CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
 Author| Post time 4-10-2013 02:26 PM | Show all posts
zuraidah1 posted on 4-10-2013 10:48 AM
laki aku tenera selalu blk bw makanan ransum klu dia duty ... ade roti air mineral aku ler tukang ma ...

Perggghh... ada nasi goreng.. kiteorang takde la sampai tahap macam tu. paling tinggi punya quality pun A. yang lain B dan C.

Kalau masuk hutan kiteorang suka makan biskut anjing tu je.. sebab dia keras.. buat air teh susu panas, celup!! Rindu siott.. Kalau nak makan nasi dengan lauk sedap, kena pilih grade A la.. Tapi aku selalu dapat grade B and C je. Dapat ayam masak merah pun jadiii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 02:28 PM | Show all posts
ribenbiru posted on 4-10-2013 11:24 AM
syok lah baca... siap ade gamba2... best2.... sambung lagi tt... a'ah lah you nie boy or girl?...

Akak ribenbiru, i ni girl..

Saje ngengade tambah gambar, sebab tau ada jugak tak tau macam mane cara training kiteorang. tapi, konfirm2 jugak ramai dalam ni army and ex-army. So, untuk pengetahuan, saya share apa yang mampu dishare je la yee.. Ni pun saja bagi feeling lebihh... Sebab banyak jugak yang dalam gambar2 tu, kawan aku Si A tu, ada nampak something. Tapi aku tak tau la celah mane kan.. Dia je nampak. kahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:30 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 4-10-2013 11:43 AM
mau lagikkk....
skg ko dh pencen ke...

pencen tak pencen, pencen la kot.. Tapi masih dalam service lagi.. Just tak aktif, tak g training. Sebab sekarang pun study lagi. Busy takde masa. Plus malas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:31 PM | Show all posts
edoraixora posted on 4-10-2013 11:58 AM
adik ni gegerl la mama....
boleh tahan ati kering jugak die ni

edora, ko tau ea aku ni gegerl.. hahaha..
Siap tau aku ati kering lagi tu.. Kering tahap mane aku pun tak tau.. hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:32 PM | Show all posts
cektim posted on 4-10-2013 12:11 PM
masa dkat u dulu slalu dengaq budak2 palapes dok kawad pg2 time weekend
awai sunguh..org dok tidoq  ...

Itulah.. Orang tidur, awal pagi dah terpekik terlolong.. Kalau malam, orang tidur kiteorang still lagi terguling-guling.. kiri kanan kiri..  haha.. tapi best ape.. pengalamannn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 02:42 PM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 02:31 PM
edora, ko tau ea aku ni gegerl.. hahaha..
Siap tau aku ati kering lagi tu.. Kering tahap mane aku ...

mestilah tau....takkan la taktau pulak kan

xdelah, penah bace tred ko yg lelain dulu, so dh tau lah ko ni mek gegerl

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2013 02:50 PM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 12:31 PM
edora, ko tau ea aku ni gegerl.. hahaha..
Siap tau aku ati kering lagi tu.. Kering tahap mane aku ...

lorr gegirl ke...mati2 aku igtkn boboi....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:53 PM | Show all posts
Okay. Ni pulak kejadian yang berlaku kat peringkat intermediate. Dorang kena buat aktiviti Serang Hendap. (bayangkan askar nak pergi serang hendap musuh) tapi pergerakan dalam bentuk formasi tertentu la ye.. Dan aktiviti ni buat malam lah ye.. sebab buat dalam bentuk penyamaran dalam gelap kan..

Kisahnya begini..

Bila nak buat formasi tu, dia ada pergerakan tersendiri. selalu buat dalam line. so kedudukan individu ni terpulang kepada pangkat masing2. sbg contoh, ketua platun, pasukan tinjau (ni selalu kat depan fungsi meninjau sebelum keadaan hadapan sebelum pasukan boleh masuk) then ada semboyan and apa lagi aku pun dah lupa.

Ada sorang inter lelaki aku ni, nama dia Hadi. Hadi ni kebetulan dalam line tu, dia yang paling belakang.. kalau tak silap, dia maybe pasukan rifle(pertahanan). aku tak sure dah formasi ni. Kalau yang pakar, ada yang salah, tolong betulkan. aku malas bukak note dah. So, bila dalam gelap malam hutan lak tu, tak nampak la kan kiri kanan atas bawah. Torchlight tak boleh bukak. Nanti silap aribulan, askar kite lak yang terkorban.

Pergerakan dan kedudukan dorang pun jauh jauh sikit dalam 10 meter gitu. Si Hadi ni makin lama dia jalan, makin lama makin kebelakang. Makin lama, susuk tubuh member dia kat depan tu makin jauh.. Dia nampak la cahaya yang terpantul dari torchlight berkadar sederhana yang disuluh kat tanah oleh member kat depan tu. Tapi dia jadi kaku. Tak leh bergerak nak jerit pun tak leh. Pastu tiba-tiba dia rasa belakang dia ditarik seseorang. Sebab time tu ada bawak backpack sume la kan termasuk styer, berat la.. Begpack dia macam ditarik dengan kuat kebelakang. So dia terheret la kebelakang. MAkin lama makin kuat kena tarik. Nak jerit dah tak mampu.

Pastu, tiba-tiba member2 dia datang dari depan tarik tangan dia. Dorang bising la tanya dia pergi mane kan. Puas dorang carik. Rupanya si Hadi ni jauh tertinggal kat belakang. Tapi Hadi ni cakap jarak dia dengan dorang time tu, masih mampu dia lihat cahaya dari dorang la kan. So, kalau dia lari masih boleh la nak catch up. Tapi member lain cuak sebab dorang cakap dorang dah jauh kat belakang. Dah member2 dia datang tu, menda yang tarik tu takde dah. Hadi cuma cakap ada someone tarik belakang dia. Tapi apa yang tarik dia, aku pun tak tau. Tak siapa tau. Pastu dorang pun still continue aktiviti tu sampai abis..

Yang pasti, hutan tempat kiteorang camping tu, adalah ladang kelapa sawit yang berbukit. Pastu tempat yang dorang nak serang hendap tu adalah tak jauh dari kubur lama orang dulu2(non). And penduduk kampung yang tak jauh dari situ pun memang akui ada kubur lama atas bukit tu and memang angker laa..

Angker tak angker, nanti aku citer lagi apa yang ganggu kiteorang sepanjang seminggu kat situ. Sebab tak abis lagi training. Sampai malam terakhir pun kena ganggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 03:11 PM | Show all posts
edoraixora posted on 4-10-2013 02:42 PM
mestilah tau....takkan la taktau pulak kan

xdelah, penah bace tred ko yg lelain dulu, so  ...

Haha. Aku pun tau ko penah singgah thread aku dulu. saje je. aku pun selama ni SR je.. ni baru free ngengade bukak citer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 03:12 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 4-10-2013 02:50 PM
lorr gegirl ke...mati2 aku igtkn boboi....

Haha. kalau ko penah baca thread aku sebelum ni, kalau tak silap, "terbuka hijab sebelum meninggal", maybe ko akan tau kot kenapa aku bubuh nama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:16 PM | Show all posts
3 thn jadi pelapes, itu jer ko boleh criter perbezaan styer vs m16?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 03:43 PM | Show all posts
Ni lak cerita dari Senior aku.

Sebenarnya, kalau peringkat hutan, memang setiap peringkat, memang dia punya aktiviti lain-lain. Kira ikut silibus masing-masing la yee.. Bila kat hutan, peringkat junior dan inter akan duduk kat camp masing-masing. Manakala Senior pulak akan buat aktiviti Survivor. Sebab bila dalam perang, kita jugak mesti bersedia menghadapi kekalahan iaitu buat pengunduran. So,kalau dah berundur tu, maksudnya terpaksa la lari and survive. Itulah tujuan silibus survivor di buat. Untuk ajar kiteorang macammane nak buat pondok, nak buat bunga lawang(untuk menyalakan api), nak buat tombak bagai, nak carik makan.. (sebab senior tak disediakan makanan, pandai2 hang la nak p carik makanan dalam hutan tu kann..)

Tapi bila dah malam terakhir, Senior akan pack semua barang, clearkan tempat survivor. Pendek cerita, dah abis la aktiviti survivor tu. Aktiviti terakhir adalah Isolation. Atau lebih dikenali sebagai solo camping. Benda ni memang wajib la kan. Sebab bila dalam hutan, mane tau dah lari nak selamatkan diri, terpisah dari pasukan ke ape ke kan.. So, nak kena belajar jugak duduk sorang diri tanpa makanan, tanpa api.

Dalam silibus Isolation ni, mata dibukak. Setiap sorang dibekalkan hanya 3batang mancis dan jugak bunga lawang yang dibuat sepanjang Survivor. Siapa tak reti buat bunga lawang, memang nasib malang la nak hidupkan api dipagi buta tu nanti. Nampak macam senang, tapi sebenarnya tak ramai yang boleh hidupkan api tu. Sebab aktiviti tu start dalam jam 2 3 pagi. Time tu la embun bagai. Lagi malang kalau hari hujan. Mane nak carik kayu api kering. Kalau bunga lawang lembap, lagi la malang..

Senior ni tadi di bawak pegi ke tempat isolation. Kiranya jauh sikit dari main camp. Setiap seorang akan diletak kat tempat masing-masing dan ditandakan dengan nombor masing-masing. Jarak setiap seorang jauh la.. Memang jauh sampai tak nampak pun mane member yang lain. Tapi time ni tenaga pegawai yang menjaga pun amat diperlukan la.. Sebab bahaya kan. Hutan ni macam2 ada, binatang buas binatang tak buas tapi gatai pun ada..

Bila dah diletak kat kedudukan masing-masing, setiap seorang mesti la hamparkan poncho untuk dibuat alas tidur. Dan WAJIB menghidupkan api. Tak kisah la hari hujan ke tak. Yang pasti mesti hidupkan api. Makin besar nyalaan api tu lagi bagus la. Sebab nak prevent binatang buas kan..

Tapi selalunya ramai jugak yang apinya kecik seciput je.. ye la, tanah basah, kayu basah, daun pun basah. SApe yang sempat seludup tayar tu, untung laa.. tApi sebelum pegi Isolation memang dah kena spotcheck dah.. Biasanya, dorang hanya akan tertidur.. Tak takut pun. Takde sape jugak nak takutkan. Certain yang gatal tu, macam biasa la.. Yang penting styer kena jaga, api kena nyala sentiasa. Tapi selalunya semua akan tidur tak ingat dunia. Ye la.. penat kan.. Berminggu kena lanyak. Kiranya time isolation tu je saat untuk berehat dan tidur.

Aktiviti tu akan berakhir sebelum subuh. So, semua kena bangun, pack semua barang untuk balik main camp. Pegawai akan pick up semua senior then berbaris lagi untuk kira ahli cukup tak cukup. Dorang kira sampai 3 kali la. untuk pastikan semua cukup. Bila dah cukup, dorang gerak la pegi main camp. Pastu bila dah kat main camp, baris sekali lagi, kira semula ahli, cukup.

Tapi tiba-tiba datang la pegawai sorang ni. Dia bawak sorang senior lelaki. Yang muka masih mamai baru bangun dari tidur. Semua terkejut. Siapa tak terkejut, sebab lelaki tu member dorang. Sebab tadi dah berkali-kali kira, cukup semua ahli. ni tiba-tiba muncul lak seorang. Pegawai yang bawak budak lelaki tu cakap, dia jumpa senior lelaki tu sedap je tidur kat bawah pokok dalam poncho. Dah tu, dia punya kedudukan adalah yang paling hadapan. So, mustahil la bila yang kedudukan kat belakang lalu kawasan dia dihadapan tak perasan dia tidur bawah pokok tu.

Pastu, pegawai yang incharge isolation tu, cuak. MEmang cuak gila. Sebab dia sendiri yang kira ahli dorang tadi. Memang dah cukup. Sah cukup. Siap tanya lagi member dorang cakap ada nampak tak budak tu, semua cakap nampak budak tu dalam barisan. Pegawai tu terus pegi kat senior lelaki tu, dia tanya berkali-kali ko siapa. ko siapa. siap kena pelempang bagai. Ye la, sape tak cuak kan.. Kali ni, dorang kira ahli dalam barisan tanpa lelaki tertinggal tu. Memang tak cukup sorang. Pastu dah soal siasat semua, baru pegawai tu puas hati suruh dia masuk barisan. Takut kang lelaki tu hantu yang menyamar lagi kann..

Sebab tu, bila aktiviti isolation ni dilakukan, memang dorang sangat strict. takut ada yang tertinggal. Sebab kalau pegawai sorang tu tak jumpa dia, then langsung tak perasan, memang tertinggal la budak tu. Sebab time tu adalah hari last kiteorang dan nak bergerak balik dah pagi tuuu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:52 PM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 03:11 PM
Haha. Aku pun tau ko penah singgah thread aku dulu. saje je. aku pun selama ni SR je.. ni baru fre ...

ingat lagik ko kt aku ye...
rasenye x byk sgt komen pun
SR jer bace tred ko

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 03:52 PM | Show all posts
ally9970 posted on 4-10-2013 03:16 PM
3 thn jadi pelapes, itu jer ko boleh criter perbezaan styer vs m16?

Ahaa.. Sebab aku bengap bab senjata. Then, kteorang memang tak penah guna M16 pon.. And lagi satu, kteorang simpanan je.. Kena panggil pun, askar susu jekk.. kahkah.. So, aku tak expect sangat nak hafal semua benda tu dan jugak yang sewaktu dengannya..  Sekarang pon tak aktif dah 3 tahun, memang lagi lembap la otak kan. Aku ingat berdasarkan gambar je ponn.. So, aku cerita la apa yang aku tau je kann.. Nanti terlebih cerita fakta salah lak, mahu aku dilahar. lagipun, saya ni gegerl, tak minat sangat dengan senjata.

Bro ally ni askar kan.. Salah ea, sy bagi perbezaan tu. Kalau salah, tolong perbetulkan ye..

ps: tau, citer budak palapes ni tak angker macam army betul. yup,tau army betul punya pengalaman lagi banyak... salu dengar pegawai kiteorang citer macam2 je.. tapi inila pengalaman saya.. saje nak share.. bro kalau ade yang nak share, meh share sesame..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 03:54 PM | Show all posts
edoraixora posted on 4-10-2013 03:52 PM
ingat lagik ko kt aku ye...
rasenye x byk sgt komen pun
SR jer bace tred ko

Haha.. Ingat. Sebab aku selalu SR tred orang lain jugak. So kadang-kadang ingat dari comment kat tred orang lain lerr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 04:31 PM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

pade yang tak pernah tengok macam mana palapes punya camping, ni la khemah kteorang buat. dalam bentuk bulatan. ni time junior. sebab tu ada yang baju sidai bagai tu.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 10:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 04:33 PM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni pulak gambar sebelum buat serang hendap di sebelah petang nya. mesti buat model dulu, baca perintah.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 04:37 PM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni yang aku cerita tu, kalau camp kena ambush, dapat hukuman on the spot. contohnya berenang dalam sungai yang sejuk dingin beku di malam hari.. besttt..!!!


(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni pun sama. kena hukum... ohhh syiokk beb..!!! time ni je seksa. sekarang jadi kenangan maniss.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 04:43 PM | Show all posts


pada sesiapa yang tak tau ape bunga lawang, ni la bunga lawang. untuk nyalakan api time isolation. aku paling tak reti buat benda ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 07:08 PM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 02:28 PM
Akak ribenbiru, i ni girl..

Saje ngengade tambah gambar, sebab tau ada jugak tak tau macam m ...

Oo yer ker.... . Sori2...igt boboi td.... Kuat semangat gak yer u dik....klau akk sorilah.. Penakut ya amat.... Baca benang nie pon time siang jerk... Mlm x ku bukak mps nie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.089532 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list