CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
Post time 5-11-2013 10:27 AM | Show all posts
Aku rasa aku tau sekolah kau ni dekat mana. Hehehe. Kalau betul tekaan aku, memang sekolah kau ni famous dengan cerita2 hantu dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2013 10:37 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 1-10-2013 10:39 PM
Sedikit kisah-kisah pendek (yang takde kaitan) sebelum dikisahkan angker lapan bulan yang berepiso ...

Memang betul tekaan aku. Aku wakil salah satu sekolah yang join pertandingan dikir barat HIV ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 10:41 AM | Show all posts
hujanrahmat3 posted on 5-11-2013 10:37 AM
Memang betul tekaan aku. Aku wakil salah satu sekolah yang join pertandingan dikir barat HIV ni. : ...

Ouh, sekolah ko yg semua ahlinya pelajar perempuan tu, kan? Aku masih ingat lirik korang, "AIDS, sejenis sindrommmmmm... kurang daya, tahan penyakit. AIDS! AIDS!"

Kami yg menonton ikut nyanyi sekali part last tu, "AIDS! AIDS!" hehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:45 AM | Show all posts
Bukan. Sekolah aku dpt nombor dua. Kalau tak silap 3 sekolah je yg join pertandingan. tu. Hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 10:49 AM | Show all posts
hujanrahmat3 posted on 5-11-2013 10:45 AM
Bukan. Sekolah aku dpt nombor dua. Kalau tak silap 3 sekolah je yg join pertandingan. tu. Hehehe.

ha ah, ada tiga sekolah je. hehe...

aku tau sekolah ko kat mana. aku pernah join perkhemahan KRS di sekolah ko... boleh tahan jugak gangguan kami kena time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:57 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 5-11-2013 10:49 AM
ha ah, ada tiga sekolah je. hehe...

aku tau sekolah ko kat mana. aku pernah join perkhemahan KR ...

Hahaha. Tau2. ade dgr cerita dari member2 yg join perkhemahan pasal gangguan tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2013 10:10 PM | Show all posts

Malam Satu Suro (part. 1)

Cerita ni berlaku time cuti sekolah seminggu, pasal sekolah aku jadi tuan rumah apa ntah. Hostel dijadikan penginapan peserta, so semua student yang tak terlibat dalam event tu diarah balik bermalam. Kebetulan ada empat orang kawan aku ni teringin nak menghirup udara di Tawau (dorang dari daerah lain). Dorang pun ikut aku bercuti di rumah aku, di Felda sekian sekian.

Rupa-rupanya, time kami bercuti, Felda aku tu tengah hot dengan kisah Pontianak mengamuk (kata orang kampung aku la). Kisahnya begini, ada sorang bini pekerja kait kelapa sawit (dari Indonesia) ni meninggal dunia time bersalin. Dorang ni tinggal di kawasan ladang sawit dengan pekerja kait kelapa sawit yang lain.

Lepas dikebumikan, berita kematiannya diketahui sampai ke kampung-kampung sebelah. Jadi datanglah penuntut ilmu sesat, nak gali kuburan wanita bersalin tu. Kononnya, siapa yang dapat simpan tali pengikat kafan ibu yang mati bersalin anak sulung, boleh jadi kaya (tak pun, jadi kuat. Aku tak sure part yang ni).

Keluarga dan sahabat handai arwah ni, berkawal di kuburan arwah, nak jaga dari dibongkar oleh pengamal ilmu sesat. Tapi dengar khabar, time dorang berkawal, dorang ditidurkan dengan ilmu sihir. Sedar-sedar je dari tidur, bukan kuburan tu je yang digali, sekali dengan mayat hilang.



Tak lama lepas tu, Felda aku jadi gempar dengan gangguan pontianak. Sebab suami arwah dah melarikan diri bawa bayi dorang, bersembunyi dari kena kacau arwah. Pada malam selepas kehilangan mayat arwah, rumah jiran dorang kena cakar-cakar dari luar. Bila jiran dorang intai dari celah dinding, dorang nampak arwah (time tu dah jadi pontianak), tengah dok cakar pintu rumah jiran ni.

Jiran ni pun cakap, “Kau salah rumah. Suami mu tiada di sini. Pergilah kau cari tempat lain.” Lepas dia cakap macam tu, pontianak tu pun berlalu pergi.

Sudah kawasan penempatan buruh Indonesia di ladang sawit tu dia kacau, pastu dia kacau pulak kawasan perkampungan orang-orang Felda. Hampir setiap malam ada je cerita gangguan itu, gangguan ini. Hinggakan budak-budak yang ada kelas malam, takut nak ke sekolah time malam.

Yang paling tak dapat dilupakan penduduk kampung, pasal sorang budak lelaki disakat Kak Pon time dia tunggu bas pekerja di tapak tamu Felda aku. Tapi nantilah aku sambung. Nak study.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 05:03 AM | Show all posts
hurreyy..cerita ko dah kembali menarik..teruskan!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2013 05:55 PM | Show all posts

Malam Satu Suro (part. 2)

Sambungan cerita pasal amukan Pontianak kat Felda aku ni. Pontianak ni still tak jumpa laki dan baby dia. So kerja dia dok merayau di sekitar Felda kot-kot terserempak dengan family dia. Dia pulak asyik cakar rumah tertentu, konon-konon tuan rumah boleh tolong carikan laki dan anak tu.

(p/s: Bagi aku, tang ni bukan arwah tu lagi, pasal sebaik manusia mati, mana boleh bangkit. Bukankah selepas mati, kita dah mula soal-jawab dengan malaikat Munkar-Nakir? Bak kata ustaz aku, ni semua angkara JIN atau SYAITAN yang kerjanya nak menyesatkan manusia. Antara cara dia nak fitnah manusia adalah dengan MENYAMAR menjadi orang yang dah mati. Dengan cara tu, orang-orang yang tak mengerti akan mudah buat spekulasi yang si mati ni tak diterima bumi, waktu hayatnya pernah buat macam tu macam ni, yadaa yadaa yadaa...)



Paling femes time tu, part ada sorang mamat lepasan SPM. Dia kerja kilang. So, dia kena tunggu bas kilang sekitar pukul 4 pagi. Untuk yang tak pernah datang Sabah, di sana tempoh peredaran matahari awal sikit dari Semenanjung. Pukul 4.30am dah masuk waktu Subuh. Pukul 6am tu dah cerah, matahari dah menyerlah. Jadi jangan hairanlah kalau mamat ni tunggu bas sekitar pukul 4 pagi.

Dia menunggu bas kilang ni, di bus stop tapak pasar tamu. Kalau korang tak tau pasar tamu tu apa, tanya Cik Google ok. Orang Sabah tau la apa maksudnya. Tengah dia tunggu bas, (aku rasa  korang boleh agak apa jadi) dia rasa macam ada orang perhati dia. Dia toleh lah kiri kanan. Takde apa-apa. Pastu dia toleh belakang, pun tiada siapa-siapa. Bila dia pusing balik menghadap depan, BOOMM!!! Kak Pon tengah terpacak depan dia. Dengan rambut mengerbang kusut masai, muka pucat lesu, mata besar terbeliak, tekun meneliti mamat kilang ni.

Mamat ni apalagi?! Dia pecut sekuat hati sambil terjerit-jerit minta tolong. Nasib baik tapak pasar tamu ni berdekatan dengan rumah penduduk peneroka Felda. Mamat ni pergi rumah yang paling hampir, dia lompat ke pangkin rumah orang tu dan ketuk sekuat hati sambil terpekik minta dibukakan pintu. Apabila tuan rumah bukakan pintu, mamat ni terus lembik dan pengsan depan tuan rumah.

Esoknya, cerita mamat ni kena sakat tersebar satu Felda aku. Mamat ni demam tak boleh bangun pastu. Pihak Felda tempat aku pun ada lah buat bacaan Quran kat masjid. Kes amukan tu pun surut sikit tak lama lepas tu. Hah, time tu lah aku dan kawan aku yang empat orang ni balik bercuti di Felda aku (refer balik awal-awal cter di part 1).

Sewaktu dalam perjalanan dari sekolah nak ke Felda aku, aku macam biasa lah tanya perkembangan Felda aku kat ayah aku. Yang tu ayah aku cerita pasal amukan pontianak tu. Kawan-kawan aku pulak semua buat muka frust, sebab dorang salah timing nak ber-holiday. Kehkehkeh...

Bila dah sampai di kawasan Felda aku, semua terpinga-pinga bila tengok Felda aku gelap gelita. Time tu dah masuk Isyak di Tawau. Isyak di Tawau masuk sekitar pukul 7.30pm. Ayah aku bagitau lah sekarang Felda aku ada masalah bekalan elektrik. Sampai je rumah, sayu je hati aku tengok rumah parents aku bergelap, hanya ditemani lilin.

Hah, babak seterusnya nanti aku share. Pasal malam tu, kami berlima (aku dan empat orang kawan aku tu) mengalami sesuatu kejadian. Salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 07:01 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 6-11-2013 05:55 PM
Malam Satu Suro (part. 2)

Sambungan cerita pasal amukan Pontianak kat Felda aku ni. Pontianak n ...

Manthoppp.....siler sambung lelaju ok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 08:54 PM | Show all posts

Malam Satu Suro (part. 3)

Aku sambung cerita OK. Malam tu kami lepas mandi apa semua, mak aku panggil untuk makan. Nasib baik lah adik-beradik aku yang lain kat universiti masing-masing. Kalau tak mesti kawan-kawan aku segan. Pasal dalam adik-beradik, aku sorang je lelaki. Bongsu pulak tu. Atas aku semua perempuan, lima orang. Kena pulak akak-akak aku ni semuanya jenis yang tudung labuh. Kalau dorang ada, konfom lah aku tak bawak kawan-kawan aku balik. Sebab kesian kat akak-akak aku kena bertudung even dalam rumah.

Kami makan diterangi dengan cahaya lilin, rasa macam candle dinner plak time tu. Mak aku memang terbaiklah kalau bab-bab memasak. Selera kawan-kawan aku makan, semua puji masakan mak aku. Mak aku pun asyik-asyik tambah lauk dalam pinggan kawan-kawan aku. Suka dia tengok anak-anak muda kuat makan. Ye lah, aku adik-beradik jenis yang makan sikit.



Habis je makan, kami semua berehat-rehat di ruang tamu sambil sembang kosong. Tiba-tiba sorang kawan aku ni rasa nak membuang hajat. Rumah aku takde tandas. Yang ada di rumah tu bilik air je. Kalau jamban tu ada lah. Dari perkataan jamban tu pun korang dah maklum, membawa makna ‘tandas di luar rumah’. Kawan aku ni terkedu bila aku bagitau dia yang jamban tu kat luar. Dia anak bandar, so jarang lah merasa hidup susah ni.

Kami yang lain cakaplah yang kami akan temankan dia. Mula-mula dia cakap, dia nak tahan je sampai pagi esok. Lama-lama lepas tu, dia dah tak boleh hold lagi. Dia kena lepaskan bisnes dia time tu jugak. Kami pun mula gelak-gelakkan dia sambil memasang niat yang jahat ke atasnya. Huahuahua!

Kami masa tu ada dua lampu suluh je. Satu dia bawak ke dalam jamban, satu lagi aku and the rest pegang. Sebelum masuk jamban, dia warning kami supaya jangan nak takut-takutkan dia. Kami angguk-angguk je, walaupun sebenarnya memang kami sepakat nak kenakan dia.

Tak lama lepas dia tutup pintu jamban, kami pun start sakat dia. Sorang kawan aku ni seru-seru nama dia dengan nada seram. Kawan aku yang melepas ni pun melenting dalam jamban tu. Lepas tu sorang lagi dok cakar-cakar pintu jamban. Mangsa pun respon dengan marah-marah. Lagi dia marah, lagi kami suka. Beberapa siri gangguan kami buat, dia pun dah fed-up dengan kami. So dia fokus dengan bisnes dia. Kami di luar gelak-gelak.

Seketika, dari kejauhan pekat malam, kami yang di luar jamban terdengar suara yang sayup-sayup kedengaran. Mula-mula tu kawan aku sorang dengar, pastu dia suruh kami yang lain diam. Bila kami diam dari gelak sakan, barulah suara tu jelas kedengaran. Sayu je suara tu, macam ni: “Tolong... tolong... tolong...”

Kawan aku yang dalam tandas ni terperasan yang kami semua tiba-tiba senyap. Dan rupa-rupanya dia pun dengar suara minta tolong tu. Dia pun sound kami dari dalam, “Woii, tak lawak lah weh!” Dia fikir kami yang buat bunyi sayup-sayup tu. Sorang kawan aku jawab balik, “Bukan kami lah.” Kawan aku dalam tandas tu tanya balik, “Habis tu, suara siapa?” Tak lama kemudian terdengar lagi, “Tolong... tolong.. tolong...”

Kami yang di luar terus buka langkah seribu lari masuk rumah, langsung terlupa kawan yang dalam jamban. Ayah aku keluar dari bilik bila dengar bunyi bising di ruang tamu. Kami semua melepaskan lelah sambil cuba nak topup oksigen, kes pecut sekejap tadi. Ayah aku tanya, “Kamu ni kenapa? Dah sorang lagi kawan kamu mana?”

Baru kami teringat kawan kami masih dalam jamban. Dengan ditemani ayah aku, kami menuju ke jamban. Tak jauh pun jamban tu, tapi still kena jalan kaki. Bila kami sampai, kami dapati pintu jamban tu terbuka luas. Kawan aku tu pulak takde dalam jamban!!!

Pulak! Di mana dia hilang?!!! Hah, nanti je lah aku sambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mantop...... sambung lagi eh dik
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung2..cpat skit <--newbie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:24 AM | Show all posts
aweq_rimba posted on 6-11-2013 09:28 PM
Mantop...... sambung lagi eh dik

yes, boss! *smile*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:25 AM | Show all posts
tiODIO posted on 7-11-2013 03:13 AM
Sambung2..cpat skit

welcome to the club, tiodio. *greeting*
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:54 AM | Show all posts
Aqill..cepatlahh sambungg taks abar nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2013 03:26 PM | Show all posts
manja377 posted on 7-11-2013 11:54 AM
Aqill..cepatlahh sambungg taks abar nak baca

orait! orait! nanti aku sambung. *wink*
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila laaaaa...da la seram...sakit jantung tbe2 de pic2 yg di sertakn... kusssss semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 04:40 PM | Show all posts
mne smbungan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 05:00 PM | Show all posts
wowowo nice story salur n papan
bulibakalakau
tp hantu gay tu sgt epic.
tu mmg different sgt dr citer2 antu aserama yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.601149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list