CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55151|Reply: 230

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
Post time 27-9-2013 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GuaAnakMelaka at 21-8-2015 02:55 PM

Alhamdulillah...dah 9 buku diterbitkan dan sdg menyiapkan 100 lagi buku.

Di sini aku kongsi tips buat korang jk nak menulis buku.

Ramai org salah sangka ,pendidikan tinggi adalah penting.Sebenarnya tidak.

Seseorang penulis hanya perlukan MINAT .

Walaupun bersekolah hanya sekolah rendah pun boleh menulis buku.

ok lain kali aku sambung....



Last edited by GuaAnakMelaka on 13-12-2014 03:06 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 04:28 PM | Show all posts
patut la ramai benar yg ingin jadi penulis...
ROYALTI dapat pn masyukkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:34 PM | Show all posts
PERTAMA mesti minat membaca.

Seseorang yg malas membaca adalah mustahil boleh menjadi penulis.

menulis perlukan fakta,gambaran,imiginasi,pemikiran,idea ,maklumat  dan pelbagai perkara.

Membaca buku,majalah,akhbar,jurnal,novel,tesis,laman web dan apa sahaja.

Membaca sebenarnya adalah aktiviti otak untuk perkembangan ilmu pengetahuan.Apabila membiasakan dengan pembacaan,otak sering mendapat idea baru dan bernas untuk menghasilkan sesebuah buku.

Sebuah buku yang dibaca sebenarnya mampu melahirkan idea 100 buku untuk ditulis.Lihat sahaja Quran...walaupun hanya 30 juzuk,namun ia telah melahirkan jutaan buku seluruh dunia berdasarkan idea dari Quran.

Malah saintis bukan Islam dan orientalis  sering mencari idea dari pembacaan Quran.

Cuba lihat kepada fakta ini :

Seseorang membaca  berita di akhbar tentang kes rogol-Melahirkan idea menulis buku mengenai keselamatan wanita termasuk mencegah jenayah rogol dan sebagainya.

Pembacaan melahirkan idea dan  sepatutnya kita perlu rajin membaca siang dan malam.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:37 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-9-2013 04:28 PM
patut la ramai benar yg ingin jadi penulis...
ROYALTI dapat pn masyukkkkkk

Menulis itu ibadat dan mengembangkan ilmu pengetahuan dari satu tamadun dan generasi..manakala royalti adalah rezeki...

Ramai yang tidak pernah memikirkan royalti contohnya Imam Nawawi...buku2 beliau dibaca berbilion manusia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:50 PM | Show all posts
Mengapa perlu menulis buku?

Pertama adalah mengembangkan ilmu.Jika buku pertama adalah penciptaan kereta mempunyai kuasa 10km sejam,setelahnya lahir pula buku teknologi  kuasa kereta kelajuan 100km sejam dan seterusnya .Begitulah pengembangan ilmu.Ilmu sentiasa berkembang dan maju seiring dengan zaman dan tamadun manusia.

Kedua adalah perkongsian ilmu.Menulis buku dapat berkongsi dengan pembaca mengenai pelbagai perkara.

Ketiga adalah ibadat.Ayat Quran pertama adalah "IQRAK" bacalah.Buku adalah bahan pembacaan dan menepati konsep IQRAK.Menulis adalah ibadat.

Keempat  adalah kesinambungan ilmu pengetahuan.Ilmu perlu dimajukan dan diteruskan kesinambungan hinggalah kiamat.

Kelima adalah bukti mencintai ilmu.Seseorang yang menulis buku membuktikan dirinya mencintai ilmu.

Keenam adalah memandaikan manusia.Buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang boleh memandaikan dan memajukan manusia.

Ketujuh adalah perkongsian kisah hidup sendiri atau org lain.Ia boleh memberi banyak pengalaman kpd org lain.

Kelapan MENJENAMAKAN NAMA.Nama kita adalah unik kerna ia adalah hadiah dr ibu bapa kita.Jenamakan nama kita di kulit buku.Jutaan manusia akan melihat nama kita di kulit buku.

Kesembilan PAHALA ketika hidup dan selepas mati.Selagi buku kita dibaca dan dimanfaatkan manusia,selagi itulah kita akan mendapat pahala.

Kesepuluh MENANGKIS DAKYAH DAN PROPAGANDA.Pelbagai jenis buku adalah propaganda dan dakyah negatif yang meruntuhkan pemikiran manusia.Contohnya teori Darwinisme yg mengatakan manusia berasal dr monyet.Justeru buku ditulis untuk menangkis dakyah  .Banyak buku di dunia ini adalah dakyah dan propaganda terutama sekali buku2 dari ilmuwan Barat.Mereka menulis apa sahaja sama ada buku atau novel untuk menyebarkan propaganda dan dakyah mereka.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 12:38 AM | Show all posts
MASA MENULIS

aku pernah jumpa Che Det kat opis dia Yayasan Bukhary.Aku tanya apakah time yg dia suka nulis?jawabnya sepanjang masa...

Memang syiokkk...aku pn menulis x kira masa hatta dalam kereta ...

Penulis semua x sama..ada yg boleh menulis waktu malam la...dalam hutan dan sebagainya..

aku pula menulis x kira masa n lokasi.....

Masa menulis adalah x penting...kita boleh menulis bila2 masa ikut mood dan idea....

namun bagi aku masa yg paling banyak idea adalah sepertiga malam ( 1-4 pagi )





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2013 12:44 AM | Show all posts
MOTIVASI

Profesor Stephen William Hawking (lahir: 8 Januari 1942) ialah salah seorang ahli fizik teori yang terkemuka di dunia. Beliau adalah Profesor Lucas untuk matematik di Universiti Cambridge (satu jawatan yang pernah disandang oleh Sir Isaac Newton), serta seorang fellow Kolej Gonville dan Caius, Cambridge. Walaupun mengalami ketakupayaan yang kekal dan kebelakangan ini, kelumpuhan dari leher ke bawah yang diakibatkan oleh penyakit neuron motor, Hawking telah lama mencapai kerjaya yang menakjubkan dan kini merupakan salah seorang ahli akademik yang termasyhur.

Walaupun beliau cacat,namun berjaya menulis 10 buah buku.

1. A Brief History Of Time
2. Does God Play Dice
3. Einsteins Traum
4. Life in the Universe
5. Nature Of Space And Time
6. Space & Time Warps
7. Strings And M-Theory
8. The Beginning Of Time
9. The Future Of Quantum Cosmology
10. Theory Of Everything



Kita semua alhmdulillah sihat walafiat dan pentingnya ada 10 jari yg boleh menaip sepatah demi patah.........

Manfaatkan jemari kita untuk menulis buku ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 12:48 AM | Show all posts
PENGALAMAN AKU

Tahun ini genaplah 8 tahun bergelar penulis setelah buku pertama Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang diterbitkan pada tahun 2005.
Bergelar penulis adalah indah kerana berjaya berkongsi ilmu kepada pembaca.Sebagai seorang manusia yang berilmu adalah rugi menyimpan ilmu di dada..adalah terbaik menulis dan dijadikan buku agar lebih ramai mendapat manfaat.Jika seseorang mengajar di masjid atau surau,mungkin hanya 50 hingga seratus orang sahaja mendapat manfaat.Namun menulis buku akan dapat dibaca berjuta manusia di perpustakaan dan rumah.



Antara pengalaman dilalui adalah :


1.Manuskrip ditolak 10 penerbit.


2.Penerbit tidak menjawab dengan surat pengesahan bila menghantar manuskrip.Bila dihubungi mereka menjawab “TIDAK TAHU”.
Inilah ciri-ciri penerbit PENIPU.


3.SEORANG EDITOR MENGATAKAN PENULIS bodoh.


4.Sebuah penerbit kata memberi jawapan manuskrip.ia diterima dan perlu mengedit.Setelah berbulan susah payah mengedit,ketua editor memberi jawapan “MAAF,MANUSKRIP DITOLAK”.Penerbit ini memang menyusahkan!


5.Seorang editor memberi jawapan setelah 3 hari emel manuskrip “MANUSKRIP ANDA DITOLAK’Tiga hari?


6.Sebuah penerbit menyimpan manuskrip selama 8 bulan tanpa jawapan.Bila dihubungi dengan serius dan tegas,barulah terhegeh-hegeh memberi jawapan.


7.Editor suka berjanji dan mungkir janji.


8.Seorang editor memburukkan penulis.


Itulah antara pengalaman yang dilalui sepanjang terjun dalam bidang penulisan.Terlalu banyak masalah dan ujian ,namun penulisan diteruskan kerana menulis itu dakwah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 12:51 AM | Show all posts
Tips manuskrip diterima atau ditolak


Sebagai penulis,tentu mahukan manuskrip diterima penerbit.Walau bagaimanapun,untuk menulis sesuatu yang pasti diterima adalah amat payah kerana setiap penerbit mempunyai kriteria pemilihan tersendiri,namun anda boleh berusaha menghasilkan manuskrip yang mudah diterima penerbit.

Jika mahu manuskrip diterima,antara perkara yang perlu diambil berat ialah :

1.Fahami bentuk tulisan yang dimahukan penerbit.Sebagai contoh,jika penerbit ABC mahukan penulisan berbentuk motivasi,anda perlu menghasilkan manuskrip berbentuk motivasi.Jika penerbit XYZ meminati tulisan berbentuk ilmiah dan isu semasa,anda perlu menghasilkannya.Begitulah seterusnya....
2.Banyakkan membaca buku-buku yang telah diterbitkan oleh sesebuah penerbit agar dapat memahami kehendak dan kemahuan bentuk tulisan yang biasa diterbitkan.
3.Adalah lebih baik berbincang dengan editor sesebuah syarikat penerbitan agar dapat memahami apa yang perlu ditulis.Ini akan mengelakkan anda membuang masa menulis sesuatu yang pasti ditolak.
4.Jauhi segala bentuk tulisan yang berbau perkauman,kritikan melulu,menyentuh sentiviti agama dan lain-lain yang menyalahi undang-undang.
5.Tulislah bersandarkan fakta dan terbuka.
6.Sentiasa perbaiki penulisan agar ianya terkini dan menepati cita rasa pembaca.
7.Ketahui kehendak pembaca.Cuba buat penyelidikan dan kajian tentang bahan yang sering dan gemar dibaca oleh setiap kategori masyarakat sama ada kanak-kanak,remaja atau golongan dewasa.Ini akan membantu anda menulis sesuatu yang suka dibaca.
8.Sentiasa mengikuti perkembangan jenis bacaan yang laris dan mendapat jualan tinggi.
9.Menulis untuk mendidik pembaca.Justeru tulisan perlu berlandaskan mendidik dan menambahkan pengetahuan pembaca.
10.Kebanyakan penerbit memilih manuskrip bermutu untuk diterbitkan.Justeru anda perlu berusaha menghasilkan manuskrip yang benar-benar bermutu dan menepati piawaian dan kriteria sesebuah syarikat.
11.Antara buku yang paling banyak diterbitkan ialah buku yang menepati kehendak pembaca.Sebagai contoh,buku tentang cara menambahkan wang,memperbaiki diri,memberi motivasi,menambah pengetahuan dalam kehidupan dan lain-lain.Kebanyakan penerbit pada masa kini banyak menerbitkan karya berbentuk motivasi dan kaedah memajukan diri dalam pekerjaan,perhubungan,rumah tangga,pendidikan,keibubapaan dan lain-lain.Justeru anda perlu menulis bahan-bahan tersebut.
13.Buktikan anda menulis bersandarkan teori ilmiah dan fakta tepat serta terkini.Ini memerlukan anda banyak membaca buku ilmiah,surat khabar dan lain-lain.
14.Fahami setiap pembaca mempunyai pendidikan dan pengetahuan berbeza.Tulisan yang baik ialah menepati selera semua jenis kategori pembaca.
15.Belajar cara menulis secara 'solicited manuscript' iaitu anda menghantar kertas cadangan judul,bab,ringkasan bab,contoh bab kepada editor.Apabila editor berminat dengan kertas cadangan anda,anda boleh teruskan menulis satu persatu dan akan diberi nasihat oleh editor untuk menambah baik penulisan.Cara ini akan lebih memudahkan anda dan kebanyakan cara penulisan sebegini akan mudah diterima penerbit.
16.Banyakkan membaca buku-buku di dalam google books.banyak contoh buku-buku baik yang boleh diadaptasi.
17.Belajar cara mengadaptasi buku-buku lain dalam penulisan.Ini akan menjadikan manuskrip anda lebih baik dan bermutu.
18.Sentiasa semak ejaan dan tata bahasa.Manuskrip yang baik kadangkala akan ditolak kerana terlalu banyak kesalahan ejaan dan tata bahasa.
19.Jangan menulis mengikut pemikiran sendiri semata-mata.Ia akan menghasilkan manuskrip kurang berkualiti.
20.Belajarlah menulis agar pembaca membacanya dengan santai dan mudah difahami.
21.Elakkan meniru gaya penulisan penulis lain.Anda perlu membina identiti diri anda sendiri.

Demikianlah beberapa panduan dan tips dalam menghasilkan manuskrip yang mudah diterima penerbit.Semoga berjaya!Selamat menulis.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 12:54 AM | Show all posts
MERANGKA BAB

Contoh :

Kandungan:
Dari Pengarang
Mengapa kita perlu berjaya?
Bab 1 : 10 alasan manusia mahu berjaya
Bab 2 : 10 langkah menuju kejayaan.
Bab 3 : Kejayaan datang daripada kegagalan.
Bab 4 : Rahsia manusia berjaya
Bab 5 : Alasan manusia yang telah gagal
Bab 6 : Kejayaan membuahkan kebahagian hidup
Bab 7 : 10 punca gagal
Bab 8 : Tukar negatif kepada positif
Bab 9 : Kejayaan adalah kemahuan
Penutup
Bacaan tambahan dan sumber rujukan


Itulah contoh rangka awal bab dalam sesebuah manuskrip.Ia boleh ditambah atau dikurangkan ,mahu pun menukar tajuk dan sebagainya.

Setelah siap semua bab,cuba pula cari bahan-bahan dari setiap bab dan ia akan menjadi anak bab .

Selamat menulis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 12:57 AM | Show all posts
“orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah” – Pramoedya Ananta Toe

“Being a writer is a good, good thing.”
Shannon Hale



“Semua manusia boleh menulis buku walaupun mereka hanya berpendidikan SPM.Menulis  adalah mudah namun memerlukan kemahiran.Jika Imam Nawawi rahimullah menulis 40 muka surat sehari  ketika zaman tiada fasiliti canggih seperti internet dan laptop ,mengapa kita hidup di zaman teknologi tidak boleh menulis?”
                           ~ GuaAnakMelaka ~



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:01 AM | Show all posts
ni blog aku mengenai jenis2 buku yg akan  atau sedang tulis atau mgkin aku x sempat  tulis sbb jasad dah trpisah dr roh ....

kalau korang minat menulis,ambillah idea dalam blog nie...

http://manuskripvsbuku.blogspot.com/

aku halalkan dunia akhirat....



“If you don't have time to read, you don't  


have the time (or the tools) to write.


Simple as that.”



Stephen King

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:11 AM | Show all posts
MANUSKRIP

Biasanya manuskrip 200 muka surat standart Word .Tiada maksimun...

aku biasanya siapkan 300 page dan setelah editing kdgkala tinggal 250 je...bila dah sampai ke tangan editor,habis cincai tinggal 180 muka surat pn ada...

Kalau korang x faham manuskrip tu apa....ia adalah apa yg kita tulis dalam Word.....itulah manuskrip...ia belum dipanggil BUKU.

serius aku cakap..aku biasa tulis tangan dalam buku catatan dulu..lps baca n review baghu aku taip kat komputer atau laptop...wlupun ia memenatkan namun ia cara melatih tangan aku...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:16 AM | Show all posts
1 JAM SEHARI

bagi aku,menulis sejam sehari dah cukup....sejam boleh siapkan dua page......sebulan 60 page...

kira2 4 bulan dah siap 1 manuskrip...

tp kdg2 aku gila menulis sampai 18 jam sehari depan PC......

korang jgn ikut lak..karang pingsan masuk ICU...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:20 AM | Show all posts
GOOGLE BOOKS

Dulu2 aku rajin pi library baca buku2 dan cari bahan..skrg aku dah malas.....bukan apa,aku x suka aikon...aikon sebabkan aku mudah ngantuk n stress..

Jadi skrg aku masuk google books je n baca mcm2 buku percuma ...



   

   



rileks je..boleh layan kopi atau menyandar  makan Mamee ....kat libs?sorry le....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 01:26 AM | Show all posts
PERPUSTAKAAN


Perpustakaan mmg banyak bahan2 rujukan....aku suka pi byk libs dulu2 masa google books belum lahir...libs Kota Bharu,libs Melaka semua aku pi....



kdgkala aku sanggup pi Singapore semata2 nak baca buku....pi pagi,malam balik...berasap kepala...






baru2 ni aku tepon 03-8000 8000

ada x libs 24 jam?

depa cakap ada tp kat Univ....so aku bukan student mmg x dibenarkan masuk 24 jam...



aku suka libs kat Singapore sbb byk buku bagus2..almaklum negara kaya !



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:35 AM | Show all posts
CONTOH PRAKATA / PENDAHULUAN /

Prakata


        dengan nama Allah Maha Pemurah lagiAmat Pengasih


            "Sesiapa yang menyumbang kearah pembangunan Islam akan satu
sumbangan yangbaik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan
dan pahala sesiapayang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahalamereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam
ke arah keburukanadalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal
dengannya selepasdari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada."
(Riwayat Imam Muslim)


                  Pengarang meneliti maksud hadisBaginda saw dan mendapat ilham untuk menulis sebuah buku bertajuk"Jasa-jasa polis kepada negara ".Profesion polis adalah satu profesionyang amat mencabar.Setiap individu yang menceburinya perlu mempunyai kekuatanfizikal dan mental yang kuat dalam bercepan pelbagai cabaran.


       Polis memberi sumbangan yang amat besarkepada negara sejak negara merdeka.Malah sebelum merdeka,polis juga banyakmembantu dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.Walaupun negara masihdijajah,namun anggota polis membantu pemerintah demi mengekalkan keamanan dankestabilan.


        Pada zaman moden ini,tugas polissemakin mencabar berikutan pertambahan penduduk,jumlah kes jenayah yang semakinberkembang,fasiliti dan kecanggihan benda yang digunakan penjenayah.Hanyamelalui jemari sahaja,penjenayah mampu melakukan pelbagai kes jenayah
seperti mencuriwang dalam bank,mengugut dan pelbagai lagi.


       Buku ini diharapkan membuka mata masyarakatdan rakyat Malaysia agar menghargai segala pengorbanan dan perit jerih anggotapolis yang banyak menyumbang kepada negara.Keamanan,kesejahteraan,kestabilandan keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah berdasarkan kesungguhan dankekomitedan anggota polis menjalankan tugas tanpa mengira penat dan letih.


       Dalam negara kita,polis mempunyaiperanan besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan.Semua rakyat dapat hidupdalam keadaan yang baik,bebas mencari rezeki,bebas bergerak  ke sana sini tanpa perasaan takut.Iadinikmati kerana anggota polis sentiasa berjaya mengekalkan keselamatan negara.


       Ramai manusia masih memandang sinisdengan profesion polis dan sering memberi komen negatif kepada anggotapolis.Sikap buruk ini perlu dihakis dan perlu belajar menghargai semua anggotapolis yang banyak berkhidmat untuk negara.


      Tiada manusia sempurna di dalam duniaini,begitu juga dengan polis.Mereka telah berusaha menunaikan tanggungjawab danamanah sebaik mungkin demi menjaga ketenteraman awam dan mengekalkan kestabilansupaya rakyat dapat hidup dalam harmoni dan bersatu padu.


            Rakyat Malaysia perlu berfikiranpositif  dan perlu lebih menghargai polisyang sentiasa berkhidmat siang dan malam.Semoga buku ini  mengubah mentaliti sebilangan rakyat yangsering melemparkan tohmahan dan tuduhan negatif kepada polis.


        Setiap pekerjaan di dunia ini adalahmulia dan profesion polis amat dipandang mulia kerana ia membantu semua lapisanmasyarakat dan mahu negara menjadi lebih maju dan aman damai.


       Buat permata hati AMIRUL ERFAN,NUR ASSHAFIAH,NUR AS SAFA,NUR AS SYAHIRAH,jadilah manusia berguna dunia danakhirat.Hargailah polis kerana mereka amat berjasa dalam negara.


         GUANAKMELAKA
(Man who lookdummy but not Dumb!)


Prakata ini aku tulis tahun lepas bulan 9.....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:38 AM | Show all posts
TOP 10 orang penulis PTS, berdasarkan jumlah cetakan buku-buku mereka yang terjual:

1. Chef Hanieliza - 1,147,014
2. Abdul Latip Talib - 700,909
3. Ain Maisarah - 385,182

4. Ustaz Azhar Idrus - 271,293
5. Saridah Hamid - 193,620
6. Muhammad Alexander - 179,681
7. Tengku Dr. Asmadi - 94,944
8. Jerry D. Gray - 77,822
9. Hilal Asyraf - 72,904
10. Dato' Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff - 69,495


Sumber Puan Ainon Mohd .TAHNIAH SEMUA PENULIS....


Katakanlah royalti RM1 sebuah buku...banyak wang depa......Ain Maisarah tu siap beli kondo kat KL dengan royalti buku....pergh....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:40 AM | Show all posts
BUKU MENAMBAHKAN PENGETAHUAN DALAM PENULISAN

   


aku suggest kan korang beli buku tu.....


ni penulisnya

https://www.facebook.com/marsli.no.9
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.116131 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list