CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3162|Reply: 15

Bahagia Hanya Sementara (U)

[Copy link]
Post time 7-10-2013 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Hawa Imani, seorang wanita yang tinggal sebatang kara membina mahligai cinta bersamajejaka yang sangat dicintainya, Farhan Hadi. Namun bahagia yang dikecapinyakian musnah apabila suaminya tidak bersedia untuk menimang cahaya mata. Apatahlagi bila kesetiaan Farhan diduga apabila seorang lagi wanita muncul dalamhidupnya. Hanya teman baik Hawa sejak sekolah lagi, Aiman yang sentiasamenemani hari-hari sepinya. Apakah kesudahan cinta mereka? Jeng3. Hope korang sokong cerita yg sy nak buat ni

Last edited by asmaraluna on 12-10-2013 07:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 03:27 PM | Show all posts
trus kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:36 PM | Show all posts
aik..stop dah???...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:51 PM | Show all posts
mamajiah posted on 7-10-2013 03:36 PM
aik..stop dah???...

hehehe...mamajiah. bawa bertenang. saudari itu baru sahaja bagi intro. jom kita bagi sokongan padanya. teruskan TT

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:09 PM | Show all posts
wipers81 posted on 7-10-2013 03:51 PM
hehehe...mamajiah. bawa bertenang. saudari itu baru sahaja bagi intro. jom kita bagi sokongan pada ...

...

yela...yela...
mamajiah merempit tempat lain dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:17 PM | Show all posts
dah ramai yg masuk tp yg reply leh kira dengan seblah jari
samat brkarya TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 04:19 PM | Show all posts
mamajiah posted on 7-10-2013 04:09 PM
...

yela...yela...

hehehe mamajiah. kita pun tengah sabar menanti cerita TT. intro macam best je kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 07:59 PM | Show all posts
Terima kasih sume. InsyaAllah saya akan teruskan update crita ni malam nt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 11:18 PM | Show all posts
Hawa melemparkan pandangannya seketika ke arah bingkai gambar yang terdapat di atas meja pejabatnya itu. Memang itu caranya dia menghilangkan penat bekerja. Bingkai gambar itu dicapai dan ditenung lama. Genap setahun usia perkahwinanya dengan Farhan, jejaka pertama yang berjaya mencuri hatinya. Rasa bersyukur sentiasa bertandang dalam hatinya kerana ada juga insan yang sudi berkongsi kasih dengan dirinya yang sebatang kara itu.

Empat tahun lepas..

“Hawa, saya tahu saya bukan yang terbaik tapi bagilah peluang untuk saya bahagiakan awak sampai bila-bila” ujar Farhan sambil melutut di depan Hawa sambil menghulurkan kotak kecil berwarna putih.

Hawa tergamam dan tergelak. Kelakar juga bila melihat keadaan Farhan ketika itu. Bersungguh-sungguh menyatakan hasrat hatinya. Dari dulu lagi Farhan cuba memikat hatinya.

“Awak bangunlaaa. Orang tengok malu la saya” balas Hawa sambil memandang sekeliling. Ada yang mentertawakan mereka berdua dan tak kurang juga yang memberi semangat kepada Farhan supaya jangan berputus asa.

“Saya takkan bangun selagi awak tak terima saya. Sebelum ni awak ignore je saya. Saya ni tak cukup hensem ke nak buat awak suka kat saya?” luah Farhan lagi. Rasa cinta dihati membuak-buak sehingga dia sanggup memalukan diri sendiri untuk mendapatkan cinta Hawa.

Sejak kali pertama terpandang Hawa, hatinya sudah tertarik dengan perwatakan wanita itu. Cantik dan senang kata tak ubah seperti perempuan melayu terakhir. Namun Hawa tak pernah cuba menerima cinta darinya.

“Yela kalau ye pun takkan sampai tahap nak bagi cincin kot? Kita ni belum kenal diri masing-masing lagi” ujar Hawa. Tak sangka pula lelaki ini akan terus melamar dirinya. Tapi jauh disudut hati dia memang mengimpikan cinta selepas berkahwin. Itu lebih manis.

“Selagi awak tak terima saya..saya takkan bangun taw” Farhan berdegil. Masih lagi dalam posisi melutut dengan harapan mendapat respon positif dari Hawa.

“Awak dudukla kat sini. Saya ada kelas” Hawa menggeleng dan terus berlalu pergi.

Perlahan-lahan Farhan bangun semula. Dia tak sempat menghalang Hawa. Kecewa apabila lamarannya ditolak. Dia benar-benar cintakan wanita itu.

Seminggu selepas itu, Hawa mengakui bahawa perlakuan Farhan beberapa hari lepas mencuit hatinya. Terasa rindu pula kepada lelaki itu apabila Farhan menyepikan diri dan cuba menjauhkan diri darinya.

Hawa merapati Farhan yang sedang duduk bersendirian di tepi tasik. Melalui kawan-kawannya, Hawa dapat jugak berjumpa dengan Farhan.

“Awak…” Hawa memberanikan diri menegur lelaki itu.

Farhan menoleh. Benarkah apa yang dilihatnya ini? Wanita idamannya itu sedang berdiri di depannya.

“Erm..sempat lagi tak kalau saya nak bagi peluang pada awak?” Hawa berterus terang. Tak pandai untuknya menyembunyikan rasa hati.

“Betul ke ni wak???” Farhan terus bangun. Cuba memastikan yang dia tidak bermimpi di siang hari.

“Yesssssss !” Farhan melompat kegirangan. Akhirnya Hawa menerima cintanya.

Hawa tunduk malu. Dia tersenyum.

Ketukan dipintu mengembalikan Hawa ke dunia nyata. Tersenyum Hawa bila mengenangkan kisahnya dengan Farhan dulu.

“Pn Hawa, taknak pergi makan ke??” Aiman menjenguk ke dalam bilik Hawa.

“Eh tak perasan pulak saya. Jom !” Hawa menoleh ke arah jam yang sudah tepat menunjukkan pukul satu tengahari.  Lekas dia mencapai beg tangan dan kunci kereta.

Aiman merupakan teman rapatnya sejak dari sekolah lagi. Sentiasa ada bersamanya ketika senang dan susah. Namun tak pernah pula terbit cinta di hati Hawa walaupun Aiman pernah meluahkan isi hatinya kepada Hawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 04:48 PM | Show all posts
Jam berwarna coklat jenama Fossil itu dibelek sekali lagi oleh Hawa. Dia membandingkan dengan jam yang lain. Hawa tersenyum. Jam coklat ini kelihatan lebih sesuai dengan suaminya.

“Saya nak beli yang ni ye” ujar Hawa sambil menghulurkan jam tersebut kepada pekerja butik itu. Harap-harap Farhan sukakan hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Beg kertas yang berisi jam coklat itu bertukar tangan. Hawa mengatur langkahnya dengan laju untuk keluar dari butik. Dalam fikirannya hanya satu, nak masak hidangan istimewa untuk si suami yang tercinta.

“Imani !”

Hawa menoleh ke belakang apabila terdengar seseorang memanggilnya. Jarang-jarang orang memanggilnya dengan nama itu kecuali teman sekolahnya. Kelihatan seorang wanita mengandung tetapi ayu berbaju kurung sedang tersenyum ke arahnya.

“Panggil saya ke tadi? Err..ni siapa ye?” Hawa mendekati wanita tersebut.

“Ni aku laaa. Maya. Takkan tak cam aku? ” wanita itu mengenalkan dirinya sebagai Maya.

Hawa tergamam dan terus memeluk tubuh Maya. Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan teman baiknya sejak sekolah lagi setelah terpisah 10 tahun lalu kerana keluarganya berpindah dan menetap di Australia.

“Ya Allah..kau ni Maya? You’ve change a lot !” tutur Hawa pula. Mana taknya, dulu Maya berpenampilan agak seksi tetapi kini ayu bertudung dan sopan.

“Dah jadi isteri orang..sampai masa aku kena berubah. Hihi. Kau pulak macamana sekarang? Mesti dah kahwin dengan Aiman kan?” soal Maya sambil berjalan beriringan dengan Hawa ke arah bangku yang berdekatan. Tak elok pulak kalau berborak ditengah-tengah laluan orang.

“Aiman? No laa.. Aku dengan dia takde apa-apa. Korang je yang sibuk gossip time sekolah dulu.” Jawab Hawa sambil tersengih. Teringat pula zaman sekolah dulu, dia dengan Aiman macam belangkas jadi tak hairanlah jika ramai orang menganggap mereka bercinta.

“Farhan, tu nama husband aku. Nanti ada masa aku kenalkan kau dengan dia ye. Haaa yang kau pulak ni dah berapa bulan? Mana husband kau?” ujar Hawa lagi sambil memandang sekeliling.

“Alhamdulillah..lima bulan dah. Hah tu pun husband aku, Haris” Maya tersenyum simpul ke arah lelaki yang menghampiri mereka.

“Mana you pergi honey? Risau I taw” lelaki itu bersuara.

“I terjumpa kawan sekolah I dulu. Kenalkan Hawa Imani. Bestfriend I ni” Maya memperkenalkan suaminya kepada Hawa. Masing tersenyum tanda salam perkenalan.

“Aku ada hal malam ni. Nanti kita jumpa lagi ye. Take care Maya.” Usai pertukaran alamat dan no telefon masing-masing, Hawa meminta diri untuk beredar.


p/s: So far, apa pandangan kawan2? Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:24 AM | Show all posts
asmaraluna posted on 15-10-2013 11:48 AM
Jam berwarna coklat jenama Fossil itu dibelek sekali lagi oleh Hawa. Dia membandingkan dengan jam ya ...

kes wife dihimpit oleh peminat lama until now? hehehe....mmg terduga la kesabaran Farhan nanti...
So far so good. teruskan TT! Last edited by kambeng_masam on 17-10-2013 04:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:45 PM | Show all posts
bagus TT, teruskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 03:16 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 17-10-2013 09:24 AM
kes wife dihimpit oleh peminat lama until now? hehehe....mmg terduga la kesabaran Farhan nanti...: ...

Haha. Same2 kite nantikan ye. Thank you for ur support
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 03:17 PM | Show all posts
wipers81 posted on 17-10-2013 03:45 PM
bagus TT, teruskan..

Thankssss. Teruskan bace taw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 07:09 PM | Show all posts
Ikan siakap tiga rasa, sotong masak tepung dan udang sambaltelah tersedia di atas meja. Hawa memandang jam dinding di sebelah kanannya.Sempat lagi jika dia membersihkan diri dan melaram dahulu sebelum Farhan pulangdari kerja. Selesai mengemas dapur dia mengatur langkah ke bilik untuk bersiap.Malam ini malam istimewa bagi mereka berdua. Ulang tahun perkahwinan yangpertama.

Tepat jam lapan malam, kedengaran bunyi kereta masuk kehalaman rumah. Hawa yang sedang bersiap tersenyum sendirian. Sekali lagi diamenatap dirinya dihadapan cermin untuk memastikan penampilannya. Apa salahnyakalau berhias untuk si suami walaupun hanya di rumah, gumam Hawa sendirian.  Dress labuh berwarna merah jambu lembutdipadankan ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang itu diikat secara ponytail yangmenyerlahkan lagi wajah comel Hawa. Bibirnya yang mungil itu dicalitkan dengansedikit warna merah jambu untuk kelihatan lebih berseri.

Briefcase berwarna hitam itu dicapai dan terus melangkah kedalam rumah. Bau enak segera menyelubungi rongga hidung jejaka itu. BibirFarhan menguntumkan senyuman. Ini mesti bini aku dah masak sedap-sedap, desisFarhan dalam hati. Langkah terus diatur ke bilik tidur mereka.

Farhan terus merapati tubuh isterinya sebaik saja dia masukke kamar tidur mereka. Tangannya laju melingkari pinggang wanita itu.

“You are so beautiful sayang !” ujar Farhan sambil lembut mencapaitangan Hawa dan menciumnya. Wangiii.

Hawa tersenyum dan berasa senang berada dalam pelukansuaminya. Begitu menenangkan dan harapannya cuma satu, biarlah bahagia sentiasamenyebelahinya.

“Abang pergi mandi dulu ye. Nanti dah wangi abang turunbawah tau” tutur Hawa sambil meleraikan pelukan Farhan. Kakinya mula melangkahmahu keluar dari bilik namun sempat ditahan oleh si suami.

“Cantik sangat isteri abang ni sampai abang dah tergoda.Taknak berjauhan dengan sayang..” Farhan berkata sebaik saja Hawa menoleh kearahnya. Kalau ikotkan hati tak mahu dia lepaskan isterinya. Bibirnya mulamengukir senyuman nakal.

“Amboi abang..awal lagi ni. Abang pun dah masam sangat ni.Pergi mandi ye…sayang tunggu kat bawah..” Hawa terus berlalu sambil tergelak.Malas nak melayan perangai ngada-ngada suaminya itu. Kalau layan nanti takmakan pulak diaorang malam ni.
=========================================================================
“Khas untuk sayang..” ujar Farhan sambil meletakkan satukotak baldu kecil berwarna biru. Tangannya lekas mencapai tangan wanitadihadapannya lalu dikucup lembut.

“Happy anniversary sayang. I love you” kata Farhan separuhberbisik. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada isterinya.

“Thanks abang..and this is for you. Harap abang suka”. Beg kertasitu bertukar tangan. Mereka berdua masing-masing cepat-cepat membuka hadiahyang diterima.

“Pandai sayang pilih jam untuk abang ye. I love it sayang.Ni yang buat abang makin sayang dekat sayang ni” balas Farhan pula setelahmemakai jam berjenama Fossil itu. Sebelah mata dikenyitkan kepada Hawa. Sengajamenggedikkan diri.

Hawa tersenyum lebar. Lega hatinya bila si suami menerimahadiah pemberiannya itu. Seutas rantai emas disematkan di lehernya. Orang katakalau lelaki beri kita hadiah rantai mungkin sebab si lelaki  dah berikan sepenuh hati dia kepada si gadis yangdah mencuri hati dia.

“So sweet of you abang.. Beruntung sayang tau” Hawa terharu.Dalam pada dia sebatang kara, ada juga yang menyayangi dirinya. Entah kenapaair mata laju mengalir keluar dari kelopak matanya.

“Why sayang??”

“Abang silap cakap ke?” soal Farhan lagi apabila melihat airmata isterinya gugur. Lalu dia mencapai sehelai tisu dan terus mengesat airmata wanita itu.

“Tak abang.. Abang takde silap cakap..sayang menangis sebabbahagia. Jangan tinggalkan sayang ye abang. Sayang tak boleh hidup tanpa..”belum sempat dia mengahbiskan ayatnya, jari telunjuk Farhan sudah beradadibibirnya. Hawa merebahkan kepalanya di bahu suaminya itu.

“Sayang..please jangan cakap macam tu lagi. Abang promise..I wont leave you sayang” Farhan berjanji. Diusapnya ubun-ubun isterinyaperlahan. Kasih sayang dia hanyalah untuk Hawa Imani. InsyaAllah

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:32 AM | Show all posts
so sweeeeet.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.130473 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list