CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6015|Reply: 46

[Tempatan] Wanita maut jatuh bangunan

[Copy link]
Post time 3-10-2013 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Anggota forensik sedang menjalankan siasatan ke atas mayat mangsa.

PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui maut dalam keadaan separuh bogel selepas dipercayai terjatuh dari salah sebuah rumah di Casa Suites Service Apartment, Tropicana City, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.23 pagi itu, wanita berkenaan yang dipercayai warga tempatan ditemui mati dalam keadaan hanya berbaju dalam.

Menurut salah seorang penyelia penyelenggaraan blok tersebut, Zulkifli Yahya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh salah seorang pengawal keselamatan di situ kira-kira jam 5.15 pagi.

“Salah seorang pekerja di kedai serbaneka berdekatan memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pengawal keselamatan dan pihak berkenaan merujuk kepada saya,” katanya.

Menurut Zulkifli, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Katanya, pihak polis mengambil masa 10 minit untuk sampai ke lokasi kejadian dan setakat ini identiti wanita berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.

“Kami mengalami kesukaran untuk membuat pengecaman kerana mangsa cedera parah di bahagian kepala. Muka mangsa pecah, malah serpihan gigi dan otaknya ditemui bersepai di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Zulkifli berkata, polis masih menyiasat rumah dari aras mana yang menjadi lokasi terakhir mangsa sebelum ditemui mati memandangkan tiada saksi kejadian.

"Rakaman CCTV di bahagian bawah bangunan juga tidak dapat menunjukkan dari aras mana wanita terbabit terjatuh. Polis masih menyiasat malah anjing pengesan turut digunakan," katanya.

Dalam pada itu, dia memaklumkan, ada penduduk terdengar bunyi orang bertengkar sebelum kejadian berlaku namun tidak dapat dipastikan dari aras mana.

Tambahnya, polis juga turut tidak menemui sebarang dokumen memandangkan mangsa ditemui mati dalam keadaan sedemikian.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan ini sepanjang lima tahun saya berkhidmat sebagai penyelia dan ia sangat mengejutkan,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian dan siasatan terperinci sedang dilakukan.


SUMBER= SINAR HARIAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mentangla pempuan half naked mati punyala ramai officer  forensik lelaki yg dtg on scene.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
PPUM= pusat perubatan universiti malaysia??
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:42 AM | Show all posts
shonen posted on 3-10-2013 10:39 AM
PPUM= pusat perubatan universiti malaysia??

nama baru kot..biasa la reporter mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:44 AM | Show all posts
mengerikan...
kesian nyer..mcam mana boleh terjatuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:44 AM | Show all posts
rospinki posted on 3-10-2013 08:37 AM
mentangla pempuan half naked mati punyala ramai officer  forensik lelaki yg dtg on scene.

hehe puaslah dok jelajah setiap inci bdn ek...
ye ke tergelincir ...mn tau kena tolak ka...x pon mmg bunuh diri..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 10:45 AM | Show all posts
kene tolak ke??isk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
asher posted on 3-10-2013 10:42 AM
nama baru kot..biasa la reporter mesia..

Reporter ramai cerdik2 skrg ni...mcm reporter sinar yg buat laporan rakyat tganu dapt  bur1t..he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 10:45 AM | Show all posts
haishh musim terjun bangunan plak dah~   R.I.P
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:45 AM | Show all posts
giler babee.. ada member aku baru je beli umah sub sale situ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 3-10-2013 10:44 AM
hehe puaslah dok jelajah setiap inci bdn ek...
ye ke tergelincir ...mn tau kena tolak ka...x pon  ...


Itula..yg sorg tu amik gmbr siap fokus zooming part apakah agaknya.

Tk kena tolak merajuk kot sebab tak puass...hii2
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:51 AM | Show all posts
serpihan gigi dan otaknya ditemui bersepai...Ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:53 AM | Show all posts
bukan dekat building @dino  keja ka??? bukan selalu org terjun dekat situ ka???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:56 AM | Show all posts

lepas ni tropicana city mall pulak berhantu......
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:53 AM | Show all posts
Asik nak jatuh bangunan je semua orang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:56 AM | Show all posts
skng ni mmg msim mati trjun bgunan ea...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
noell posted on 3-10-2013 10:53 AM
bukan dekat building @dino  keja ka??? bukan selalu org terjun dekat situ ka???

Saka @dino kuat mengacau ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:28 PM | Show all posts
Bunuh diri ke... atau terjun kena serbu dgn penguatkuasa....????
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:50 PM | Show all posts
rospinki posted on 3-10-2013 10:37 AM
mentangla pempuan half naked mati punyala ramai officer  forensik lelaki yg dtg on scene.

biasalah tuh.. sambile kijer.. sambil cuci mater
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:51 PM | Show all posts
pasal apa ?ndak lari dr human traffiking ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.561136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list