CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
 Author| Post time 6-10-2013 08:43 PM | Show all posts
zulzaria posted on 6-10-2013 08:11 PM
Wahai TT yang cantik manis, cun, baik, anggun, model dan lain lain lagi...kalau taknak share yan ...

Haha.. Best tak best tu terpulang kat pandangan masing-masing la kan.. kihkihh.. Sat lagi naa i sambung cite.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 09:55 PM | Show all posts
Ni kejadian yang berlaku masa latihan tahunan aku untuk tahun kedua iaitu setelah bergelar inter. Time ni macam biasa training 2 minggu. seminggu pertama adalah training peringkat kem.

Untuk pengetahuan, kiteorang punya training macam biasa la training army. seminggu pertama ada pertandingan kawad, sukan, merentas halangan(obstacle run), menembak pistol/styer, dan compas matching(ujian pandu arah)..

Kejadian ni berlaku semasa ujian pandu arah. Setiap kali training kiteorang akan buat pertandingan termasuk pandu arah. Ada kumpulan masing2. Selalunya setiap kumpulan ada 10-12 orang termasuk 2 pegawai yang ikut.

Pandu arah ni, adalah untuk menguji sejauh mane kiteorang reti baca peta, tengok peta, baca compass, carik jalan, survive dalam hutan dan lain-lain. dalam pertandingan pandu arah ni, kiteorang diberi 3 checkpoint. purata jauh perjalanan dari checkpoint 1 sampai 3 adalah 10km. So, standard, mesti akan tidur semalam dalam hutan. Pertandingan dimulakan pada jam 10 pagi. Setiap kumpulan akan dilepaskan di checkpoint masing2. Tetapi checkpoint 2 dan 3 semua sama. Checkpoint first je lain-lain.

Pandu arah dalam tentera ni, bukan main jalan je.. Sebelum dilepaskan masuk hutan, kiteorang wajib bawak styer, begpack yang mengandungi makanan ransum dan keperluan lain yang basic untuk masuk hutan. So, memang berat la.. Sebab kalau aku, aku berat bawak air je sampai 3 botol. makanan, bila masuk hutan, aku tanam je. berat. hehehe.. (Sebab kadang2 bila masuk hutan makan buah dari pokok pun dah kenyang..kalau jumpa kebun orang laa..)

Sebelum dilepaskan, kiteorang kena buat round defend. sementara anak buah buat round defend (ala2 sentri takut ada musuh mengendap), ketua akan baca peta, set bearing kat compass, tengok detail apa yang akan ditempuh time dalam perjalanan nanti (paya ke,sungai ke,ladang ke..) semua tu kena tau.. then kena tau macam mane nak 'tembak'. Tembak ni.. contohnya, dari checkpoint first tu, kita kena tau mana kedudukan kita, pastu dah ukur semua dengan halfmoon punya pembaris, nak kena tau la mana utara selatan timur barat kan.. dari kedudukan tu, kena tembak something untuk jadi panduan.. macam tembak pokok tinggi. so, utk elak tak sesat mesti ikut arah ke pokok tu.. emmm aku tak reti sangat nak baca peta tembak semua ni, itu yang aku tak reti nak explain.. ampun la ye kalau tak faham..

Okay, itu intro pasal pandu arah. peta,compass,round defend semua. Oh ya, dalam pandu arah jugak mesti ada tinjau. Peninjau ni selalu kat depan. Dorang ni la tukang tebas rumput semak bagai.. Dorang jugak la yang akan tinjau dulu kawasan mana yang boleh dilalui. Kalau masuk sungai, dorang dulu yang masuk either sungai tu boleh berenang macam tu je ke, nak kena buat rakit ke apa ke.. haaa lebih kurang macam tu la..

Aktiviti ni macam senang dan best, tapi ni la antara yang paling mencabar. sebab pegawai kiteorang just ikut je, kalau sesat, dorang pun ikut sesat la.. dorang pantau je. pastu, sangat penat sebab bawak styer and bagpack, masuk hutan jalan bukit2 sungai mungai.. so, mencabar laa..

Kisahnya begini..

Ni group lain. Group member aku. Namanya Kila. Macam biasa, semua bermula. Pegawai yang ikut group dorang ni, jenis jujur. Sebab dorang lalu hutan tu 100percent. Tak macam group lain. Macam group kiteorang, pegawai kiteorang sengal sikit, sebab nak menang cepat, kiteorang naik van. jalan tepi jalan besar.. hahahaa..

So, bile dah masuk hutan tu, pergerakan dorang lambat la sikit. Bila senja baru dorang sampai kat checkpoint 2. Bila dah malam, pergerakan Wajib dibekukan. Maksudnya, tak boleh bergerak masa malam. Kalau bergerak jugak, memang teruk la kena. So, group dorang ni tadi, carikla tempat untuk tidur kan. Sampai la kat satu tempat. Jumpa satu rumah ni, rumah besar warna putih yang belum siap. Rumah ni baru ada dinding, lantai dan atap je.. yang lain tak siap lagi. Memandangkan hari nak hujan, dorang semua bersepakat la untuk bermalam kat rumah tu..

Dorang citer, sebenarnya semua seram je nak bermalam kat situ. tapi dah takde pilihan lain, terpaksa la.. Untuk elak binatang buas, dengan nyamuk banyak, dorang nyalakan la unggun api besar2. MAsak apa yang patut utk hilang rasa lapar. Sebab semua dah penat kan.. So ala kadar je la.. Malam tu, dorang tidur rapat2. Tapi kena ada yang sentri. Sebab takut jadi apa2 la kann.

Time sentri tu,2 orang lelaki ni sentri. Malam tu, rasa pun lain macam. Keadaan sekeliling pun lain macam. Tapi masing2 pendam dalam hati je la.. Pastu salah sorang daripada dorang yang sentri ni nampak la something kat atas pokok kan. Kelibat. Hitam la. Sebab gelap, tak nampak sangat. Benda tu macam lompat dari satu pokok ke satu pokok. Binatang ke ape ke aku pun tak tau. Tapi budak tu diam je la.. Takut pun ada jugak. Tapi nak buat macam mana.. Diam je yang termampu..

Dalam masa tu jugak, Si Kila ni diam je.. Dia duduk dengan yang lain-lain. Time tu, dia period. So, yang period ni, memang dorang laki jaga lebih sikit la kan. Sebab dalam hutan, bahaya sikit. MAlam tu, yang lain tengah tidur, tapi Kila ni dia tak leh tidur.. Dia asyik tengok atas je.. (Ni budak sentri tu cakap) Sebenarnya, malam tu semua yang ada dalam group ni mengakui yang rumah tu semacam. Memang semacam..

****************************

Dalam masa yang sama, adjutan(pegawai atasan yang paling tinggi untuk cawangan kiteorang) memang ada kontek ngan pegawai group masing-masing. Time ni, group kiteorang sesat (terpaksa buat back bearing-tapi kiteorang tidur rumah orang kampung) so, adjutan kiteorang tak risau sangat la kan... tapi dia jadi tak sedap hati dengan group kila ni..  Entah kenapa sebab tak sedap hati tu, dia naik moto pegi kat tempat dorang kila ni bermalam. (Sebenarnya hutan tu, adjutan kiteorang dah biasa sangat. lagipun sebelum bagi kadet masuk buat aktiviti, dia dah masuk dulu tengok laluan..) So, dia tau la rumah kosong mane yang group dorang ni duduk..

************************************

Kila ni, sebenarnya dah ternampak something kat atas siling rumah tu.. Ada benda tengok duduk bertenggek memerhatikan dorang semua.. tapi dia diam je..

************************************

Adjutan kiteorang pun sampai. Tengok2 kan dorang. Duduk bermalam sama ngan dorang. sampai subuh. Bila subuh, dorang terus gerak. Petang senja baru sampai checkpoint penamat.

************************************

MAlam tu, dah abis semua aktiviti, kiteorang kena buat persiapan untuk masuk hutan lak. Time ni, semua busy loading barang segala kan.. Time ni la, Si Kila ni kena rasuk. Mula2 tu dorang cakap dia diam je.. Pastu bahu dia senget macam ada orang duduk. Sebelum kena rasuk tu, mata dia merah semacam jee..

Bila dah kerasukan tu, terpaksa la panggil orang yang pakar kan.. Aku ada sorang skuad laki ni, dia ada ayah dan adik lelaki yang boleh ubatkan orang dalam kes macam ni. Nama budak lelaki tu Ami. Budak ni boleh nampak hantus mantus ni. Lagi hardcore dari Si A. Sebab dia boleh ubatkan orang and berkomunikasi ngan jan jin jun ni. time ni, umur budak tu baru 16 tahun.

Masa sesi mengubat ni.. ada la sesi soal menyoal.. Time ni aku pun saksi jugak. Adjutan kiteorang pun ada jugak.

Ami: Kenapa ko masuk badan budak ni?
Kila(hantuss): Sukati aku la nak masuk ke tak.
Ami: Ko nak keluar  sendiri ke nak aku tarik bunuh ko terus?
Kila(hantuss): (Ketawa )
Ami: Dia ni degil. Aku tarik bunuh terus la. (sambil baca2 something..)
Kila(hantuss): Okay okay aku keluar. Tapi ada syarat.
Ami: Syarat pulak dah. Aku tak main syarat-syarat. Ko nak keluar, ko keluar. Ko tak nak keluar, aku bunuh.
Kila(hantuss): Korang ada buat salah kat aku.
Ami: Salah apa pulak?
Kila(hantuss): Dia langgar anak aku. (sambil tunjuk kat adjutan kiteorang)

Adjutan kiteorang terkejut la.. apesal lak nama dia keluar kan.. hahaha.. Kiteorang pun baru la tau, kenapa sebelum tu, dia tajam je jeling kat adjutan kiteorang. Pastu menderam macam marah.

Adjutan: Aku mana nampak anak kau. Dah anak kau boleh nampak aku,kenapa dia tak elak? (haha.. boleh    ea jawab macam tu??)
Kila(hantuss): Kau langgar anak aku sampai tangan dia patah.
Adjutan: Kan aku yang langgar anak kau, kenapa kau tak masuk badan aku? kenapa kau masuk badan dia?
Kila(hantuss): Sebab aku suka dia. Dia senang dimasuk. (yang ni aku rasa sebab Kila tengah period,so memang tengah lemah la..)

Ami: Kau saja je buat alasan. Ko keluar sekarang!

Tiba-tiba Kila ni macam kembali pada diri dia sendiri. Sebab masa dia tengah berbual ngan adjutan ni, Si Ami ngan ayahnya ada la baca-baca. Adala suasana seram kat situ. TApi aku tak reti nak cerita.. Bila hantu dalam badan kila ni diam, tak cakap pape dah.. kiteorang lega la.. tapi Ami cakap dia tipu je tu. Pura-pura orang kata. Sebab dah lemah kena attack.

Time ni, Ami panggil Si A. Dia tau Si A ni ada gifted. Cuma nak kena asah. So, dia suruh dorang amik garam. Dia ajar Si A cara untuk attack setan jan jin jun segala tu. (aku rasa ni semua ilmu batin la..) tApi si A ni takut.. Ami suruh Si A ni tembak hantu tu, sebab Si A pun nampak ape yang Ami tu nampak. Sebab hantu tu bukan nya duduk dalam badan Kila tu pun. Dia duk kat sudut pintu tu je.. Rasuk memang begitu kan..
AMi suruh Si A baling garam yang dah dibaca kat hantu tu.. Ami tanya si A ni, "nampak tak cahaya macam cahaya laser bila saya tembak benda tu?" Si A ni cakap la.."nampak. macam2 kaler, macam laser dalam star wars.. abis berasap badan dorang.."

Sebab Ami cakap kat markas/blok level kolej kiteorang tu memang banyak benda pun. Itu yang dia laser semua tu, si A ni nampak. Tapi aku tak tau la kenapa dia tak laser je terus hantu yang rasuk kila tu. Katanya tu jin. TApi bukan islam. Entah la betul ke tidak. Then, memang benda tu dah berkenan dengan si Kila tu pun..

NAk dipendek cerita, benda tu tadi hilang. Hilang dari pandangan Ami ni sebenarnya. So, Ami bagi la air yasin untuk Kila ni minum bagi pulih semangat. Habis cerita untuk malam tu.. Esoknya kiteorang nak masuk hutan lak..

Bersambung lagi sebenarnya sampai abis training seminggu dalam hutan. Tapi banyak benda yang tak logik la. So, aku akan tapis la sebab aku tau ramai yang tak percaya sangat ilmu batin ni..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 12:00 AM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 09:55 PM
Ni kejadian yang berlaku masa latihan tahunan aku untuk tahun kedua iaitu setelah bergelar inter. Ti ...

terbaik
lagi2


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 12:25 AM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 09:55 PM
Ni kejadian yang berlaku masa latihan tahunan aku untuk tahun kedua iaitu setelah bergelar inter. Ti ...

dear..awat nk tapis2 ni..nama pon board misteri, paranormal&sakti...

gigih lil lyn smpi habis..pdhal dh ngantuk..esok kijooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 01:04 AM | Show all posts
lil_sparky posted on 7-10-2013 12:25 AM
dear..awat nk tapis2 ni..nama pon board misteri, paranormal&sakti...

gigih lil lyn smpi habis ...

kak lyn.. gi tidor ye. Esok baca lagi. Hehe.. Memang kena ada tapis. Masing-masing lain-lain pandangan. So, nak kena tengok kiri kanan atas bawah jugak. Hehehee.. Yang ditapis bukan yang best pun. Yang best je masuk dalam ni.. No worry k..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 01:08 AM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 04:14 PM
ilmu yang tak seberapa bro.. tak pandai sangat punn.. apa yang ingat dan boleh dishare, share laa. ...

dulu2 kat u aku ada 1 kelab ni subset kpd wataniah. kira nak masuk wataniah kena masuk kelab ni dulu la. tp at the time lps abes 1 sem aku berpaling tadah x nak continue dgn wataniah sbb masuk kelab ni semata2 sbb nak pass koko jerk.

btw sepanjang 1 sem join kelab ni sama jerk aktiviti dia dgn apa yg wataniah buat. beza cuma x tido kat kem askar jerk.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 01:14 AM | Show all posts
otai_g posted on 7-10-2013 01:08 AM
dulu2 kat u aku ada 1 kelab ni subset kpd wataniah. kira nak masuk wataniah kena masuk kelab ni du ...

Oww.. Ye ke.. Kenapa tak teruskan? tak suka yang lasak2 ea. Ke tak ngam ngan system dia?

aku kalau bukan kerana duit, dah lama jugak quit kot. Haha.. tapi bila dah 3 tahun, tauliah semua, baru sedar, sebenarnya banyak yang aku dapat dalam palapes ni.. yang paling berharga persahabatan. susah nak carik bond friendship macam tu kat dunia ni.. macam band of brothers.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 01:24 AM | Show all posts
aerolz posted on 7-10-2013 01:14 AM
Oww.. Ye ke.. Kenapa tak teruskan? tak suka yang lasak2 ea. Ke tak ngam ngan system dia?

aku k ...

aku x continue sbb form dia kena g medical checkup.

aku malas nak g medical checkup satu sbb que ramai. 1st day aku g medical checkup kena dtg smbg esoknya plk sbb tmpt xray dada tu queue da penuh utk hari tu. huhu x de keje aku nak dtg 2,3 kali. 2nd lak aku mabuk darah. ngeri tgk darah2 ni. apa bnd tentera takut darah. hahaha baik aku cari bidang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 07:18 AM | Show all posts
wahh.... best2 jangan lupa sambung tau tt...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:39 AM | Show all posts
ally9970 posted on 4-10-2013 03:16 PM
3 thn jadi pelapes, itu jer ko boleh criter perbezaan styer vs m16?

jangan kondem dia yang oiii....kalau dia nak elaborate pasai senjata, tentu benang ni dah tentu bukan benang hantu, jadi benang senjata api dan subjeknya....adoi tu pun nak perli ka dik oiii...dah dah jom baca cerita dia ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:50 AM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 04:31 PM
[/URL][/img]

pade yang tak pernah tengok macam mana palapes punya camping, ni la khemah kteorang  ...

tebainya hutannn...........pokok plak besaq besaq......betui la adik ni hati keringgggg, ......segarang garang mama, mai macam ni, serender mama~~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:58 AM | Show all posts
kesian tengok kaki...!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 11:48 AM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 04:08 PM
Aku tengah recall cerita-ceritass lama ni. Banyak jugak yang aku lupa. Kejadian2 besar je aku ingat. ...

hala TT
cite la please....
kite suka cite berat hardcore...
please...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 01:59 PM | Show all posts
otai_g posted on 7-10-2013 01:24 AM
aku x continue sbb form dia kena g medical checkup.

aku malas nak g medical checkup satu sbb qu ...

Hehe.. dalam army memang pun ye kekuatan fizikal tu penting, tp rasanya, kalau mental lebih kuat, lagi bagus kot.. Sebab kiteorang dulu mula-mula ramai gile yang join, pastu last2 bila tauliah tinggal 14 je. 5 je perempuan. Kes kiteorang ok la lagi. Ada batch lain, tinggal 3 orang je. lagi sedihh.. kikikihh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 01:59 PM | Show all posts
ribenbiru posted on 7-10-2013 07:18 AM
wahh.... best2 jangan lupa sambung tau tt...

Nanti-nanti saya sambung yee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:02 PM | Show all posts
mamaezah posted on 7-10-2013 09:50 AM
tebainya hutannn...........pokok plak besaq besaq......betui la adik ni hati keringgggg, ......seg ...

haha.. Tebal memang tebal. Tapi kiteorang tak masuk dalam sangat. Ni tepi jalan kecik. Situ kawasan pedalaman. Ada kampung orang. Sekali je penah masuk dalam hutan yang memang takde manusia lain langsung.. Kat kawasan gunung.. Situ lagi seremmmsss dan sejukksss..

Mama, best ape masuk hutan. Tenang je. Pastu air sungai dia lak,, bekusss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 02:06 PM | Show all posts
mamaezah posted on 7-10-2013 09:39 AM
jangan kondem dia yang oiii....kalau dia nak elaborate pasai senjata, tentu benang ni dah tentu bu ...

Hehe.. Takpe la mama.. betul la ape yang dia cakap tu, 3 tahun join mende ni, tapi tak reti sangat pasal senjata. Itu saya tak nafikan la,, sebagai seorang pegawai, kiteorang sepatutnya otai benda tu, tapi ye la, dah lama tak join training plus tak minat sangat nak amik tau, begitu la jadinya.

Sebab tu, benang ni saya baru bukak. Dah lama fikir nak bukak, ye la, sebab fikir kondem macam ni la.. Tapi sebelum tu, dah kena ready dah, sebab dalam cari ni sebenarnya ramai je otai-otai army ni. Ramai yang tak tau je.. So, kepada yang otai-otai, sorry kalau ada tersalah fakta, cuma mampu berkongsi apa adanya.. Peace.

Tentiu mama support kite.. kihkihh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:08 PM | Show all posts
mamaezah posted on 7-10-2013 09:58 AM
kesian tengok kaki...!!

Kan.. sakit wooo.. Penah sekali kena.. Rasa macam nak dicabut je kaki.. huhuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:09 PM | Show all posts
leenaz posted on 7-10-2013 12:00 AM
terbaik
lagi2

Tq sudi baca

sat naa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:10 PM | Show all posts
sapeka posted on 7-10-2013 11:48 AM
hala TT
cite la please....
kite suka cite berat hardcore...

baiklah baiklah sapeka..

jangan risau, yang best2 akan dishare ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.134483 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list