CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
 Author| Post time 5-10-2013 09:25 PM | Show all posts
Berdakwah Melalui Penulisan Efektif
oleh
Hafiz Firdaus Abdullah


http://www.hafizfirdaus.com/ebook/PDFeBooks/Penulisan_efektif.pdf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 01:36 PM | Show all posts
SESIAPA MINAT MENULIS ,MASUK SINI

grup dah kena hacked....

nanti ada grup baru Last edited by GuaAnakMelaka on 13-12-2014 03:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 01:37 PM | Show all posts
Kdgkala berasa malu dgn Imam Nawawi rahimullah...wlupun meninggal dunia dalam usia 44 tahun,beliau menulis ratusan buku....

Wlupun tiada komputer dan internet....

AKU  dah usia 39 tahun baru 8 buku....

Allah musta'aan......

FB mmg melalaikan........kdgkala

Sbb sibuk blogging (aku  ada 100 blog )

dan hampir 40 page FB ....

dan 3 laman web...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 01:44 PM | Show all posts
Insya-Allah akan terbit 20 Disember 2013 .


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 11:38 AM | Show all posts
BELAJAR PERISIAN

Mula 2 aku guna windows 98.....belajar word....

bila dah sampai Win 7,lg pening sbb Word semakin canggih manggih...tp aku belajau juga...

Kita perlu belajaq gunakan Mic WORD  sebab ia adalah tempat kita menulis.Lepas pandai word,barulah kita belajq guna Adobe Ilustrator,Indesign ,Photoshop dll.

Aku belajaq melalui bloggers ,Youtube,buku dll....lama2 pandai la...

dlm dunia ni kita kena belajaq .....




        



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 11:48 AM | Show all posts
MENULIS BUKU LARIS


mASALAH PENULIS,MRK X BUAT RESEARCH MENGenAI BUKU DAN MENULIS BUKU YG AKAN MENYEBABKAN TIDAK LAKU...

ada buku cetakan pertama 5 ribu naskhah tp laku 10 naskhah shj dalam masa setahun...

Kita perlu rajin wat research sebaik mgkin.

ANTARA BUKU LARIS ADALAH :

1.BUKU DIY ( DO IT YOURSELF SPT MEMBAIKI KOMPUTER,MEMBAIKI KERETA DLL)

2.MOTIVASI.

3.PARENTING.

4.BISNES.

5.REMAJA.

6.EKONOMI.

7.SEJARAH.

8.TOKOH.


DLL.


Buku ttg TITANIC contohnya terjual jutaan naskhah kerna pembaca ingin tahu sejarah kapal tersebut.Begitu juga buku motivasi LA TAHZAN...ia asalnya bahasa arab dan diterjemah ke bahasa dunia...

Jangan hanya tahu menulis tp x buat kajian...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 10:56 PM | Show all posts
BUKU BAHASA INGGERIS

Mmg x dinafkan BI adalah bahasa antarabangsa.

Jk mampu tulis dlm BI ,mmg digalakkan.

buku BI  boleh mendapat pasaran tempatan dan  antarabangsa....


ngantuk daaa....lain kali aku sambung...



"Agama Islam adalah agama yang sesuai setiap masa dan di setiap bidang kehidupan manusia. Agama Islam menyuruh kita untuk mencari ilmu pengetahuan, rezeki dan sebagainya melalui cara-cara yang diredhai Allah Subhanahu Wataala. Dalam kita berusaha mencari nafkah di dunia, kita juga mestilah mempertingkatkan usaha kita untuk mendalami pengetahuan kita mengenai Islam. Agama Islam memang menggalakkan kita menceburkan diri dalam bidang-bidang lain seperti sains, teknologi, perubatan dan sebagainya selain daripada mempelajari dan mendalami diri mengenai Islam. Jadi oleh itu kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai bidang-bidang tersebut."

TUN DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI

29-11-1984

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 12:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 10:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 11:16 PM | Show all posts
TERBIT SENDIRI BUKU

http://www.scribd.com/doc/4015604/Cacing-Tanah


Apa itu terbit sendiri?


Ramai penulis yang pernah menerbit buku dengan penerbit, selepas tempoh tertentu berhasrat menerbit sendiri bukunya. Mereka menyangka jika mereka terbit sendiri, tentulah imbuhan wang yang bakal diperolehi lebih banyak.
Tidak kurang juga individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan awal-awal lagi sudah menanam cita-cita ingin menerbit sendiri buku mereka. Hasrat itu timbul mungkin apabila mereka mendengar mengenai kelebihan terbit sendiri yang diceritakan oleh sesetengah pihak.
Namun apabila tiba masa hendak menerbitkan buku yang sudah siap ditulis, mereka tertanya-tanya dengan diri sendiri bagaimana hendak lakukannya? Ada juga yang masih tidak tahu dan jelas dengan maksud terbit sendiri.
Terbit sendiri bermaksud proses menukar bahan bertulis yang anda miliki ke dalam bentuk buku bercetak ataupun e-book. Bahan bertulis itu sama ada anda sendiri yang tulis ataupun anda mengupah orang lain menulis bagi pihak anda. Kemudian anda memasar, menjual dan mengedar sendiri buku yang diterbitkan kepada kedai buku, pengedar dan pengguna akhir iaitu pembaca. Dengan kata lain anda memiliki kuasa penuh dalam proses penerbitan buku anda. Anda yang membuat keputusan dan anda jugalah yang memikul risikonya.
Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi dinilai. Apabila penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah membuat rekabentuk kulit dan halaman, mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu. Dengan kata lain, segala urusan penerbitan dikawal sepenuhnya oleh penerbit. Anda tidak boleh campur tangan dalam proses penerbitan kecuali dibenarkan oleh penerbit.
Sekilas pandang maksud terbit sendiri di atas, ada penulis tertanya-tanya, adakah mereka perlu buat semua proses di atas. Bagaimana jika mereka tidak pandai membuat rekabentuk halaman. Bagaimana jika mereka tidak tahu menjual? Seperti yang disebut di atas, terbit sendiri bermaksud anda mengawal sepenuhnya proses terbit buku anda.
Jika anda tidak tahu buat sendiri rekabentuk halaman, anda boleh upah artis grafik sambilan ataupun sepenuh masa. Begitu juga urusan mencetak, anda sendiri mencari dan memilih pencetak yang sesuai. Bagi urusan menjual dan mengedar, anda boleh melantik pengedar buku bagi mengedar dan menjual buku anda.
Bagi memudahkan lagi anda memahami terbit sendiri, hakikatnya apabila anda terbit sendiri, bermakna anda memain-kan peranan sebagai penerbit buku. Bezanya ialah, anda menerbit buku anda sendiri. Tetapi penerbit buku kebanyakannya menerbit buku orang lain.
Secara teknikalnya, jika anda menerbit sendiri buku, nama penerbit yang terletak pada halaman hak cipta mestilah nama penerbit yang dicipta oleh anda sendiri. Nombor ISBN buku anda pula didaftarkan atas nama penerbit yang anda cipta itu.
Artikel ini disalin daripada buku "Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku" tulisan En. Nazrul Samsudin .

http://terbitsendiri.blogspot.com




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 02:49 AM | Show all posts
BEST SELLER / LAKU KERAS

    Popular Bookstore Aeon JB
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 03:21 PM | Show all posts
Wahh nice thread..banyak ilmu tt kongsi...ilmu yang tt dpt for how many years,compiled into one thread...
Thank you tt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 03:28 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 16-10-2013 03:21 PM
Wahh nice thread..banyak ilmu tt kongsi...ilmu yang tt dpt for how many years,compiled into one thre ...

thanks...

ada gak mghargai......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 03:30 PM | Show all posts
Khas untuk warga JOHOR dan SINGAPURA.

DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Ismail, ingin mengundang para penulis, calon penulis, pereka dan ilustrator ke majlis DIALOG EDITOR-PENULIS pada 26 Oktober 2013 (Sabtu) di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru, Johor pada pukul 11.00 pagi.

Pengerusi: Khalid Mazlan (Timbalan Pengarah UTM Press)
Ahli Panel DBP: Mohamad Shaidan
Ahli Panel karangkraf: Sri Diah
Ahli Panel PTS: Imran Azmi

Rebutlah peluang untuk berinteraksi dengan para editor. Carilah ruang untuk menerbitkan karya anda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 03:30 PM | Show all posts
DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) ingin mengundang para penulis, calon penulis, pereka dan ilustrator ke majlis DIALOG EDITOR-PENULIS pada 19 Oktober 2013 (Sabtu) di Auditorium PERPUSTAM pada pukul 10.00 pagi. Masuk PERCUMA.

Pengerusi: Encik Mohamed Nasser Mohamed.
Ahli Panel DBP: Mohamad Shaidan
Ahli Panel karangkraf: Sri Diah
Ahli Panel PTS: Imran Azmi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 03:39 PM | Show all posts
MENGAPA TERBIT SENDIRI?

Ada buku yang diserahkan kpd penerbit lain untuk diterbitkan,ada pula buku diterbitkan sendiri.Mengapa?

1.Kepuasan  berkarya -Boleh menulis apa sahaja tanpa dicantas atau diedit oleh editor...

2.Pendapatan yg lebih banyak.Jika buku berharga RM20 ,peenrbit hanya berikan RM2  royalti sebuah buku sdgkan harga modal cetakan hanyalah RM4...

3.Mencabar minda-Apabila terbit sendiri semuanya perlu dilakukan sendiri spt cover kulit buku ,editing manuskrip,pruf,ilustrasi,marketing,jualan dan sebagainya.

Antara buku akan ku terbitkan sendiri :




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2013 05:48 PM | Show all posts
PROMOSI DI TV

Bukan semua penerbit mampu iklankan buku di TV sperti Hidayah Publication..harga iklan di TV amat mahal..5 saat shj boleh mencecah RM15k.

jADI PENERBIT sering hantau buku2 kpd stesyen tv dan jk ada rezeki ,penerbit tv akan siarkan ..

contohnya buku aku  ni..dpt siaran Tv Hijrah



   





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 06:20 PM | Show all posts
MEMBACA BANYAK

"If u want to be writer,u must be a reader first"






Mmg aku membeli buku2 beribu2 utk membaca   hatta umah aku penuh dgn buku..

bini aku mmengeluh "Bang..rumah ni jadi perpustakaan ke bang?"


aku mmg suka beli buku...kalu pi mana2 dalam negara atau luar negara,buku mesti dibeli...


setahun kdgkala sampai 10K...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 11:24 PM | Show all posts
   



Bengkel dan kursus akan mendedahkan banyak ilmu jk nak menjadi penulis...


Wlupn dah 8 buku aku tulis,aku masih menuntut ilmu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:51 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-9-2013 04:28 PM
patut la ramai benar yg ingin jadi penulis...
ROYALTI dapat pn masyukkkkkk

betul ke? i rasa kerja menulis ni indah khabar dari realiti....royalti pun tak se-gah mana- unless if u are best a best seller writter cam aisya sofea or ram or novel diadaptasi ke movie...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.128905 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list