CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6151|Reply: 8

Kisah benar. Sumpahan gila.

[Copy link]
Post time 3-10-2013 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
          Cerita ni berlaku d kg datuk aku pula.. datuk aku dan nenek tinggal berasingan. Kisah ni berlaku sudah lama. Mungkin dlm 60 or 70an. Tp kesannya smpai skrg masih ada.
         Pada zaman tersebut cara untuk mendapatkan daging adalah dengan berburu. Nak beli daging tu mmg susah la. Biasa la org kampung kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg. Klu tak tanam padi tak dpt mkn nasi la jawabnya. Klu tak berburu tak dpt mkn daging juga jawapnya, dan semua yg sewaktu dengannya.
         Satu hari ada seorang lelaki (org kg datuk aku) pergi berburu. Tp bkn berburu menggunakan senapang (Zaman tu org2 kaya je yg ada benda senapang tu). Beliau(pemburu) memburu binatang dalam hutan dengan cara memasang jerat. Beliau ni pn masuk la ke dlm hutan rimba seorang diri. Jalan punya jalan(jauh kedalam hutan rimba), akhirnya beliau ni terjumpa air terjun yang cantik. Dan kebetulan ternampak seekor rusa sedang minum air d kawasan air terjun tersebut. Tanpa berlengah-lengah beliau pn terus memasang jerat. Setelah selesai memasang jerat beliau pn terus pulang ke rumah.
           Pada keesokkan harinya beliau pn pergi ke tempat beliau memasang jerat semalam. Alangkah senangnya hati beliau setelah melihat jeratnya mengena. Seekor rusa terkena jerat itu. Beliau pulang dgn senang hati.. sebelum pulang beliau sempat memasang jerat d kawasan tersebut juga. mungkin fikir beliau Mana la tahu mengena lagi jerat tersebut.
         Keesokkan harinya beliau pn pergi melihat jeratnya lg.. dan tekaan beliau memang benar. Seekor rusa lg mengena pada jerat beliau. Dan begitulah seterusnya. Tempat tersebut dijadikan tempat beliau mencari rezeki. Entah sudah berapa bnyk rusa beliau dpt dari tempat tersebut. Dan tmpt beliau mndapatkan daging tersebut dirahsiakan dari org lain. Takut persaingan berlaku kot.
          Satu hari seperti biasa sebelum balik beliau akan memasang jerat d kawasan tersebut juga. Keesokkan harinya beliau pn pergi ke kawasan air terjun tetsebut untuk melihat jeratnya. Alangkah terkejutnya beliau apa melihat jeratnya tidak mengena pada rusa. Tetapi mengena pada 1 tangan manusia (saiz tangan kanak2) satu je.. tangan tersebut putus. Tiada badan, kepala atau kaki pn. Beliau terkejut dan terus lari.
          Setibanya d rmh isteri beliau heran melihat suaminya tidak membawa hasil. Sebab tak pernah beliau balik dgn tangan kosong semenjak memasang jerat di kawasan yg diceritakan suaminya. Dan bertambah hairan melihat wajah suaminya yg kelihatan seperti terkejut dan takut serta pucat. Beliau pn menceritakan kepada isterinya apa yang berlaku pada jerat beliau.
         Pada malam tersebut beliau bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang kelihatan sangat marah. Lelaki tua tersebut sangat marah dan berkata "sudah banyak binatang aku ko ambil, kini anak aku pla ko ambil. Aku sumpah engkau 7 keturunan gila." Beliau terus terjaga dari tidur dan menceritakan mimpi tetsebut pada istetinya.
          Hari demi hari, perubahan berlaku pada beliau. Kadang2 Beliau bercakap sendiri, ketawa tanpa sebab, menangis tanpa sebab. Diikuti pula dengan anak2 beliau.. kecuali isterinya. Mereka kadang2 kelihatan tidak waras. Tapi tak la teruk sangat smpai berbogel, atau menganggu org. Mereka pandai berfikir tp kadang kala kelihatan kurang waras seperti bercakap sendiri, menangis dan kemudian ketawa. Ada juga anak beliau sdh berkahwin dan melahirkan anak. Cucu tersebut juga kurang waras (bukan cacat). Hingga la ke cicit dan smpai skrg keturunan beliau ada yg kurang waras. Tapi bukan la semua.. contohnya ada 10 orang cucu atau cicit 7 orang yg kurang waras. Smpai skrng ni keturunan itu masih ada yang kurang waras. Tak tahu dah brpa keturunan. Last edited by Myoreo on 4-10-2013 12:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya apedia...keno gapo??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
zulzaria posted on 4-10-2013 12:13 AM
Ya apedia...keno gapo??

Kena pada tangan manusia yang sudah putus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku silent reader slma ni dan ni merupakan tulisan kedua ku.. harap tunjuk ajar dari forumer semua..
Buah nangka d luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 01:54 AM | Show all posts
ni cerita betul ke atau cerita rekaan?

kalo ko nak mengasah bakat menulis pi la kat bod bakat penulisan tu. adoyai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g posted on 4-10-2013 01:54 AM
ni cerita betul ke atau cerita rekaan?

kalo ko nak mengasah bakat menulis pi la kat bod bakat pen ...

Menurut datuk aku cerita ni benar2 berlaku.. berlaku d kampung datuk aku. Sehingga hari ni keturunan keluarga tersebut masih ada yg "kureng".. klu tipu datuk aku. Maka tipulah aku.
Bukan nak mengasah bakat, sebelum ni ada kesilapan pada tulisan aku contohnya tak de perenggan. Penggunaan singkatan yg banyak. Setiap teguran akan aku ambil sebagai ingatan dan ajaran. Last edited by Myoreo on 4-10-2013 10:30 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2013 10:46 AM | Show all posts
kalo ada certa best..sila lah kongsi lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:07 PM | Show all posts

die xdibawa berubat ke?
mende yang sumpah tu pe benda? bunian ke..
TT ada jumpe ke dngn keturunan2 pkcik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 posted on 4-10-2013 09:07 PM
die xdibawa berubat ke?
mende yang sumpah tu pe benda? bunian ke..
TT ada jumpe ke dngn k ...

Penah Jumpa. cicit dia.. mmg gila2. Tp dia tak kacau org. Tp klu org kacau dia pndai marah. Dia ckp seorang2. Tak tau pula klu dorg pernah berubat atau tak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069293 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list