all posts
aku_tetap_aku posted on 28-9-2013 02:05 AM
aku lah salah sorang menantu yg tido di hall

kkdg aku pun tido kat hall klu semuanya berkumpul kat umah mak mertua..
polisi jenis saper sampai dlu dia punya bilik..hahaha...
tp balik tak lama la...sbb kata kat my cik abg susah nk nyusukan anak..

klu g mna2 pun beramai2 bersama famili n tader bilik kami akan sewa penginapan lain..
mudah utk anak2 tido...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 09:27 AM | Show all posts
tipuware posted on 27-9-2013 12:04 PM
Aku faham perasaan ko pasal aku pun kena balik rumah mertua atleast seminggu skali, tapi masa tu dal ...
tapi TT aku kira ko bernasib baik gak dapat tumpang bilik mertua ko. ada menantu, tempat tidurnya di ruang tamu aje, bentang tilam, tidur la anak beranak kat situ. ni cite benar, so aku rasa ko lebih ada privacy disitu.

aku salah sorang menantu yg kene tido kat hall anak beranak termasuk laki aku...
dah 10 tahun dah...
thn ni MIL aku wat bilik baru.. aku kenen2 ler kat dia yg kalo aku balik.. aku nak ler tido kat dlm bilik..
kasik another menantu yg baru tido kat hall plak..
wakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:39 AM | Show all posts
attyra posted on 30-9-2013 09:27 AM
aku salah sorang menantu yg kene tido kat hall anak beranak termasuk laki aku...
dah 10 tahun d ...

.. pasal mak aku pun antara menantu yg kena tidur kat hall, regardless la dia menantu paling tua. maka dengan cucu2 keturunannya, termasuk aku dan kakak ipar semua, kena tidur kat hall . tapi kalau time raya, mak aku suruh aku n adik beradik tempah home stay, pasal ada anak2 kecik, menyusu badan plak tu, special kes skit.. mak aku n ayah aku aje tidur kat hall. aku respek gak dgn mak aku, even kalau balik kg, dia yg sampai dulu, dia akan kasi bilik tu kat adik2 ayah aku yg bawah-bawah, alasan mak aku takut adik2 ayah aku tak selesa tidur kt hall.

tapi raya baru-baru ni, ada adik abang aku belikan penghadang (aku tak tau apa nama rasminya, tapi yg cam kat dalam masjid, utk pisahkan saf lelaki dan perempuan) yang boleh alih, jadi kitorang pakai la penghadang tu utk tutup tilam dan segala beg2 daripada penglihatan orang lain hehe. kiranya takde la org nampak direct kalau tidur terbongkang disebalik penghadang tu.. mungkin adik2 ayah aku segan kot, mak aku rilek aje tidur kat hall berpuluh tahun
Last edited by tipuware on 30-9-2013 09:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:48 AM | Show all posts
rifaa posted on 29-9-2013 07:26 PM
wat cam biras aku...stiap menggu datang, pandai dia hehe datang petang esok balik sbelom tengahari ; ...

haha peel biras ko sama cam aku   tapi petang2 tu datang, jgn tangan kosong. paling2 masak la kek/buah tgn sendiri hehhe. pagi2 lepas bfast terus gerak, tapi dengan syarat, breakfast kena tolong masak, dan jangan bawa baju extra
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 12:10 PM | Show all posts

jadi, bila privacy dlm bilik tidur pun adik ipar tak hormat, i jadi tak suka balik rumah mertua.nak berehat baring2 pn jadi takut2..fon i pun, kalau i tinggal atas meja pn, dia main ambik je, main fon.takde pun nak mintak kebenaran dulu ke ape.tgk2 dh kat tangan dia, main2 fon..ya Allah..geram pulak rs.kadang kalau i cas fon kat luar, fon tu dh off.tup2 senang2 je, on kan fon tu, main fon masa tgh cas.adik2 i sendiri kat rumah pn, kalau nk main fon, mintak kebenaran i dlu.takdenya dorang nak main kalau tak gtau dulu.
ko set password lah fon ko
bkn ke skrg org sume pakai smartphone
ofkos ade paswword.

kalo aku bese aku kunci bilik kalo balik kg.
mak aku ke mak mentua aku bese die ketuk pintu nak apa2
tadek nak terjah2
bese laki aku praktis kunci pintu
aku plak bese mengangkang pintu - psl panas seh - terkurung dlm bilik.
adik ipar aku yg lelaki sgt memahami,
spnjng aku ade kat umah mil, die bese berkurung dlm bilik
die tau kot die kesian kat haku, asik bertudung
aku bese tido kat hall sbb ade anak kecik golek2, tido buas,
bilik sempit sgt.so die tak de penah jejak ruang dpn
so berkurung la die dlm bilik, layan game n movie.haahaa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.128263 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list