CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5619|Reply: 28

Iqram Dinzly : Masa untuk berubah

 Close [Copy link]
Post time 3-10-2013 01:32 PM | Show all posts |Read mode
SEMPENA menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32, pelakon, model dan pengacara, Iqram Dinzly atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, berazam melakukan perubahan pada diri khasnya dari sudut lakonan.
       
        Walaupun sudah berada dalam kelasnya sendiri, namun pelakon Dunia Baru dan Cinta Medik ini nekad menggilap lagi mutu lakonan agar sebaris bintang handalan seperti Eman Manan, Rosyam Nor dan Faizal Hussien.
       
        “Sempena hari kelahiran, banyak perubahan yang mahu dilakukan, terutama yang melibatkan lakonan saya.
       
        “Saya kosong dari segi pengisian. Namun, saya dapat satu kesedaran dan saya melihat dengan permulaan ini ia merupakan satu langkah kematangan saya," katanya.


       
        Menurut Iqram, dia kini tidak mahu lagi terikat dengan watak kebiasaan dengan meneliti setiap tawaran lakonan yang mampu memberikan kepuasan untuknya. Dulu saya agak takut untuk menerima watak-watak antagonis, namun, sejak genap usia 32 tahun ini, saya sudah bersedia mencabar diri untuk menerima watak antagonis.
       
        “Watak sedemikian akan menjadikan saya sebagai seorang artis yang versatil,” ujarnya yang sudah tujuh tahun bergiat dalam bidang lakonan.
       
        Menurut Iqram, dia kini sedang menghayati naskhah terbaik dan bakal muncul melalui drama terbaru yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
       
        “Sekarang, saya sedang dalam ‘mood’ menghayati watak dari naskhah yang diberi. Tunggu sahaja apa yang bakal saya lakukan.Saya berharap peminat dapat menerima dan berpuas hati dengan hasil kerja keras saya.
       
        "Sudah tiba masanya pelakon senior seperti saya membawa karakter yang berbeza untuk kekal dalam dunia seni,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod iaitu ‘Lara Ameera’ arahan Nurhalim.
       
        Tunggu calon sesuai
       
        Mengulas mengenai hal percintaannya, Iqram mengakui sejak beberapa bulan lalu dia menyendiri dan menegaskan dia kini lebih berhati-hati dalam perkara itu.
       
        “Jika tanya saya dengan siapa saya berkawan, saya hanya dapat menjawab saya berkawan dengan ramai orang. Tapi belum ada yang dapat membuka pintu hati saya,” ujar pelakon yang pernah dikaitkan dengan Fouziah Gous ini.
         
        Katanya, sekiranya sudah bertemu calon yang sesuai, dia tidak menolak bahkan mahu terus mengahwini gadis yang berjaya menawan hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 01:46 PM | Show all posts
i x rase dier leh jadi sebaris cam Rosyam Nor, Faizal Husen..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:48 PM | Show all posts
ingtkn perubahan apelaa tadi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:00 PM | Show all posts
ingat dia dah pakai jubah plak...sebab aritu dia kata nak pakai serban sebagai pesyen tbaru dia...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:07 PM | Show all posts
aritu fesyen serban kan? masih patah lagi kah beliau?

neway, aku suke tgk JJCM time dia jd host, tapi beliau berlakon biasa2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:39 PM | Show all posts
Walaupun sudah berada dalam kelasnya sendiri, namun pelakon Dunia Baru dan Cinta Medik ini nekad menggilap lagi mutu lakonan agar sebaris bintang handalan seperti Eman Manan, Rosyam Nor dan Faizal Hussien.

kelas tersendiri???????? kelas amendenye? lakonan sendu, xde satu pun outstanding performance dr dia...

nama drama popular yg dia sebut pun  popular bkn sbb dia... dunia baru dah sah2 drama yg naikkan elyana, pierre andre etc,.... cinta medik dah sah2 drama bodoh yang ulang2 dikutuk2 oleh pemenat.

nak sebaris dgn eman . rosyam , faizal??? sangat jauh dibelakang... by 32 yrs old , eman, rosyam dan faizal dah melepasi era kegemilangan masing2 di dunia filem...masing2 dah jd superstar box office...kau apa ada iqram oi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 02:48 PM | Show all posts
takde la banyak mane pun dia berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:50 PM | Show all posts
betul ke Iqran ni dulu suka dot dot dot dengan anding , ada orang tenampak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 02:51 PM | Show all posts

dalam zaman ekonomi meleset ni ada baiknya nko amik iktibar kes nenek wan maimunah ikram ooiii
buat la bisnes ke apa selagi orang tgh kenal

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:51 PM | Show all posts
hmm...biasanya je kalo dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:07 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 3-10-2013 02:39 PM
kelas tersendiri???????? kelas amendenye? lakonan sendu, xde satu pun outstanding performance dr d ...

hasil kerja dia yg dpt byk review positif cuma sebagai host Jalan2 Cari Makan.
adalah jugak dr takde...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:24 PM | Show all posts
rupa ade..tp blakon sendu je mamat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:06 PM | Show all posts
loer...perubahan dalam bidang lakonan upenyer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:09 PM | Show all posts
rupa ade..kerjaya ade.populer pon ade. x susah pun nk cari jodoh..ke berubah sbb pojiah dah jd binik org
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:21 PM | Show all posts
jangan perubahan kat muka cucuk sana alter sini dah ler
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:31 PM | Show all posts
ai lagi suka pelakon mr arrogant tue.... lagik best... xder ler nmpk hadek2 gitu.... iqram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 07:11 PM | Show all posts
ingatkan perubahan apa ler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:03 PM | Show all posts
bikin gempak je
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:28 PM | Show all posts
Takpe iq, i still like u
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:56 PM | Show all posts
Mati2 aku ingat pasal perubahan apa. Bosannn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076849 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list