CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 0

Persediaan Sebelum Memiliki Kenderaan

[Copy link]
Post time 7-10-2013 11:59 AM | Show all posts |Read mode



Memiliki kenderaan sendiri pasti menjadi rencana utama yang menjadi impian kebanyakan graduan yang baru sahaja menempuh alam pekerjaan. Bahkan, ramai juga yang berlumba-lumba untuk memiliki sebuah kereta import bagi memenuhi impian.

Tetapi anda harus ingat, adakalanya tempoh bayar balik kenderaan tersebut ada yang mencecah 9 tahun. Dalam tempoh itu, ia merupakan fasa penting bagi kebanyakan graduan. Pada masa itulah mereka perlu mengumpul wang sebagai persediaan untuk berkahwin, membeli rumah atau meringankan beban keluarga.

Di sini saya akan kongsikan sedikit tips bagi membantu anda untuk membuat keputusan sebelum memiliki kenderaan baru.

Bajet

Perkara penting sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu adalah menilai kemampuan kewangan. Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan. Ambil kira hutang-hutang dan keperluan lain yang harus didahulukan seperti bayaran balik pinjaman pelajaran, pembayaran bil dan sewa rumah, keperluan harian dll.

Fikirkan Keperluan

Fikirkan dahulu sama ada anda betul-betul terdesak memilikinya atau masih mempunyai pilihan lain. Adalah lebih baik menggunakan kenderaan awam jika ia lebih memudahkan pergerakan anda. Anda tidak perlu memikirkan masalah kesesakan lalu lintas dan mencari parkir kereta.

Namun pada hari ini, banyak bidang pekerjaan yang memerlukan anda bergerak seperti ajen jualan. Memiliki kenderaan sendiri adalah sesuatu yang penting dalam kebanyakan masa kini.

Rancang Masa Depan

Ramai yang membeli kereta tanpa memikirkan masa hadapan. Jangan ketepikan penyusutan harga kenderaan tersebut. Fikirkan juga kemungkinan untuk menukar kepada kenderaan lain.

Risik Di Internet

Medium maklumat itu sememangnya tidak boleh diketepikan bagi memperoleh pelbagai maklumat. Gunakanlah kemudahan tersebut untuk mendapatkan maklumat setiap kenderaan secara terperinci. Forum dan laman sosial juga boleh dijadikan medium untuk anda bertukar-tukar pandangan bersama rakan-rakan. Sedikit sebanyak, ia dapat membantu anda lebih-lebih lagi jika rakan anda itu seorang yang mahir tentang kenderaan.

Bandingkan Pakej Pinjaman

Sebagai pengguna, anda berhak memilih pakej pinjaman yang ditawarkan oleh mana-mana bank. Selidik dahulu kadar faedah yang ditawarkan. Adakalanya kadar faedah yang ditawarkan berbeza-beza mengikut bank.

Ikut Kemampuan

Pastikan anda memilih kenderaan yang mampu bayar. Hitungkan belanjawan mengikut gaji bulanan anda. Kenderaan adalah liabiliti dan bukannya aset sehingga anda habis membayarnya. Ini bermakna dalam tempoh pembayaran balik itu anda terikat dengan tanggungan.

Adalah lebih baik sekiranya anda mengeluarkan wang pendahuluan untuk pembelian kenderaan (down payment). Lebih banyak wang pendahuluan dibayar adalah lebih baik. Secara tidak langsung, bayaran bulanan yang perlu dibayar dan faedah semakin kurang.

Nasihat Daripada Orang Lain

Dapatkan nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam bidang itu. Paling tidak tanyalah mereka mengenai kenderaan yang anda idamkan sama ada dari segi penggunaan bahan bakar, nilai susut harga dan penyelengaraannya.

Kenderaan Terpakai

Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, kereta terpakai boleh dijadikan alternatif. Kebanyakan kereta yang masih berkedaan baik itu boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah. Namun masalah utama dalam memilih kenderaan terpakai adalah keadaannya yang mungkin tidak sebaik kenderaan baru.

Justeru, jika anda ingin berbuat demikian, dapatkan seorang mekanik dan bawa beliau untuk memeriksa keadaan kenderaan sebelum dibeli. Jangan lupa dapatkan rekod servis kenderaan itu daripada penjual.

SELAMAT MEMILIKI KENDERAAN BARU


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070633 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list