CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13684|Reply: 78

[Jenayah] Papagomo berebut anak dengan bekas isteri (Video)

[Copy link]
Post time 1-10-2013 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Mod, klu dah ada sila katup yer..... mekasih


Selesailah cara adil
Kuala Lumpur: “Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30,  yang juga seorang blogger terkenal.

Katanya, tindakan bekas suaminya  melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.

   Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.

   Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya  mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.

   “Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak  masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya  benarkan mereka berjumpa   ayah mereka.

   “Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak  lebih daripada waktu  dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu   kali terakhir saya  melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu.    Menurut Bellina, selepas seminggu, dia  pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah   tidak jauh dari pejabat itu.


  “Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak  dan isteri barunya  di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya.

  “Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya.


  “Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia   buat begini pula,” katanya.

  Berikutan itu,  Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan  kedua-dua anaknya.

  “Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu  dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun.

  “Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti  dikatakan. Hanya Tuhan   tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.

  “Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak  dengan cara baik  dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu
.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 10:11 AM | Show all posts
ini reply dari Papagomo....

Tak pernah jentik telinga

Kuala Lumpur: “Kalau awak mahukan keadilan, begitu juga saya. Saya akan perjuangkan habis-habisan demi akidah anak,” kata Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30.
  Menurut Azri, selepas bercerai September tahun lalu hingga Januari, dia berpeluang bertemu  anaknya tujuh kali saja.

  “Bayangkan macam mana perasaan saya apabila dia (bekas isteri) tidak membenarkan saya bertemu dengan Sandran dan Lily. Dia pergi mahkamah minta surat perintah tidak membenarkan saya mendekati rumah dengan alasan saya menggunakan keganasan rumah tangga.

  “Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah menjentik telinga dia.    “Dia selalu menggunakan perkataan ‘pinjam anak’ setiap kali saya ambil anak, seolah-olah saya tidak ada hak ke atas mereka,” katanya kesal.

  Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya mengambil semula kedua-dua anaknya yang masih kecil.

  Katanya, pengalaman enam tahun menjadi sebahagian ahli keluarga kepada keluarga bekas isterinya itu banyak mendedahkannya kepada gaya hidup yang tidak sepatutnya diterap kepada anak kecil.
  “Saya sayang   saya dan mahukan yang terbaik buat mereka. Saya sudah banyak bertolak-ansur, tetapi dia menuduh saya macam-macam,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01
takyah nak gebang mcm ko tuh baik sgt lar...... ko pon hidup ngan makan hasil fitnah orang lagi nak cerita macam ko tuh soci murni....


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:24 AM | Show all posts
Umur papagomo baru 30 kerrr aku ingat dah lewat 40an
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:29 AM | Show all posts
selalunye kalo bercerai anak2 kecik akan jatuh kat mak kan...lgpun si papagomo nie kan dah ada wife baru..buat jer la anak gan wife baru..ye ye jer wife baru dia leh jg anak dia mcm x wife yg ibu kandung jg anak...kang tak psl2 budak kecik jd mangsa dera akibat ke angkuhan bapak nak sangat kat anak kecik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:30 AM | Show all posts
lahai baru 30 ke mamat tu
aku ingat dah mid 40s



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:32 AM | Show all posts
cerita pasal keluarga mcm dia tu suci sesangat,baik je.......mcm innocent je....bila tang mengata,mengutuk orang lain bukan main hebat lagi...cabar mencabar,carut sana sini........what goes around comes around.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2013 10:33 AM | Show all posts
roti_planta posted on 1-10-2013 10:11 AM
ini reply dari Papagomo....

Tak pernah jentik telinga
Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya mengambil semula kedua-dua anaknya yang masih kecil.


papagomo ni wat lawak ke ape?..dia tu alim bebeno ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Perangai dia yg teruk. Yg ni btl dayus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 11:27 AM | Show all posts
nih bini baru dia.... tersenyum girang di majlis abang sepol...



hat nih bini lama dia ngan anak sulung...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:32 AM | Show all posts
Bila seorang "JANTAN" mencederakan seorng "PEREMPUAN" secara fizikal, mmg sah la "JANTAN" tu "DAYUS". Ingat "PEREMPUAN" tu punching bag ka? hampes
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:42 AM | Show all posts
inilah problem bila dosa bapak tu dirasakan bahangnya oleh keluarganya.

takder ke loyar2 dari barua,,,eh i mean camp umno nak tolong papagomo nih? dia dok kta org tuh gay org tuh zina, TGNA berzina kat Mekah, dia lupa famili dia berterabur.kat dunia nih Allah dah tunjuk. akhirat esok, tak tau la mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:45 AM | Show all posts

kesian aku dgr anak2 tu menangis
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:54 AM | Show all posts
Eric.n9 posted on 1-10-2013 11:32 AM
Bila seorang "JANTAN" mencederakan seorng "PEREMPUAN" secara fizikal, mmg sah la "JANTAN" tu "DAYUS" ...

die relakan isteri dia tak tutup aurat pun dah dikira dayus
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:54 AM | Show all posts
poyohabis posted on 1-10-2013 10:29 AM
selalunye kalo bercerai anak2 kecik akan jatuh kat mak kan...lgpun si papagomo nie kan dah ada wife  ...

Idak jugak...................

Kena tengok keadaan laaa
Tapi yg lebey arif bab bab nie, hangpa kena laa tanya PitMie.


Salam
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:57 AM | Show all posts
xkesian kt anak ke..sebak plak dgr ank dia nangis2...burukkn bini...mcm ko tu baik sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:59 AM | Show all posts
Sebok berpolitik, sllu cmni la kesudahannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 12:04 PM | Show all posts
Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya mengambil semula kedua-dua anaknya yang masih kecil.

  Katanya, pengalaman enam tahun menjadi sebahagian ahli keluarga kepada keluarga bekas isterinya itu banyak mendedahkannya kepada gaya hidup yang tidak sepatutnya diterap kepada anak kecil.





teringat gambo dia selamba badak minum air kencing seytan dalam pub
tak sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:05 PM | Show all posts
sp ke yg pecaya mamat ni aritu??
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:15 PM | Show all posts
Org yg sanggup buat kejer mcm dia ni tak heran idup bermasalah cenggini....takkan bahagia kalau kejer memfitnah org je sbb ntah2 bini sendiri pun kena pitenah...ye lah dah kaki fitnah tahap kebangsaan punya orang...


Kalau hidup diisi dgn aktiviti2 yg membahagiakan org lain, insyaALLAH rumahtangga sendiri pun akan bahagia kerana berkat & rahmat dari ALLAH.....tp kalau dah nama pun PapaGomo, hidup porak-peranda bertantakan mcm ni tak heran sbb maybe ini akibat & kesan dari perbuatan dia yg ALLAH nak tunjuk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:17 PM | Show all posts
xAthenax posted on 1-10-2013 12:04 PM
Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya  ...

Hehe....cara dia paham Islam lain dari org......sbb maybe bg dia, memfitnah adalah 'way of life' dlm Islam....yg kononnya titikberat soal agama Islam tu...



Bab dia teguk air harommm tu, tu rasanya air sparkling kowt......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.815746 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list