CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
Post time 4-10-2013 07:12 PM | Show all posts
tang mane yg nk dinyalakan api.... yg cam bunga2 tu... 1st time tgk nie, igt td bunga lawang yg org wat masak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 07:18 PM | Show all posts
ribenbiru posted on 4-10-2013 07:12 PM
tang mane yg nk dinyalakan api.... yg cam bunga2 tu... 1st time tgk nie, igt td bunga lawang yg org  ...

Ahaa.. tang yang bunga2 tu. senang terbakar. pastu ada certain batang kayu je boleh guna buat bunga lawang ni.. sebab senang nak kikis. ada alur. apa tah nama batang kayu pokok tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:26 PM | Show all posts
Citer best.....sila sambung k.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 10:48 PM | Show all posts
terbaik lah TT.....jiwa kental....citer lagi citer lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:31 PM | Show all posts
Sementara perkara misterius lain berlaku kat budak senior. Ini pulak yang terjadi pada aku, dan 5 member perempuanku. Malam terakhir camp.

Memandangkan kami adalah junior. Jadinya, selain tenaga kerja meloading barang, membuat persembahan untuk menghiburkan hati para pegawai, kerja kami jugak tak lain tak bukan adalah menjadi pembantu di dapur. (ingat xda dapur ke?hebat lagi tau. tv pun dorang bawak masuk hutan tau..!!) So, malam tu, junior lain berkumpul di kawasan unggun api besar sambil buat persembahan, kami ber6 pulak membersihkan segala periuk-miuk di dapur. Dan of course la, belakang dapur adalah sungai.

Sungai ni, kalau siang, air cetek nak mampuih. dan kotor. sebab ni sungai ladang sawit kan.. sehingga kan, tahun tu, tahun paling malang dalam perihal air kami, sebab air tercemar. ramai sakit perut.. Tapi bila senja dan malam je, air sungai tu, deras semacam. macam air terjun jatuh.. haa gitu la.

Untuk mencuci periuk-kuali-segala tu, mesti la memerlukan air. Time tu, memang ada air takung dalam tong biru besar tu. kiteorang dah siap takung masa petang nya. tapi entah kenapa malam tu, ramai sangat kot guna p cuci kaki depa tu, so, abislahh air di dalamnya. satu hal lagi nak ambik air dari sungai kan. dah la, langsung takde lelaki kat situ. kiteorang 6 perempuan je. nak tak nak, terpaksa la aku yang pergi ke gigi sungai tu, ambik air dari baldi. tapi bahayaaa.. sangat bahaya. sebab air deras macam tu, siapa jatuh memang bye-bye la jawabnya..

kenapa aku sorang je yang terpaksa ambik air sungai tu? sebab aku sorang je sihat walafiat. yang lain semua dah dapat kulat air di kaki. (aku tak kena kulat air sebab jadual aku special sikit. 6pagi6petang aku di camp buat aktiviti. 6petang6pagi aku diarahkan utk duduk di khemah medic.) sebab dorang takut jadi apa2 kat aku lagi. siot je kann.. memang tak best la yang tu.  Kenapa dorang kena kulat air? Sebab kaki pakai but je tiap ari tiap malam. Junior kan. so, bengap lagi la bab jaga kaki time dalam hutan. Sepatutnya bila malam, bukak but, panaskan kaki, keringkan stoking dan but bagi supaya tak kena kulat air... Tapi kesian member aku yang 5 orang tu, dorang sume kena kulat air. So, nak bejalan tu payah. Serius, aku bagitau memang seksa.. Sakitttt... Sape tak tau macammane kulat air? nah.. beginilah kaki kami setiap habis latihan hutan..

(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)


Okay, sambung.

Bila aku ambik air tu, aku g la ke gigi sungai tu, cedok air guna baldi. Time ni la aku memang tak sedap hati. Aku memang dah dapat rasa aku akan nampak something. Bila aku dah cedok air tu, aku angkat muka, aku nampak something kat atas batu ditengah sungai. Walaupun air deras, ada satu batu yang tinggi kat tengah sungai tu. Benda tu warna putih, tengah duduk, pandang aku. Muka dia macam muka kucing, tapi badan macam rusa/kancil tu. Ha macam tu la.. Macammane aku nak describe, aku pun tak reti. Putih dia bukan sebarang putih. Benda tu macam bercahaya..

Aku apalagi memang terkejut beruk la kann.. Memang aku jerit kuat-kuat la.. Aku terkejut sampai aku tak sedar kaki aku tersalah pijak batu. Batu tu macam teralih sebab air deras dan aku terdorong terus jatuh terduduk. Sesaat je kawan aku tak pegi kat aku and tarik tangan aku, innalillah dah aku kott.. Member aku marah aku suruh hati-hati. Aku naik ke dapur, kaki dah menggeletar. Member aku dah tak bagi aku ambik air. Dorang tanya kenapa, aku diam je la.. Semua diam, takut kejadian tu pegawai tau. Mau tak naya, kalau aku jatuh sungai, panjang pulak cerita nya kan. Bila aku toleh kat tempat tu, takde dah binatang muka kucing tu tadi.

Itulah first time dalam hidup aku, berhadapan dengan benda macam tu, tapi aku endured rasa takut tu. Aku lawan sampai menggeletar. Dalam menggeletar tu, aku suruh dorang sambung cuci kuali besar gedabak pulak. Time ni la Si A ni buat perangai pelik. Sebab semua dah mental, kuali banyak tak cuci lagi, dorang marah la Si A ni sebab dia berdiri tegak je tengok kiteorang. Memang di bebel banyak kali pun dia still macam tu. (Okay korang bayangkan Kiteorang ber5 mencangkung dalam bulatan cuci kuali tu, then si A ni kedudukan dia berdiri adalah berhadapan dengan aku.) Time tu memang aku dah agak dah dia mesti nampak something. Tapi aku tak tau ape. Tak tau mane. Kiteorang teruskan sampai abis.

Bila dah habis, kiteorang duduk kat satu khemah ni. Tiba-tiba Si A yang dari tadi diam bagitau.. "Masa korang cuci kuali tadi Kak Pon berdiri tegak je kat belakang aerolz.. Dia pandang je korang cuci kuali.."

Erk, korang boleh bayangkan tak bila dia cakap macam tu? kat belakang aku lak tu. Memang kena marah la Si A ni. Sebab tak bagitau kat kiteorang. Tapi A cakap, kalau dia bagitau semua lari. Sebab tu, dia berdiri tegak je. Tak nak dekat ngan kak pon tu. Sengal budak tu. Tapi memang begitu la perangainya.. Dia kalau nampak dia diam je..



*********************************************************


Pastu... Malam tu, aku buat hal lagi. Ni dorang cerita la..

Aku lari g tepi sungai, menangis. Apa yang diratap aku pun tak tau la kann.. Dorang tarik aku g khemah utama. Aku menangis lagi, pastu cakap pelik-pelik. Ada dua benda yang dorang cakap apa yang aku cakap betul. Kejadian yang berlaku kat Intermediate masa Serang Hendap (Si Hadi kena tarik dari belakang..) dan Senior pegi Survivor (budak lelaki kena tinggal).. Masa aku cakap pelik-pelik tu, dorang cakap aku ada la sebut pasal dorang ni.. Tapi dorang tak amik port la.. Just tak lama lepas aku bercakap tu, barulah datang sorang pegawai ni citer pasal si Hadi yang kena tarik tu.. (time ni dorang dah abis buat serang hendap dah..) Yang hal senior tu dorang konfirmkan tally bila esoknya.. Dorang cakap, masa aku bercakap pelik-pelik tu macam bagi warning la.. Begitu la lebih kurang...

Pastu, pagi.. Kiteorang siap sedia nak balik. Sumpah aku tak nak jejak kaki kat situ lagi.. Aku rasa itulah antara yang terhardcore pernah jadi yang melibatkan diri aku.. Hari-hari seterusnya.. berlalu macam biasa.. tapi itulah permulaan nya..

Sekian.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:35 PM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

nilah sungai yang air deras tu. kalau siang.. memang cetek la.
nampak jambatan kayu tu, sebelah kiri, ada batu kat tengah sungai.. situ aku nampak benda bermuka kucing tu. dari tempat ambik gambar tu, kedudukan kiteorang cuci kuali. di mana kak pon berdiri lepak join kiteorang cuci kuali.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2013 11:36 PM | Show all posts
medangmru posted on 4-10-2013 09:26 PM
Citer best.....sila sambung k.....

Thanks abang medang bagi tacang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:38 PM | Show all posts
merrissa posted on 4-10-2013 10:48 PM
terbaik lah TT.....jiwa kental....citer lagi citer lagi

kental tak kental, yang penting duit masyukk. haha.. baru je post citer baru. Selamat membaca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2013 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Syokk lahai citer TT nih.. Maseh la bkongsi yeaaa..ada gak benda aku nk baca..

Sambg lagi ye nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 10:51 AM | Show all posts
dalam ramai2 napelah cik pon tu bleh dok blakang ko yer.... wahhh kiranya ko nie dik special bg cik pon lahh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 11:58 AM | Show all posts
ribenbiru posted on 5-10-2013 10:51 AM
dalam ramai2 napelah cik pon tu bleh dok blakang ko yer.... wahhh kiranya ko nie dik special bg cik  ...

kawan aku cik pon suke ikot dia.....dia kata cik pon tuh berkenan dengan dia.......kahkahkah...cik pon tuh suke nak berkawan dengan dia katanya lagi

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 12:04 PM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 03:43 PM
Ni lak cerita dari Senior aku.

Sebenarnya, kalau peringkat hutan, memang setiap peringkat, meman ...

kesian tak pasal-pasal kene lempang...angkara hantu...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 01:25 PM | Show all posts
best kisah tt siap ada pic lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:41 PM | Show all posts
LappyHappy posted on 5-10-2013 09:15 AM
Syokk lahai citer TT nih.. Maseh la bkongsi yeaaa..ada gak benda aku nk baca..

Sambg lagi ye nant ...

Tq baca. Ada benda dapat kongsi, saya kongsi,,. pengalaman masing-masing lain-lain kan.. jup lagi saya sambung yee.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:47 PM | Show all posts
ribenbiru posted on 5-10-2013 10:51 AM
dalam ramai2 napelah cik pon tu bleh dok blakang ko yer.... wahhh kiranya ko nie dik special bg cik  ...

Haha itu la.. mungkin jugak sebab saya yang duduk membelakangkan sungai kot. entah la jugak.. tapi kalau nak citer lagi, selepas kejadian tu, rasanya macam saya ni selalu jugak la diikutnya., pernahlah jugak saya terserempak dengan kak pon ni. feel pun lain. sebab kalau kak pon ni macam ada dekat, hati sedih semacam.. sekarang tak dah kot. sebab dah tak feel ape2. tak amik port dah.. haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:48 PM | Show all posts
merrissa posted on 5-10-2013 11:58 AM
kawan aku cik pon suke ikot dia.....dia kata cik pon tuh berkenan dengan dia.......kahkahkah...cik ...

Oh ye  ke?? kawan ko tu perangai dia macam mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2013 01:50 PM | Show all posts
merrissa posted on 5-10-2013 12:04 PM
kesian tak pasal-pasal kene lempang...angkara hantu...hehehe

haha itu la. sebab pegawai tu cuak sangat. plus takut sebenarnya. dia lempang pun sebab nak memastikan itu adalah manusia sebenar. aku dengar citer tu pun lawak la jugak. sebab pegawai tu boleh tahan garangnya. tapi bile dah masuk bab hantu dia paling cuak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:52 PM | Show all posts
zaiha posted on 5-10-2013 01:25 PM
best kisah tt siap ada pic lagi

hehe.. pic tu bonus..


ps: jadi orang baik pasti hati tak sakit hidup pun ceria - penat jadi orang baik, hati asyik sakit je.. pastu langsung tak ceria hidup.. nak jadi orang jahat bole? sob3.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 02:12 PM | Show all posts
aerolz posted on 5-10-2013 01:52 PM
hehe.. pic tu bonus..

hehe
bersangka baik dengan setiap ujian Allah berfikiran positif cermin balik diri kita
insyAllah hati pasti tak sakit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 02:24 PM | Show all posts
Habislah kisah semasa aku menjadi seorang Junior. Tahun hadapannya pulak. aku naik satu lagi pangkat. Jadi Intermediate. Junior baru masuk. Excited time ni, sebab ada junior, boleh buli sikit. kihkih..

Selain daripada camping tahunan, kiteorang pun ada training setiap rabu petang, jumaat petang, sabtu dan ahad. Dan jugak latihan lanjutan. latihan lanjutan takde masuk hutan. seminggu jekk..

Ni kisah masa kami pergi menembak styer di lapang sasar lak. Lokasi, Lapang Sasar S. Perjalanan dari kampus nak pergi lapang sasar ni lebih kurang 3jam jugak la.. Jauh boleh tahan. So, kiteorang terpaksa bermalam kat situ. Nak menembak bukan boleh sehari je. Sebab kiteorang ramai, gabung dengan budak darat sekali. So, kiteorang bermalam 3hari 2malam. Kat situ, ada hostel, tapi tak muat. Perempuan je duduk hostel. Yang lelaki tidur kat luar, di garaj persiapan menembak.

Memandangkan lelaki tak de hostel, dorang nak mandi dan mengerjakan apa yang patut pun, dorang terpaksa guna air sungai. kat belakang hostel kiteorang la ada sungai.. jup aku tepek gambar.

(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)
haa.. yang kat belakang hutan nun sungai.. garaj situ tempat budak lelaki tidur.

Ni cerita dari Si A.. Ada sorang tuan ni, dia g mandi kat sungai tu, time tu dah maghrib dah pun.. yang lain sume sibuk g makan kan.. dia lak masih kat sungai.. dah abis mandi tu, kemas sume dia nak naik la kan.. sebab sungai tu kat bawah sikit, maksudnya melengkung sikit macam gaung, dia kena la panjat naik atas kan.. tapi susah. so dia carik la kayu sepanjang dan sebesar tongkat ni. dia jumpa depan mata. dia amik laa.. untuk dijadikan holder time dia panjat tu.

dah siap dia panjat, menujula ke tempat makan. tapi malangnya, dia bawak sekali kayu tersebut. sebab tuan kiteorang ni suka pegang kayu. Si A ni dari jauh dah nampak. Tapi dia diam je. Jumpa si A kat tempat makan, Si A ni pandang semacam je la tapi tak cakap ape-ape.

Bila esok, aktiviti menembak lagi, tuan kiteorang ni still jugak main dengan kayu tu. bawak kehulu kehilir kan.. lagipun kayu tu cantik. aku pun pernah nampak dia pegang. Hari tu dia ngadu tak sedap badan. Sakit belakang. Tapi si A ni still jugak diam. Sampai la abis aktiviti. Petangnya kiteorang nak balik dah naik bus.

Time ni dah kat atas bus dah. Tuan ni still jugak bawak kayu tu. Si A ni pegi la jumpa dia cakap kat dia.
"Tuan, atas bahu tuan ada benda duduk, budak kecik.. dari semalam dah dia kat situ. sebab tu tuan sakit belakang.."

Terkejut la tuan aku ni. Sebab si A baru bagitau dia kan. Dia tanya la kenapa? Si A cakap tuan amik kayu dia. Selagi tak pulangkan, selagi tu dia tak gerak dari bahu tu. Pastu berlari la tuan aku g buang baling kayu tu ke sungai tempat dia amik tu..

Dah sampai bus, tuan tanya balik. Benda tu ada ngikut lagi ke? Si A, Senyummmm je.. Hahahaha..

Pastu bus bergerak balik ke uni.. Korang agak benda tu still mengikut tak? Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.365524 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list