CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7253|Reply: 4

[Edisi Kejuruteraan] Evolusi Ke arah Keretapi Kelajuan Tinggi Malaysia

[Copy link]
Post time 2-10-2013 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Baru-bari ini kerajaan menyatakan bahawa Projek Keretapi Laju (HSR) antara Singapura dan Kuala Kuala akan tetap diteruskan walaupun kerajaan telah mengumumkan penjadualan semula beberapa projek mega negara dalam usaha mengurangkan defisit fiskal. Projek berkenaan dijadualkan siap menjelang tahun 2020.

Dengan ini sah Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang bakal memiliki keretapi laju yang berkongsi rel dan kepakaran dengan Singapura. Ia merupakan satu evolusi dalam sistem pengangkutan rel negara. Sesungguhnya kita telahpun memiliki hampir kesemua bentuk pengangkutan rel yang digunakan di negara maju.

Yang pasti, sedang rancak dilakukan pembinaannya ialah sambungan laluan LRT dari Kelana Jaya – Putra Heights dan Bukit Jalil – Putra Heights. Di samping projek mega pembinaan MRT dari Sungai Buluh ke Kajang bagi fasa laluan pertama. Manakala fasa laluan kedua baru saja diumumkan iaitu Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya. Laluan ketiga pula dikatakan ialah Sungai Buluh-Selayang-Pandan. Secara tidak langsung ia akan menaikkan nilai hartanah di sekitar laluan tersebut terutamanya di Sungai Buluh yang menjadi hub perkhidmatan rel utama negara.



Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai evolusi pengangkutan rel negara sehingga ke tahap keretapi kelajuan tinggi, eloklah kita melihat sejarah pengangkutan rel dan evolusinya di Eropah di mana ianya bermula.


Pengangkutan rel sebenarnya sudah ujud sejak zaman  Rom kira-kira 600 SM lagi.  Tetapi tidak terdapat catitan lengkap mengenainya. Namun evolusi pengangkutan rel di zaman sivilisasi bermula di Jerman dalam  tahun 1550, sezaman dengan penubuhan kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu rel yang agak primitif menggunakan kayu-kayu dengan kenderaan yang ditarik oleh kuda.  Penciptaan ini dinamakan “wagonways”, dan merupakan permulaan bagi rel moden yang kita lihat hari ini.


Dalam tahun 1776, besi telah digunakan bagi menggantika kayu untuk dijadikan rel. Setelah itu penggunaan rel besi telah berkembang dengan pesat di seluruh Eropah. Kuasa penarikan masih menggunakan kuda. Seorang pereka Inggeris akhir nya berjaya mencipta sistem roda yang boleh mencengkam rel yang menjadi asas kepada penggunaan lokomotif dalam tahun 1789.

Penciptaan enjin stim atau enjin wap merupakan titik permulaan yang krtikal dalam pembinaan rel dan keretapi di zaman moden ini. Ini berlaku di tahun 1803, apabila seorang lelaki bernama Samuel Homfray membiayai pembangunan kenderaan yang digerakkan dengan kuasa wap bagi menggantikan kuda. Bahan bakar bagi memanaskan air dalam tubine adalah menggunakan arang batu.



Enjin wap pertama untuk lokomotif dibina oleh Richard Trevithick. Dalam tahun 1804, lokomotif ciptaannya berjaya menarik bebanan 10 tan yang diisi dengan bijih besi, 70 orang penumpang serta 5  gerabak yang berjalan sejauh 9 batu di kawasan perlombongan arang batu di Wales, England.  Namun percubaan ini menggunakan rel yang menggunakan besi tuang cuma bertahan untuk tiga kali laluan sahaja dan seterusnya tidak digunakan lagi.



Melihatkan kepada lokomotif Richard Trevithick,  telah mengilhamkan George Stephenson untuk membina lokomotif yang digerakkan dengan kuasa wap serta penggunaan rel serta roda yang menggunakan gegandar. Ia adalah penciptaan yang mendahului zamannya serta dianggap sebagai bapa lokomotif moden.


Penggunaan lokomotif kuasa enjin diesel adalah evolusi seterusnya dengan

penggantian enjin wap kepada gerabak-gerabak sediaada. Selepas Perang Dunia Kedua, penggunaannya semakin meluas sehinggalah ke hari ini.


Dengan terciptanya lokomotif kuasa letrik yang mana bekalan letrik disalurkan melalui “overhead pickup” ataupun penggunaan rel ketiga di sisi atau bawah gerabak telah merubah kepada semua bentuk penciptaan keretapi masa kini samada yang berbentuk Komuter, LRT, monorel, ERL atau MRT.

Walaupun telah diperkenalkan hybrid lokomotif dan stim-diesel hybrid lokomotif tetapi ianya tidak memberi impak kepada evolusi penciptaan keretapi. Begitu juga gas-turbine lokomotif yang mana kepala lokomotif diisi dengan gas dan disalurkan ke generator yang menghasilkan letrik. Kemudiannya letrik akan menggerakkan enjin keretapi. Namun setelah krisis bahan api memuncak  sekitar tahun 1970an maka ianya tidak lagi digunakan.

Kini bebanyakan keretapi laju di dunia masih menggunakan kuasa letrik bagi menggerakkan enjin. Berbeza dengan keretapi biasa, keretapi laju biasanya dicipta dalam bentuk aerodinamik bagi mengurangkan geseran angin. Disamping penggunaan bahan bakar serta enjin yang direkebentuk khas bagi mencapai kelajuan maksima.

Namun begitu, apakah penciptaan sistem rel dan keretapi laju di masa akan datang ? Kini telah terdapat beberapa prototaip keretapi yang dalam percubaan. Malah beberapa negara seperti England, Kanada, Jerman dan Jepun telahpun membuat peruntukan besar untuk membina keretapi masa depan yang dikenali sebagai teknologi maglev.


Untuk pembacaan seterusnya, sila ke :


http://hisemudinkasim.blogspot.c ... etapi-kelajuan.html




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 08:13 PM | Show all posts
sorry tak nampak kesan kebaikan untuk malaysia unless bg kelebihan pada singaporean..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:50 PM | Show all posts
diharap berlaku rampasan kuasa yang sekaligus akan membatalkan projek bullet train sampai singapore
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:41 AM | Show all posts

Comments

pnjg plak ceritanya haha  Post time 14-10-2013 11:48 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:06 AM | Show all posts
ak setuju kalau betul2 laju dan selamat & selesa dari PLUS
antara teknologi keretapi laju meglev
http://en.wikipedia.org/wiki/Maglev
tapi modal utk rail adalah sgt mahal.

ak ada dgr ideal baru dari Elon musk nak pakai teori Hyper loop yg dikatakan lebih murah dan selamat.
http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperloop

ak setuju dgn link yg dishare oleh Bluezink
dah kaji ke belum tuk pakai duit rakyat nih.
kajian maksud ak dari penduduk malaysia yg semakin bertambah dan operasi.
atau mungkin teknologi baru (Hyper loop, meglev atau mungkin yg lain2) ape guna Malaysia ada Universiti kejuruteraan yg banyak kalau hanya menambahkan hutang PTPTN.

mereka yg kata hanya utk menguntungkan Singapore ini mungkin tidak tepat.
Ini bagus utk logistik.
Takkan hanya nak buat hentian di Singapore, KL, dan Penang je kot baik ak naik flight je.

Dari udang di sebalik mee tu bergantung pada hati.
bak kata raja haji ali
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.410987 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list