CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
Post time 24-4-2014 01:11 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 23-4-2014 11:59 PM
Asrama di Bangi part.1

Kakak sulung aku ni pegawai bank di Sabah. Kalau dia dtg kursus di Ban ...

I think I know where is this place. Sy penah ber-U di sebelah tempat ni. Mmg angker la kawasan ni. Tp sepanjang sy kt sana xde la kene usik kaw2. Sipi2 je hihii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 1-10-2013 08:24 PM
Sekolah Angker Dua Minggu: Berkejaran Di Padang Sekolah

Sejak serangan pertama tu, menyusul pulak ...

rindu pula bila nampak gambar ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:47 AM | Show all posts
Best cite TT, akak suka baca tapi seram pulak bila terpandang gambar2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:48 AM | Show all posts
We want more.. we want more..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:49 AM | Show all posts
naq_j posted on 24-4-2014 08:47 AM
rindu pula bila nampak gambar ni.....

Naq sekolah di situ ke?


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2014 06:11 PM | Show all posts
lemonthyme posted on 24-4-2014 10:47 AM
Best cite TT, akak suka baca tapi seram pulak bila terpandang gambar2 tu

sy memang nak bagi mode seram kat akak bila baca thread ni. heheh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 06:12 PM | Show all posts
jayja posted on 24-4-2014 01:11 AM
I think I know where is this place. Sy penah ber-U di sebelah tempat ni. Mmg angker la kawasan ni. ...

Ouhh... tempat tu mmg seram tak kira siang atau mlm. Lagi2 kat hostel lama tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2014 07:16 PM | Show all posts

Asrama di Bangi part. 2

Ni sambungan cter sblm ni. Cter yg disampaikan oleh akak aku yg kursus di salah sebuah training centre yg terletak kat area Bangi. Menurut akak aku, di training centre company dia tu dihantui oleh dua pontianak.

Sblm cter lagi lanjut, aku nak share gambaran kat training centre tu. Kat situ ada dua bangunan. (1)Bangunan baru; tempat kursus dan asrama baru. (2)Bangunan lama; tempat asrama lama yg masih diguna sampai skrg. Kat asrama lama tu, ada empat bangunan 3 tingkat, yg mengelilingi gelanggang badminton/takraw.

Akak aku dah byk kali kursus di situ, sblm dia pindah Sabah lagi. Pernah sekali tu, dia kursus sama2 dgn ofismate dia (campur lelaki-pmpuan). Bila geng pmpuan dah masuk tido time mlm, yg geng lelaki masih lepak kat gelanggang lepas main takraw.

Sedang dorang lepak sambil isap rokok, ada dua pontianak ni melayang2 kat atas dorang. Terbang dari satu bangunan ke bangunan lain. Pontianak tu siap ketawa mengilai-ngilai. Geng-geng lelaki ni apalagi, terus bertempiaran lari.



Esoknya time srpn, geng lelaki ni pesan dgn geng pmpuan supaya dorang baca Yassin lepas Isyak di surau muslimat. Yg lelaki pun baca Yassin jugak, siap jemput ustaz lagi.

Menurut ustaz tu, dia pernah dtg asrama lama utk buat 'pagar'. Ada kes kat tmpat yg sama, peserta kursus histeria. Slps kejadian, tingkat 2 dan tingkat 3 setiap bangunan lama, tak digunakan lagi. Cuma tingkat 1 je available. Tingkat lain tu dah jadi tempat bermain 'keluarga' tu.

Tapi kat tingkat 1 tu, ada satu tempat je ustaz tu x dpt nak pagar, iaitu exit koridor yg kedua. Kalau korang perasan di kisah sblm ni, aku pernah nk keluar ikut exit tu, tapi sempat akak aku halang. Di exit tu la, dua pontianak ni suka ganggu orang.

p/s: Nanti sambung lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 09:56 PM | Show all posts
Assalamualaikum warga MPS semua. Lama aku tak menapak di thread sendirik. Khusyuk baca cter kat benang2 lain. Hehe... tetiba kali ni nak kongsi kes-kes jiran tetangga aku yg agak misteri (bagi aku).

Kisah Jiran 1: Pakcik M

Kisah ni time aku tak bersekolah lagi. Rasanya usia 4-5 tahun macam tu. Rumah family aku time tu kat atas bukit, ada 5 rumah semuanya berderet. Rumah lama peneroka felda. Boleh la google kalau nak imagine rumah tu camne.

Jiran yg aku nak cter kan ni jiran sebelah kiri rumah family aku. Orang sekitar blok aku cakap, dia tu pengamal ilmu balan-balan (kat Semenanjung panggil Penanggal). Mak aku selalu larang aku main dgn anak dia. Sebabnya mak aku sendiri pernah nampak ‘api-api’ turun dari langit, pastu landing kat atap rumah jiran kami tu. OK la, aku bubuh namanya Pakcik M.

Bumbung jiran aku tu pulak, ada satu bahagian zink dia boleh buka-tutup mcm laluan keluar-masuk. Lagi lah orang2 blok aku suspicious. Tapi aku ni jenis degil. Makin mak aku larang pergi rumah jiran aku tu, makin aku nak datang. Pasal aku kesian tengok anak dia sorang-sorang takde orang nak ajak main. Mak dia pun tak bagi anak dia bergaul dgn anak-anak blok aku tu.

Yang aku perasan kalau aku ke rumah Pakcik M ni, rumah dia tak pernah nak buka jendela walau siang hari sekalipun. Tapi time tu aku kecik lagi. Aku tak amek port sangat. Yang aku fikir main je time tu. Sejak aku berkawan dgn anak jiran aku tu, aku perasan yg paha aku selalu lebam-lebam.

Lebam-lebam ni selalu muncul setiap kali aku balik dari rumah Pakcik M. Lebam-lebam tu jelas sangat nampak kat paha dan betis. Kadang-kadang kat badan. Warna lebam ungu and sometimes nak warna hijau camtu. Mak ayah aku pun perasan pasal lebam tu, sebab warna kulit aku adik-beradik semuanya cerah. Kalau kena cubit sikit, cepat je warna merah naik. Kalau ikut rating kecerahan kulit, akulah yg paling tak cerah. Maybe pasal aku suka main tengah panas time kecik. Hehe...

Bila makin banyak lebam kat badan aku, mak start tegas, larang aku main di rumah jiran sebelah. Kalau nak main, main dgn budak-budak lain. Aku pun akur je lah. Peliknya lepas stop kunjung rumah Pakcik M, lebam-lebam tu dah takde. Aku pun tak ingat apa yg terjadi kalau aku masuk rumah Pakcik M. Ingatan aku macam samar-samar.

p/s: nanti sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 10:28 PM | Show all posts

Kisah Jiran 1: Pakcik M (sambungan)

Waktu umur aku lima tahun, kawasan rumah atas bukit tu ada tanah runtuh. Jadi Felda arah rumah-rumah yg terjejas untuk pindah kawasan lain. Rumah family aku dgn dua lagi jiran yg sebelah kanan dapat rumah betul-betul kat centre of our Felda. Kiranya kalau nak ke Tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, klinik, Dmart... jalan kaki je pasal dekat. Ouh, masjid pun dekat. Ya, sekolah agama sekali. Dekat jugak.

Berbalik kpd bekas jiran aku, Pakcik M. Dia dgn dua rumah yg lain dpt kawasan jauh dari  rumah yg kat centre of Felda ni. Tapi itu tak penting la. Yang aku nak share ni, Pakcik M pernah menggemparkan Felda aku. Oh, lupa nak bagitau. Pakcik M ni dah arwah. Bukan nak aibkan dia, kita sama-sama ambil iktibar. Moga-moga kita terjauh drpd godaan ilmu2 yg dilarang dlm Islam.

Pakcik M ni meninggal dunia pasal eksiden jalanraya. Kisahnya macam ni, dia tengah pandu kereta Hilux ke apa. Tiba-tiba ada babi hutan lalu kat depan. Pakcik M ni nak elak, alih-alih kereta tu terbabas dan terbalik. Pakcik M merangkak keluar dari kereta. Time tu dia kat atas jalan raya. Tau-tau je ada satu lori sawit ni, lalu jalan yang sama.

Dari jauh, dia tak perasan lagi ada Hilux terbabas. Bila nak dekat tu, baru dia perasan. Tapi yg paling menyedihkan, dia langsung tak nampak Pakcik M yg merangkak keluar di atas jalan. Dan-dan je lori tu lenyek Pakcik M. Huh, sadis! Pemandu lori tu orang Felda jugak. Cepat-cepat di parking tepi jalan, nak cek Hilux tu. Bila dia turun, barulah dia nampak yg dia dah terlenyek Pakcik M. Tak lama pastu, barulah ada beberapa kerete lain yg lalu di situ. Bantu itu ini.

Keluarga Pakcik M ni sedih sangat-sangat. Lebih-lebih lagi bini kedua dia yg tengah sarat mengandung. So, ni yg terjadi malam lepas pengebumian Pakcik M. Ada penduduk kampung nampak kubur Pakcik M ni berasap. Ntah la betul ke tak, tapi heboh satu kampung. Sebab jarang-jarang berlaku mcm ni.

Pastu bini muda Pakcik M ni pulak, dia nak masuk bilik tidur. Waktu nak tutup jendela rumah, dia nampak Pakcik M ni berdiri di lama rumah dorang. Siap darah masih basah segar di kain kafan dia. Pakcik M renung bini muda dia, mcm sayu je. Tapi dia dah tak terikat mcm pocong tu. Bini dia apalagi, menjerit sampai pengsan. Keluarga yg ada time tu semua terkejut. Bila sedar, bini muda pun cerita apa yg dia nampak. Seisi keluarga diorang time tu perasan jugak, ada bau hamis darah sekitar rumah.

Malam tu jugak, keluarga Pakcik M yg lelaki dtg beramai-ramai kat kuburan. Di kuburan, diorang nampak Pakcik M ni tengah duduk atas kubur dia sambil mengogoi menangis. Kain dia pun masih bertanah-tanah lagi. Family dia pujuk dia supaya masuk balik dlm kubur. Tapi sebenarnya itu bukan Pakcik M. Tu belaan dia. Ntah apa yg family Pakcik M tu diskus, lama-lama Pakcik M setuju utk masuk balik dlm kubur. Pastu, dah takde dah cerita pasal Pakcik M bangkit lawat bini muda dia.

Itu kisah Pakcik M. Pasni nak cter pasal Pakcik R pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 10:56 PM | Show all posts

Kisah Jiran 2: Pakcik R

Ni jiran time rumah aku kat center of Felda. Huahuahua... panjang je aku bubuh nama area rumah aku tu. Ni pasal Pakcik R. Dia duduk selang beberapa rumah dari belakang rumah aku. Belakang rumah aku tu ada semak-semak kecil. Lepas semak-semak tu, barulah ada rumah-rumah lain.

Pakcik R ni, kecik-kecik je orang nya. Dia pun dah arwah. Al-fatihah untuk Pakcik R. Orangnya pun baik. Dia selalu singgah rumah nak simpan barang yg dia belik kat kedai D’mart. Barang-barang tu dia selalu letak di beranda rumah. Anak-anak dia pun masih kecil. Yang paling tua time tu tua setahun dari aku.

Setahu aku, Pakcik R ni tak pernah buat masalah dengan orang. Yelah, dia ni mcm pendiam. Tapi tak lokek senyuman. Namun senyuman dia ni lah yg buat anak-anak muda suka sakat/buli Pakcik R. Pakcik R ni pulak, kena ejek ke, maki ke, dia sengih je. Yang paling rajin buli dia, pekerja-pekerja di kedai D’mart tu. Pasal Pakcik R ni kena buli oleh budak-budak D’mart ni, takde orang yg tahu. Sampailah Pakcik R meninggal dunia, baru orang tahu yg waktu hayatnya penuh dgn pembulian budak-budak D’mart.

Kisahnya mcm ni. Pakcik R pergi ke D’mart mcm biasa. Kat Felda aku, semua peneroka boleh ambil barang kat D’mart, nanti potong kat gaji. Selalunya kalau dia balik dari D’mart, rumah aku jadi persinggahan letak barang2 yg dia beli buat sementara. Sebab dia nak cepat2 ambil barang dia kat D’mart tu. Pakcik R takde motor. Jalan kaki je. Rumah family aku kiranya checkpoint la. Nanti dah kumpul semua barang kat rumah aku, barulah dia angkat satu persatu barang balik rumah dia.

Mula2 family aku tak faham jugak kenapa dia kena buat mcm tu. Macam menyusahkan diri sendiri nak buat byk kerja. Boleh je dia angkat direct terus balik rumah, nanti patah balik ke D’’mart utk ambil barang yg dah dimasuk dlm buku hutang. Lepas dia ‘takde’, baru kami faham yg dia taknak tinggalkan barang dia lama2 kat D’mart sebab budak2 situ pernah ambil barang yg dia tinggalkan sementara dia angkut barang lain ke rumah. Kesian kan? Bila dia patah balik nak ambil barang seterusnya, aik? Dah berkurang!

Balik kpd cerita asal. Suatu hari ni, Pakcik R balik dari D’mart tanpa beli apa2 pun. Balik dgn tangan kosong. Dia lalu tepi rumah family aku, muka pucat lesu mcm sakit. Dia menggigil-gigil mcm org yg baru kena sawan. Bila ayah aku sapa, dia jalan laju je mcm nak cepat sampai rumah dia. Tak lama lepas tu, dengar berita yg Pakcik R meninggal dunia. Mulut dia keluar buih-buih putih dgn mata terbelalak.

Nanti aku sambung pasal punca kematian Pakcik R. Tapi sedih la part dia meninggal ni. Paling sedih kat anak-anak dia. Budak lain pergi sekolah, ada sorang anak dia yg perempuan muda setahun dari aku, selalu nangis depan rumah aku panggil-panggil Pakcik R. Nanti abang dia akan datang bawak dia ke sekolah. Setiap hari mcm tu, masa awal-awal kematian ayah dia. Mak ayah aku pun sebak tengok anak Pakcik R mcm tu.

p/s: Jap aku taip sambungannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:47 PM | Show all posts
Kisah Jiran 2: Pakcik R (sambungan)

Tak tak mcm mana Pakcik R meninggal dunia. Of kos la korang tak tahu. Sebenarnya Pakcik R kena racun dgn budak2 Dmart tu. Hah, mcm mana benda ni boleh terbongkar? Pasal lepas je Pakcik R dikebumikan, dia ‘bangkit’ balik jenguk budak2 Dmart tu.

Malam selepas Pakcik R meninggal, bini dia mandi mcm biasa. Mungkin sedih punya pasal, dia lupa nak bawak tuala. Dari bilik air, dia panggil anak dia bagi tuala. Dan-dan je tak lama lepas tu ada tangan hulur tuala. Tangan tu kenal sangat, tangan Pakcik R. Bila bini dia tengok di balik pintu, sah Pakcik R yg hulurkan tuala tu. Bini dia apalagi, menjeritlah.

Cerita tak habis di situ. Kat D’mart ni, bila malam je D’mart akan jadi tempat lepak budak-budak Felda. Sebab ada satu kediaman khas utk pekerja D’mart. Kediaman tu bersambung dgn kedai D’mart. Budak-budak bujang je duduk di kediaman tu. Tengah budak-budak nakal tu layan gitar dlm rumah, tiba2 dengar bunyi orang lempar sesuatu kat dinding luar rumah diorang. Banyak kali pulak tu.

Budak-budak Dmart ni bengang la kan. Ni mesti musuh dari geng lain. Diorang kuar ramai2 nak tengok siapa yg main lempar-lempa kat dinding luar. Bila check, kat dinding tu penuh dgn tanah yg kena lempar. Tanah kubur la tu kot. Bila diorang toleng sekeliling, cun-cun je ada satu tanah dilempar ke arah diorang. Tau-tau, Pakcik R tengah tercegat tak jauh dari diorang dgn muka berlumpur, marah sangat wajahnya. Budak-budak ni apalagi, semua amek motor pecut balik rumah parents masing2. Alah, dorang ni semua anak orang Felda di situ jugak.

Ada sorang pakcik ni, Pakcik Karim, nama real. Dia ni relative dgn Pakcik R. Dia nampak Pakcik R tercegat di D’mart (D’mart tu tak jauh dari rumah aku). Pakcik Karimpun tegur, “Kau buat apa di sini? Sudah, balik kau di tempat asalmu!” Pastu Pakcik R jawab, “Aku akan balik rumahku. Kau lihat saja, aku akan ada si sana.”

Lepas tu Pakcik Karim pecut motor pergi rumah Pakcik R. Memang betul, bila Pakcik Karim sampai, Pakcik R dah terpacak menanti Pakcik Karim di depan rumah. Jiran-jiran tetangga semua menyaksikan Pakcik R berdiri depan rumah. Kebetulan ayah aku ada di rumah salah seorang jiran tetangga situ. Ayah aku nampak je, terus ayah balik rumah. Suruh tutup semua pintu dengan jendela rapat2. Bila ditanya kenapa, ayah aku jawab: “Si R@n## jadi HANTU BANGKIT!!!”

Aku adik-beradik apalagi, menjerit berebut nak berhimpit dgn mak ayah. Semua ketakutan. Serius. Tu first time nampak ayah aku mcm ketakutan. Ye lah, dah nampak depan mata orang mati hidup semula. Mestilah ayah aku takut. Ayah aku cakap, ramai jugak yg bertempiaran lari bila nampak arwah Pakcik R depan rumahnya.

Bila ada sanak-saudara Pakcik R nak tangkap dia, dia boleh ghaib pastu muncul tempat lain. Ditanya, kenapa dia buat mcm ni (bangkit semula)? Pakcik R cakap dia nak bagi pengajaran kpd budak-budak yg racun dia. Nah, skrg dah tau! Pakcik R mati sebab kena racun!!! Ntah apa yg dibuat oleh keluarga Pakcik R, Pakcik R hilang lepas tu.

Esoknya gempar satu kampung pasal hantu bangkit Pakcik R. Budak-budak D’mart ni bila dengar yg Pakcik R nak balas dendam kat diorang, sorang-sorang bawak diri ke bandar Tawau. Time ni takde orang tau yg diorang la yg meracun Pakcik R. Benda ni terbongkar pasal ada salah sorang dari budak2 Dmart ni, dia tak tau nak lari ke mana. Lagi pun dia rasa bersalah yg teramat. Dia bagitau parents dia apa yg berlaku sebenar-benarnya.

Pada hari kejadian, budak2 Dmart ni dah agak Pakcik R akan datang. So diorang buat air teh ke apa, yg sudah dibubuh racun (lebih kurang mcm tu la, aku ingat2 lupa). Racun tu mcm utk bunuh lipas ke tikus, aku tak ingat. Diorang plan nak bagi sakit perut je, nak tengok Pakcik R tercirit-cirit kalau balik. So bila Pakcik R datang seperti yg diorang jangkakan, diorang pelawa la Pakcik R minum. Pakcik R ni mcm tak suspek apa2. Dia pun mcm hepi, sebab sblm ni kalau dtg Dmart mesti kena sakat. Kali ni lain pulak, dilayan mcm tetamu istimewa.

Bila Pakcik R teguk air teh tu, dia tanya apsal rasanya pelik? Diorang jawab, ni teh mahal. Orang miskin mcm Pakcik R susah nak beli. Pakcik R pun percaya bulat-bulat, dia minum sampai habis. Pastu diorang tambah lagi, Pakcik R minum sampai kering. Dia kan penat, kerja kait kelapa sawit. Lepas dia minum entah ke berapa kali, dia start sakit perut. Muka dia dah pucat, dan badan sejuk semacam. Menggigil-gigil tubuh dia. Budak-budak ni gelakkan Pakcik R bila Pakcik R bergegas balik rumah tanpa sempat beli apa-apa. Diorang tak tau yg sebaik sampai rumah, Pakcik R meninggal dunia. Nak dekat Maghrib mcm tu baru diorang dengar berita kematian Pakcik R.

Parents budak yg buat pengakuan tu apalagi, diorang heret anak diorang suruh minta maaf dgn keluarga Pakcik R. Lepas tu aku tak tau apa yg jadi dekat budak tu. Yang aku tau, takde sorang pun yg kena tangkap polis. Pelik kan? Tapi semua orang dah cop lah budak2 Dmart ni pembuli dan pembunuh. Mungkin pasal malu, almost semua cari kerja luar Felda.

Yang Pakcik R pulak, aku tak sure mcm mana dia slps budak tu minta maaf kat family arwah. Tapi yang aku pasti, keluarga Pakcik R dari Kota Belud datang Felda aku. Diorang mcm berkawal di kubur Pakcik R (kubur dia berlubang). Beberapa malam diorang buat baca-baca mcm tu. Dah lama-lama, penduduk Felda aku pun rasa tenteram semula.  Ramai yg simpati kat family Pakcik R. Rupa-rupanya selama ni arwah kena buli, arwah tak bagitau sesiapa pun. Alfatihah buat Pakcik R. Semoga aman di sana.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 08:02 AM | Show all posts
sedihhnya baca kisah keluarga pakcik R
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 12:15 PM | Show all posts
manja377 posted on 9-5-2014 08:02 AM
sedihhnya baca kisah keluarga pakcik R

Walaupun family aku x rapat dgn family Pakcik R, tapi memang terasa sedih lepas arwah takde. Pembuli2 ni pun, mcm takde hati perasaan je. Orang tua pun diorang nak buli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 04:44 PM | Show all posts
check in! erkk seram nye bc cte ko tau best!!lagi lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Peh..Sampai meninggal orang dibulinya.

Alfatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 05:21 PM | Show all posts
lolali posted on 9-5-2014 04:44 PM
check in! erkk seram nye bc cte ko tau best!!lagi lagi

terima kasih lolali sudah berkunjung. nti sambung... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 05:23 PM | Show all posts
lantodak posted on 9-5-2014 04:48 PM
Peh..Sampai meninggal orang dibulinya.

Alfatihah

yg last tu dorang tak sangka plak Pakcik R@nd# meninggal dunia. dorang ingat racun tu buat sakit perut je. alih2 Pakcik R meninggal, mulut berbuih. membuli tak beragak budak2 tu.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 9-5-2014 05:23 PM
yg last tu dorang tak sangka plak Pakcik R@nd# meninggal dunia. dorang ingat racun tu buat sakit p ...

Kesian family dia. Dah nasib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074395 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list